Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, September 30, 2010

Keju, jeruk buah zaitun, salam, sucuk, Turkish delights...

Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua,
Kabare? Semoga semua sihat sejahtera.
Moh ikut teman pusing-pusing pasar dekat Kapali Carsi (Grand Bazaar). Tentang Kapali Carsi ni elok kome cari citer dan sejarah dia dalam internet. Teman nak citer apa yang teman nampak, rasa, hidu, sentuh dan alami sebagai pemerhati dan pengguna. Kalau citer sejarah dia panjang bebenor pulak, kang jadi meleret-leret. Cuma nak bagi tau sikit jer sejarah binaan dia, 1641 M; ya dia dah wujud sejak kurun ke 17!
Ni bawak mengkome di belah luor Grand Bazaar jer dulu. Teman suka mengelewor di bahagian luor sebab lebih lively, havoc, chaotic dan exotic manakala yang belah dalam bukan tak lively dan exotic tapi itu lebih didandan untuk para pelancong asing. Harga memang untuk semelih! Kedai-kedai seumpama ni kome boleh jumpa bila lalu Eminonu, kawasan dia digelor the Golden Horn, mengadap laut. Cantik tempat dia.
Antara yang popular dan wajib dibeli dan dirasa bila membeli-belah di Kapali Carsi ialah Turkish Delights! Tu yang candy yang manis melentin! Memacam rupa dan rasa deme buat - ada yang berisi hazelnut, pine nut, disalut tepung, kelapa dsb. Pada kebanyakan Mat Salleh, Turkish Delights ni, lokum orang Turki pangge, ialah salah satu pemanis yang exotic dan digemari oleh deme. Lokum ni siap dibungkuih dalam kotak-kotak comey dan buleh dibawa balik sebagai buah tangan. Teman gemor beberapa jenis yang tak bape manis terutama yang ada kacang. Gambo di atas kedai ni lebih fokus pada penjualan kekacang dan buah kering. Buah tin kering pun ada tu yang tunjuk tanda harga 10 Lira (lebih kurang RM22/kg.)

Ini kedai yang specialised dalam rempah ratus dan lada. Lada ni ada yang dibuat serbuk dan digiling atau dimesin halus dan ada yang dikering bergantungan. Tapi rasa dia tak ler sepedas cabai kering kita. Deme juga ada jual satnika rempah yang kita buat kari tapi dalam bentuk asal. Dalam bentuk serbuk kurang teman perati. Lagipun serbuk kari ni tak berapa digunakan oleh orang Turki dalam masakan deme, kecuali kalau deme masak satu dua menu yang istimewa. Kalau dalam menu harian memang jarang deme guna rempah cam kayu manis, jintan, bunga lawang dsb. Tak tau deme gunanya. Tawor bersior rasa masakan deme. Yang deme asyik boh dalam masakan deme ialah bawang besor, bawang putih, serbuk cili secubit (kalau nak rasa pedas konon) dan yang selalu deme letak salca, tomato paste. Teman rasa yang selalu beli kat kedai di atas ni pelancong asinglah kot.



Haa antara makanan 'ruji' bangsa Turki - satnika jenis keju. Keju putih, keju kuning, keju biru, keju bulat, keju pipih, keju pintal, keju bebola, keju cayor - semua ada ler. Sesapa yang suka makan keju, kalau dok kat Turki memang cam dok syurga keju. Banyak pilihan! Nasib baik teman ni memang penggemor keju sejak dari dulu, jadi teman idok ler rasa mual tengok keju ni.
Orang kampong kekadang buat keju sendiri. Senang jer. Masak susu segor, bior sejuk. Pastu tu ada ler deme boh sesuatu kot, ntah keju basi nakkan bakteria deme. Bila dah berbuku-buku, deme boh dalam kain muslin, bior ayor dia lalu, pintal-pintal kain tu sampai ketat dan ayor abis menitis. Deme hempap kain ni dengan satu benda yang berat, bagi susu ni ada bentuk padat gitu. Pastu digantung. Kak Emine di kampong gantung keju dia dekat beranda. Pas beberapa hari boleh makan. Idok ler dia masam sangat sebab sekejap jer proses fermentasi dia. Pepagi makan dengan roti atau tabur atas telur dadar atau scramble egg. Bolehlaaa...

Ini kedai yang jual satnika salam (salami), daging jeruk, salad, sosej, berbagai sayur jeruk, untuk buat sandwich. Ini sebenarbnya kedai jual sandwich untuk sarapan. Benda-benda tu dimakan sejuk dan tak dimasak atau dipanaskan. Teman kureng selera makan sarapan yang sejuk terutama kalau bahan dagingnya tak dimasak (walaupun ia tak perlu dimasak).



