Moh Kite Follow Sesame...

Friday, April 8, 2011

Dosa Lampau Hantui Para Jeneral Turki, Mana Mau Lari!

Para Jeneral lahanat yang rampas kuasa dalam tahun 1980 bagi tabik kat kubur Pokcik Kemal lahanat.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Setelah lebih 30 tahun terperap, kini Pejabat Pendakwaraya di Ankara telah melantik sorang pendakwa, Murat Demir, untuk meneliti lebih 1,000 aduan dakwaan ke atas dalang-dalang yang telah merampas kuasa pada September 12, 1980.

Satu referendum memungkinkan kes ini dibuka tahun lepas, dan kebanyakan aduan dakwaan dibuat ke atas bekas Jeneral Kenan Evren, yg juga bekas Presiden dan Chief of General Staff dan konco-konco dia yg menjatuhkan gomen pilihan rakyat masa tu.

"Walaupun memakan masa, tapi penyiasatan dah bermula," kata seorang bekas pendakwa yg dipecat kerana cuba membuka kes ni. Dalam referendum tahun lepas, rakyat Turki berjaya meminda peruntukan perlembagaan yg menghalang lahanat-lahanat ini didakwa kerana dilindungi imuniti bawah artikel 15.

Dalam rampasan kuasa tentera September 12 1980 itu, ramai rakyat yg teraninaya! Lebih 650,000 orang telah ditahan dan lebih sejuta fail telah dibuka untuk mendakwa deme ni. Lebih 230,000 orang telah naik mahkamah, kebanyakannya bermotif politik; 517 telah dijatuhi hukuman mati; yang mana 50 orang dari deme ni telah menjalani hukuman tu.

Keadaan penjara yang tak memuaskan dan seksaan oleh pegawai penjara, 299 orang lagi mati. 14 orang mati kerana mogok lapor; 16 ditembak mati bila cuba melarikan diri dan 43 mati membunuh diri! Ni semua insiden-insiden ekoran kekejaman regim tentera pada masa tu.

Hah...apa lagi, cari dan dakwa para Jeneral ni yang telah menghuru-harakan negara, tangkap dan seksa orang yang tak berdosa. Lepas 30 tahun deme ingat buleh escape? Tapi bekas Presiden Kenan tu yang sekarang masih hidup ada kata, kalau dia ditangkap dan didakwa, dia akan bunuh diri. Ni cakap orang sekular lahanat yang tak hengat Tuhan. Mungkin dia ni kapior!

Antara yg merengkok dalam penjara termasuk Mr T. Masa tu dia belajor lagi kat universiti. Tapi Alhamdulillah pihak pendakwa gagal mensabitkan dia. Hakim kata, "Buang kes!" Kalau idak, dia jadi sebahagian dari statistik jer!

Di Malaysia nanti, kalau diizinkanNya, kita bukak fail. Banyak fail-fail yang akan dibukak untuk kes-kes misteri - pompuan asing hilang kena letup; duit billion-billion RM lesap di awangan; kes bunuh dalam lokap; kes orang jatuh tingkap...isy, isy, isyyy...misterinya!

Gambor dan berita dari Today's Zaman




Meh kita belajor buat roti berinti di Kg Deredebi. Memula bancoh tepung cam nak buat roti tu. Tapi jangan tanya teman, teman tak tau bancuhan dia!



Pastu, kome giling ler dengan rolling pin ni. Buat nipis-nipis cam si Nevin buat ni.




Kome suka inti apa? Apa-apa inti pun buleh. Ni Nevin boh inti daging cincang. Kome kena ler tumis daging tu dulu, ikut suka nak boh apa - kari ke, rempah ke, ganja ke...





Rata-ratakan inti ni supaya berselerak. Kalau kome nak boh sikit ke, banyak ke, ikut suka kome ler.




Kendian gulung cam kome gulung popiah gitu....




Elok gulung tu, kome letak dalam baking pan. Sebelum tu kome boh minyak dalam pan tu dulu, kang lekat pulak roti tu!




Buatlah proses mencanai dan menggulung ni sampai kome dapat penuhkan baking pan ni.




Bila inti daging abis, Nevin boh inti kentang pulak. Memang dia nak guna 2-3 jenis inti. Kentang rebuslah dulu dan pepandai ler mengkome nak boh perasa apa pun!




