Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 4, 2012

JOM NYONGKET KE PASAR DI LAUT HITAM, TURKI.

Yong-Yong dari Avon sempat lagi buka meja kat depan pasar!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat yg Mubareq,

Tadi ada usrah kat surau PKNS. Salah satu hadis yg sempat teman catat utk kongsi ilmu (ilmu kena kongsi dan sebor kan?) ialah:

"Tiap-tiap kalimah yg takde zikrullah, adalah lagho atau sia-sia."

Tak taulah ustazah tu orang Perak ke bukan sebab perkataan lagho tu bahasa Perak kome. Jadi kita cuba ucap zikrullah dalam setiap kesempatan, jangan cakap bukan-bukan atau maki-hamun.
Sekian adanya!




Haissyyy...pantang nampak beg tangan. Nilah koje dan minat kebanyakan org pompuan ni. Gemor sangat dengan beg tangan, tak tau pasa apa!




Fatma tanya teman, "Anne, yg ni ke yang nu?"

Teman kenan yg nu.
Tapi jiran kami Nazli yg ikut sama kata yg ni.
Fatma beli yg ni.
10 Lira lebuh (RM17.20 gitu)!


Ada sikit erotika!
Tup mater Yob-Yob!



Dengan beg baru yg ni...Fatma usyar barang-barang dapur.




Teman beli 2 lai baju atau singlet dalam ni...5 Lira selai (about RM8.60. Kat Shah Alam antara RM10-RM12 selai).
Seswai dipaka kalau baju kome jarang atau bebayang...




Tips
beli suar kecik kat Turki, jangan dilayor atau dikibar-kibar cam bendera...deme malu.
Kalau nak try-test, tengok kat situ jer.
Yang sedut rokok tu bukan bini Mafia, dia penjual dan peramah!




Camner nak try-test cik mak (nasik lemak) ni...kalau diangkat, shopper Yob-Yob malu dan pandang ke lain...haruuu!
Kome nak tau, kat Turki suar dalam dan coli tak disidai diluor nampak dik orang, deme jemur dlm romah atau bilik!



Sayuran bukan organik.
Rega sayur dan buah ikut musim.
Musim bunga dan musim panah, rega muroh dari masa musim sejuk.




Macam kaum Hawa deme, kat pasar penjual akan susun dan atur barangan deme comey-comey kasi cantik, macam bini deme atur dan hias romah deme cantik-cantik.
Bukan paka longgok jer macam kat pasar kita!




Satnika bijiran dan kekacang ada kat sini.
Setengah tu teman tak tau apa bendanya dan cam ner deme masak.



Segor-bugor sayur deme, gerrrraaammmm tengok!
Sepokok salad tu lebih korang RM2.50!




Penjual kat pasar Turki suka laung dan tegur pelanggan.
Sora deme ada yg macam sora mendiang Pavarotti...siyes sedap dan tak pecah!



Ada gak yg jue kraftangan seperti lesung kayu (utk tumbuk bawang putih, teman beli satu kat pasar Istanbul), ayak, penggiling dan besit mainan (baby cradle).



Antara yg teman tak rajin beli ialah cili meroh giant ni.
Pacepa?
(Pasai apa? Ni bahasa anak sedara kawan teman).
Sebab tak pedah...manis sebenornya!




Teyze
(Makcik) jue sudu dan senduk kayu nak bergambor dgn teman bila dia tau teman ni Yabanci.
Teman beli 6 batang - 3 kecik, 3 besor.
2 orang blogger jantan dapat sorang satu sebagai sagujantung.
Dah dapat ke kome sudu tu?




Tak caya besor cili meroh tu?
Naaaahhhhh!




Jamuan ringan kat romah si Yunus kat bandar Akcakoca. Yunus ni anak kepada sepupu Mr T.
Deme hidang salad kentang, muffin, buahan dan hazel
nut.
Meh himpit kome...

Wednesday, May 2, 2012

WARGA EMAS TURKI YANG TAK DOK DIAM!

Bersiap gi romah Mak Mertua...seberang jalan!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengah hari kat Shah Alam ni sampa petang, ujaaaaan!
Alhamdulillah sejuk sikit!

Masih kisah kat Kampong Deredebi. Satu pagi teman pindah ke romah Mak Mertua bila Mr T balik dari Istanbul.
"Haa you dok dengan Emine yaa, I nak dok dgn Anne!".
(Anne sebut An-neh ialah Ibu/Mak)



Si Karabas dah elok jer nunggu.