Kalau kome suka makan buah zeytin, nah ni salah satu ropa kedainya dengan gaya persembahan satnika jenis zeytin dan sayur jeruk. Buah zaitun ni ada yang werne itam, ijo dan coklat. Rasa dia secara umum masam dan sikit masin, dan ada rasa minyak zaitun. Kalau dimakan fresh memang tak bape sedap buah zaitun ni sebab dia kelat, jadi dijeruklah. Buah zaitun jeruk juga salah satu menu wajib di meja orang Turki terutama waktu sarapan. Teman ajor supaya suka makan jeruk ni sebab khasiat dia. Tapi kalau minyak dia, memang gemor bebenor. Kat Malaysia ni pun, goreng meehoon, nasi goreng ke, kalau ada minyak ni mesti guna, tapi kalau setakat sepinggan ler. Sekuali masak meehoon boh minyak zaitun, mau muflis teman.

Harga jeruk zaitun ni ikut gred, paling koman pun RM11/kg. Dia dijual di pasar basah, di kedai runcit, di mini market, di supermarket, di mall dll. Ia banyak ditanam di daerah
bercuaca sejuk kering seperti di Cannakale dalam perjalanan ke Izmir. He.. he.. itu jer tempat yang teman singgah dan tengok pokok-pokok zaitun ni. Ada yang berusia beratus-ratus tahun kalau tengok pada ropa batang dia. Bila keme drive di wilayah ni, terasa macam berada di Greece atau Spain (sebab selalu tengok dalam TV dan wayang). Cuaca, bentuk bumi, tumbuhannya serupa dengan negara-negara Mediterrranean ni.




Kalau mengkome jenis yang suka makan salam (salami), sosej, daging cured, dan seumpama, banyak jenis kome dapat merasa kat Turki. Ada yang kecik, yang besor, yang pendek, yang panjang, yang berempah, yang bergolek, yang bergantung. Ayam ada dan lembu pun ada. Masalahnya di Turki deme takder majlis atau badan yang beri sijil iktiraf halal. Deme takder cop halal pada makanan berdaging deme. Cuma ada sesetengah jenama dia bagi jaminan 'Keluaran keme takdok daging babi atau unsur-unsur seumpamanya.' Memang 98% orang Turki beragama Islam tapi deme tak mempunyai satu majlis yang berkuasa atau berusaha untuk membuat dan mengiktirafkan sesuatu keluaran itu halal dimakan. Ini juga mungkin kerana jumlah penduduk Islamnya besar jadi isu halal ini tak timbul manakala di Malaysia isu ini dititikberatkan kerana perasaan was-was kita dan kita mahu kepastian sebab pengusaha makanan di Malaysia ni bukan semuanya Muslim. Wallahu'alam.

Teman gemor gak makan salam ni tapi teman beli jenama yang tertentu. Walauppun boleh dimakan tanpa dimasak, teman akan masak jugak walau sekejap. Teman bukannya barbarian.





Taraaa..inilah dia menu tengah hari teman bila dok sorang (suami kat ofis minum teh dan isap rokok jer). Amik sepotong daging kambing, grill; 4 hiris salam ayam, grill; sekeping roti dihiasi keju dan dibakor hingga keju cair sikit; sebelah bawang grill berhampiran salam tadi; dan salad timun dan tomato. Bila bersorangan memang teman makan banyak daging tapi bila makan malam kena banyak hidang sup, salad dan menu berasas sayur sebab orang rumah kurang makan daging.
Jemput makan kome, sila join teman...
















Tuesday, September 28, 2010

PEMBERITAHUAN #2

Assalamualaikum dan Salam Ceria!

Kara Bayan dah mai!

Pe kabor Yong/Yob, Pengikut dan Pembaca semua?

Ni ada pemberitahuan, bahawasanya Follower blog ni dah sampai ke 49 orang. Selamat datang kepada Cikgu Nuzhah! Dan untuk insentif baru, teman alu-alukan Follower ke 50!

Sesapa yang berjaya mendaftar jadi Follower ke 50, lepas jer daftar, sila tulis di ruang comment, beri nama penuh dan alamat penuh yek. MasyaAllah, ada ler rezki untuk miker, tapi untuk sorang jer.

So hurry! Hurry folks!

Gule-gule!

P.S Aik! Dah sampai Follower ke 50 tapi takdok sesapa yg nulis dlm comment nama dan alamat rumah deme! Malu kot. OK gini, sesapa yg jadi pengikut yang ke 50 tu, moh tulih kat e-mail teman hellibra2@hotmail.com , kabor kat teman yang miker pengikut blog teman yang ke 50 yek. Teman tak tau sapa yang ke 50 ni, jadi orang tu kena email kat teman. Err idok ler teman nak bagi sebiji peti ais atau sekeping TV plasma, ada ler benda kekenit jer Yong/Yob. Apa-apa pun Tahniah kepada Pengikut Moh Kembara yang ke 50 tu!

Saturday, September 25, 2010

Hosgeldeniz...Moh Kite Ronda-Ronda Istanbul!