Selain inti kentang dan daging, Nevin boh inti keju kampong. Dia dapat buat 2 baking pan, satu besor dan satu kecik.




Pastu, dia tuang minyak atas roti tu. Jangan sampai banjir pulak, just enough bagi berkilat jer.




Kendian dia amik telur 2 biji, dipukul-pukul dan diboh sikit yoghurt. Kaco-kaco bagi mesra sikit.




Dia sapu camporan telur dan yoghurt tadi atas roti tadi. Cam bagi paka mekap ler, lawor sikit! Pastu dibakor dalam soba (dapor kayu), yang tak der temperature control, pepanda dia nak boh sikit atau banyak kayu api ni. Pas 10-15 minit dia check dan pusing pan tu supaya masak rata.




Dalam 35-40 minit masak dah. Dia hidang yang dalam pan kecik. Bawak terus tak tunggu sejuk kome!




Pan
yang kecik ni sebesor dulang cawan tau. Tu dia potong untuk teman! Teman kata nak yang ada inti daging!




Kami makan empat orang - teman, mertua, Nevin dan sorang jiran. Sampai licin kami makan, tinggal seredak jer. Yang teman makan ni ada inti daging dan kentang. Rasa dia memang lezet - atas dia rangup sebab disapu telur dan yoghurt! Meh kome makan sama...

Thursday, April 7, 2011

Kristian Koptik dan Ikhwanul Muslimeen Mula Berdialog...Main Masak-masak!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Menurut satu laporan Al Masry Al Youm, 3 pertubuhan Kristian Mesir telah mencapai kata sepakat bertemu dengan kumpulan Ikhwanul Muslimeen untuk berdialog. Perbincangan telah di adakan oleh wakil-wakil dari Ikhwanul Mudlimeen dan Kumpulan-kumpulan Kristian ini iaitu The Union of Coptic Youth, The World Student Christian Federation dan General Authority for Christian Youth Assoc. di Masjid Assad Ibn al-Furat di Dokki.

Walaupun Gereja Ortodoks Koptik telah menafikan memulakan pertemuan ini, beberapa bioskop dan pendita telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari kumpulan Islamik ini.

Di Sharabeyya, satu delegasi dari Ikhwanul Muslimeen telah bertemu dengan pemimpin dari Mar Girgis Church dan The Virgin Mary Church dan telah mengadakan dialog bertajuk "One Nation Vision" (bunyi macam 'Visi 1Mesir!').

Pihak Ikhwanul Muslimeen berpendapat seharusnya dialog di antara kedua-dua pihak diadakan secara berkala. Namun, Rami Kamel, Koordinator untuk Pergerakan Belia Koptik, berkata kumpulannya menolak berdialog dengan kumpulan Ikhwan. Kamel menegaskan dia tak akan duduk semeja dengan kumpulan Ikhwan sehingga Ikhwan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan kumpulan Kristian Koptik kerana melayani orang Koptik seperti rakyat kelas kedua!

Haa...sekorang-korangnya, rakyat Mesir dari 2 golongan agama berbeza mau gak berjumpa dan bermesra demi kebaikan bersama menuju ke arah Visi 1Mesir. Orang Islam Mesir pun tak hingor orang Kristian guna perkataan 'Allah' dalam sembahyang dan doa deme. Small matter, takder hal. Tu memang bahasa Arab. Islam ke Kristian ke, deme bangsa Arab. Kalau bukak channel Kristian (masa teman kat Istanbul), kalau teman tak perasan lambang salib dan ikon Jesus dan Mary, mati-mati teman ingat deme baca ayat-ayat suci Al-Quran. Perkataan Allah, salam dan seumpamanya, mesra dibibir pendita-pendita deme. Kat Malaysia jer mende ni jadi isu - yang dimainkan oleh pohlihtikus mondok!



It's Spring Time in the northern hemisphere folks
! Cikgu Nuzhah mintak buat ler entry pasa musim bunga, panas dan luruh pulak. OKlah, nanti teman kerobek kotak simpanan gambor-gambor teman bawoh katei tu.

Jumpa sekeping gambor yang teman amik 2 tahun lepas. Ni ada si Beza, Esra, Fatma, Enver (dak jantan tu) dan sepupu Beza berposing kat tebing sungai Deredebi. Masa tu kami baru lepas berkelah - buat ayor cay panas, kentang rebus dan kacang hazel! Tak mandi weh, sejuk. Main randok-randok ayor dan bergambor. Lain kali teman korek gambor lain yek!



