Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label sup kentang. Show all posts
Showing posts with label sup kentang. Show all posts

Friday, February 24, 2012

IBU MERTUA (TURKI MARI) KU!

Tulih nama ataih salju - khas buat Yob-Yob semua!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ceria sebab ari ni cuaca nyaman - idok sejuk bebenor, takat 24 Celcius kot. Tadi nyongket jap dengan Mr T ke Sefakoy, sebuah suburb tak jauh dari tempat keme tingge. Lain entry teman labun.



Err ni gambor terkini si Yusuf, cucu tiri teman, anak si Tahsin. Sebelum teman datang Turki bulan Disember kot, ada teman upload 3-4 kepin gambor dia. Masa tu baru panda duduk jer.



Dah tido, bangun pulak kan.
Sonok tengok orang rama kat dapur Emine Baba Anne, nenek Turki dia. Yang belakang tu abang dia yg sulung si Ertugrul. Dah besor dan tinggi Ertugrul ni.



Ahhh heran ke tengok kamera muroh Helime Baba Anne, nenek dari Malaya? Self-portrait jer, ala-ala Yob Gedek!
Ertugrul tengah tengok TV tu, serius...padahal drama komedi jer!



Usyar jap Mak Mertua teman, Puan Mine. Umur dah lebih 75 kot. Dia pun tak taw umur dia bape weh.
Si Karabas buat senamrobik pagi sesejuk tu.



Sekali teman ingat garam, ropanya salji. Mertua tabur salji dan disapu karpet tu. Selalu dia guna ayor. Ni nak ngelak dari abuk berterbangan!



Mak Mertua sibuk ngemas rumoh (dapur jer pun, bilik lain tak usik sebab tak sapa paka musim sejuk ni), teman sibuk bertenet. Siap dia bagi hazelnut suruh makan!
Teman idok ler makan sebab tak kose nak kokak, rosak gigi kata Mr T. Lazim deme katuk dulu atau guna mesin.



Ni keju atau peynir putih mertua buat semalamnya. Rasa tak bape masam sebab baru. Nanti dia potong cam kuih talam, makan masa sarapan. Yang dalam botoi tu cili ijo jeruk!



Untuk lunch satu ari tu, dia nak buat kentang masak pes tomato. Menu standard kampong Turki. Deme ni takde ide lain selain buat fries, sup pes tomato dan bakor!
Memola potong bawang. Sebenornya bawang jer bahan dia selain pes tomato, minyak dan garam!


Kupas kentang dan potong da-di-du pulak. Amik poyok boh minyak sikit, tomeh bawang sampa agak layu, boh pes tomato dan boh ayor. Pastu campak kentang tu. Masak sampa kentang lembut! Kalau nak pedas sikit, boh serbuk cili tapi deme tak suka pedas, deme boh secubit jer, apa rasa!



Siap satu menu utk satu lunch. Makan ler dengan roti!
Ada menu lain tapi hok ni yg baru masak ari tu.
Meh hirup sorang sesudu, meh!