Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 18, 2012

MUSIM BUNGA DI ISTANBUL...TULIP, TULIP, TULIPPPP!

Jalan menuju ke Eminonu, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Berkat,

2 ari sebelum teman balik Malaysia (bulan Mac, 2012), teman amik peluang jadi pelancong jap. Dekat 3 bulan dok Turki baru nak melancong. Maksud teman ni baru nak tengok tempat-tempat bersejarah dan taman-taman di musim bunga.



Bukan tak penah tengok, dah berkali-kali tapi ni trip 2012, kenalah amik gambor, simpan. Masa tu teman kuar lepas subuh dengan Mr T, tapi dia tolong antor ke Aksaray.
Pastu teman nyongket sorang-sorang dalam samar-samar pagi tak bape nak terang.
Nyusur jalan sepanjang Aksaray, Sultanahmet, Beyazit sampa ke Eminonu.
Mau 4-5 km kot!
Nyaman jer, tak letih sebab sejuk.


Wuuuu heeeee, cantik nar!

Ni gambor kat taman tak jauh dari blok apartment kami di Basaksehir. Sibuk-sibuk nak amik gambor bunga tulip, ropanya tak jauh dari apartment kami pihak Majlis Tempatan pun ada tanam.
Turun dari bas, terus berkejor dan menerap amik beberapa imej...



Ni imej dari kamera digital.
Selalu teman upload dr handphone yg standard tu.
Ada kot beza.
Tu bas nak ke pusat bandor, menuju Eminonu.
Nak kabor jap, Istanbul bukan bandor tapi negeri!



Kome buleh nampak dak sorang lelaki paka baju Bersih tu?
Haa tuuu belah kanan sikit, tengah duduk.
Ha ha Perasanlah kome!
Dia paka T-shirt koje dia, mana ada Bersih!


Bunga tulip Bersih!

Yang ni bunga kat luor muzium yg ada taman, kat pusat bandar.
Masa ni teman ondewei nak nyongket ke Eminonu.



Tembok dindin muzium, mungkin dibina zaman Uthmaniah.
Selain kat dalam, kat luor pun Majlis Bandaran Fetih (Fetih ni satu daerah dalam Istanbul) tanam dan hias bunga tulip merata-rata.



Teman tak tau apa nama bunga werne ungu ni.
Kalau tanya Yong Eita atau Yong Tihara, deme tau kot.



Close-up
tulip werne...errr werne apa ni kome?
Cer kabor kat teman jap.
Teman bute werne...sesetengah wernelah!



Teman rajin jugak ngendap-ngendap klik dedekat.
Terhendap-hendap pepagi bute tu.
Ni dah masuk dalam taman muzium tu.
Teman hidu-hidu, tak wangi ler pulak.
Harapkan lawor jer!



Kaler pink pucat ni yang paling meriah kat dalam taman ni.
Suke bebenor teman nengoknya, tapi idok ler sampa teman berlari-lari sambe menyanyi-nyanyi.
Belum sampa peringkat Bollywood lagi yek.



Ukiran Yob Ataturk kat sini.
Jenuh teman nak rakam imej dia ni sebab pancaran matahari ngadap lensa teman!
Dok dediam ye Yob, Yong nak amik gambor miker nih!



Yang kaler meroh menyala pun ada.


Seeeeeeeeepanjang jalan dan bucu dalam taman penuh tulip, tulip, tulip!

Subhanallah!
Masa deme masih bentuk kudup gini memang cantek sesangat.
Ni teman hadiahkan gambor ni untuk Yong Lady Lavender di Finland yg suka sangat bunga tulip.
Sebenornya entry ni teman buat sebab nak tunjuk rasa syukur teman dapat menikmati keindahan ciptaaNya.
Ramai yg teringin nak tengok dan pegang bunga ni, yang tahan lebih korang 2 minggu kot.
Lady Lavender menulis dalam entry Spring in Turku Part 2 dia kata seronok dapat tengok bunga tulip di Turku, walaupun sekangkang kera.
Teman pun insaf sebab teman dapat tengok bunga-bunga tulip sekangkang dinosaur di Turki!
Bersama-sama kita berkongsi nikamti kurniaan Dia nih.


Nak kongsi gak imej Masjid Biru.
Teman amik dari jauh jer, sebab awal pagi sangat. Nak gi pun jauh dari laluan teman nak nyongket.
Lagipun dah masuk dalam masjid ni dalam trip dulu-dulu.



Antara pemandangan yg menakjubkan dan sejuk mata memandang di Istanbul.
Tapi ramai pelawat dan pelancong, termasuk yg non-Muslim, datang sini terutama musim bunga dan musim panah.
Kadang berebut nak solat!



Pemandangan yg buat teman lapor...belum bekfast ni.
Apa rezki teman ari jumaat ni?
Nak goreng spegetilah!

Wednesday, May 16, 2012

MOH KITE GI SUPERMARKET ISTANBUL, MANA KE ROPANYE!


