Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 20, 2011

Senyap-senyap Amerika dan Arab Saudi Buat Projek Pertahanan, Cisss!

Setiausaha Pertahanan AS, Duta AS ke Saudi dan sorang lagi bahalol sampai kat airport Riyadh, Arab Saudi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Walaupun kunun ada jurang politik yg besor, AS dan Arab Saudi senyap-senyap buat projek yg melibatkan penubuhan kumpulan tentera elit yg akan mempertahankan kekayaan telaga minyak Saudi dan juga kawasan cadangan tapak nuklear.
What the f...!

Pihak AS juga telah berbincang dgn kerajaan Saudi untuk membina sistem pertahanan udara dan missiles yg lebih besor dan sofistikated, nak celen sistem pertahanan saing yg paling kerajaan Saudi takuti, iaitu Iran! Sebab getor dengan Iran nilah pihak Saudi tergedik-gedik mintak AS buat perjanjian yg akan melibatkan US$60billion (billion kome, buleh buat macam-macam tu kalau tak beli senjata haramjadah dari AS!). Perjanjian pertahanan akan melibatkan pembelian beberapa dozen pesawat combat F-15 yang akan memastikan sistem pertahanan Saudi dpt menandingi pertahanan Iran (huh?).

Hubungan 66 tahun antara kedua-dua negara bahalol ni berdasarkan ketamakan AS pada bekalan minyak Saudi dan kebergantungan Saudi pd senjata dan pertahahan buatan AS - kedua-dua bimbang dengan ancaman Al-Qaedah dan cita-cita besor Iran!

Aparaaa Arab Saudi - Khadam 2 tempat suci Islam kunun, tapi bergantung pada Dajjal nombor satu dunia!
Ptuuuiiihhh!

Sumber dan gambor hurriyetdailynews.com



Semalam entry pasa musim bunga di Turki kan..kan... ni sambung sikit lagi ler. Masuk musim bunga, koje kampong di luorbandar Turki makin bertambah tau. Kita bayangkan bunga-bungaan yg kembang berseri, tapi di Kg Deredebi mula bunyi traktor dan lori bergema sejak 7 pagi!
Tidor memang tak lena!

Kaum wanita terutamanya mula gi kebun sayur kat bukit buat tapak baru. Sayur, kekacang, labu-labi yg ditanam masa musim dingin akan dituai.



Nevin akan lebih amat sibuk di kalangan kuarga kami sebab dia jer anggota pompuan yg buleh bawak traktor dan lori (selain Zuleyha yg buleh mandu keta).
Sejak menjanda masa umo awal 20an dan menetap terus dengan kuarga Mr T, Nevin dah buleh berdikari. Dok dengan mertua dan ada anak sorang (Ilker).



Ada masa mertua teman dan Kak Emine tolong pasang atau dismantle traktor dengan treler. Kalau nak hangkut rumput hay, sayur atau jagung, deme pasang ler treler tu.



Ni Nevin baru balik dari ladang jagung. Dia dan Kak Emine gi hangkut batang jagung kering yg dibior berjemur kat kebun. Guna batang pokok jagung ni untuk makanan lembu-lembu keme ler. Tak membazir weh!



Ujung minggu anak tiri teman Tahsin akan datang dari bandar Eregli. Dia akan jadi 'mekanik' baiki dan petri apa-apa yg patut pada traktor dan lori kami. Untuk service excavator dan backhoe digger yg Mr T baru beli, mechanic real yg akan uruskan.



Selain gi ladang dan kebun, banyak lagi kayu api kena potong dan belah. Nevin yg pandai guna chainsaw akan memotong berkilo-kilo kayu - kecik dan besor. Pas potong kena hangkut.
Sapa hangkut? Deme gak, yg pompuan-pompuan ni, sampai paras siling!



Kekacang - hazelnut dan walnut dan chestnut (buah berangan) kena layan gak. Abih nak makan! Yang ni dimesin untuk teman bawak balik Malaysia. 10 kg teman bawok balik ari tu.



Roti kena buat. Ada gak Mamat jual roti datang dengan van tiap pagi tapi lazimnya roti dan boreq pun deme masak sendiri. Berjam-jam gak nak dapatkan 2 dulang boreq ni!



Pompuan kampong di Deredebi mesti kena buat keju, yoghurt dan butter sendiri. Kalau ada lembu selamat ler, jimat belanja. Sapa yg takde lembu main beli mende-mende ni. Yoghurt dan keju wajib ada tiap pagi dan malam!



Rumoh nak kena bersih. Walaupun badan penat pas balik dari kebun dan ladang, rumoh kena kemas. Bukan ada bibik cam kita.



Masa terluang, sambil ngadap TV, tangan menggentel benang bulu dan jarum buat stokin atau baju panas.



Hal anak-anak di sekolah kena layan. Ni menantu tiri teman Fatma sedang berbincang pasa hal sekolah dengan salah sorang cikgu anak dia kat sekolah di Akcakoca. Kaum Yob mana rajin buat mende-mende ni.



Kalau tak layan anak, layan cucu. Cucu kebulur, bagi makan kentang bakor! Ni adik mertua tengah layan cucu dia yg kebuluran.
Mak lambat sangat masak lunch!



Pas puas layan cucu, layan cicit pulak! Ni mertua teman tengah manja-manja anak Ilker, si Mursel.



