Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, September 25, 2010

Hosgeldeniz...Moh Kite Ronda-Ronda Istanbul!

Assalamualaikum, Salam Hormat dan Hosgeldeniz Pembaca Sekelian,

Moh ikut teman ronda-ronda bandaraya Istanbul jap. Tapi kita idak ler ronda abis, sebagian kecik jer. Istanbul ni besor kome, rasanya ada 5-7 kali lebih besor dari Kuala Lumpur. Teman pun tak sampai 1/12 pun abis pusing. Kalau laluan keme tempuh kawasan tu, dapatlah teman nengok dan singgah, kalau tak memang tak pijak kaki kat kawasan tu. Kalau nak gi Istanbul lazimnya teman naik kereta, bas atau metro.
Antara mercu tanda yang terkenal di Istanbul ialah 2 buah jambatannya. Satunya dinamakan Jambatan Sultan Fetih, sultan yang berjaya menawan Constantinople dari pemerintahan Rom. Tapi yang lagi satu teman lupa namanya. Nanti teman check kat internet atau dengan suami yek. Jambatan ni merentangi Selat Bhosporus yang memisahkan benua Asia dan Eropah. Tak besor selat ni, seluas antara tanah besor semenanjung dengan Pulau Pinang. Tapi selat ni lagi cantik ayornye (werne biru, bukan kekuningan cam teh tarik) dan pemandangan di sepanjang selat amat cantik dan mengujakan. Terdapat rumah-rumah agam dan istana di sepanjang selat ni, juga restoran-restoran, bangunan-bangunan kerajaan, universiti, gedung dan seumpama. Kerana kedudukan dia yang menarik dan strategik, apa-apa yang dibina dan dijalankan di sepanjang selat ini semuanya mahal. Sambung citer lain entry...


Salah satu ikon yang bersepah di Republik Turki. Kome gi memana pun - sekolah, kolej, universiti, pejabat kerajaan, swasta, di dataran, di tepian dan seumpamanya - ada jer gambor, ukiran, bust, tugu dan tengkorak pakcik ni. Teman terpaksa curi-curi amik gambor dia ni bila suami tak nampak. Dia bukan peminat tegor makhluk ni. Tak berkenan dia! Dari pembacaan teman melalui beberapa sumber, pakcik ni di hujung hayat dia menderita benor nak mati. Dikatakan dia menanggung pelbagai penyakit dan kepayahan. Hari-hari sebelum dia tumpor, dia ngadu badan panas. Deme bawa dia tengah laut, sembur ayor ais, tetap dia kata panas. Itu baru panas di dunia, Kemal oii. Tak taulah betoi ke dak citer tu. Wallahua'alam. Teman pulak tak penah tanya suami teman pasa hal si Kemal ni dekat-dekat nak tumpor tu. InsyaAllah nanti teman jumpa dia lagi, teman minta penjelasan camner pakcik ni nazak sebelum ngadap Pencipta dia.



Salah satu tempat favourite teman bila di Istanbul ialah Sultanahmet. Sini bertumpunya mercu tanda utama Istanbul termasuk Masjid Biru, Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Universiti Istanbul, dan yang paling teman gemor ialah Kapali Carsi! Sesapa yang miss salah satu landmark ini, serupa macam kome tak datang Istanbul! Semua tempat-tempat ni jaraknya tak berapa jauh di antara satu sama lain. Di sekitar kawasan ni banyak gedung pakaian, kasut, cenderahati, restoran dan alahai...harga deme mahal sikit dari kawasan lain. Almaklumlah kawasan tumpuan para pelancong!