Gambor tertingge...troley Mr T : pirinc (beras), keju putih, domates, cili ijo, patlican, salad...


Penjual bawang dan kentang


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tiap hari Ahad ada pazar Ahad dekat Basaksehir, Istanbul. Teman rajin pegi, kekadang dengan Mr T, kekadang sorang. Sama ada naik servis (perkhidmatan van percuma) atau ikut Mr T.



Ada masa terserempak penjual bawang dan kentang dalam lori.
Mr T beli ler dari dia. Beli secara guni ni normal di Turki.



Bawang putih atau sarimsak idok ler beli berguni, sekilo cukup ler..., kome ni pun!



Mr T hangkut 10 kg patates, 10 kg sogan dan sekilo sarimsak ke dalam keta. Teman rajin buat fries dgn kentang deme ni, manis.
Bawang deme pun manis bila dimasak.
Bawang dan kentang lebih muroh di Turki. Tapi jangan tanya bape rega, teman dah lupa!
Tahan ler 2 bulan!


Mr T tengah kaut beras.

Pastu kami nyinggah supermarket dulu, usyar rega. Kendian nyongket ke pazar Ahad, dedekat situ gak.
Bila dah banding rega baru beli.
Ada barang beli kat pazar, ada beli kat supermarket.
Mr T selalu kabor kat teman, banding rega dulu sebelum membeli.
Dia belanja berhemat!
(Teman berbelanja tak hengat!)



Kalau ada stesyen promo sample makanan, teman rajin ronda 2-3 kali, nak merasa dan makan sampai nak dekat kenyang!
Ni promo kofte...sedap yaa amat!
Sekali teman beli sepeket, teman jer yg ngulang masak.



Kat bahagian keju-meju Mr T akan tanya keju kat romah ada lagi ke dah abis.
Teman pun buat laporan lintas langsung: "Beyaz peynir (keju putih) tingge 2 inci, kasyar penir (cheddar) dah abis!"
Nanti dia pun order kat pembantu supermarket tu.
Teman perati jenih cam ner dia beli.
Lain kali taulah nak pilih yg mana.


Muka Mr T yg serabut...

Di musim dingin, Mr T jarang bercukur.
Sejuk dia kabor.
Bila dia tanya, "Saya mana ropa tak bercukur ni?"
"Ropa terrorist!", teman jawab.
Bila nak jumpa orang atau ada meeting baru dia bercukur!


Sekali tu, prang-prung-prengggg!!!!

Ada pelanggan terlanggor tempat candy dan satnika chewing gum.

"Alaaa tak tau, alakan tak tau! Sapa buat!" teman nyanyi-nyanyi dalam Bahasa Melayu.

Sapah pun tak faham so apa kisah!
Orang yg langgor buat-buat nak pungut tapi belahhh!
2 orang pekerja supermarket bergegas kutip dan susun.
Abih citer!



Ada satu kelainan kat Turki ni banding dengan kat Malaysia.
Pas bayor, sendiri masukkan barang-barang dalam plastik ya.
Jangan nak manja-manja!


Dah beli beras pun, teman idok masak nasi. Makan roti bakor atau sandwich bakor jer.
Pacepa (pasai apa)?
Ater...tak mandang gulai, rendang, sambe belacan, ulam mana buleh makan nasik, Yong!


Sambe sardin!

Teman rela makan roti jer berbulan-bulan dari makan nasi yg tak cukup syarat!
Tapi kalau roti bakor makan dengan sambe sardin...haaa itu baru heavens!
Tambah musim sesejuk masa tuh!

P.S Huh teman dah buang word verification tuh, nyampah kan?

Monday, May 14, 2012

LAYAN GAMBOR KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Jalan bukit nak masuk Kg Deredebi, kampong Mr T.


Assalamualaikkum dan Salam Ceria,

Sibuk ni, sibuk ni. Tak buleh nak labun panjang...banyak hei!
Layan jer gambor yek.


Sunga Deredebi.



Gambor dr fesbuk Mamat ni.
Teman tak kenei tapi dia minta add, teman approve. Sedara-mara Mr T. Kat fesbuk teman guna gambor Mr T kat profil, tu pasa!



Romah salah sorang jiran dan juga friend fesbuk teman.
Kat Kg Deredebi jugak.



Kalau sampa sini dah dekat nak sampa Kg Deredebi...


Pemuda-pemuda Turki dari Duzce, Laut Hitam.

Salah sorang ni pun kawan fesbuk teman tp teman tak kenei.
Sedara Mr T jugak.
Deme berpoya-poya masa bercuti di Istanbul.
(Ehemm...ada sesapa berkenan? Jangan malu email kat teman yek).


Ok, teman sibuk pasa pa?
Nak siapkan tercumah (terjemah) artikel sorang kawan ni, nak antor ke jurnal antarabangsa.
Haissyy fenin nak terjemah hei-hei agama ke dalam BI - banyak istilah dalam bahasa Arab.
Tapi yg baguihnya teman dpt ilmu sambe menterjermah tuh...

