Moh Kite Follow Sesame...

Monday, April 4, 2011

Jonathan Livingston Seagulls and Other Creatures


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Bila di bandar Eregli, Laut Hitam, masa di rumoh anak tiri, si Tahsin; teman gemor menyongket ke bandar kelahiran Herkules ni dan lepak di esplanade. Kalau datang masa cuaca cerah, memang sonok. Kat esplanade ni terdapat banyak burung camar.

Bila nengok burung ni, teman teringat sebuah novel yang ditulis oleh Richard Bach bertajuk "Jonathan Livingston Seagull" (1970). Novel ni takder watak manusia, hanya burung camar dan watak utama dia burung camar bernama Jonathan Livingston Seagull. Watak-watak yang lain semua ada 3 nama dan bermula dengan 'Jonatahan'! Sebuah filem bertajuk yang sama pun penah dihasilkan dan lagu temanya dinyanyikan oleh Neil Diamond.



Masa teman ngajor kat sebuah IPTS 2 tahun lepas, salah satu subjek teman ngajor ialah English Literature. Teks yang teman guna, buku si Richard Bach bertajuk si Jonathan nilah. Penuh falsafah novel ni...haru gak nak menginterpretasikan sesetengah baris dan frasa dalam novel ni. Dengan metaforanya, similinya, simbolismenya. Ahh...main layan jer.



Sambil bagi seagulls ni keropok yang penuh MSG kat deme tu (cerodik teman, tak mau makan bagi kat burung. Harap-harap takder yang sakit perut kena MSG!), teman cuba mengimbau senario ketika teman membaca baris demi baris kisah Jonathan. Ni teman boh sikit baris yang memorable, tapi teman googlelah, mana nak ingat:

"The gull sees farthest who flies highest" - haa logik, logik nih! Cam kata peribahasa Melayu, "Jauh berjalan luas pandangan."




"Don't believe what your eyes are telling you. All they show is limitation. Look with your understanding."

Tapi tulah kelemahan kita, suka benor percaya apa yang kita nampok dan dengor, bukan nak buat analisis dengan penuh hemah! Umpama menonton filem low-budget, black n white tu. Dah tengok, buat analisis yang cerodik sikit! Jangan caya 40%!



Selain burung, hewan lain yang banyak melepak kat sini ialah kucing. Dempak, dempak deme ni. Mungkin cukup makan dan ada hamba Allah yang menjaga deme. Ni bukan kat rumoh ni, tapi kat laman pondok nelayan yang ngadap laut.



Ramai deme ni, beranak-pinak! Tengok pada gaya, deme ni cam ada patron. Rasa teman patron deme nelayan ler. Ni mesti dah kenyang tengok pada gaya santai deme. Walaupun ni laman pondok nelayan, elok berlayan tempat ni, siap ada pokok bunga dalam pasu!



Ni lagi sekor yang dempak. Deme tengah dok dekat sorang Yob yang jual ikan hamsi. Sesekali yob tu akan campak kepala ikan yang deme siang untuk pelanggan. Kenyang ler deme ni!



Sambil berjalan tu, teman intai ke bawah espalanade. Nampak gak sorang dua nelayan tengah menjahit jaring yang rosak. Bila dia tak nampak baru teman berani amik gambor dia. Bersih deme jaga tempat deme bekoje ni.



Bot-bot kecik yang bersidai. Tak tau bila waktu deme gi ke laut nangkap ikan. Bot tunda pun ada tapi bukan kat sini.



Ari ni teman posa dan merajinkan diri mengetuk belen-belen hazelnut yang mertua bagi. Tinggal lagi lebih korang 1 kilo yang belum diketuk. Dalam satu jam, siap koje tu.



Pastu teman pikior nak berbuka dengan bubur nasi. Haa elok makan dengan ikan bilis bercili. Apa lagi teman pun goreng ikan bilis, tauhu sekeping yang ada dalam peti ais dan campor hazelnut.

Yessss...ikan bilis dan hazelnut bercili! Tak penah buat dik orang! Untuk menumis cili tu teman guna minyak zaitun. Idok ler teman goreng ikan bilis dan tauhu tu dengan minyak zaitun, goreng deme ni dulu dengan minyak sawit.