Assalamualaikum, Salam Hormat dan Hosgeldeniz Pembaca Sekelian,

Moh ikut teman ronda-ronda bandaraya Istanbul jap. Tapi kita idak ler ronda abis, sebagian kecik jer. Istanbul ni besor kome, rasanya ada 5-7 kali lebih besor dari Kuala Lumpur. Teman pun tak sampai 1/12 pun abis pusing. Kalau laluan keme tempuh kawasan tu, dapatlah teman nengok dan singgah, kalau tak memang tak pijak kaki kat kawasan tu. Kalau nak gi Istanbul lazimnya teman naik kereta, bas atau metro.
Antara mercu tanda yang terkenal di Istanbul ialah 2 buah jambatannya. Satunya dinamakan Jambatan Sultan Fetih, sultan yang berjaya menawan Constantinople dari pemerintahan Rom. Tapi yang lagi satu teman lupa namanya. Nanti teman check kat internet atau dengan suami yek. Jambatan ni merentangi Selat Bhosporus yang memisahkan benua Asia dan Eropah. Tak besor selat ni, seluas antara tanah besor semenanjung dengan Pulau Pinang. Tapi selat ni lagi cantik ayornye (werne biru, bukan kekuningan cam teh tarik) dan pemandangan di sepanjang selat amat cantik dan mengujakan. Terdapat rumah-rumah agam dan istana di sepanjang selat ni, juga restoran-restoran, bangunan-bangunan kerajaan, universiti, gedung dan seumpama. Kerana kedudukan dia yang menarik dan strategik, apa-apa yang dibina dan dijalankan di sepanjang selat ini semuanya mahal. Sambung citer lain entry...


Salah satu ikon yang bersepah di Republik Turki. Kome gi memana pun - sekolah, kolej, universiti, pejabat kerajaan, swasta, di dataran, di tepian dan seumpamanya - ada jer gambor, ukiran, bust, tugu dan tengkorak pakcik ni. Teman terpaksa curi-curi amik gambor dia ni bila suami tak nampak. Dia bukan peminat tegor makhluk ni. Tak berkenan dia! Dari pembacaan teman melalui beberapa sumber, pakcik ni di hujung hayat dia menderita benor nak mati. Dikatakan dia menanggung pelbagai penyakit dan kepayahan. Hari-hari sebelum dia tumpor, dia ngadu badan panas. Deme bawa dia tengah laut, sembur ayor ais, tetap dia kata panas. Itu baru panas di dunia, Kemal oii. Tak taulah betoi ke dak citer tu. Wallahua'alam. Teman pulak tak penah tanya suami teman pasa hal si Kemal ni dekat-dekat nak tumpor tu. InsyaAllah nanti teman jumpa dia lagi, teman minta penjelasan camner pakcik ni nazak sebelum ngadap Pencipta dia.



Salah satu tempat favourite teman bila di Istanbul ialah Sultanahmet. Sini bertumpunya mercu tanda utama Istanbul termasuk Masjid Biru, Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Universiti Istanbul, dan yang paling teman gemor ialah Kapali Carsi! Sesapa yang miss salah satu landmark ini, serupa macam kome tak datang Istanbul! Semua tempat-tempat ni jaraknya tak berapa jauh di antara satu sama lain. Di sekitar kawasan ni banyak gedung pakaian, kasut, cenderahati, restoran dan alahai...harga deme mahal sikit dari kawasan lain. Almaklumlah kawasan tumpuan para pelancong!




Di tengah-tengah bandar Istanbul ni ada tram, teman panggil tram sebab dia slow cam tram kat San Francisco. Yang ni baru, regular dan cekap. Harga tiket lebih kurang RM2.50 gitu. Teman gemor naik kuda ni, sempat kita tengok kiri kanan bandaraya ni. Deme ada gak kuda cam LRT kita, deme panggil metro. Ada yang lari atas jalan ada yang lari bawah tanah. Beberapa fasa dah siap dan akan diperluaskan sampai ke daerah tempat kami tinggal di Basaksehir. Tapi progress slow sikit citer suami teman. Nak tau pasa pa? Kalau kat Malaysia korek tanah dalam-dalam jumpa ayor, tapi kat Turki korek tanah dalam-dalam jumpa bangunan lama, kota purba, tempayan, periok belanga dan labu sayong antik! Terpaksalah kerja korek-mengorek dilencongkan dan kawasan tu digezetkan sebagai tapak bersejarah! Sementara tu, koc metro deme lebih besor dan panjang dari LRT atau ERL kita dan laju. Teman memula guna hampir sesat barat jugak tapi sebab teman tak segan bertanya, tak ler sesat sampai ke Greece!*