Puas layan cucu dan cicit, layan ternakan. Ni mak sedara Mr T sedang bersiar-siar dengan lembu dia. Bawok berjalan naik bukit atau gi padang makan rumput.



Selain makan rumput, kena bagi layanan istimewa supaya deme bagi susu yg banyak. Ni mertua dengan si Fistig. Fistig baru beranak 2-3 bulan sebelum tu.



Selain lembu, ayam pun ada! Deme bela ayam ni untuk dapatkan telur. Tak tau deme penah sembelih kat idok natang ni. Tapi sekali dua ada anjing jiran curi sekor dua ayam ni. Lapor ke anjing jiran ni?
Sekarang deme tak berani curi sebab anjing kami si Karabas dah power! Dulu dia kecik anjing jiran tak takut.



Selain dari menanam, membela, mengangkut, membelah, memasak, mengemas dan memacam lagi 'me...', orang pompuan sibuk menyorok. Yaaa deme sorok makanan untuk tahan lama dan untuk simpanan masa kekurangan makanan fresh di musim luruh dan musim sejuk. Ni salah satu kaedah simpan epal - bawah daun kering kat kebun sayur!



Pompuan dari Malaya buat apa kalau kat sana?
Nyongket dan shopping jer!
Mana Mr T tak bengang dengan pompuan ni. Dia tak marah, bengang jer.



Meh makan mename (scrambled egg dengan bawang dan domates). Lawan dengan salad marun dari kebun Kak Emine. Jeruk timun pun ada.



Kalau makan kat rumoh Tahsin teman rasa nyaman sebab Zuleyha panda mempelbagaikan menu kampong yg bland dan boring. Mename yg Zuleyha masak ni antara yg terbest teman penah makan. Meh kome makan sama!

18 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Halima,

    Boleh percaya ke bersekongkol dengan AS..
    nanti semua rahsia pertahanan dalam tangan depa, dah senjata depa bekalkan,mesti tahu apa kekurangan sejata tu, satu masa takut senjata makan tuan.

    Rajin dan bertenaganya wanita Turki, kalau tengok rasa macam tak daya kita membuatnya...

    ReplyDelete
  2. Masih terasa lagi enaknya kiriman Hazelnut Kak Yong

    ReplyDelete
  3. sedap nye menu ni..rasa cam nak try lak :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong UmmiRoss, tu sbb banyak negara Arab huru-hara sebab berbaik dgn kufar. Beli senjata utk bunuh sesama sendiri. Betoi tu teknoloji senjata tu pun akan makan diri. Yaa pompuan Turki kuat koje, tak terlawan kite!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikgu Zmah, wah nostalgia tu!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong Tihara, buleh try, senang jer!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..
    kuat betui deme ye..siap blh dismantle tractor lagi..msti kena ada kederat byk jugak tu..mename tu sedap je rupanya..agak yek cantik jubah!

    ReplyDelete
  8. spt biasa... sentiasa tergoda dgn makanan2 org sana...

    ReplyDelete
  9. yong, suasana kat turkey ni nampak klasik laaa, jauh beza ngan malaysia ni huhuhu

    ReplyDelete
  10. As-Salam Akak...lama saya tak mencelah..hehehe

    Bab Arab Saudi tu memang lamo saya tak suka pak arab nih, nabi dah kata akan sampai satu masa nanti akan ada pemerintah yang tak berkasut akan memerintah, kalau kaji sejaran Raja arab saudi yang sekarang ni memang dari keturunan puak asli badwi yang tak berkasut.

    Akak, hazelnut ari tu memang sodaaapp, sampai makan sorok2 dalam bilik....tak bagi orang mintak...heheheheheh

    ReplyDelete
  11. Kamu boleh bawak traktor?

    Pernah cuba?

    ReplyDelete
  12. teringat sejarah bagaimana tanah melayu dijajah british.. kekacauan dalaman..mintak tolong bristih..last2 british jajah.. hampir semua negeri jatuh cara begitu.. kesian melayu...

    ni org arab pun lebih kurang sama.. tak belajo sejarah malaysia deme ni kot..

    cantik betul baju tu.. modelnya pun bulih tahan hihihi..

    agaknya, wanita turki ni kuat2 ye kak halima.. bagus jugak buat bini.. boleh suruh belah kayu.. hihihi...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Asma, deme memang kuat kederat, tak mampu akak tandingi. Tengok jer deme buat koje, kalau tolong pun yg ringan2!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Ali, dah penah try ke menu2 yg aka papar ni? Bukannya susah masak mename ni!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ustaz, tu kat kampong memang ler klasik...kat kg yg ulu-ulu kat Mesia ni pun ada yg klasik dan unik...gi jer kat Sabah dan Sarawak dan ulu2 sana tu.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yob Din, tulah para nabi dan rasul banyak diutus di kalangan deme ni...apa makna tu? Aiik makan hazelnut sorang2, tak share ke dgn famili?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yob Gedek, akak buleh bawak besikal jer!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yob Mad,
    Dulu Raja2 Melayu org offer $10k setahun, ganti dgn sebiji pulau,dah gelap mata. Samalah dgn Pak Arab sekarang. Model baju tu mmg selalu comey!
    Haa nak pasang lagi satu ke Yob?

    ReplyDelete