Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Mutiara. Show all posts
Showing posts with label Mutiara. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Sehari Di Pasar Phillipines



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Berjumpa lagi kita. Kali ni teman nak promo mutiara yang dijual di Sabah. Kebanyakan datang dari Filipina, China dan dari Sabah pun ada - Cik Tiram bertapa di ayor tawar dan ayor masin. Semuanya asli tapi tiram ni dibela dan dibelai. Bukan yang merempit dalam Laut China Selatan tu. Yah cultured pearl deme ni, beradat dan sopan-santun lagi.
Ahad lepas teman mengelewor sensorang kat Pasar Phillipines. Nama khas dia Pasar Kraftangan tapi nama yang lagi satu tu lebih terkenal. Pasal pa? Kat pasar ni banyak kraftangan dari kepulauan Filipina dan ada juga dari Indonesia. Kraftangan Sabah sikit jer. Jangan marah...
Entry kali ni nak fokus pada mutiara jer dan jugak teman nak buat biznes sesikit. Hal-hal lain dalam, luar dan tepi pasar ni nanti teman berkisah lain entry yek?

Ini mutiara werne itam dan peach, berendam di ayor tawor gitu. Tempahan istimewa untuk kawan teman di Parker, Terengganu. Siap pakai pada hari raya baru ni!



Tuh dia mak oii...besor kecik semua ada Yong. Kalau elok bulat, asal deme dari ayor masin, kalau asal ayor tawor deme pipih sikit kat satu bahagian. Kata penjuallah. Yang asal ayor masin mahal sikit Yong sebab bentuk deme lebih bulat. Kalau yang datang dari Jepun lagiiii mahal!



Haa tuh dia berbelit-belit macam tali kapal! Siap kabor 'original' dari laut lagi! Memang cantik. Rupa macam manik tapi tak macam manik. Tak tau nak cakap camner. Satu strand tu tak tentu harga dia tapi kome boleh minta tawor, no problem!



Penjual mutiara kat Pasar Kraftangan ni pandai belaka mereka rantai tangan dan rantai leher mutiara, siap boh batu kristal dan bling-blang-blung! Ni satu set dengan batu apa ntah, rantai tangan, rantai leher, dan kalau campur dengan brooch harga kedai RM150 lebih kurang. Boleh tawor Yong...boleh dapat RM100, RM80...betoi! Kena pandai bargain. Kalau beli banyak lagi senang dapat tawor!




Ni batu amythest (maaf tak pasti ejaan dia betul ke dak) kot. Harga pun sama cam yang di atas.
Kat Semenanjung tak dapat harga gitu Yong, kirim salam jer lah!

Yang ni harga dia RM10 lebih sikit dari yang kat atas sebab guna Tiger's eye, semi-precious batu dia.


Lagu satu set yang guna Tiger's Eye. Corak design kome boleh mintak gitu gini. Pembantu kedai tu boleh buat dengan senang ati dan penuh mahir!



Ni mutiara werner peach dengan bebola bling-bling, satu set RM150 gak tapi kalau kome baik dengan pembantu kedai dan puji dia cantik, boleh dapat RM70-80!


Hah hot stuff! Mutiara dengan bebola kristal. Nak kabor Yong dan Yob, design ni tak sampai lagi kat Semenanjung, takat 2 minggu lepaslah. Teman balik berhari raya, masa shopping kat Kompleks PKNS, Alam Sentral dan SACC; dan di Greentown, Ipoh, tak mandang lagi design nih! Maknanya kalau kome paka rantai ni di Tepen, kome ler pemakai pertama; kalau kome dok di Kole Kangsor, kome ler yang pertama; kalau mung dok di Paka, mung lah orang pertama makainya. Harga termasuk belanja pos dan tambang bas (3 kali naik bas Yob!) RM35 jer! Ni mutiara kelabu.



Design yang sama tapi mutiara werner peach. Tu tangan pembantu kedai teman pinjam. Nasib baik dia tak mintak upah modeling!


Kalau kome nak paling muroh, ni yang berlonggok dalam pinggan kayu. Dapat ler RM8-RM10 sehelai! Mungkin dapat free kalau kome belanja besor! Mana tau...



Yang tu harga dia RM20. Rantai tu, bukan pembantu kedai tu! Dia mahal kot sebab cantik. Keturunan Suluk Sungai (teman dah sogheh dengan dia!) Nama dia pun teman tau, nombor handphone pun ada! Eh fokus..., fokus! Tu rantai tangan teman yang baru jer dia susun...comel!
Orait, sesapa yang nak order sila tulis dalam ruangan komen ya. Sebut nak warna apa (peach, kelabu, itam atau putih) dan sebut standard kalau pergelangan tangan kome biasa besornya. Kalau tangan cam Adibah Noor, kena tambah 1-2 biji mutiara; kalau comel cam tangan teman ni, kena buang sebiji!
P.S Cikgu Fazila, di Parker, Terengganu, segera bagi list nama peminat yang nak beli by Thursday ya. Begitu juga Cikgu Norizan di MRSM, Bandar Muazzam. Amboi bergaya-gaya cikgu-cikgu kat Malaysia ni.
P.S.S Buat Encik Shahril @ D08, teman nak hadiahkan sekuntum rantai tangan pada isteri Yob yang baru melahirkan tu. Bagi ler address rumah. Ikhlas ni!