Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, September 29, 2011

First Lady Yang Classy...Moh Susup-sasap Kg Duzce Part I

Oh Jackie O!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Meh layan gambor black n white zaman 60an. Banyak dari kome ada yg belum beranak masa ni...sebab kome orang jantan!

Citer pasa dia ni sedang ditayang kat ASTRO.
Teman takde ASTRO.
Takpe saja nak kongsi labun pendek pasa mendiang Jackie Kennedy atau kekadang deme pangge Jackie Onnasis atau Jackie O. Lepas suami dia Presiden John F Kennedy atau JFK mati dibunuh, dia kawin dengan jutawan Greek Aristotle Onnasis.
Masa JFK jadi presiden, banyak tumpuan bukan saja diberi pada beliau sebab beliau merupakan presiden AS yg termuda dan terhensom, tapi isteri dia First Lady Jacqueline Kennedy turut mencuri perhatian media waktu tu kerana dia cantik, muda, segar dan classy!



Sepanjang term JFK jadi presiden, Jackie dikatakan boros dalam berbelanja. Selain mengubahsuai dan membeli perkakas baru Rumah Putih, Jackie suka bergaya dengan baju yg branded.
Hurrmm sounds familiar jer.
Tapi dia cantik, bergaya dan sophisticated ...so no hal!



Dalam majlis resepsi di Rumoh Putih atau kat mana pun, bukan jer JFK orang tertunggu-tunggu nak jumpa dan bersalam malah dapat berjumpa dgn Jackie merupakan satu highlight pada kebanyakan orang.



Stail lambaian pun macam Queen E.
Keluarga Kennedy ni penah dikatakan kerabat royalty Amerika dan Jackie sebagai Ratu deme!



She is sooo glam
!
Jackie dan pemimpin Russ Encik Krushev.



And sooo elegant as well
.
Berebut pembesor negara nak duduk dekat dia!



Semasa hayat dia ketika di Rumah Putih dan selepas meninggalkan rumah puaka tu, Jackie terus jadi buruan media sampai dia meninggal dunia.
Such an enigmatic woman till her death!

Gambors dari Hurriyetdailynews.com



'First lady' ni...errrr no komen!


Moh Susup-sasap Kampong di Duzce Part I.

Kampong asal mertua teman terletak di atas kawasan yg berbukit. Pertama kali teman pegi teman kata, "Mak ai...nak masuk utan banat mana nih?"



Bila sampai kat kawasan perkampungan ni, teman dapati banyak rumoh kat sini. Deme pun tanam hazelnut jugak. Ini ropa kampong ulu deme. Jalan pun tak bertar tapi takde lobang sana sini.



Salah satu lorong yg masuk ke salah satu ladang penduduk kampong. Pagor kayu ni dibina untuk menghalang lembu terjah masuk.



Lagi sebuah lorong, di kiri dan kanan ladang hazelnut.
Nanti sambung...



Jom usyar makan-makan...
Cuci mata dengan benda manis.
Kuih yg dibuat dari susu, dihias dengan ceri meroh dan kacang pine. Heee idok ler...mesti manis melentin ni!



Hah ni cam best jer.
Daging berempah dibakor dalam mangkok tanah. Ada ropa rendang tapi sebenornya stew daging.
Meh try kome...

Wednesday, September 28, 2011

Dalam Sukan Tutup Aurat No No, Bogel Orait! - Moh Nyongket Laut Hitam Part II.

Iranian Women Soccer Team.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Meh tengok perkembanagn sukan seantero dunia yg melibatkan pasukan bolasepak wanita Republik Islam Iran. Faktanya teman banyak dah lupa, buleh share imej jer. Dalam satu kejohanan bolasepak antarabangsa anjuran FIFA, Iran antor satu team.
Eh apa punya ayat daa...


'Hot stuff'' kata Ustaz Orlando aka Johnny Depp!

Semangat tuh Yong-yong ni nak beraksi di padang.


Alaa nangislah pulak.

Mana taknya, pasukan Iran didisqualify kerana pakaian deme tak ikut standard piawaian FIFA.
Urrrrggghhhh!
Menurut peraturan pakaian dalam permaian, tak boleh ada sekop kepala, takut nanti terjerut dalam pergelutan!
Dengan kata lain, pasukan yg menutup sebahagian besor tubuh tak buleh beraksi kat padang dalam perlawanan anjuran FIFA fuuh-faahh!