Ni nak citer budak jantan main masak-masak. Kome kalau nampak budak jantan main masak-masak jangan halang. Biorkan. Jangan asyik lepaskan deme main pistol-pistol dan tembak-tembak jer. Sebenornya anak-anak ni suka niru apa yang mak pak deme buat.

Ni Bahrican, anak Alper, yang tinggal di bandar Akcakoca, sedang bermain masak-masak. Rasanya dia guna mainan kakak dia si Zeynep.



Dengan memanjat kabinet dapur apartment deme, dia buat persiapan nak bancuh ayor teh. Mak dia Fatma tak halang dia bermain atas kabinet. Ni dah kira baik ni, dia main masak-masak. Kalau dia buat mood terrorist dia, mak dengan anak akan beramuk! Bior ler dia dok diam main masak-masak.



M
ainan kat Turki ni sama cam perkakas dapur yang deme guna seharian. Teko cay ada bertingkat! Sebelum ni dia dah isikan ayor paip dalam teko tu.



Pas ayor tu 'masak', dia tuang dalam gelas.



"Helime Baba Anne nak segelas?" Bahrican tanya teman. Teman jawab dah kenyang.



Dia buat muka cute. Masa ni memang dia nampak comey. Kalau mood dia tak baik, rasa nak bagi dia sedas jugak!



Pastu dia kerabat apa pulak dah. Mak dia tegur, dia buat derkkk!



Kendian, ikut tradisi, elok bawak minum kat sofra (meja makan). Ni baru betoi dia guna gelas cay.



Betoi-betoi dia minum cay yang dia 'bancoh' tadi. Lepas minum, dia belah ke salon, tinggalkan dapor bersepah. Dan masa ni dia dah tanggalkan seluar dia. Seluar dia dah basah kena ayor yang tumpah. Mana Fatma tak hingor! (Bising!)



Ada masa si Bahrican ni mau gak buat homework dia. Dia sekarang dalam kelas tadika. Tapi kekadang dia tak abis buat homework ni. Mak dia ler kena abiskan koje sekolah dia.



Bila ada mood, kakak Bahrican akan bersolat. Ni dia ada semangat nak solat sebab teman bagi dia scarf baru, yang teman beli kat PKNS, Shah Alam.



Breakfast
di rumah Alper agak simple, berbanding di rumah Tahsin. Pagi tu Fatma bakor roti yang dia boh keju. Kalau dia rajin, sempat ler dia goreng fries atau sucuk (sejenis sosej berempah). Tapi Fatma agak sibuk masa ni sebab nak kena gi sekolah untuk meeting PIBG!

Wednesday, April 6, 2011

Will the Real Lieutenant T Please Stand Up!

Lieutenant T semasa dalam National Service Turki dalam tahun 1983, umur lebih korang 28 tahun.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ari ni buat entry pasa peraduan semalam jer. Bila teman buat teka-tikam yang tak payah pikior, ramai yang mau mencuba. Senang gamoknya. Main teka-teka cam teka pelakon porno filem black n white tu. Main tengok susuk tubuh. Kalau bagi peraduan yang kena pikior atau research, hurrmm, liat bebenor mengkome. Yalah kome letih abis koje atau kelas, mana ada mood nak buat research nih!

Sampai waktu tamat meneka-nikam ni, ada 16 penyertaan semuanya dan yang bestnya Yob-yob pun rajin try. Selalu deme ni malu-malu ayam nak cuba. Takut malu bila salah ke?


Lt T di tengah tu bersama dua rakan yang berpangkat pegawai cam dia.


Lt T dengan anak-anak buah dia.


Memasing nok bergambor dengan pegawai deme ni, gamoknya sorang-sorang bergambor silih berganti.


Lieutenant T, kiri sekali, bersama anak buah dia dalam satu latihan perbarisan.