Selalunya bila nak balik ke kampong suami di Laut Hitam di benua Asia (Istanbul satu-satunya bandar di dunia yang sebahagiannya terletak di benua Asia dan sebahagian lagi di benua Eropah; kami dok di bahagian Eropah) akan tempuh stadium bolasepak kepunyaan Kelab Galatasaray, salah satu kelab bolasepak yang paling glamer dan berjaya di Turki. Orang Turki ni sama jer cam peminat bola lain di dunia akan tahap kefanatikannya. Tak tau camner nak ukur tahap deme ni. Tapi bila bermain terutama kalau bertemu dengan musuh ketat dia Kelab Fenerbahce, kome toksah ler gi tengok kalau setakat nak tengok jer. Penyokong dan peminat kedua-dua kelab ni buat stadium deme cam medan tempur - bakor kerusi, baling mercun, lontar flare, botol ayor ditala ke padang macam missiles. Bila pihak lawan amik tendangan sudut, pihak polis rusuhan kena kepung si pemain ni dengan perisai deme supaya tendangan sudut boleh dibuat. Bergaduh, tendang terajang dan berpisau normal!

Awal tahun 2000 bila Arsenal datang bermain menentang Galatasaray dalam kejohanan Piala UEFA di Istanbul (kalau tak silap teman ler), sorang peminat kelab Inggeris ni sempat menerima pembedahan di perut dia oleh penyokong Galata. Yang cedera di kedua-dua pihak toksah cakaplah! 'Welcome To Hell' adalah slogan yang sering ditulis pada sepanduk alua-aluan untuk peminat lawan terutama para hooligans dari England.



Semasa menunggu komuter ke Istanbul (kalau suami tak antor), dari tempat menunggu stesen komuter tu dapat tengok banguanan berkembar Istanbul Dunya Ticaret Merkezi ni. Terjemahannya - Pusat Dagangan Dunia Istanbul. Taklah tinggi bebenor. Tapi kat Turki ni deme tak sior bina bangunan tetinggi sebab kalau kena gempa bumi berskala 5-7 Richter, mau ranap banguanan tinggi cam roti kapa. Tapi Alhamdulillah sepanjang teman lepak kat Istanbul dalam beberapa lawatan, syukur tak penah kena gempa atau gegaran sikit pun, Na'auzubillah! Tak nak teman merasanya pun! Bior dijauhkan dan dilindungkan olehNya. Yang putih-putih kat depan bangunan tu saljilah tu. Tak perasan pulak teman yang gambor ni diamik masa musim sejuk lepas.


Oleh sebab bandaraya Istanbul ni salah satu bandaraya 'panas', sejak beberapa tahun kebelakangan ni, sistem keselamatan dipertingkatkan bukan saja di lapangan terbang, pelabuhan, bangunan kerajaan, malah kat gedung dan kompleks membeli-belah pun ada pegawai keselamatan dan pintu scanner. Gambor ni diambil di Pusat Beli-belah Forum Istanbul. Tindakan ini diambil kerana aktiviti keganasan agak lumrah di beberapa bahagian Turki terutama di wilayah sempadan dengan Iraq dan Syria dan juga Istanbul. Di sini kegiatan terrorisme dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdish (singkatan dalam bahasa Turki PKK atau sebutannya Peh Ka Ka). Kalau kat wilayah sempadan askar-askar Turki memang sentiasa ada operasi memburu gerila PKK ni. Dan gerila dan penyokong PKK ni bergerak merata termasuk di Istanbul. Kome jangan riso. Bukan selalu gerila ni menembak atau mengebom orang. Sekali dua kala jer. Orang jantan Turki boleh dikatakan semua ada pistol atau senapang. Kat rumah teman di Istanbul dan di Kampong Deredebi pun ada beberapa pucuk pistol dan senapang. Deme boleh perambat pengganas ni kalau bertembung.



Sebuah tram sedang menyusuri trek laluan dia. Ini di antara laluan yang popular kerana terdapat beberapa buah banguanan purba yang dijadikan muzium. Sepanjang jalan ini pun terdapat banyak kedai-kedai cenderahati dan restoran yang trendy-mendy.





Tempat hentian bas di Sultanahmet tak jauh dari Kapali Carsi. Di sinilah berduyun-duyun segala bangsa dan keturunan singgah dan berziarah untuk melawat atau menziarah muzium, masjid, banguanan purba atau shopping! Yah... that magic word!




Inilah gerbang Kapali Carsi. Kapali maksudnya bertutup dan carsi maksudnya kedai atau gedung. Dalam bahasa omputeh Grand Bazaar! Teman dah bape puluh kali menyukat dan menjelajah dalam dan luar Grand Bazaar ni, tapi masih tak jemu. Ada jer benda baru yang teman jumpa dan ada jer pelusuk yang teman belum sampai. Pasa Grand Bazaar ni, boleh teman fokuskan dalam entry lain yek. Ni kome tengok dulu pintu gerbang dia jer. InsyaAllah, teman citer panjang apa yang boleh ditengok dan dibeli di dalam, di luor dan di persekitarannya.
Gule-gule!
* He he...mana ade, guro jer. Nak gi Greece naik ketapi lain atau naik bas ekspres.



























