Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label masjid Turki. Show all posts
Showing posts with label masjid Turki. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

MUSIM LURUH DI ISTANBUL...ALONE AGAIN!

Blok jiran...


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Terima kasih pd mengkome yg masih rajin jenguk blog teman, walaupun teman tak sempat nak balas ziarah. Rasanya memang jarang teman dpt balas ziarah selama teman menturkikan diri ni (pinjam ungkapan sorang kawan blogger dr Johor).
Mintak mahap yaa kome.



Masa teman tinggekan Basaksehir bulan April ari tu, deme baru korek asas bangunan ni, ni dah 3/4 siap.
Deme nak bina Ana Okul atau Tadika, projek gomen ni.


Kat balkoni...

Serba sikit apa yg berlaku dlm apartment sepanjang Mr T dan teman membawa diri.
Waaahh pokok halia dan kunyit teman tanam menjadi, walaupun tak dijaga berbulan!
Teman bawok halia dan kunyit lalu tanam dlm pasu masa musim sejuk bulan Januari.
Alhamdulillah subur pulak!



Sepanjang 5 ari ada kat Stambul, kami berjalan sana-mari tapi bila kat rumoh Mr T ngadap laptop.
Dia berurusan dgn Boss dan kontraktor Arab di Baghdad via internet dan handphone. Tu yang teman payah sikit nak guna laptop. Tapi idak pulak Mr T conquer berukband tu. Ada masa dia bagi teman guna.



Pagi tadi Mr T drop teman kat Eminonu, yang femes dgn Selat Bhosporusnya dan Grand Bazaar. Kat sini teman selalu turun dan amik bas balik ke Basaksehir, kalau teman guna baslah. Yg tinggi kat background tu Galata Tower.



Teman tak sempat nak ronda-ronda, bila Mr T pangge balik.
Dia tak jadi tinggekan keta pd anak dia, sebab anak dia ada meeting. Teman pun lalu semula kat dataran dan tempuh kiosk jual jeruk ni.
Ada motif ukiran Uthmaniah nih.



Sebelum naik bas, teman topup kad atau tiket bas elektronik kat kiosk. Sekali naik bas kena 2 Lira lebih, dekat RM5, tak kira jauh dekat!



Masa teman tinggekan Istanbul, Dewan Bandoraya Istanbul tanam bunga tulip.
Meriah masa tuh!
Ni dah masuk musim luruh, lain pulak bunga dia, tapi masih cantik arr.



Kalau kome nak cuci mata tengok tulip, meh datang musim bunga, Mac-April.



Teman sampai bulatan di Basaksehir tak jauh dr blok apartment kami. Taman ni diberi nama Tayyip Erdogan.



Bas berkembar Dewan Bandaraya Istanbul. Bas double-decker pun ada. Kat belakang masjid besor taman kami, senibina Uthmaniah.



Sebenornya pagi tadi Mr T bersiap nak balik Iraq, nak antor keta ke anak dia. Macam kat Shah Alam pulak, dok sorang semula teman ni.
Takpalah dia cari rezki!
Selamat Jalan Yob!



Semalam sempat penuhi jemputan kawan dan juga jiran kami, kuarga Mr Halil. Orang biznes tekstil ni.
Adalah teman sok-sek, sok-sek pasal biznes tekstil ni...
Tu Mr halil dan cucu dia.



Sebab datang pukul 10 pm, kami dihidang makanan ringan dan cay panas!



Ingatkan nak balik.
Tapi bini Mr Halil kata, "Nanti dulu...makan buah pulak!"
Haissyyy...ni ziarah stail Turki, makanan dihidang berperingkat-peringkat sampai berjam-jam!



Lepas kul 12 malam baru kami balik.
Yang ni kahvalti teman masak.
Sebelah telur ditabur keju, dan beberapa potong sucuk.
Meh rasa kome!

Tuesday, July 12, 2011

Hakan Sukur Jadi MP parti Erdogan...Moh Ziarah Mesjid!