Aweks tukang sorak Dallas Maverik yg gedik dan lentik

Haa yang cenggini ok, orait!
Nampak tetek, pusat, ketiak, cipa* dan segala lurah, bukit, cangkat parah, no problem. Lagi digalakkan sebab akan menaikkan syahwat para penonton terutama Yob-yob.
Tiket pun laris cam burger Ramly!



Camni pun best sebab tertungging-tungging buleh tunjuk spender cap ayam.
Berderau nafas Yob-yob nengoknya.
"Six...Love!"
Apa yg love pun teman tak tau, tak panda teman undang-undang tenis ni.



Tersedu-sedan team Iran ni penuh sedih dan ralat tak dapat main.
Ngapa umat Islam kena diskriminasi sokmo?
Nama jer kita ni rama dan banyak yg kaya, tapi asyik kena ikut telunjuk kafir lahanat.
Cer semua negara-negara Islam kuar dari FIFA atau organisasi Olimpik tu, apa jadi?

Sumber Hurriyetdaily.com


Moh Nyongket Pantai Akcakoca, Laut Hitam Part II

Selalu bila teman lalu kat tugu ni, idok pulak teman terpikior nak check baca tugu sapa ni. Tapi nengok pada ropa, cam salah sorang Sultan Uthmaniah. Lain kali teman akan baca.



Kalau kome perati, pasior pantai ni memang tak putih. Werne dia gelap. Pasior dia pun kasor-kasor. Ayor Laut Hitam ni dalam kome, orang mandi kat tepi-tepi jer.



Nelayan local sedang menangkap ikan, tentunya ikan hamsi.



Di musim panah, orang tempatan dan pelancong akan mengelewor sepanjang esplanade. Saja jer deme ke hulu ke hilior.
Ada yg duduk-duduk kat tebing, ada yg makan aiskrim, makan koci, beli cenderahati dll. Suasana cam ni berlarutan sampai dinihari.



Ada ketika di musim sejuk, pantai Akcakoca kena gak rebasan salji yg agak tebal. Memang tak kuar rumohlah deme!



Sebagai kesimpulan, makan adalah sedap!
Meatloaf Turki yg dibuat dari kacang dhal meroh.
Tengok jer ler yek kome.

Thursday, September 22, 2011

Liga Turki: Penyokong Yob Buat Onar, Yong Jugak Yang Untung!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Semalam kan, kan...teman tulis pasa Kelab Fenerbahce, Turki, kena denda main home game tanpa penonton sebab penyokong deme buat gila khinzir masuk padang awe musim panas ari tu.
Tapi hukuman tu ditarik dan ditukor dengan membenorkan penonton masuk - tapi hanya penonton pompuan dan kekanak lelaki bawoh 12 tahun jer buleh nengok, percuma lagi.
Ni teman sambung entry tapi dengan lebih banyak imej teman cilok dari Hurriyet Daily.



Yob-yob ketepi, ketepi yek!
"Abang tunggu dalam keta tu sampai game abih tau...byeee!"



"Semih Senturk...I lap youuuuu!!!"



Eeeee sonoknya, masuk satkhabor!



A family that watches soccer together, stays together.
"Sayang, how are you? Tengok kat TV tau, nanti kami lambai-lambai!"


Fener's Angels. "He's innocent!"
2 aweks sedang paka t-shirt ada gambor bekas Pengerusi Kelab Fenerbahce yg sedang lepak dalam lokap kerana didakwa mengatur perlawanan dalam musim lepas.



Antara calon-calon untuk Yob Ustaz Orlando aka Johnny Depp!


Go Fener, go!
Yang separuh bogei pun ada, yang bertutup pun ada...



Mungkin Yob ISA berkenan yang blond tu...kot mata dia biru!


Hoi, kayu!


Kaki bangku punya kes!



Aissyyy...tak takut lemah jantung ke Opah-opah nih!


Yeeeaaahhhh...sebiji dari Issiar Dia!
Keputusan muktamat Fenerbahce 1 Manisaspor 1.



Opah, Mak dan cucu bersukaria tanpa Atuk dan Baba.
Sabor jer...



Anak pun hangkut, apa kira...sekali dua kala ya Yong?