Di tengah-tengah bandar Istanbul ni ada tram, teman panggil tram sebab dia slow cam tram kat San Francisco. Yang ni baru, regular dan cekap. Harga tiket lebih kurang RM2.50 gitu. Teman gemor naik kuda ni, sempat kita tengok kiri kanan bandaraya ni. Deme ada gak kuda cam LRT kita, deme panggil metro. Ada yang lari atas jalan ada yang lari bawah tanah. Beberapa fasa dah siap dan akan diperluaskan sampai ke daerah tempat kami tinggal di Basaksehir. Tapi progress slow sikit citer suami teman. Nak tau pasa pa? Kalau kat Malaysia korek tanah dalam-dalam jumpa ayor, tapi kat Turki korek tanah dalam-dalam jumpa bangunan lama, kota purba, tempayan, periok belanga dan labu sayong antik! Terpaksalah kerja korek-mengorek dilencongkan dan kawasan tu digezetkan sebagai tapak bersejarah! Sementara tu, koc metro deme lebih besor dan panjang dari LRT atau ERL kita dan laju. Teman memula guna hampir sesat barat jugak tapi sebab teman tak segan bertanya, tak ler sesat sampai ke Greece!*



Selalunya bila nak balik ke kampong suami di Laut Hitam di benua Asia (Istanbul satu-satunya bandar di dunia yang sebahagiannya terletak di benua Asia dan sebahagian lagi di benua Eropah; kami dok di bahagian Eropah) akan tempuh stadium bolasepak kepunyaan Kelab Galatasaray, salah satu kelab bolasepak yang paling glamer dan berjaya di Turki. Orang Turki ni sama jer cam peminat bola lain di dunia akan tahap kefanatikannya. Tak tau camner nak ukur tahap deme ni. Tapi bila bermain terutama kalau bertemu dengan musuh ketat dia Kelab Fenerbahce, kome toksah ler gi tengok kalau setakat nak tengok jer. Penyokong dan peminat kedua-dua kelab ni buat stadium deme cam medan tempur - bakor kerusi, baling mercun, lontar flare, botol ayor ditala ke padang macam missiles. Bila pihak lawan amik tendangan sudut, pihak polis rusuhan kena kepung si pemain ni dengan perisai deme supaya tendangan sudut boleh dibuat. Bergaduh, tendang terajang dan berpisau normal!

Awal tahun 2000 bila Arsenal datang bermain menentang Galatasaray dalam kejohanan Piala UEFA di Istanbul (kalau tak silap teman ler), sorang peminat kelab Inggeris ni sempat menerima pembedahan di perut dia oleh penyokong Galata. Yang cedera di kedua-dua pihak toksah cakaplah! 'Welcome To Hell' adalah slogan yang sering ditulis pada sepanduk alua-aluan untuk peminat lawan terutama para hooligans dari England.



Semasa menunggu komuter ke Istanbul (kalau suami tak antor), dari tempat menunggu stesen komuter tu dapat tengok banguanan berkembar Istanbul Dunya Ticaret Merkezi ni. Terjemahannya - Pusat Dagangan Dunia Istanbul. Taklah tinggi bebenor. Tapi kat Turki ni deme tak sior bina bangunan tetinggi sebab kalau kena gempa bumi berskala 5-7 Richter, mau ranap banguanan tinggi cam roti kapa. Tapi Alhamdulillah sepanjang teman lepak kat Istanbul dalam beberapa lawatan, syukur tak penah kena gempa atau gegaran sikit pun, Na'auzubillah! Tak nak teman merasanya pun! Bior dijauhkan dan dilindungkan olehNya. Yang putih-putih kat depan bangunan tu saljilah tu. Tak perasan pulak teman yang gambor ni diamik masa musim sejuk lepas.


Oleh sebab bandaraya Istanbul ni salah satu bandaraya 'panas', sejak beberapa tahun kebelakangan ni, sistem keselamatan dipertingkatkan bukan saja di lapangan terbang, pelabuhan, bangunan kerajaan, malah kat gedung dan kompleks membeli-belah pun ada pegawai keselamatan dan pintu scanner. Gambor ni diambil di Pusat Beli-belah Forum Istanbul. Tindakan ini diambil kerana aktiviti keganasan agak lumrah di beberapa bahagian Turki terutama di wilayah sempadan dengan Iraq dan Syria dan juga Istanbul. Di sini kegiatan terrorisme dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdish (singkatan dalam bahasa Turki PKK atau sebutannya Peh Ka Ka). Kalau kat wilayah sempadan askar-askar Turki memang sentiasa ada operasi memburu gerila PKK ni. Dan gerila dan penyokong PKK ni bergerak merata termasuk di Istanbul. Kome jangan riso. Bukan selalu gerila ni menembak atau mengebom orang. Sekali dua kala jer. Orang jantan Turki boleh dikatakan semua ada pistol atau senapang. Kat rumah teman di Istanbul dan di Kampong Deredebi pun ada beberapa pucuk pistol dan senapang. Deme boleh perambat pengganas ni kalau bertembung.