Friday, September 24, 2010

PEMBERITAHUAN



Assalamualaikum Pengikut dan Pembaca Blog Moh Kembara,


Haa teman dah boh satu widget baru, Top 10 Members. Yang Moh Kite tu tak aci sebab tu teman sebenornyer. Mengkome kalau nak dok Top 10 tu, sign in dulu. Dan oleh sebab teman nak jadikan blog teman ni lebih interactive, teman nak bagi satu insentif pada semua pelawat teman, sama ada yang melawat singgah jer atau yang jadi follower. Tapi kalau kome belum jadi follower, tak boleh sign in kan? So eloknyer kome yang belum jadi follower tu join jadi Follower teman. Pasa pa? Haa gini, 5 (lima) follower pertama yang berjaya mencapai lawatan ke 50 dia, teman akan hadiahkan cenderahati buatan Turkey. OK tak tu? OKlah kot sebab nak menghiburkan dan menceriakan hati para pengikut tegor teman! Kendian tu, insentif baru akan ditaworkan, supaya orang baru pun merase, InsyaAllah.


So start following my blog folks!


Ater...teman rase Yob D08 tu mau jadi contender pemenang pertama nih...tegor bebenor Yob ni!

Hangin Satu Badan!



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Malam tadi teman ada kelas kat universiti teman ngajor dari 7pm-10pm. Teman bagi students Reading Test 1. Nak citer, sambil deme menjawab dalam masa 1 jam 30 minit tu, deme yang seramai 25 orang ni, berkirap-kirap. Mengipaslah tu!

Nak tanya, cuaca tempat kome di Semenanjung sejak kebelakangan ni panas cam ner? (pembaca teman kat US, UK, Russia dan sebagainya tu, tak yahlah jawab yer, nanti buat teman jeles jer...). Sini kat Sabah sejak balik hari raya tu, mak oiii...ujan lebat kat Kota Kinabalu petang tu bila teman turun kat airport. Tapi sehari lepas tu sampai sekarang (ada gak ujan sekali-sekala), cuaca panas merening, atau panas ngetik-ngetik kata sorang kawan teman. Ngetik-ngetik ni bahasa Melayu Perak ke kome? Kalau kat Semenanjung panas cam ni selalunya berlaku dalam bulan Mac-Mei gitu, time Cik Nina dan Encik Nino berziarah, tapi di Sabah ni nak masuk musim luruh pun panas ngetik lagi? Hangin teman!

Tengah students teman terkial-kial menjawab soalan sambil mengipas, teman antor SMS pada coordiantor kursus ni, "...my students are sweating like pigs!" (pardon my language, ya kome, memang camtu bahasa deme). Encik Mat Salleh tu faham dan akan buat follow-up dengan pihak universiti. Suruh deme servis air-cond, Encik Storey!
Teman ni malas nak tulis pasa politik sebab dah banyak nar blog dan site politik ni, tapi kalau pikior dan faham keadaan sekarang, universiti tempat teman ngajor tak servis air-conditioner deme ni dah berbulan-bulan, ntah-ntah dah bertahun-tahun, (bukan kat satu fakulti, tapi kat 2 fakulti lain yang teman ngajor pun sama, air-cond tak berfungsi walaupun ditala full blast!); mungkin sebab duit tak mandang. Hah, takder pitih? Mana gi duit kita yang bebanyak tuh? Haa, cer kalau duit MAS, Sime Darby, PKFZ, Felda dan yang sekumpulan dengan deme ni, yang hilang beribu-ribu juta tu tak DISONGLAPKAN oleh penyamun tarbus, taklah muflis Malaysia ni. Yang penyamun-penyamun tu masih berkeliaran merata, tak sapa kaco...hampeh!
Nah kau! Sekali aku tulis... Ya, Malaysia dah nak muflis, don't deny it. OK, teman berhenti kat sini cakap bab politik. Teman blogger kembara jer...(wink, wink...)
Ni teman dah hampir tak berbaju, dalam rumah ni. (Maaf yer, kome, kalau beri imajinasi yang tak bape sesuai untuk 'U') Bagi mengurangkan tension kepanasan, teman attach gambor sejuk dan nyaman kat Kampong Deridebi. Tu dia rumah Fistig dan Kara Kiz dibaluti salji musim sejuk tahun lepas.
Ohhh, teman perlukan air-cond...
P.S Jap gi nak menyongket ke Tuaran, tengok tamu deme. Dapat gak cuci mata!