Ater teman dah bagi klu-klu ni, ada ke sesapa neka dengan tepat dan padat? Ni analisis teman dapat:

a. Dua orang kata Mr T yang nombor 2 dari kiri, pegawai yang rendah tuh.
b. Tiga orang kata Mr T yang nombor 2 dari kanan.
c. Empat orang kata Mr T yang nombor 3 dari kanan.
d. Dua orang kata Mr T yang nombor 3 dari kiri.
e. Dua orang kata Mr T yang nombor 4 dari kanan.
f. Dua orang kata Mr T yang nombor 4 dari kiri.
g. Sorang kata Mr T yang nombor 6 dari kiri (bersamaan dengan nombor 3 dari kanan).

Nampaknya mengkome gemor kata Yob yang tak der disiplin tu (ikut kata Cikgu Humairi he... he!), sebagai Mr T. Yang feveret gak Yob prebet nombor 4 dari kanan dan yang nombor 4 dari kiri. Sorang jer yang neka pegawai nombor 2 dari kiri tu. Ngape kome ingat Mr T tak buleh jadi pegawai?

Masa Mr T masuk tentera ni, dia dah bekoje jadi engineer. Jadi deme lantik ler dia jadi pegawai. Geliga otak Yob ni, sejak dari sekolah rendah sampai menengah dapat nombor 1. Kat universiti teknikal, selalulah dia jadi top student. Bila teman buat quiz tak dapat full mark, mesti dia tanya ngape...adeiii!

Pasa disiplin, jangan memain Yob. Kalau kat site ada pekerja tak paka helmet, mesti kena sound. Tanda amaran dan bahaya mesti kena boh, kalau tak dia bisin. Yang korang disiplin, teman ler. Hmm...baru sat tadi dia call kata dah on the way ke sempadan Iraq-Turki. InsyaAllah, esok sampai ler dia ke Istanbul. Balik ke apartment yang tak der orang...

So keputusannya? Nampak gayanya tak der sapa yang betoi. Yang sipi jer ada. Lieutenant T tu yang paling kiri sekali. Dengan itu hanya hadiah sagulimpa dapat teman bagi kepada Yob Dinbrasco kerana jadi orang yang memula menjawab. Hah, memula bagi jawaban, walaupun salah, pun buleh dapat hadiah kome!

Meh bagi nama dan alamat penuh Yob Dinbrasco nanti, ya! Kome tunggu teka-tikam lain pulak!

Tuesday, April 5, 2011

"It's Hell in Misrata!" - Pemberontak Libya.

Rakyat Libya mengibar bendera Turki di depan feribot 'Ankara' setiba ia berlabuh di Benghazi, Libya.

Assalamualaikum dan salam Hormat,

Kapal peranginan 'Ankara' sedang dalam pelayaran ke Turki setelah menyelamatkan beratus-ratus rakyat Libya yang cedera serta kuarga deme dari bandar Misrata yg dikuasai pemberontak. Beribu-ribu lagi orang awam berkumpul di pelabuhan meminta diselamatkan.

"Situasi amat sukar, kami terpaksa tinggalkan pelabuhan segera" kata sorang pegawai dari Kementerian Luar Turki. Kapal feribot yang diubahsuai jadi hospital terapung tu terpaksa belayar segera bila beribu-ribu lagi rakyat Libya berasak cuba menaiki kapal termasuk 4,000 warga Mesir. Salah sorang yang cedera berkata 'pembunuhan beramai-ramai' sedang berlaku di Misrata dan menyebut situasi di situ bagai 'neraka'. Deme citer, tentera Gaddafi bom rumoh dan masjid-masjid. Bila deme dengor pesawat Nato, deme nyorok dalam rumoh dan masjid, bila pesawat tak der, tentera gomen rosakkan rumoh-rumoh dan masjid! Hmm...ni kata orang yg tak gemor dengan Gaddafi ler. Teman terjemah jer!

Feribot ni disewa oleh gomen Turki, dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Turki dan Humanitarian Aid Foundation (iHH, yang memiliki kapal Mavi Marmara) membekalkan kakitangan dan bekalan. Ianya dijadikan sebuah hospital untuk operasi menyelamat. Bila 'Ankara' sampai di pelabuhan Benghazi dan meniup semboyan, beratus-ratus penyokong pemberontak melaung, "Darah para syuhadah tumpah kerana menuntut kebebasan!"


Rakyat Libya alu-alukan feri penyelamat Turki.

Sementara itu 12 buah jet pejuang dan sebuah frigate Turki mengiringi feri ini dan memberi perlindungan tatkala ia berlabuh di Misrata. Menteri Luar Turki terpaksa menghubungi gomen Libya dan pihak pemberontak menggesa genjatan senjata kejap; dengan itu dapat ler feri ni masuk berlabuh untuk mengambil rakyat Libya yang cedera.