Ada sorang kawan blogger ni, nama dia Yob ditdot.ditdot, tanya:

"Akak berbuka posa makan apa nanti?"

"Bubur nasi dengan sambal bilis dan hazelnut!" teman kabor.

"Mentang-mentang dia banyak hazelnut...." Yob ditdot.ditdot usik.

Aterrrr.....

Sunday, April 3, 2011

Gadis Mata Biru Untuk Blogger Dot. Dot. Dot....


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Memula nak labun satu anekdot, real punya.

Satu pagi di sebuah kedai kopi di Batu Gajah, Perok.

Yob Melayu: Hey Apek...apasal lu pepagi baca paper Melayu nih? (Apek tu tengah belek senaskah paper - Utusan Meloya)

Apek: Aiyah...sajalah, mau tau...citer tipu apa ini hali!

OK...masa teman kat Turki baru-baru ini, ada sorang blogger otai ni, Yob dot.dot.dot nama dia, tanya teman, buleh ke carikan dia sorang gadis Turki, yang bermata biru! Hmm...dahlah suruh cari sorang pompuan, nak pulak yg mata kaler biru. Banyaklah dia ni!

Masa teman lawat kapal Mavi Marmara kat Istanbul (kome yg terlepas, cer cari entry "Mavi Marmara Part 1, 2, dan 3" ni dalam bulan Januari 2011 ye...) ada teman terjumpa 3 gadis Turki yg ayu. Tapi semua bermata coklat dan kelabu. Reject!



Tapi masa teman lepak 3-4 ari kat rumoh anak tiri sulung, Tahsin, di bandar Eregli, Laut Hitam, datang kawan isteri dia dengan 2 orang anak kecik - sorang jantan 5 tahun dan sorang tine 2 tahun lebih. Teman perati yang tine ni bermata biru! Hah, dapat sorang dah, Yob dot.dot.dot!



Dak kecik ni nama dia Betul. Kome kena sebut 'Bey-tul'. Rambut blond. Bila sampai dalam apartment, dia suka masuk bilik Sule dan Ertugrul yang ada blackboard dan whiteboard.



Apa lagi...menyonteng ler!
Menurut blogger Yob dot.dot.dot tu, dia kunun nak buat menantu gadis bermata biru ni.
Yer ler tuh!



Lagut gak si Betul menenyeh blackboard tu dengan kapor.



Masa ni mak dia dan isteri Tahsin, si Zuleyha, dok pot-pet, pot-pet kat ruang tamu. Surirumah Turki kalau dah jumpa, dok sembang jer! Anak-anak, deme bior main sorang-sorang atau buat projek sendiri. Ni si Betul dah boring main cikgu-cikgu, dia main langsir yg memisahkan ruang tamu dengan bilik lain.



Pas bosan main langsir, dia masuk bilik tido Tahsin. Berguling-guling dia sambil berciter sorang-sorang. Buas dia ni Yob dot.dot.dot...buleh ke buat menantu nih?



Tetiba dia dapat satu ide. Dia bangun dan mengkerobek meja solek Zuleyha. Apa mende dia tarik tu? Teman perati jer...



Teman amik bekas tu dan simpan tempat lain. Pastu dia menjengket usyar mende lain pulak...



Hah...dapat satu tin! Apa mende dalam tin ni...teman pikior.



Dia bawok tin tu ke atas katil Tahsin. Nak try bukak, tak panda. Teman check...dalam dia ada benang dan jarum. Teman amik simpan!



Bila teman gi ke bilik ayor jap, dia dah dapat amik bakui atas meja tu. Dia dah punggah isi bakui tu atas lantai. Tu dia...budak ni! Bersepah satnika reben, cekak rambut si Sule, brooch dll.



Dah bosan dengan mende kekecik tu, dia main pulak dengan teddy bear Sule. Hiiii...kalau nampak dik Sule (Sule masih kat sekolah), tentu dia kena jerit!



Masa tu abang Betul tengah main atas katil. Dia pun bercerita sorang-sorang. Nama dia Mehmet. Mehmet ni hensom gak, mata itam, bulu mata lentik!



Teman pun pungut mende-mende atas lantai tadi. Si Betul merengus...dan naik atas katil join abang dia. Deme berdua lanyak katil tu. Mak-mak deme ni syok berlabun. Anak porak-perandakan rumoh, bukan deme sedor!