Wednesday, September 22, 2010

Sehari Di Pasar Phillipines



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Berjumpa lagi kita. Kali ni teman nak promo mutiara yang dijual di Sabah. Kebanyakan datang dari Filipina, China dan dari Sabah pun ada - Cik Tiram bertapa di ayor tawar dan ayor masin. Semuanya asli tapi tiram ni dibela dan dibelai. Bukan yang merempit dalam Laut China Selatan tu. Yah cultured pearl deme ni, beradat dan sopan-santun lagi.
Ahad lepas teman mengelewor sensorang kat Pasar Phillipines. Nama khas dia Pasar Kraftangan tapi nama yang lagi satu tu lebih terkenal. Pasal pa? Kat pasar ni banyak kraftangan dari kepulauan Filipina dan ada juga dari Indonesia. Kraftangan Sabah sikit jer. Jangan marah...
Entry kali ni nak fokus pada mutiara jer dan jugak teman nak buat biznes sesikit. Hal-hal lain dalam, luar dan tepi pasar ni nanti teman berkisah lain entry yek?

Ini mutiara werne itam dan peach, berendam di ayor tawor gitu. Tempahan istimewa untuk kawan teman di Parker, Terengganu. Siap pakai pada hari raya baru ni!



Tuh dia mak oii...besor kecik semua ada Yong. Kalau elok bulat, asal deme dari ayor masin, kalau asal ayor tawor deme pipih sikit kat satu bahagian. Kata penjuallah. Yang asal ayor masin mahal sikit Yong sebab bentuk deme lebih bulat. Kalau yang datang dari Jepun lagiiii mahal!



Haa tuh dia berbelit-belit macam tali kapal! Siap kabor 'original' dari laut lagi! Memang cantik. Rupa macam manik tapi tak macam manik. Tak tau nak cakap camner. Satu strand tu tak tentu harga dia tapi kome boleh minta tawor, no problem!



Penjual mutiara kat Pasar Kraftangan ni pandai belaka mereka rantai tangan dan rantai leher mutiara, siap boh batu kristal dan bling-blang-blung! Ni satu set dengan batu apa ntah, rantai tangan, rantai leher, dan kalau campur dengan brooch harga kedai RM150 lebih kurang. Boleh tawor Yong...boleh dapat RM100, RM80...betoi! Kena pandai bargain. Kalau beli banyak lagi senang dapat tawor!




Ni batu amythest (maaf tak pasti ejaan dia betul ke dak) kot. Harga pun sama cam yang di atas.
Kat Semenanjung tak dapat harga gitu Yong, kirim salam jer lah!

Yang ni harga dia RM10 lebih sikit dari yang kat atas sebab guna Tiger's eye, semi-precious batu dia.


Lagu satu set yang guna Tiger's Eye. Corak design kome boleh mintak gitu gini. Pembantu kedai tu boleh buat dengan senang ati dan penuh mahir!



Ni mutiara werner peach dengan bebola bling-bling, satu set RM150 gak tapi kalau kome baik dengan pembantu kedai dan puji dia cantik, boleh dapat RM70-80!


Hah hot stuff! Mutiara dengan bebola kristal. Nak kabor Yong dan Yob, design ni tak sampai lagi kat Semenanjung, takat 2 minggu lepaslah. Teman balik berhari raya, masa shopping kat Kompleks PKNS, Alam Sentral dan SACC; dan di Greentown, Ipoh, tak mandang lagi design nih! Maknanya kalau kome paka rantai ni di Tepen, kome ler pemakai pertama; kalau kome dok di Kole Kangsor, kome ler yang pertama; kalau mung dok di Paka, mung lah orang pertama makainya. Harga termasuk belanja pos dan tambang bas (3 kali naik bas Yob!) RM35 jer! Ni mutiara kelabu.



Design yang sama tapi mutiara werner peach. Tu tangan pembantu kedai teman pinjam. Nasib baik dia tak mintak upah modeling!


Kalau kome nak paling muroh, ni yang berlonggok dalam pinggan kayu. Dapat ler RM8-RM10 sehelai! Mungkin dapat free kalau kome belanja besor! Mana tau...



Yang tu harga dia RM20. Rantai tu, bukan pembantu kedai tu! Dia mahal kot sebab cantik. Keturunan Suluk Sungai (teman dah sogheh dengan dia!) Nama dia pun teman tau, nombor handphone pun ada! Eh fokus..., fokus! Tu rantai tangan teman yang baru jer dia susun...comel!
Orait, sesapa yang nak order sila tulis dalam ruangan komen ya. Sebut nak warna apa (peach, kelabu, itam atau putih) dan sebut standard kalau pergelangan tangan kome biasa besornya. Kalau tangan cam Adibah Noor, kena tambah 1-2 biji mutiara; kalau comel cam tangan teman ni, kena buang sebiji!
P.S Cikgu Fazila, di Parker, Terengganu, segera bagi list nama peminat yang nak beli by Thursday ya. Begitu juga Cikgu Norizan di MRSM, Bandar Muazzam. Amboi bergaya-gaya cikgu-cikgu kat Malaysia ni.
P.S.S Buat Encik Shahril @ D08, teman nak hadiahkan sekuntum rantai tangan pada isteri Yob yang baru melahirkan tu. Bagi ler address rumah. Ikhlas ni!















