
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam ucapan beliau di Brussels, Timbalan Perdana Menteri Britain Nick Clegg telah memuji Turki sebagai 'satu contoh kepada masyarakat lain' dan jugak sebagai model kepada kuasa-kuasa demokratik baru di Timur Tengah. Kononnya terdapat debat yg berapi di Barat dan di dunia Arab sama ada Turki buleh jadi sumber inspirasi pada masyarakat Islam yang telah menamatkan pemerintahan diktator yang berdekad dan memulakan sistem demokrasi di negara deme.
Britain yg secara konsisten memberi sokongan pada Turki masuk EU, turut mengucapkan terima kasih kerana Turki telah membantu membawa keluor rakyat Britain dari Libya. Ankara turut membawa keluor lebih 3,500 rakyat asing dari 52 buah negara terutama rakyat Eropah. Beliau turut menghargai peranan Turki yang menjadi wakil gomen Britain bila kedutaan deme di Libya terpaksa ditutup baru-baru ni.
Yob Clegg turut menyentuh peranan Turki yang menghantor bantuan kemanusiaan ke Libya. Ucapan beliau ni datang pada waktu Turki menghadapi saat-saat kritikal dalam perbincangan mengenai keahlian dalam EU yang hampir gagal kerana isu-isu Cyprus dan bantahan dari roti Perancis. Baru-baru ni Erdogan telah menghentam negara-negara EU, "Kome nak kami join ke tak? Kalau nak, cakap nak; kalau tak mau, cakap clear-clear...jangan jadi cam lidah bewak! Is EU a Christian Union?" Tu teman paraphrase cakap Erdogan...kat Turki mana ada bewak, toke ada ler.
Ater...Britain pun kritik gak polisi lapok EU sebab memikiorkan pengaruh Turki yang makin meningkat di Asia Tengah dan peranannya di Eropah. Ater...tunggu apa lagi kome, negara-negara Barat yang karat?

Ater...balik ke citer Kg Deredebi pulak. Udah takder matahari ari ni kome. Balik mendung berarak...nyarih tak ujan. Kalau dak, sejuk lagi ler keme kat bukit ni!

Semalam Mr T pun tepon teman dari Iraq.
"Where are U?"
"Village..." (aje teman malas nak kabo kat rumoh sapa...maroh ler konon.)
"Are U boring?" dia tanya lagi.
" No, I'm not boring...but yes, I'm bored!" (Bape kali teman ajor dia camner nak bezakan 'bored' dengan 'boring').
'Ok, U can go back to Istanbul...or U can stay there until I come and take U back," dia pesan. Dia perasan tu teman jawab sepatah, sepatah.
"Where are U?"
"Village..." (aje teman malas nak kabo kat rumoh sapa...maroh ler konon.)
"Are U boring?" dia tanya lagi.
" No, I'm not boring...but yes, I'm bored!" (Bape kali teman ajor dia camner nak bezakan 'bored' dengan 'boring').
'Ok, U can go back to Istanbul...or U can stay there until I come and take U back," dia pesan. Dia perasan tu teman jawab sepatah, sepatah.
'Ok...' teman jawab. Jawaban yang tak clear.
Teman maroh sebab dia exile teman ke Kg Deredebi ni sampai dekat 3 minggu, sampai dia balik minggu depan. Dia bimbang teman dok sorang-sorang bila dia takder. Teman idok ler berniat balik Istanbul, walaupun dia dah izinkan. Nanti apa pulak kata Kak Emine dan mertua, nanti deme ingat teman tak suka dok kampong dengan deme. Bior dia datang amik.
Teman maroh sebab dia exile teman ke Kg Deredebi ni sampai dekat 3 minggu, sampai dia balik minggu depan. Dia bimbang teman dok sorang-sorang bila dia takder. Teman idok ler berniat balik Istanbul, walaupun dia dah izinkan. Nanti apa pulak kata Kak Emine dan mertua, nanti deme ingat teman tak suka dok kampong dengan deme. Bior dia datang amik.

Meh teman ajor, eh panda nak ajor orang,...cara-cara deme buat keju. Ada 2 versi ni. Satu dibuat dari yoghurt dan satu dibuat dari susu. Yang dari yoghurt deme pangge kesy; yang dari susu deme gelor kasyar, dua-dua tu peynir (keju). Satu mertua buat, satu lagi Kak Emine buat. Yang ni kat dapur mertua, dia buat kesy peynir.
Memula rebuih semula yoghurt yang dia dah buat dari susu Fistig beberape ari lepas. Dah masam ler. Ni poyok besor, ada dekat 20 kg berat isi dia nih!

Bila dah panas, tuang dalam kain muslin. Jangan kome biorkan ayor lebihan terbuang! Buleh gune ayor tu, buat minum! Tadoh ler.

Tos-toskan. Ikat kekuat kain tu cam kome ikat kain nak buat nasi himpit. Panas sikitlah nih.

Pastu letak buntil tu atas tapis, tu tapis yang besor-besor lubang dia. Opps sebelum tu dia boh garam bagi masin sikit.

Yang ni kat dapor Mr T. Kak Emine baru pas masak balik susu yang dah jadi curd (cam curd taufu fa tu) tapi tak cukup lama untuk jadi yoghurt. Kalau buat yoghurt mau lebih sehari semalam.


Back to Mum-in-law's kitcehn, pas agak abis ayor menitik, dia bawok buntil peynir dia ke balkon. Kendian dia hempap buntil tu dengan batu sungai seberat 10 kg. Ngape dia boh kat balkon? Sebab kat luor ni sejuk dengan air-con semulajadi. Jadi gamoknya kalau nak buat keju ni, kena negara dingin kome...


Pagi tadi Kak Emine bawok kuor keju kasyar yang dia buat semalam. Backtrack jap. Keju kasyar pas dihempap dan sejuk, Kak Emine potong-potong kasor seberat 200 gram gitu dan dia boh dalam bekas yoghurt dan direndam dengan ayor lebihan susu. Btw, yang ni tak boh garam. Masin semulajadi.

Ni ropa keju 200 gram yang direndam dengan ayor lebihan dia. Cam kita rendam tauhu ler gitu. Pastu Kak mine simpan dalam peti ais. Kalau keju kesy deme gantung kat luor rumoh beberapa ari. Cam tulah buat keju. Takder perasa tiruan atau pewarna atau pengawet!

Pagi tadi untuk kahvalti, Kak Emine rebuih kulit buah epal yang kami makan semalam. Sampai lembut kulit tu dah bulih minum. Rasa dia masam-manis (ikut rasa asal epal tu), dan kalau kome nak boh gula ikut suke ler. Warna asli teh ni sama dengan warna sofra. Sonang jo nok buek teh epal ni Jang, kato orang Ghombau!

Kak Emine potong kasyar peynir ni sebesor kita potong nasi himpit. Ada dekat 400 gram ni. Kami berdua makan cam makan nasik jer untuk sekali makan! Meh kome...