Bila dia bosan lagi, si Betul manjat pulak kotak kayu Zuleyha. Dia nak tengok dan siasat apa yang ada atas meja solek tu dengan lebih teliti. Hah...buleh masuk CSI dia nih!



Dia dapat amik deodorant pulak! Sebelum berterabur meja solek tu dengan bedak dan minyak wangi Zuleyha, teman angkat dia turun dari situ. Buas yaa amat!



Kendian makan tengah hari siap dihidang oleh Zuleyha. Baru deme tinggalkan bilik tido tu. Masa ni anak Tahsin, Ertugrul, dah balik dari sekolah.



Mehmet tumpu pada mende manis - kek coklat yang dibuat oleh Zuleyha semalam.



Ni makan tengah hari ni...roti dan kek dan stew sayur!



Betul mencucuk sepotong kek coklat. Tu jer yang dia makan, yang lain dia tak pandang!



Ni jer yang teman dapat, si Mata Biru dari Eregli. OK ke gadis yang cam ni, Yob dot.dot.dot?

Saturday, April 2, 2011

Buat Fresh Demo di Tahrir Square! - Gesa Aktivis Muda Mesir.

Sorang kekanak sedang berdoa di Dataran Tahrir semalam. Ya Allah, makbulkan doa-doa deme nih! Gambor AFP.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berbelas ribu para protestor berkumpul di Tahrir Square selepas solat Jumaat semalam menuntut dan melaung "Selamatkan Revolusi" yang telah menumbangkan bekas presiden Husni Mubaraq baru-baru ni.

The Youth Coalition Movement, salah satu kumpulan dalam gerakan yang melancarkan penentangan ke atas regim Mubaraq, menyeru agar diadakan satu demonstrasi baru bagi menuntut pengadialan terhadap mereka yang korup dan terhadap mereka yang melepaskan tembakan dan membunuh protester ketika revolusi Februari baru ni. (He, he...deme ingat orang lupa perangai firaun deme tuh!).

Para aktivis muda ini turut menggesa bekas ahli-ahli parti pemerintah dari parti National Democratic disisih dan dinyah dari institusi-institusi gomen dan turut mendesak, "pemulangan semula berjuta-juta dollar yang telah disonglap dari rakyat jelata!" (Yesssss!!!! Kami kat Mesia pun hilang...berbillion-billion RM!!!)

Para protester melaung-laung, "Rakyat mahu bersihkan negara ini!" sambil menggesa Field Marshal Hussein Tantawi bahawa deme ada mandat ini hasil dari perhimpuanan di Dataran Tahrir.

Solat Jumaat semalam, dianggarkan 15,000 orang telah datang berjemaah tetapi jumlah ini meningkat sekali ganda selepas solat, menurut agensi berita MENA.

Weh bila pulak kita, Yob-yob semua, nak bersolat di Dataran Merdeka ni. Takkan nak biorkan gomen buat festival Warna-warni Malaysia jerk kat situ ala-ala Mardi Gras!

Sumber berita dari Hurriyet Daily News.

Friday, April 1, 2011

Imam di Turki Buat 'House Call' ...Mende Manis Dari Istanbul!

Wakil dari jawatankuasa "Family Imam" menziarahi satu kuarga Turki.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman cuti dekat seminggu kat kampong, ziarah emak. Masa teman ada lagi 3 minggu kat Turki, dia jatuh dari basika, takder yang patah, cuma terhentak. Sakit pinggang. Seminggu demam dan tak lalu bangkit. Berkat doa kawan-kawan blogger dan pelawat blog semua, Alhamdulillah dia dah buleh jalan...tapi tak buleh jalan jauh sampai 100 meter. Cepat penat, dan sentiasa suka duduk dan baring. Gitu pun teman bersyukur dan teman ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang doakan dia pulih ari tu! Tessekur enderim!

Ni nak labun pasa perkhidmatan "Family Imam" yang pertama kali dilancarkan di wilayah Adana. Para imam Sunni melawat romah ke romah memberi penerangan tentang agama, mendengar masalah dan menasihati ahli kuarga yang dilawati mengenai masalah sosial. Perkhidmatan ni bermula sejak 2 tahun lalu dan akan diteruskan, menurut pejabat Mufti Adana.