Sunday, September 19, 2010

Satu Hari Dlm Kehidupan Orang Kampong di Turki

Assalamaualaikum dan Salam Syawal,

Selamat behari raya masih!
Pas meronda Sabah, Shah Alam dan Perak tengah, moh ziarah semula kampong teman kat Turki. Masa ni deme tengah musim luruh (autumn, September-November), teman pun terkenang aktiviti dan suasana di Kampong Deridebi, Laut Hitam. Apa Mak Mertua tengah buat; apa Kak Emina tengah masak; kat mana adik ipor si Nevin... kat kampong ke, kat Akcakoca ke...
Atas umah Mak Mertua yang dok dengan Niven, sorang balu dan ibu tunggal sejak kematian suami dia sejurus dia melahirkan anak dia beberapa bulan. Ni anak dia pun dah besor, dah kawin dan dah punya anak sendiri baru-baru ni. Suami teman bina rumah ni sekitar 1990an untuk mak dia, adik ipor dia dan anak sedara tunggal. Bangsa Turki tak akan bior kaum kerabat perempuan deme hidup merempat terutama yang hilang tempat bergantung!



Celik mata jer, teman tolong intong api (hidupkan api, kalau teman tidor kat umah mak mertualah). Boh air dalam teko besor tu untuk pelbagai guna dan teko kecik tu untuk buat ayor teh.
Selalunya teman bangun bila dengor azan dari masjid kampong. Loud-speaker dia kuat weh! Kalau musim dingin, kul 6 pagi dah azan dah. Masalahnya kalau malam tadi tak diang boiler dalam bilik ayor, alamat esoknya amik wudhu dengan air ais...yowww!
Nilah ropanya dapur tradisional cum radiator yang biasa digunakan di kampong-kampong di Turki. Sini juga ruang dapor yang ada 2-3 sofa panjang dan meja rendah utk makan. Sofa tu boleh dibuka jadi katil segera kalau perlu. Hanya keluarga kaum Hawa dan yang rapat jer lepak di ruang ni. Kalau tetamu lelaki yang bukan keluarga rapat, deme duduk di salon atau ruang tamu.



Tak mandi atau minum/makan, si Niven gi kandang lembu tak jauh dari umah keme, dan mula perah tetek lembu. Lazimnya keme bela tak lebih dari 2 ibu lembu untuk dapatkan susu. Satu pagi boleh dapat dekat 2 kg susu fresh. Petang Kak Emina pulak perah, bergilior. Susu digunakan buat yoghurt (sebut yo'urt, yoghurt ialah bahasa Turki) dan kekadang buat keju kampong; sekali dua kala buat butter menggunakan mesin churning.




Tahun pas salah sekor lembu keme Kara Kiz beranak. Keme akan bela anak lembu tu untuk beberapa bulan pastu jual atau pawah kat salah sorang sedara sekampong yang rajin menjaga lembu. Lazimnya koje melayan lembu ni tugas orang pompuan. Deme dibagi makan rumput kering, gandum dan sisa makanan organik dari dapur deme (untuk lembu, bukan untuk Niven...he he).



Pas perah susu, bawak gi dapur dimasak sampai susu tu meruap sekali, bior sejuk dan dibiorkan masam 1-2 malam. Taraaaa...jadilah yoghurt! Deme makan yoghurt ni cam makan bubur...semangkok gelok sorang. Teman makan 2-3 sudu jer.
Kendian tu baru deme sarapan. Sementara si Nevin perah susu dan layan lembu, mertua teman buat sarapan. Takder apa pun dia buat, bancuh teh pekat, perangatkan apa-apa yang patut.
Gambor di atas ialah makan tengah hari sebenornya. Nampak roti yang deme sendiri buat, sup bonyeh daun panjar; stuffed cabbage dan labu rebus. Gambor sarapan kome boleh check entry awal ataupun teman boleh upload kendian, yek?
Peratikan takder lauk ikan atau dagingkan? Deme ni makan stail Kara Kiz dan Fistig jugak!


Walaupun musim kutip kacang hazel dah abis, dan dah nak masuk musim sejuk, koje kampong masih tak abis. Pas sarapan, Nevin gi kuorkan Kara Kiz dan Fistig dari kandang. Deme ni kena dibawa ke tepi sungai Deridebi (1000 meter dari rumah) yang ada padang rumput untuk deme makan rumput dan bersosial. Nanti tengah hari lembu ni pandai balik sendiri.


Sekali dua kala, keme pun bersosial. Orang kampong Turki ni suka bertandang ke rumah jiran atau rumah sedara-mara yang berdekatan. Ni rumah salah sorang pak sedara suami. Kami bertandang dah dekat kul 12, deme baru nak sarapan. Orang Turki ni selagi dia tak sarapan, selagi tu dia tak makan makanan tengah hari. Meal pertama mesti sarapan, iaitu roti, keju, madu dan teh o walaupun masa tu dah pukul 12 tengah hari! Teman pun dijemput sarapan kali kedua. Nampak tak pokok yang dah botak tu? Mungkin pokok epal atau pear.


