Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Spice market. Show all posts
Showing posts with label Spice market. Show all posts

Friday, January 4, 2013

MOH IKUT TEMAN SUSUP-SASAP LORONG ISTANBUL!

Assalamualaikum dan Salam Ceria di hari Jumaat yg berkat! Apa aktiviti lazim bila teman lepak di Istanbul? Salah satunya ialah ukur jalan. Dalam trip lepas teman lebih aktif berniaga, kena rajin ler nyongket cari barang, beli barang dan pos barang! Gambor ataih masjid Valide Sultan dan laluan trem di Aksaray.
Apartment Mr T terletak di Basaksehir, naik keta lebih korang 25 minit ke Fatih (kawasan pelancongan di pusat bandar), kalau naik bas antara 50-70 minit, tengok keadaan trafik. Teman ada 2 cara naik transport bas ni, naik bas 146B ke Eminonu atau naik bas 78B, turun separa jalan pastu kerabat trem ni.
Ni muzium pejabat pos, sebelah jer pejabat pos dalam bangunan zaman Roman ni. Pos Turki dah lebih 100 tahun umur dia. Tapi teman selalu tak sempat nyinggah...nak cepat mengepos!
Abis urusan mengepos barang, teman nyinggah salah satu restoren feveret teman, nama restoren kalau ditercumah "Restoren Kita"! Ikut ropa restoren, deko dan bangunan antik dia, kos tak mahal. Menu ropa ni lebih korang RM10-RM15 utk kahvalti sebegini. Lazimnya teman tambah lagi segelas cay, tambah lagi 1 Lira! (1 Lira= RM1.70).
Yang teman berkenan berkahvalti kat restoren ni lebih 3 kali dah ialah keramahan staf dia, deme rajin layan dan sentiasa tersenyum. Tengok ukiran kat tangga tu, kan teman kata antik!
Bahagian ataih restoren pun ada hiasan antik kat balkon dan tiang. Hiasan dalaman ni moden cuma stail antik tapi sebenornya restoren ni terletak di dalam bangunan lama zaman Uthmaniah jugak!
Kalau mengkome suka suasana luor atau nak merokok, boleh bersantap kat sini, tapi idok ler teman nak makan kat sini masa tu sebab cuaca dah sejuk.
Antara natang yg teman suka amik gambor ialah kedi ni. Deme ni bersepah-sepah di setiap lorong Istanbul tapi tak penah teman jumpa yg kurus, berpenyakit atau menagih dadah. Semua sihat dan gebu-gebu belaka!
Kalau teman naik bas 146B, lazimnya teman ke Grand Bazar ikut laluan lorong kecik. Pepagi orang tak berapa ramai jadi teman sempat memerhati suasana pekedai buka kedai dan mulakan biznes. Hok ni cara deme jue bawang putih. Seikat tu dekat sekilo - lebih korang RM17 sekilo. Mahei ke muroh kome weh?
Lorong-lorong menuju ke Grand Bazar ada beribu-ribu kedai, gamoknya. Ni lorong yg jue barangan permainan, stationary dan gula-gula serta coklat! Dalam kui 8 pagi pelancong tak ramai lagi! Tunggu lagi sejam yek!
Ada lorong yg banyak kedai jual trinkets - tasbih, gelang, rantai dan berbagai aksesori. Rambang mata nak pilih hok mana nak bagi anak-anak sedara! Ahhh lain hari boleh beli!
Sampai kat Misir Bazar atau Spice Market dlm bahasa Jawa, mesti ternampak bukit-bukit cili paste dan serbuk cili. Ada berbagai gred. Jeruk-meruk dan bahan-bahan kering pun banyak kat sini. Pekerja kedai melaung, "Esma, Esma!" Apa, ropa teman ni ada macam Mak Arab ke kome? Esma tu nama panggilan utk pelancong pompuan Arab ler!
Kalau kome peminat keju, kat Spice Bazar ni pun banyak, berbagai ropa dan gaya. Kome nak makan free, lalu depan gerai-gerai tu, tunjuk muka pelancongan kome tu, nanti deme offer ler sepotong. Kalau  lalu 10 buah gerai, kome boleh kenyang dah!
Jenuh tawaf beberapa lorong di luor bazar, pas solat zohor, teman pun nuju ke terminal bas. Tapi idok ler solat kat masjid Yeni Cami ni, sebab ramai bebenor pelawatnya. Tiap ari ntah berapa ribu kuar masuk, kuar masuk nak nganga tengok seni dan deko masjid. Teman solat kat salah sebuah masjid kecik kat luor bazar. 
Masjid kurun ke 15 ni (kalau tak silap) selalu jadi destinasi bergambor, filem ('Skyfall' yg terkini. 'Istanbul Aku Datang' ada ke shooting kat sini?), dan iklan. Ni sorang artis Turki sedang shooting utk sebuah iklan, kot!
Salah sorang peniaga tetap kat dataran masjid ni ialah pakcik penjual bendera - bendera Ataturk, Kelab bolasepak Galatasaray, Fenerbahce, Besiktas dan Harimau Malaya.......not!
"Aye makan anggur. Kome ada?"- si Yusuf.