Sebuah tram sedang menyusuri trek laluan dia. Ini di antara laluan yang popular kerana terdapat beberapa buah banguanan purba yang dijadikan muzium. Sepanjang jalan ini pun terdapat banyak kedai-kedai cenderahati dan restoran yang trendy-mendy.





Tempat hentian bas di Sultanahmet tak jauh dari Kapali Carsi. Di sinilah berduyun-duyun segala bangsa dan keturunan singgah dan berziarah untuk melawat atau menziarah muzium, masjid, banguanan purba atau shopping! Yah... that magic word!




Inilah gerbang Kapali Carsi. Kapali maksudnya bertutup dan carsi maksudnya kedai atau gedung. Dalam bahasa omputeh Grand Bazaar! Teman dah bape puluh kali menyukat dan menjelajah dalam dan luar Grand Bazaar ni, tapi masih tak jemu. Ada jer benda baru yang teman jumpa dan ada jer pelusuk yang teman belum sampai. Pasa Grand Bazaar ni, boleh teman fokuskan dalam entry lain yek. Ni kome tengok dulu pintu gerbang dia jer. InsyaAllah, teman citer panjang apa yang boleh ditengok dan dibeli di dalam, di luor dan di persekitarannya.
Gule-gule!
* He he...mana ade, guro jer. Nak gi Greece naik ketapi lain atau naik bas ekspres.



























6 comments:

  1. aik....komen awok semalam tak keluo???....
    ishhh...patutnye Kak....gambo pakcik yang kat atehtu tak payah tunjok pun takpe.....diele penyebab ghuntuhnye keghajaan Islam terakhir di dunia Kak........

    P/S: Antalya kat belah mane Turki ye???

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Shahril,
    Eh tak tau akak komen Yob tak kluor. Takper buleh tulis lain. Ya, mmg meluat dgn pakcik laknatullah tu tp elok kita tau sejarah dia supaya kita tau kejahatan dan kederhakaan dia pd Allah agar kita berhati2 dan kene sifat2 makhluk yg seangkatan dgn dia. Antalya kat bahagian Asia rasanya. Yob ada kawan ke kat situ? Hee nampok nya miker dah dok tangga terataih, tahniah!

    ReplyDelete
  3. salam akak, dah bleh jadi follower blog moh kembara ni.. ingatkan kena ada blog sendiri dulu baru bleh jadi follower, ghupenye kalo ada acc google pun dah bleh... nanti2 akak buh la lagi gambo2 kat Turki tu..

    ReplyDelete
  4. Salam Nuzhah, tima kasih dah jd pengikut blog akak! Ya, takyah ada blog blh jd pembaca. InsyaAllah ada bnyk entry tentang Turki dan tempat2 lain tp akak akan selang-seli dgn trip di msia/dan di Sabah, kan kakak ni kaki menyongket! Satu payah sikit bnyk gambor travel akak tersimpan kat flat Sh Alam, yg ada kat akak skrang sikit2 jer.

    ReplyDelete
  5. aper2 trip pun yg akak buh dlm blog ni memang tertarik nak baca... xkisah la kat Turki ke, Sabah ke memang best... ate kat Peghak pun best... interactive blog...

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Nuzhah, ater tu jer yg akak panda, menulih dan bercakap (mengajor dlm kelas). Nak nulih hal politik kang, kalau tak ngumpat, ngata, maki, cerca, tak sedap pulak blog tu; jd akak pilih tulih pasa pengembaraan...selamat, suci, bersih tanpa was-was, he he he!

    ReplyDelete