
Assalamualaikum dan Salam Hormat,Ari ni tinggalkan Eregli dan balik ke Istanbul kul 8:30 am. Badan rasa letih lagi jadi teman tak tulis banyok. Kome nengok gambor jer ler ye. Gambor semua diamik dari seat bas depan sekali kecuali gambor yang last-last.

Ombak Laut Hitam yang mengganas di waktu pagi!

Ada tebing yang dah rebak dan terhakis.

Dekat bebenor jalan dengan tebing nih. Seriau teman. Buatnyer jalan tu terjunam dengan bas keme sekali...mintak dijauhkan!

Sepanjang jalan dari Eregli ke Akcakoca, bas nyusur jalan pantai dan tebing. Nampak tu pasior dia itam. Nama pun Laut Hitam!

Pas tempuh Akcakoca, bas lalu Sapak amik beberapa lagi orang penumpang. Satu kuarga 3 beranak hangkut 20 kg hazelnut bawok ke Istanbul! Mentang-mentang kaya hazelnut!

Ni kira kampong berjiran dengan kampong Mr T. Tapi kampong Mr T ke dalam lagi. Celah-celah ladang, ada beberapa buah rumoh kampong. Setengah rumoh tu kosong sepanjang musim sejuk sebab tuan tanah ada rumoh bandar kat Akcakoca.

Bila nak tempuh Duzce, bukit yang ijo jadi memutih dengan salji. Semalam dan sampai pagi tadi salji masih turun lebat.

Tentunya malam tadi trak penyodok Majlis Tempatan berkoje keras menolak salji ke tepi untuk clear jalan. Kalau tak sodok salji, akan menyukarkan perjalanan dan buleh putus hubungan.

Nampak memang cantik, sejuk mata memandang...

...dan romantika tapi takat buleh tengok jer. Bercinta nak kuar rumoh bila sesejuk cam ni!

Bila tempuh dua terowong, kira dah half-way ke Istanbul.

Tetiba trafik slow...slow...pastu berhenti. Laa apa pulak?
Kaza ke?

Attendant bas turun tanya pemandu keta lain. Dia sendiri tak gi depan tengok. Tak jauh, nampak lebih kurang 100 meter jer tempat kemalangan tu. Beberapa orang penumpang pun turun. Tapi deme tak gi pun. Isap candu jap.

Pastu lagi ramai turun. Pun deme tanya-tanya jer tapi tak kosa nak gi check. Memasing isap candu. Kalau kat Malaysia ramai dok lari nak tengok apa hal atau amik nombor! Bukan nak tolong sangat!

Tetiba dalam 15 minit gitu trafik bergerak. Ada beberapa keta dapat celus dari tempat kejadian dan pecut keta deme. Pemandu lain berebut naik keta dan ngekor. Haa tu beza dari kat Malaysia. Kita kalau buleh nak berhenti untuk tengok dan nganga kat tempat kejadian.
Bila bas lalu kat tempat kaza, nampak sebuah keta kena teruk gak. Tapi had tu jer 15 minit sangkut. Tak ada jam 2-3 jam cam kat Malaysia sebab rama yang kepoh nak tengok ada yang mati ke...

Agak 2 km, ada sebuah lagi keta sangkut, tayar pancit. Pun takder masalah jam!

Trafik slow lagi bila lalu bawah satu jembatan tapi tetap bergerak.

Tol! Dah dekat nak masuk kawasan Dewan Bandaraya Istanbul. Tol di Turki lebih muroh dari di Malaysia.

Lepas tu perjalanan tak der masalah dan halangan, Alhamdulillah!

Lebuhraya 4 lorong.

Tu dia salah satu jambatan yang menghubungi benua Asia dan Eropah.

Bas sedang melalui jambatan. Ni menuju bahagian Eropah Istanbul.

Ropanya Mr T telefon kawan dia Ali Bey untuk amik teman di Otogar. Teman buleh jer balik sendiri amik bas balik ke Basaksehir. Tapi Mr T takut teman susah bergerak bawak beg itu ini kalau naik bas. Memang payah sikit bergerak sebab paka baju berlapis-lapis ni.
Teman pun tunggu Ali Bey di ofis syarikat bas Ustun. Teman memang dah kenal lama Ali Bey. Banyaklah sembang dalam perjalanan 20 minit ke Basaksehir.

Assalamualaikum!
Dah sampai. Honey, I'm home!
Oklah, memang takder orang. Rumoh sejuk bebenor. Check thermometer 12 Celcius! Minta Ali Bey check camner nak 'on' pemanas. Dia check ok.
"Kalau ada problem, call me," pesan Ali Bey.

Radiator apartment ni tak power cam kat apartment Tahsin. Apartment dia hangat sampai 28 C. Dalam apartment keme ni paling panas 22 C. Tadi boh thermometer kat balkon, 2 Celcius. Renyai pulak tu. Jawabnyer teman kena pasang portable heater. Memang tido kat sofa salon malam ni, heater boh kat ujung kepala.

Sebagai penutup, moh usyar gambor Sule tengah ngadap mename yang mak dia masak untuk dinner semalam.

Mename ni dibuat dari daging cincang yang ditumis dengan bawang besor, tomato dan cili ijo. Bila dekat-dekat nak angkat tu, boh telur 2-3 biji dan tabur keju.

Zuleyha memang teror masak. Mename dia masak ni yang tersedap penah teman makan!

Sule meregek dengan tudung hediyeh dari Helime Baba Anne!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Ari kedua di Eregli teman dah plan nak ke Zonguldak, satu daerah atau bandar 45 km jauhnya. Pepagi kahvalti dengan cucu tiri Ertugrul dan adik dia Sule. Teman pilih nak gi ari tu jugak sebab dengor salji mungkin turun dalam sehari dua. Teman tak mau stranded kat mana-mana bila laluan tak buleh lalu sebab salji. Ronda-ronda bandar Eregli buleh dibuat ari berikutnya.