Monday, March 19, 2012

NYONGKET SPICE MARKET, ISTANBUL...SEMUA DAPAT SAGUJANTUNG YEAAAAHHHH!

Tulih nama ataih saljuuu...ada sesapa nama Ruby? Rasanya Yong yg dok Doha tu...Ya habibi, ya maulana, makan nasi mandi jangan lupa ana!
(Nama dilakor di balkon Basaksehir, Istanbul)


Assalamualaikum dan Salam Bahagia Mengkome!
Sihat ke semua? Harap-harap semua baik belaker! Sejak salji dah abih menurun (menurun?), cuaca kat Istanbul jadi best cam bahar sezon (musim bunga).
Sonok rakyat jelata!


Tapi masa teman nyongket Istanbul sejak sekian lama berkurung, ujan renyai. Minta Mr T drop teman kat bas stesen, dia nak nyongket arah lain. Turun kat Beyazit (area yg fofular dgn satnika bangunan sejarah dan shopping), teman jenjalan sambe cuci mater!


Nyot-nyet, nyot-nyet ayor dari langit turun. Best gak cuaca cam gini, rakyat tak rama!


Bila dah sejuk tu, asyik nak membesior, kata orang Perok.
Tau apa tu membesior?


Alhamdulillah budaya orang Turki ni pembersih jugak. Walaupun ni public tuvalet, deme jaga kebersihan. Tol 1 Lira (RM1.72) untuk membesior!
Paip ayor ada, jangan riso! (dekat pintu tapi kamera henpon teman ni canggih sangat, imej tak muat!)


Ni dekat Spice Bazaar, bersekedudukan dengan Grand Bazaar (Kapali Carsi). Barisan gerai jual keju, keju, keju dan satnika deli, rempah, dan ada gak ikan dan kekacang!


Keju kasyar dan keju tali pisang....


...beyaz peynir (keju putih)....


...lagi beyaz peynir...


....kasyar peynir. Jejari yg comey tu Yong Perok punya ler.
Dia dapat makan keju free! Beli idok jugak!


Meh usyar satnika jeruk-beruk kome!


Gerai jual kokorech...taliperut panggang.
Tapi ada bau sikit ler, sapa yg suka, memang gemor bebenor!
Sesejuk pekena menda panggang memang best, kaaaan?


He heh heh...bab keputusan peperiksaan mater bute.

Ni ropa asei natang biru teman upload kemarin. Boh henpon tu saje nak tunjuk saiz kat kome, bukan clue amende!

Memacam jawapan kome terjah. Ater kreatif dan inovatif kenkawan maya teman ni!
Syabassss!
""
""
""
""
""
:
:
:
:
:
:
:
*
*
*
!
Kaki comeyyyy!

Ater lepah diaudit tungging terbalik, ni ler jawapannyer!
Ada sesapa yg kena?

Yaaaa...Atuk Phd jugak yg betoi tepat!

Geliga otak Tuan Haji ni...maklum ler ada Phd cam Hassang Ali!
Tuan Haji meh email nama dan address kat teman hellibra2@hotmail.com
Tapi don't be sedey-sedey...semua yg cuba meneka dgn termengah tersemput dan mengomen sehingga entry ni kuar, dpt jugak sagujantung, sagulimpa, sagubuah pinggang, dan satnika sagu. Deme-deme ni ialah:

1. Kasihredha
2. Eita
3. Aku Sorang Pengembara
4. Pak Long Din
5. Amy
6. Tihara
7. Numara
8. Nieza
9. Kakcik Seroja
10. Nyanyisunyi
11. Pendragon
12. Siti Murni
13. UmmiRoss
14. Simpang44 ...malaikat?
15. Mulan Kerteh
16. Farah
17. Ina Seri Iskandar
18. Cikgu Kak Mah

Sesapa yg penah email teman, kena email jugak lagi bagi nama blog dan nama betoi taw, kat subjek email tulih "Sagujantung". Email dlm seminggu, sapa lambat tak dapat. Yong Nieza buleh tak bagi adres sesapa kat Malaysia? Teman nak pos dalam Malaysia jer...maaf ya.


Untuk meraikan deme-deme yg dpt satnika sagu tu, meh makan kebab dengan jeruk cili padi!