Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts
Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Melayu tu, "Jika menipu masih bersopan" - I like!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

"Melayu tu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan. Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah, kecut takut kerana benar, janji
simpan di perut, selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak."

- Usman Awang.

Ha...ha...Tuan Usman amat sarkastik sekali!

I like!



Kome jangan tanya teman nyongket kat ner.
Sibuk ni.
Sibuk tengok orang buat koje. Deme nak buat pameran seni dan budaya lusa. Teman follow kawan dan famili dia yang terlibat secara langsung dengan program seni dan budaya ni. Cam ner program yang sebenor pun teman korang clear. Esok-esok tau ler. Sementara tu teman usyar orang buat koje dan keep out of the way!




Masa singgah kat R & R tadi, kawan baik teman, Yas, dengan adik dia makan nasi dengan gulai tempoyak ikan patin sorang semangkok. Femes ikan patin ni kununnya. RM7 sepotong. Idok ler sampa beribu ringgit!
Deme kata sedap.
Sedap ke?
Kawan teman suruh rasa.
Teman amik sikit.
Nyap...nyap...nyappp...hmmm OK gak rasa dia.
Teman ni tak biasa makan ikan patin ni. Walau pun orang Perak yang biasa dengan gulai tempoyak, ikan yang teman makan dengan gulai tempoyak ni teman makan ikan temenung jer. Ikan lain tak reti. Tempoyak pun nak yang baru. Kalau dah masam, teman kureng.

To be continued....