"Para pegawai agama harus mengenalpasti keluarga miskin; melawat orang sakit, (jika ada), menyampaikan takziah bila ada kematian dan membantu ketika upacara pengkebumian. Mereka mesti membaca Al-Quran (di rumah yang dilawati) dan menggalakkan penduduk datang ke masjid. Kita tak harus melayan orang yang datang ke masjid sahaja dan membiarkan yang lain," kata Mufti Adana, Canbolat.

Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para mufti daerah, pendakwah, imam-imam tempatan, dan pengerusi persatuan agama akan menziarahi rumah kuarga yang dikenalpasti pada ari-ari tertentu setiap minggu, tambah beliau. Antara masalah sosial yang jawatankuasa ini bincang dan cuba cari penyelesaian (jika ada) ialah masalah alkohol, penyalahgunaan dadah, keganasan rumahtangga dan lain-lain.

Hmmm bagus gak perkhidmatan sosial ni. Jangan dok harap orang gi masjid. Kekadang ada orang malu nak ke masjid, terutama orang pompuan. Ada gak orang lelaki yang segan nak gi masjid! Elok orang masjid kena gi kat deme. Ater camner kes tarian poco-poco?

Sumber gambor dan berita dari Hurriyet Daily News.


Nak citer makanan manis-manis. Masa teman balik kampong kat Parit baru-baru ni, antara aktiviti teman, selain nyongket ke Seri Iskandar, Bota dan Teluk Batik; teman buat biskut hazelnut.



Tentulah teman guna hazelnut dari Kg Deredebi. Bukan jer dalam tepung ada kacang hazel, yang teman boh atas biskut tu pun bukan separuh atau hirisan kacang, tapi sebijik kami boh! Mentang-mentang kacang tu banyak.



Ni dah siap dibakor. Ropa nampak sweet tapi rasa tak bape sweet, namun rasa kacang hazelnya mewah! Kome jangan ikut resepi keme ni, mau muflis!



Untuk memudahkan kami basuh perkakas memasak biskut tu, teman bagi pemutor telur kat anak sedara.



Dia jilat ala-ala aiskerim ler!



Jilat Faiz...kasi abis. Senang Cik Mama nak basuh kang!



Sedap ke Faiz? Memang sedap arr...teman dah rasa sebelum bagi dia jilat mende tu. Sodap, kata orghang Ghombau!



Cakap pasa mende-mende manis ni, biskut atau penganan Turki antara yang juara di dunia. Salah satunya baklava. Tu yang paling kanan dipotong tirus. Manisnya sampai ke otak!



Antara beberapa versi baklava - yang berkacang pistachio, berkacang walnut dan berkacang hazelnut....nyum, nyum!



Lagi satu kedai yang jual penganan manis. Yang nombor 2 dari kiri, disiram ayor gula...manis cam...gula! Tapi sedap!



Masa teman ronda sebuah supermarket, ternampak biskut keping ditabur bijan atau adakah ini habatussaudah? Nampak menarik, jadi teman beli. Rasa rangup dan sedap gak tapi kalau adunan dia dicampur dengan tepung jagung atau tepung beras, lagi rangup kot!



Sekali tu jiran tingkat 5 di apartment Basaksehir jemput teman hadiri majlis baca Yassin. Ni aktiviti yang kaum ibu Turki biasa buat di rumoh deme bergilior-gilior. Masa ni kami sedang menikmati jamuan lepas ngaji.



Antara yang dihidang ialah bubur Asyura. Nilah ropa bubur Asyura di Turki. Bubur deme manis - ada nasi, gandum, berbagai kekacang dan dihiasi dengan butiran delima. Tahap kemanisan bergantung pada si tukang masak. Kalau kome suka mende manis, mungkin kome suka bubur Asyura Turki ni!



Selain dari bubur Asyura, deme gemor jamu pelbagai biskut pada tetamu. Kat rumoh jiran teman ni dia jamu biskut dan isyyy...apa nama mende ni, cam cous-cous, tapi agak spicy. Minum, cam biasa, dengan cay panas.
Meh kome!

P.S Nieda, apa nama blog Yong?