Sebelum balik, sepupu suami bekalkan buah epal kampong pada Nevin. Cam kita gak bagi mutan, doyan atau langsat bila kita nak balik rumah. Kat umah keme pun ada pokok epal tapi jenis yang ijau.




Kul 10 pagi, Niven ajak teman dan sorang anak sedara suami gi ladang sayur atas bukit. Dengan naik traktor yang Niven pandu, kami bertiga naik ke atas bukit yang juga terdapat ladang hazelnut keme yang berhektar-hektar jugak. Best naik traktor lalu kampong dan celah-celah lereng bukit. Angin sejuk menampor pipi.
Antara sayur yang ditanam di kebun bukit (bila pokok hazelnut tidor 3 bulan) ialah sayur panjar yang pahit macam sayur kailan dan lettuce. Orang Turki ni tak kreatif dalam memasak sayur deme. Sayor panjar tu deme hiris halus-halus pastu rebus agak lama dengan isi jagung. Boh bawang sikit dan garam. Siap! Itulah menu yang deme tau buat, lain takder.



Niven dan Fatma cuba mencari cendawan liar. Dapatlah beberapa kuntum! Nanti masak campak dalam sup sayur panjar!



Nilah ropa daun salad lettuce yang Niven tanam tu (yang werne ijau tu, bukan yang pakai spec tu) . Tabur benih dan biarkan beberapa minggu; dah agak matang deme datang cabut. Sebenornya plot sayur pun ada kat tepi rumah kampong keme, Niven dan Kak Emine tanam sayur yang sama. Tomato, cabai, kekacang, terung lazimnya ditanam pada musim bunga dan musim panas.


Kami dapat kutip beberapa biji labu, sayur panjar, lettuce dan batang celery. Rumput kering untuk Kara Kiz dan Fistig pun ada. Semua disusun atas kenderaan yang disambung pada belakang traktor. Fatma dok jaga hasil takut jatuh bila kami menuruni bukit nanti!


Kat umah, Mak Mertua mula mengojerkan buah labu. Lagi satu menu deme yang tak kreatif - labu rebus dengan gula sampai lembut. Bila diboh dalam pinggan ditabur kacang kisar hazelnut. Selain dari tu deme tak tau nak masak cam ner. Kalau ada nyor, teman dah buat penganan atau bingka bakor!




Sehabis musim hazelnut, baru deme kutip buah berangan dan kacang pecan. Memang banyak pokok berangan dan pecan nut yang terdapat di hutan keliling kampong dan celah-celah ladang hazelnut. Teman suka kutip buah berangan. Ada sepokok yang tumbuh belakang rumah mertua. Tiap pagi, tengah hari dan petang teman gi kutip. Buah berangan seakan buah mutan tapi rambut dia keras berduri!
Petang-petang atau malam si Niven akan belah sikit buah berangan ni dan di panggang dalam dapur atau atas dapur. Kekadang rebus. Memalam makan dengan hirup teh panas sambil deme bersembang.



Seperti yang teman kata tadi, ruang dapur adalah tempat lepak ahli keluarga. Situlah tempat masak, makan, bersembang, nonton TV, tidor dan sembahyang pun boleh. Ruang ni paling digemari kerana panas dan ada teh panas!
Orang rumah teman menziarahi mak dia dan diperhatikan oleh cucu yang paling tua, Ertugrul.



Orang kita tak bape suka bertandang di sebelah malam tapi bangsa Turki ni suka gi umah orang memalam. Bila datang tu deme dok sembang sampai 3 jam! Teman yang tak bape faham apa deme bualkan, tanggung derita jer ler! Kalau tandang tu dijangka, tuan rumah akan siapkan juadah ringan umpamanya popcorn dan teh panas dan buah-buahan. Kalau dijemput oleh tuan rumah, akan dihidangkan juadah yang lebih berat. Ni jamuan untuk anak saudara Kak Emina yang rumah dia sebelah jer rumah mertua.


Rumah kampong suami dan keluarga. Di sini teman lepak bila balik kampong terutama pada musim bunga dan musim panas. Lazimnya teman dok di Istanbul.



Inilah Kampong Deridebi yang dilihat dari bukit yang ada ladang hazelnut. Di balik bukit tu terletaknya bandar Akcakoca dan Laut Hitam. Semua bebudak bersekolah di Akcakoca (12 km dari kampong). Jadi ramai penduduk kampong yang ada rumah kedua di Akcakoca untuk anak-anak bersekolah sebab bila musim sejuk dan salji turun dengan lebat, hubungan kampong dengan kawasan luar boleh terputus selama 2-3 hari sehingga trak gomen datang untuk clear salji. Bila tiba musim bunga dan panas baru deme balik ke Kg Deredebi unutk musim memetik kacang hazel!