Tinggi jugak jalan nak ke Zonguldak ni, berpusing-pusing dan cuaca pulak foggy dan ujan renyai. Bas panjang takder, bas mini jer. Teman rasa agak mabuk. Mungkin sebab makan pagi yang banyak keju dan benda-benda manis, perut jadi semacam jer. Sib baik tak termuntoh. Dalam sejam sampai bandar Zonguldak yang tak cantik tu.

Kalau Akcakoca ada pantai pasir itam/gelap, Eregli pulak ada laut dan esplanade tapi Zonguldak ni ada gak laut tapi tak berpantai dan hanya pelabuhan. Wilayah ni kaya dengan arang batu. Takder lombong arang kat bandar ni. Teman pun tak tau mana lombong dia. Tapi sepanjang naik bukit dengan bas mini tadi, nampak bukit-bukau yang batu-batan dia warna gelap dan berlorek-lorek.
Ni sungai dalam bandar yang ada burung laut, tak tau ler burung camar ke apa.

Bebudak sekolah lepak kat bandar kul 11 pagi apa hal. Selalu gak teman jumpa budak sekolah Turki ni ponteng sekolah. Walau pun deme pakai jaket berbagai ropa, buleh kenal deme ni budak sekolah. Kat Akcakoca selalunyer budak jantan. Lepak kat pantai isap rokok.

Ni kalau tak ujan (renyai pun deme kira ujan), meriah lorong ni dengan shoppers sebab ianya hanya untuk pejalan kaki jer.

Polis kat Zonguldak ni rajin gak senyum. Kat Istanbul payah sikit nak tengok deme senyum, stress koje kat Istanbul kot, tiap ari ligan penjenayah/pengedar dadah/penyeludup pompuan/terroris.

Teman nyusur jalan tak ketahuan. Ni kali kedua teman sampai kat bandar ni. 2 tahun lepas dengan kuarga Tahsin tapi ni sorang-sorang. Sebelum sesat, teman dah pastikan kat mana bas berhenti, terminal/stesen dan landmarks yang utama.

Tu dia rega buah limo besor tu lebih kurang RM2.20 jer sekilo. Limo berbagai jenis memang muroh kat Turki. Epal tu pun 1 Lira jer. Teringin nak beli sebab besor dan muroh tapi kat rumoh Tahsin epal kampong pun berlambak. Kensel nak beli!

Strawberi ni agak mahal. Anggaran RM14 sekilo. Bukan musim dia. Tapi ni saiz besor dan manis.Nak sama besor dengan buah limo tu. Kat Cameron Highland kecik dan masam.

Teman lalu satu kedai kasut. Ada tukang buat kasut, bukan dari kilang. Rega anggaran RM21 sepasang. Tak tau ler apa material dia guna, segan nak tanya. Ayakkabi tu kasut. Dapat belajor satu lagi perkataan Turki ya kome!

Usyar gak kedai pistol dan senapang ni. Cam jual parang golok jer.

Kome minat gambus? Hah, moh mai ke Zonguldak.

Kat cammi ni teman solat zohor. Nak tau, sebelum kuor rumoh tadi teman dah siap amik wudhu sebab tau betapa susohnya nak amik wudhu dengan baju berlapis-lapis ni dan jugak sebab ayor paip sejuk yaa amat!
Terpaksa teman berjaga-jaga simpan wudhu ni. Sib baik buleh pakai sarong tangan, takut tersentuh. Lagipun deme tak heran kalau kita paka sarung tangan dalam musim sejuk ni. Kalau kat KL teman paka sarong tangan, kang ada yang panggil doktor untuk teman. Untuk maklumat kome, mazhab deme tersentuh laki pompuan tak batal wudhu!

Bandar ni memberi penghargaan pada pekerja lombong yang memberi sumbangan besor pada sektor ekonomi deme.

Kejadian lombong runtuh penah berlaku kat lombong di Zonguldak tapi teman tak bape tau kes-kes tertentu cuma penah dengor jer.

Masa teman nak balik, terdengor sorakan dan laungan dari berpuluh-puluh suara garau. Bunyi laungan ni cam familiar jer, teman biasa dengor kat TV Turki. Teman toleh nampok satu perarakan dan spanduk dan banner. Teman patah balik gi tengok. Berlari takut miss!
Beberapa orang Bond sedang mengiringi kumpulan protestor ni.

Teman terlepas grup yang bawak spandok dan banner, tak dapat nak rakam gambor, kalau tak, buleh tanya Tahsin apa yang deme tulis.

Kebanyakannyer lelaki tapi ada gak pompuan. Teman agak ni demonstrasi pekerja kot. Tak der yang agresif atau yang maki-hamun, cuma menyanyi dan melaung slogan.

Ada lebih kurang 300 orang yang berdemo ni. Elok deme berarak dan tak ganggu trafik. Trafik pun cam sabor jer dengan deme ni. Orang yang menonton pun cam tak bape amik pot sangat pada demosntrasi ni. Polis pun tak kaco. Teman pun tak jangka ada ujan asid akan turun. Kalau kat Malaysia bukan jer ujan asid, ujan belantan pun naik kepala!

Elok jer abis tengok demo, teman bergegas cari bas ke terminal. Kena balik ke Eregli cepat sebab cuaca tak menceriakan. Takut berlaku apa-apa kat jalan balik tepi lereng bukit tu. Ada tanah runtuh teman nampak masa datang tadi.
Sampai Eregli kul 2 pm lebih. Terus cari makan sebab dah lapor. Teman makan Adana Kebab!