Saudara kita di Libya menderita kena bom dan peluru, kita kat Malaysia sibuk nak tau sapa pelakon gred B dalam filem low-budget dan black n white tu...isy...isy...isyyy!

Sumber berita dan gambor dari Today's Zaman dan Hurriyet Daily News



Ari ni nak citer pasa Alphan dan Dede dia (datuk) main pondok-pondok. Ni masa teman dan Mr T dijemput oleh Asim makan malam di apartment deme di Gebze, bahagian Asia Turki, 45 minit dari Istanbul.



Bila datang rumoh Asim, Mr T mesti beli mainan untuk Alphan. Semedangnya dia beli pistol atau keta. Kali ni dia beli kapalterbang dan mesin drill. Alphan ingat driller tu pistol.



Ada satu ketika, Alphan tarik turun kusyen. Mr T pun tolong. Mr T buatkan pondok-pondok.



Sarung kusyen tu dah dibukak untuk dibasuh oleh isteri Asim. Pondok Mr T ni senget...



Dia pulak yang dok bawah tu.



Bila dah baring tu, dia mintak Alphan urut belakang dia.



Alphan tumbuk-tumbuk dengan tangan kecik dia. Ni Turkish Massage kot.



Ada masa dia nak main jimnastik pulak. Mr T dok layan jer...



Dia tunggang terbalikkan Alphan. Masa tu Busra, mak Alphan, dah bawak semangkok bubur.



Alphan tek fai. Makan jap!



Dah bosan main pondok-pondok, mak dia bagi gunting dan majalah; main gunting kertas pulak. Budak kecik memang suka main gunting kertas nih!



Lebih kurang 15 minit, dia bosan lagi. Masa tu Dede dah masuk bilik untuk solat. Dia pun masuk bilik spare yang juga bilik tido tetamu. Bila nampak teman nak amik gambor dia, dia sorok belakang sofa. Alphan ni masih susah nak mesra dengan orang yang dia jarang jumpa.



Tetiba dia nyusup bawah Dede dia masa Mr T tengah solat! Hampir tergendala solat Atok dia. Nak main jugak dengan Dede dia masa tengah solat. Nasib baik sempat Mr T abiskan solat maghrib dia.



Alphan dengan mainan driller yang dia ingat pistol. Dia tembak teman banyak kali dengan mende tu.



Susoh nak amik gambor dia ni, asyik bergerak jer. Cam budok Betul si mata biru tuh!



Kendian kami gi meja makan. Baru Alphan kurang aktif sikit sebab tak der kawan.



Ni salah satu menu yang isteri Asim masak - tak tau nama dia tapi dibuat dari tepung jagung, masak dengan sikit minyak, sikit gula dan ditabur hazelnut - orang banyak hazelnut katakan!



Sup sayur dan stew kacang dan roti. Mana lauk oii Busra? Tu yang teman lomah ni, tak der lauk! Makan jer ler...



Tadi jumpa gambor lama Mr T masa dia dalam National Service tahun 1983. Deme kena berkhidmat 15 bulan, tak der main-main cam kat Malaysia ni. Deme kena gi sempadan lawan tembak-tembak dengan gerila Kurdish. Kalau mati, nasib ler.

Memula susoh teman nak kenal yang mana Mr T. Memang tak kenal pun. Tanya adik ipor si Nevin, dia tunjukkan yang mana satu.

Haa...teman dah lama tak buat peraduan ni. Ari ni nak buat ler. Sapa buleh teka yang mana Mr T, haa jawab dalam ruang komen entry ni. Sapa dulu jawab betoi, dia ler menang. Hadiah ole-ole dari Turki dan akan di pos dalam minggu ni. Tarikh tutup esok kul 6 petang. Jawab sekali jer. Kabor kat teman contoh: Mr T tu Yob yg nombor 4 dari kanan. Cam tu. Selamat Mencuba...sonang jo, kata Yob Ghombau!

P.S Cenderahati dan cenderajantung untuk pemenang peraduan sebelum teman gi Turki dulu, satu batch teman dah pos tengah hari tadi dan satu batch lagi mungkin esok atau lusa ya.