Cam ganas jer bebek ni.
Ntah-ntah besor nanti dia jadi penyokong Fener yg fanatik baling botoi dan bako kerusi bila kelab pujaan kalah.
Di luor stadium penyokong jantan yang tak dapat masuk dok sibuk melaung dan menyanyi sambe nunggu mak, kakak, isteri, opah deme kuar.
Tulah sapa suruh buat peranga tak senonoh masa tengok bola?
Padan muke!

Wednesday, September 21, 2011

Hanya Wanita dan Kekanak Jer Boleh Tonton Bola di Turki!

Ablah-ablah Turki penyokong kelab Fenerbahce beratur untuk dapatkan tiket PERCUMA!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Sesuatu yg menarik dari kepala hotak Persekutuan Bolasepak Turki (TFF - Turkish Football Federation).
Deme kensel larangan keatas kelab bolasepak Fenerbahce yg dikenakan main dalam stadium tanpa penonton untuk 2 kali perlawanan.
Ini Ekoran peranga tak senonoh peminat tegor kelab yg menyerbu masuk ke padang angkara tak pueh ati dalam satu perlawanan awal musim panah baru-baru ni. Tapi lepas deme pikior lagi, untuk tidak 'mematikan' game yg tak bersalah, deme reverse keputusan dan sebaliknya membenorkan penonton masuk - tapi hanya Yong-yong dan kekanak lelaki bawoh 12 tahun sahaja dan PERCUMA!




Kelab Bolasepak Fenerbahce merupakan salah satu kelab terkemuka Turki. Teman biasa tengok jersey kelab ni merata dipaka peminat di Turki. Lagi satu kelab yg popular ialah Galatasaray. Kalau dua-dua ni bertembung buleh berlaku 'perang saudara' di stadium dan di luar gelanggang.




Dalam game semalam, Fenerbahce bertemu Manisaspor, keputusan 1-1.

Dengan ini, pihak persekutuan telah buat rule baru, bila ada larangan ke atas kelab yg penyokongnya berkelakuan macam khinzir hutan hilang anak, peminat jantan akan dilarang masuk tapi peminat Yong-yong dan kekanak buleh masuk!
Sekurang-kurangnya perlawanan idok ler sunyi sepi macam di tanah wakaf waktu senja!


Ablah maksudnya Kakak. Padan Muke Yob-yob tak dapat masuk!


Semalam, kaum wanita dan kekanak seramai 41,000 orang - yaa kome 41K tu - menyerbu stadium Fenerbahce Sukru Saracoglu; ada yg bawok baby, bagi mendapatkan tiket percuma dan membeli cenderahati kelab.

Dalam stadium, para pemain dibaling dengan jambangan dan kuntum bunga manakala pemain lawan Manisaspor disambut dengan tepukan dan bukan ejekan dan botoi ayor seperti lazimnya.

"Kenangan ini akan saya ingati selama-lamanya. Jarang kita dapat lihat ramainya penonton wanita dan kekanak dlm satu perlawanan," kata pemain asal Brazil dan Kapten Alex De Souza.

Manisa midfielder Omer Aysan pulak, "Ini satu permainan yg menyeronokkan dan ceria!"

"Ini hari yg bersejarah," kata Yasemin Mercil, sorang ahli lembaga pengarah wanita Kelab Fenerbahce. "Untuk pertama kali dalam sejarah bolasepak dunia, hanya wanita dan kanak-kanak menonton perlawanan seumpamanya."

"Penyokong wanita ni tahu semua laungan dan lagu kelab. Deme akan nyanyi lagu kelab masa perlawanan nanti," tambah Mercil sebelum match bermula.

Awal musim panas lalu, selain dari menyerbu ke padang semasa perlawanan persahabatan Fenerbahce-Shakhtar Donetsk dari Ukraine, penyokong yg fanatik turut menyerang wartawan yg deme dakwa membuat liputan
yg kritikal dalam siasatan mengatur perlawanan melibatkan Kelab Fenerbahce dan beberapa kelab lain. Pengerusi kelab deme dah masuk jel sebab didapati terlibat rasuah.
Dengan itu, FAM ada idea cam ne nak handle penonton yg liar dan kemaruk...larang deme masuk tapi bagi penonton pompuan dan kekanak jer meriahkan stadium.
Tak gitu kome?

Sumber TodaysZaman dan HurriyetDaily




Sunday, September 18, 2011

Turki-Mesir Kamcing, Yahudi Terkontang-kanting, Padan Muka!