Hakan Sukur bekas Captain Pasukan Bolasepak Turki


Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat yang Mubaraq,

Meh nyembang pasa bola jap. Ni kan baru abih nengok Arsenal dan ntah apa lagi kelab EPL nyesakkan KL dengan permaianan deme, jom kita tengok perkembangan bola kat Turki pulak.
Ni tengah ribut dakwaan rigging, haaa...kat sana pun deme ada rasuah dan match-fixing, sama jer cam kat Malaya ni. Abih jerung-jerung kena sauk termasuk jerung kelab ternama seperti Galatasaray, Fenerbahce, Besiktas dan lain-lain gitu.



Yang ni basi sikit. Pasa bekas pemain kebangsaan Turki si Hakan ni jadi Ahli Parlimen baru untuk parti AK. Dia menang 47% undi dan sekarang berpengkalan di Istanbul.
Selepas bersara main bola, dia banyak kecimpung dalam politik dan jugak jadi pengulas sukan bila ada game. Teman bayangkan ulasan dia mesti menarik, berisi, mengujakan dan seksi...tak macam ulasan Hasbullah Awang...ha ha...ha!
Untuk mengkome yang tak bape kenei si Hakan ni, setakat ni dia penjaring gol terpantas dalam siri Bolasepak Piala Dunia (2000 di Korea). Dia score minit ke 10.8 saat masa menentang Korea.
Baru nak tepuk-tepuk kusyen dan tak sempat letak punggung dah masuk gol!
Ilhan Manzil hensom!



Sementara tu Kelab Besiktas telah memulangkan piala yang deme menangi bebaru ni sehingga perbicaraan mengenai permaianan diatur dan rasuah berlangsung dan selesai.
Baru-baru ni deme mengalahkan Kelab Buyuksehir Beledeyisispor dan seri 2-2 dan ditentukan dengan 4-3 selepas penalti. Beberapa pegawai Kelab Besiktas termaksud naib pengerusi kelab dan pengurus dan 2 orang pemain Beledeyesi ditahan dan didakwa atas tuduhan mengatur perlawanan.
Heboh gak skandal match-fixing ni. Duit punya pasal kome...
Tapi gentlemen gak Kelab Besiktas ni memulangkan Piala ni.



Hari ni ari jemaat kan.
Moh kita ronda-ronda mesjid kat Turki jap. Ni mesjid kat taman perumahan Mr T di Basaksehir, Istanbul. Kira baru gak mesjid ni. Kalau kome nak baca entry dia pasa orang solat Jumaat, gi cari entry bulan Januari 2011 yek.



Yang ni nama dia Yeni Camii atau Masjid Baru, dibina kurun ke 17 Masehi! Terletak kat Eminonu, dekat Grand Bazaar, Istanbul.
Sini banyak pelancong dan pengguna singgah menganga dan solat. Burung merpati pun banyak kat laman!




Masuk dalam nampak ruang legor dan tempat abdesh (wudhu). Sini masih buleh berkasut. Jadi rama ler orang berlegor-legor, duduk-duduk, rehat atau bergambor.
Yang Muslim sama jer cangak cam pelancong. Teruja nengok senibina dia. Tu belum masuk Masjid Biru, Masjid Suleyman, Masjid Fetih yang lebih glamer!



Tempat wudhu. Takde hot water , jadi kalau musim dingin memong ketor bila berwudhu, bisa sampa ke tulang!
Ater...dah teknologi zaman Uthmaniah! Namun senibina zaman Uthmaniah ni hi-tech gak. Dalam masjid tak sejuk sangat walaupun ketika musim dingin dan tak panas ketika musim panas.
Brilliant!



Bahagian dalam.
Masa Muslimin dan Muslimat bersolat, pelancong asing yang bukan Muslim diminta tidak gi ke ruang solat. Deme dok cangak-cangak nengok dan amik gambor.
Semoga ada yang dapat hidayah dariNya.
Lepas solat ada sesi baca Quran. Orang yang membaca tu memang merdu dan sedap alunan lagu dia. Ada pelawat dan pelancong dok sama mendengor.



Sebab teman hanya guna kamera handfon, ni jer hasil gambornya, tak menyeluruh dan kurang jelas.



Hiasan dan ukiran tiles yang unik dan terperinci dari tangak-tangan artis lama.
MasyaAllah!



Untuk santapan mata kome, ni grilled lamb dan salad.
Bagi mendapatkan balanced diet, teman yang banyak sangat maging ni, memp
erbanyakkan makan salad.
Mana carbo teman?
Mungkin teman makan dengan roti kot. Sila mengkome...