"Takde kompang-kompang ke, Karabas?"

Sebenornya dia sejuk, berlindung dari rembasan salji yg turun masa tu.



Dia ngantor teman sampa tangga.
Kalau buleh dia nak naik sampa kat landing tapi teman tak bagi. Janganlah buat muka sedih Karabas, sayu teman nengok miker!



Walaupun sorang (masa ni Nevin, menantu lagi sorang takde, gi nyongket ke Akcakoca), koje rumoh masih dibuat dik orang tua Turki. Ada jer benda yg deme usik gitu-gini.
Skirt teman yg lembab kena salji tadi, teman layor dekat soba tu.
10 minit kang kerin ler.



Mertua buat keju putih.
Dari susu yg direbus, ditos, dan dihempap dgn batu berat dan dibior bergantung sampai padat.
Buleh makan pastu, dipotong cam kuih talam. Tapi kalau baru tak masamlah...



Dia bakor roti cam pretzel (dibeli kat kedei) sebab dia tau teman suka roti bakor.



Selain tu dia buat lempeng sayur yg teman lupa nama dia. Ianya pucuk tumbuhan liar, rebuih sampai empok, peroh ayor dia. Gaul dgn sikit tepung, pecah telur, boh bawang dan garam, goreng atas kuali lepior. Rasa akan-akan paku-pakis. Lezet jugak!
2 biji kentang ataih lantai...


Dia kupah kulit kentang...panas tu, baru kuar dari oven soba tuh!


Ada masa dia bakor kestane (buah berangan).
Buah berangan dikutip masa musim luruh. Yang ni disimpan dlm peti sejuk sebab kalau boh kat luor dimakan ulat.
Menantu Malaya mai, dia pun kuarkan dari peti tuh!


"Nah makan ceviz!" mertua pelawa.
Ceviz atau walnut pun dikutip masa musim luruh. Kestane dan ceviz tumbuh liar kat kampong ni, banyak pokok deme.



Ni ropa sayur 'paku-pakis' tu. Makan panas-panas sedap!


Kahvalti yg mertua buat utk menantu Malaya.

Teman tolong amik gelas teh dan kuarkan satnika jem, madu, keju dari peti ais jer.
Nanti basuh dia jugak...melainkan bila teman dah lama duduk dgn dia 3-4 ari.
Meh kome amik seketul kentang nih!









Tuesday, May 1, 2012

JOM IKUT TEMAN BALIK KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

"Sabor kome, sabor, bawok bertenang!" kata Mat Bond Istanbul.
Polis kat KL kata, "Nahhh! Amik ko!!!"
Untuk semua anggota polis, "Kolay Gelsin" (Semoga Dipermudahkan).

Assalamualaikum dan Salam santai Mengkome weh,

Yeahhhh dpt semola guna interface lama!
Meh sambung citer teman memola sampa Istanbul. Bukak tibi nengok haber (berita ler), mesti ada citer pasa demo.
Makanan lumrah di Turki.
Jarang ganaz.
Yang ganaz selalunya melibatkan pendemo bangsa Kurdish di Diyabakir. Kat Ankara atau Istanbul sekali-sekala pendemo dan Bond berpeluk-peluk!
Yang kome gi KL ari tu udoh sihat?


Musim dingin di Turki, tak salji...ujan!

Lepah 2 minggu kat Stambul dan salji dah agak cayor, teman kabor kat Mr T nak balik Kg. Deredebi.
Mak mertua dah hingor,"Bila nak balik? Meh balik!"

Mr T beli tiket rega lebih korang RM55, jarak dr KL ke Ipoh, untuk teman turun di Akcakoca.


Sampa Otogar (terminal bas) yg besor erpot Pulau Pinang.
Laju Mr T bawok beg teman, tak terkejor!

Teman naik bas Metro, antara bas yg canggih...

...persaingan syarikat bas kat Turki agak sengit. Tiap company yg besor cuba upgrade bas-bas deme.
Selain layanan atendan bas (Yob-Yob jer attendant deme) yg agak mesra-pelanggan menanya, "Nak minum apa?",
"Nak ayor?",
"Nak turun mana?"...

...tiap seat ada skrin TV.
Ada ler 10-12 channel TV tempatan. Teman nengok gak , tapi teman lebih suka nengok pemandangan kat luor!
Cantiiiik pemandangan negara Turki ni, Subhanallah!