Erdogan dengan PM Mesir di Kaherah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhubungan suam-suam kuku Turki-Yahudi semakin merudum apabila Erdogan melawat Mesir baru-baru ni ekoran Arab Spring. Tambahan pulak orang Mesir dok baran dengan negara Yahudi sebab menembak polis sempadan Mesir (konon tersilap) dan hanya kata, "Keme kesal".
Bukan dia nak mintak maaf. Sorrylah Yahudi nak mintak mahap! Turki yang demand "Maaf" dari regim Yahudi rentetan kes Mavi Marmara pun tak dapat sampa laa ni.
Rakyat Mesir yg hangat hati dengan Yahudi sebab bodoh sombongnya telah menyerang kedutaan Yahudi. Cabut lari Duta Yahudi dan suka-sakat dia.
"Camp David tak Camp David...kome tanggung sendiri perangai tak senonoh kome!" sembur ahli politik Mesir yg hangat hati dengan kedegilan Yahudi memohon mahap.
Penganalisa politik menyatakan lawatan Erdogan ke 3 negara Arab yg baru 'merdeka' - Mesir, Tunisia dan Libya - memberi petanda Turki sedang mengembangkan pengaruhnya di Timor Tengah. Tambahan pulak kat banyak negara-negara Arab tu takde tokoh pemimpin yg buleh diharap dan dipandang tinggi. Karisma Erdogan ni jer yg bagai angin bayu segar sedang melanda Timor Tengah. Situasi ni makin mangasingkan negara Yahudi kerana Turki dan Mesir jer 'kawan-kawan' yg dia ada. Sekarang terkonting-konting dia,...padan muka!


Pelakon Turki Kivanc dan pelakon wanita teman tak kenal dalam drama "Menekse ile Halil" yg sedang hangat ditayang kat Israel.

Dalam hubungan yg seram-sejuk Turki-Yahudi, rakyat Yahudi pedulik hapa.
Sebuah stesen TV di negara tersebut pertama kalinya menayang siri drama tangkap cintan-jiwang-habih buatan Turki bertajuk "Menekse ile Hilal" (Menekse dan Hilal).
Siri yg dikeluarkan dlm tahun 2007-2008 ni dibintangi bekas model dan pelakon popular Turki Kivanc Tatlitug. Memola deme sangsi drama Turki buleh diterima oleh penonton Yahudi. Sekali deme tengok...pecah kotak pejabat!
Bila teman google, banyak negara di Eropah dan negara Arab dah tengok dan sedang layan siri ni. Kalau gitu teman pun nak layan gak!
Google jer kome tajuk drama tu, ada yg bagi English substitle lagi. Yob Kivanc ni selalu berlakon citer yg dia banyak berskandal!


Takde gading, tanduk pun buleh. Kotak minuman jadi sandaran!

Kalau ada demo lagi, contohnya demo 'Anti-Bangla Dapat Kad Pengenalan Malaysia' atau 'Bersih 3.0', kome elok bersiap. Bukan jer bawok botol ayor dan tuala 'Good Morning, how are you?', tapi bersiap paka satnika baju kalis peluru dan helmet untuk menjaga keselamatn diri.
Mana tau kome kena kanister gas pemedih mata/sakit hati atau kalau malang diluku dengan buku lima!
Oleh tu jom layan fesyen pelindung kepala yg direkacipta oleh pendemo di Dataran Tahrir!


'The Besen Plastik'.
Ni kalau mak dia nak buat agar-agar, mesti ada rambut dia sekali.


'The Baldi Ijau'.
Gamoknya dia ni ahli PAS seberang laut.


Ummi Kalsum: Ente nak ke mana dengan poyok tu, Yob?
Abu Ehsan: Ana nak ke Dataran...
Ummi Kalsum: Senduk tak nak bawak?


'The Stove'.
Mungkin dia koje kat kilang kitar semula.


'The Rock'.
Deme balun teman, teman hentak dengan batu ni!


'The Duct'.
Amin, Amiiiinnnn...
Anything goes!


'The Wok'.
Sesuai untuk berujan, berpanas, berdemo dan Rendang Tok!


Moh santap dinner teman - spegeti dengan kofte; salad tomato cherry dan garlic bread. Semua teman buat sendiri.
Jom kite...