
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Walaupun kunun ada jurang politik yg besor, AS dan Arab Saudi senyap-senyap buat projek yg melibatkan penubuhan kumpulan tentera elit yg akan mempertahankan kekayaan telaga minyak Saudi dan juga kawasan cadangan tapak nuklear.
What the f...!
Pihak AS juga telah berbincang dgn kerajaan Saudi untuk membina sistem pertahanan udara dan missiles yg lebih besor dan sofistikated, nak celen sistem pertahanan saing yg paling kerajaan Saudi takuti, iaitu Iran! Sebab getor dengan Iran nilah pihak Saudi tergedik-gedik mintak AS buat perjanjian yg akan melibatkan US$60billion (billion kome, buleh buat macam-macam tu kalau tak beli senjata haramjadah dari AS!). Perjanjian pertahanan akan melibatkan pembelian beberapa dozen pesawat combat F-15 yang akan memastikan sistem pertahanan Saudi dpt menandingi pertahanan Iran (huh?).
Hubungan 66 tahun antara kedua-dua negara bahalol ni berdasarkan ketamakan AS pada bekalan minyak Saudi dan kebergantungan Saudi pd senjata dan pertahahan buatan AS - kedua-dua bimbang dengan ancaman Al-Qaedah dan cita-cita besor Iran!
Aparaaa Arab Saudi - Khadam 2 tempat suci Islam kunun, tapi bergantung pada Dajjal nombor satu dunia!
Ptuuuiiihhh!
Sumber dan gambor hurriyetdailynews.com

Semalam entry pasa musim bunga di Turki kan..kan... ni sambung sikit lagi ler. Masuk musim bunga, koje kampong di luorbandar Turki makin bertambah tau. Kita bayangkan bunga-bungaan yg kembang berseri, tapi di Kg Deredebi mula bunyi traktor dan lori bergema sejak 7 pagi!
Tidor memang tak lena!
Kaum wanita terutamanya mula gi kebun sayur kat bukit buat tapak baru. Sayur, kekacang, labu-labi yg ditanam masa musim dingin akan dituai.

Nevin akan lebih amat sibuk di kalangan kuarga kami sebab dia jer anggota pompuan yg buleh bawak traktor dan lori (selain Zuleyha yg buleh mandu keta).
Sejak menjanda masa umo awal 20an dan menetap terus dengan kuarga Mr T, Nevin dah buleh berdikari. Dok dengan mertua dan ada anak sorang (Ilker).

Ada masa mertua teman dan Kak Emine tolong pasang atau dismantle traktor dengan treler. Kalau nak hangkut rumput hay, sayur atau jagung, deme pasang ler treler tu.

Ni Nevin baru balik dari ladang jagung. Dia dan Kak Emine gi hangkut batang jagung kering yg dibior berjemur kat kebun. Guna batang pokok jagung ni untuk makanan lembu-lembu keme ler. Tak membazir weh!

Ujung minggu anak tiri teman Tahsin akan datang dari bandar Eregli. Dia akan jadi 'mekanik' baiki dan petri apa-apa yg patut pada traktor dan lori kami. Untuk service excavator dan backhoe digger yg Mr T baru beli, mechanic real yg akan uruskan.

Selain gi ladang dan kebun, banyak lagi kayu api kena potong dan belah. Nevin yg pandai guna chainsaw akan memotong berkilo-kilo kayu - kecik dan besor. Pas potong kena hangkut.
Sapa hangkut? Deme gak, yg pompuan-pompuan ni, sampai paras siling!

Kekacang - hazelnut dan walnut dan chestnut (buah berangan) kena layan gak. Abih nak makan! Yang ni dimesin untuk teman bawak balik Malaysia. 10 kg teman bawok balik ari tu.

Roti kena buat. Ada gak Mamat jual roti datang dengan van tiap pagi tapi lazimnya roti dan boreq pun deme masak sendiri. Berjam-jam gak nak dapatkan 2 dulang boreq ni!

Pompuan kampong di Deredebi mesti kena buat keju, yoghurt dan butter sendiri. Kalau ada lembu selamat ler, jimat belanja. Sapa yg takde lembu main beli mende-mende ni. Yoghurt dan keju wajib ada tiap pagi dan malam!

Rumoh nak kena bersih. Walaupun badan penat pas balik dari kebun dan ladang, rumoh kena kemas. Bukan ada bibik cam kita.

Masa terluang, sambil ngadap TV, tangan menggentel benang bulu dan jarum buat stokin atau baju panas.

Hal anak-anak di sekolah kena layan. Ni menantu tiri teman Fatma sedang berbincang pasa hal sekolah dengan salah sorang cikgu anak dia kat sekolah di Akcakoca. Kaum Yob mana rajin buat mende-mende ni.

Kalau tak layan anak, layan cucu. Cucu kebulur, bagi makan kentang bakor! Ni adik mertua tengah layan cucu dia yg kebuluran.
Mak lambat sangat masak lunch!

Pas puas layan cucu, layan cicit pulak! Ni mertua teman tengah manja-manja anak Ilker, si Mursel.

Puas layan cucu dan cicit, layan ternakan. Ni mak sedara Mr T sedang bersiar-siar dengan lembu dia. Bawok berjalan naik bukit atau gi padang makan rumput.

Selain makan rumput, kena bagi layanan istimewa supaya deme bagi susu yg banyak. Ni mertua dengan si Fistig. Fistig baru beranak 2-3 bulan sebelum tu.

Selain lembu, ayam pun ada! Deme bela ayam ni untuk dapatkan telur. Tak tau deme penah sembelih kat idok natang ni. Tapi sekali dua ada anjing jiran curi sekor dua ayam ni. Lapor ke anjing jiran ni?
Sekarang deme tak berani curi sebab anjing kami si Karabas dah power! Dulu dia kecik anjing jiran tak takut.

Selain dari menanam, membela, mengangkut, membelah, memasak, mengemas dan memacam lagi 'me...', orang pompuan sibuk menyorok. Yaaa deme sorok makanan untuk tahan lama dan untuk simpanan masa kekurangan makanan fresh di musim luruh dan musim sejuk. Ni salah satu kaedah simpan epal - bawah daun kering kat kebun sayur!

Pompuan dari Malaya buat apa kalau kat sana?
Nyongket dan shopping jer!
Mana Mr T tak bengang dengan pompuan ni. Dia tak marah, bengang jer.

Meh makan mename (scrambled egg dengan bawang dan domates). Lawan dengan salad marun dari kebun Kak Emine. Jeruk timun pun ada.

Kalau makan kat rumoh Tahsin teman rasa nyaman sebab Zuleyha panda mempelbagaikan menu kampong yg bland dan boring. Mename yg Zuleyha masak ni antara yg terbest teman penah makan. Meh kome makan sama!