Ni bukan saluran TV tapi pemandangan depan bas.
Deme pasang kamera depan bas, jadi penumpang buleh tengok suasana trafik depan bas. Haa...kalu berlaku eksiden, kita buleh tau punca dan sapa langgor sapa!
Bijak-bijak!

Bahagian jualan satnika kraftangan Turki

Dalam sejam lebih, berhenti kat satu R&R yg agak besor. Ada gedung beli-belah, restoran, kedei-kedei, tandas yg bersih, dan 2-3 surau.


Sampa Akcakoca, Alper, anak tiri yg bongsu dan siap nunggu dan teruih antor teman ke romah mak dia di kampong sebab teman dah kabor awal-awal nak balik Kg Deredebi dulu.
Waaah dah ada banglo di bawah laman...untuk lembu daa!

Pepagi esoknya teman rakam suasana kampong dr tingkap mutfag (dapur) Kak Emine. Ni salji round ke 2, tak bape lebat. Dah berhenti pun...


Pepagi bute (7.30am), Kak Emine gi layan Kara Kiz dan gerombolan dia. 2 ekor ada susu.
Teman kemaskan tilam bantei. Kat dapur ni kami berdua tido sini, kami berdua jer ada dlm romah 6 bilik ni.
Ruang ni yg paling panas.
Lalu corridor kang (nak gi bilik atau toilet) terkejor-kejor nak cepat sebab sejuk cam dlm peti ais!

Susus fresh dimasak sampa membuak, tapi jgn bagi melimpah arr!

Musim sejuk susu tak banyak sbb takde rumput dan daun ijo.
Hmmm baru tau...ingatkan sama jer jumlah susu lembu ni.
Tapi susu lembu feedlot mesti sentiasa sama jumlah deme!


Sementara Kak Emine siapkan kahvalti (sarapan), dia bagi teman segelas susu yg masih panas-panas tu, no sugar yaa kome.
Hmm sodapnyo, kata Yob Ghombau!
Dia minum susu kamben!


Pas kahvalti, teman turun gi romah Mak Mertua.
Memola sambut teman si Karabas.
Dia renung dan perati.
"Sapa Mokcik ni...cam kenei!"
Telinga dia turun melintang...tanda dia takut.
Teman sebut-sebut nama dia...haa melompat-lompat suka sambe menyeringai gigi!


Lepas salam dan dakap-dakap dgn Mertua, dia bagi teman makan something, lupa apa dia bagi.
Pastu datang sedara, jugak nama Emine, tolong gaul tepung buat roti...


...teman rasa kalau nak buat roti secara manual ni, kena tangan yg gebu-geban sebab doh roti ni amat kental.
Kalau teman yg uli...mau lenguh 3 ari!


Agak sejam lepak dgn mertua, teman turun.
Karabas ngekor.
Tulah Karabas, anjin yg cerodik.
Menemani ahli kuarga Mr T bila deme kuar romah.
Cam bodyguard gitu.
"Good dog Karabas, good dog!"


Rumah tingge halfway ke Sg Deredebi

Teman nak tengok Sunga Deredebi dalam musim sejuk sebenornya. Karabas ngekor teman sampa sini jer sebab kira dah kuar dari territory dia.

Huuu comey suasana!

Teman amik banyak gambor tapi yg masa salji round ke 3, lagi banyak teman rakam sebab lagi lebat saljinya!


Kat tengah sunga agak deragh ayornya.
Teman usyar-usyar kot ada ikan.
Batu ada ler!


Balik romah Kak Emine, dia jamu sup sayur panjar (sup sayur yg amat boring); buah ceri jeruk yg ditumis dgn bawang (Ok, Ok jer) dan labu rebuih dgn nasi.
Kalau teman sentiasa maintain slim, inilah sebab-musababnya kome! Meh amik sepinggan kalau kome nak rasa!



Sebagai penutup, ni gambor 2 orang blogger manis sugary, sorang tuanpunya blog Aku Sorang Pengembara (aka Aku Sorang Kaki Nyongket) dan blogger Ayang Safiah. Deme ugut nak terjah romah teman, demand kahvalti jugak.
Teman counter ugut, kome dapat makan hazelnut dgn keju Kak Emine jer...sebab sapa suruh main terjah-terjah, kabor last minit?
Tima kasih sudi lepak dengan akak ya kome, kalau ada kekurangan tu, simpan dalam ati...jangan tulih dlm blog! he he heh!