Tajuk artikel: "PENGAMBILAN TANAH WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM TERENGGANU OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI: ISU DAN CABARAN".



Kalut nyiapkan ordar kawan - nak rante, nak gelang, nak broooch. Haisyyy teman buat main-main pun dia nak ordar!

Dan minggu ni anak jiran minta tusyen: Cikguuuu, bila nak tusyen?!
Cikgu Helime: Ok, malam sok buleh start!



Weekend
baru ni dapat kunjungan dari rakan blogger dan suami.
Bawok kepuk tu. Kepuk banyak ikang dari Pasar Payang, Ganu!
Suke ati temang, gemor bebenor kepuk banyak ikang nih!


Baju raya temang!

Puan Ummi Rosma kita ni dari blog Salam Borneo sudi hediyehkan teman 3 helai batik Sarawak! Cantik-cantik bangat! Awat banyak sangat kasi Yong.
Yong Rosma ni tokey kain batik Sarawak. Kalau kome nak ordar batik Sarawak, ziarah blog dia yaa.



Yong Rosma yang sentiasa ceria, gelak dan senyum sokmo!



Tangkap gambor, tangkap, sebelum cekelet sudu tu cayor!



Tapas sardin dan beyaz peynir (keju putih) antara hidangan utk Yong Ros dan suami, Encik Sahar.
Dari Bangi deme mai...


...dan 'piza' sucuk dari Istanbul. Tima kasih sudi lepak di romah teman yg kecik molek tu Yong Ummi Ros.
Jangan serik datang lagi naa...
Tessekkur erderim!

P.S Yong Ummi Ros ada ajor teman buat link blog ke blog, tima kasih bebanyak.
Tak tau jadi ke idok!

Saturday, May 12, 2012

MOH TENGOK ORANG KAMPONG TURKI BAKOR ROTI!

Romah Mak Mertua dan Nevin seberang jalan


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Masa memola sampai ke Kg Deredebi trip tahun ni (awal Februari) teman perati ada 3 binaan baru kuarga Mr T buat kat laman romah deme. Satu yg paling ketara kandang Kara Kiz dah tak de.
Mr T bina sebijik banglo pulak utk Kara Kiz dan gerombolan dia kat tapak lama tapi besor lagi.
Rujuk pd entry sebelum ni ya kome.



Kat laman mertua ada binaan bertingkat.
Bagian bawoh bangsal lembu dia (dulu berkongsi dgn lembu-lembu Kak Emine). Kat atas tempat nyimpan rumput kerin (hay).
Sebab nak bina romah ni, pokok buah berangan dulu kat belakang ni, kena tebang!
Tak dapat ler teman kutip buah berangan lagi nanti.
Kena kutip yg kat ladang ataih bukit jer.


Lagi sebuah binaan ialah firin kecik ni.
Firin ni ialah dapur oven dibuat dari simen dan batu, untuk masak roti dan mengering makanan yg perlu dikerinkan seperti bijiran atau buah.



Lazimnya firin digunakan kerap masa musim panah sebab kuasa panasnya yg power, jadi kena bakor roti kat luor romah. Kalau kome tengok tempayan orang masak roti nan, cam tulah konsep dia - ruang yg panah keliling jadi roti masak rata.
Orang kampong iaitu jiran buleh guna firin ni.



Memola kena bakor kayu kat tengah-tengah firin tu.
Api kenalah besor supaya dinding firin tu hangat ataih bawoh, depan belakang, kiri-kanan.
Ni seropa dapur nak perasap kayu bakau buat arang jer.



Sementara tu get ready roti/kueh kome tu. Ni ropa karipap tapi teman yakin dalam dia keju putih!



Boh roti ataih kayu panjang ni. Pastu ulur ke dalam.
Sendiri ulur tak buleh arrr, hangat taw!
Ehh sebelum tu kome kena kalih kayu yg dah jadi bara tu ke tepi, bior tetengah tu kosong.



Tutup pintu firin tu dan ikutlah bape lama menu kome tu masak.
Nilah firin atau oven tradisional yg terdapat di kebanyakan negara yg rakyat dia kerap makan roti!

Emy tayang ikan bilis goren dan hazelnut!

Terlufe nak citer pasa ziarah salah sorang ex-student teman dan blogger Emy Syuhada minggu lepas. Emy datang dgn suami, siap bawak cucuq ikan bilis, kegemaran Cikgu ni. Teman jamu kahvalti dan cik mak...


Cik mak fusion!

...cik mak yang ada unsur-unsur keturkian. Instead of kacang tanah, teman guna hazelnut. Mentang-mentang hazelnut tengah banyak.
Tima kasih Emy dan suami kerana sudi ziarah Cikgu!



Sebagai pemanis, selain biskut hazelnut, teman jamu deme sudu cokelet sorang sebatang.
Sedap pulak sudu cokelet teman beli kat Grand bazaar ni!
Lain kali kena beli 3-4 set!
Errr sapa nyinggah flat teman, merase ler.
(While stok masih ade...)