Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Akcakoca. Show all posts
Showing posts with label Akcakoca. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Moh Lepak Akcakoca, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Sesampai di rumoh anok tiri bongsu, Alper Talip, teman settlekan bebarang. Fatma sibuk mengemas dan mencuci rumoh. Tak siap koje dia bila teman sampai. Lepas antor teman, Alper dan kawan dia kuor gi antor barang Mak Busro (refer pada 2 entry lepas).

Pas siap ngemas, Fatma mula memasak lunch. Walaupun dah kul 3 pm, dia belum masak.



Dia laung 2 orang anok dia Zeynep dan Bahrican yang Helime Baba Anne dah sampai. Bebudok tu ada kat rumoh jiran tingkat bawoh. Bergegas deme naik atas.

Kucup-kucup dan dakap-dakap.

Zeynep sekarang dalam tahun 2.



Bahrican dalam Tadika. ( Hurup 'c' deme ada ekor dan sama dengan 'j'). Jadi sebutan nama dia Bahrijan.

Pandai dia cakap kat Helime Baba Anne dia, "I love you!"



Zeynep meregek dengan tudung yang teman hadiah kat dia. Suke dia dengan werne pink tuh!



Bila deme di rumoh, buat nyibuk dan sepahkan rumoh. Masuk dapur cari makan. Mok dia larang guna piso, ada deme kisah?



Sambil deme menyesakkan dapur, Fatma bancuh bahan buat kofte atau pegedil daging. Dia guna daging kurban yang masih banyok tersimpan dalam freezer.

Bahan-bahan dia: daging cincang, cebisan roti, bawang cincang, herba cincang, garam dan sebiji atau dua biji telur bagi lekit. Gaul-gaul ler!



Pastu kome kepal-kepal dan tempek-tempek jadi lepior sikit.



Nilah ropa dah siap tempek. Deme goreng dalam kuali lepior dengan minyak sikit. Masa goreng, cover kuali tu supaya juice daging tak hilang. Nanti dah masok, idok ler kering bebenor!



Apa ke heh Mamat ni pakai formal. Kekadang Bahrican ni suka naikkan darah mok dia dengan bersalin baju beberapa kali dalam sehari. Walhal nok basuh baju dan jemur dalam musim dingin ni bukan senang. Mok dia maroh, dia buat slamber jer!



Dalam bas dari Gebze teman dapat minum dan makanan ringan. Lunch Fatma ni siap dalam kul 5 pm. Benda baru masak dan ada stew terung yang ada sikit rempah, buat teman mau jer makan nasi tu, walaupun takder sambal belacan. Deme panggil nasi ni pilav, agak lekit dan dimasak dengan minyak.

Tu ropa kofte yang dah siap digoreng. Hmm sedap Yong/Yob... daging tu masih rasa segor walaupun dah tersimpan sejak raya aji ari tu.



Malamnyer ada tetamu lain datang, mungkin nok meraikan teman. Kawan Alper yang datang amik teman siangnyer dan isterinya datang bawok ikan, bukan hamsi tapi kecik gak.

Dan sepupu Alper, Ilker dan isteri dan anok kecik deme. Ilker merupakan anok arwah adik Mr T; arwah meninggal masa Ilker baby lagi. Emak Ilker ialah Nevin yang dok Kg Derdidebi (please refer to earlier entry untuk kenal sapa Nevin bla..bla..blah).

Gitulah ropanya ikan dibalikkan dengan tudung bila sebelah dah masak.




Alper dan Ilker, his only cousin on his father's side. Apartment Ilker dekat jer dengan blok Alper tinggal. Ilker baru dapat anok usia tak sampai 9 bulan.



Di salon, Ilker dan kawan Alper Talip menunggu dinner dimasak. Sambil bermain dengan Bahrican. Gambor baby Ilker, Mursel, akan teman buat entry lain.



Oleh sebab teman kenyang lagi dengan lunch kul 5 pm, teman tak makan hinggalah pukui 10 malam. Lupa nama ikan ni, tapi sedap gak rasa dia.

Makan dengan roti jer. Gitu ler cara deme makan. Jangan ler kome mintak ayor asam, kicap peroh lim
o, cincalok...isyyyy kome ni!

InsyaAllah esok teman nyongket keluor, jadi adalah citer luor rumohtangga nanti yek!

Dari Gebze Nyongket ke Laut Hitam


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Dapat tido satu malam di rumoh anok tiri yang tengah, Asim, di Gebze. Dia antor Baba dia naik kapalterobang local ke Mardin, bandar sempadan Turki/Iraq. Keta suami dia gune selama Baba dia koje kat Kurdistan.

Pagi Ahad Asim ada kursus di Istanbul, jadi isteri dia Busra akan drive teman ke Otogar (terminal bas). Pagi ni kahvalti dengan sucuk (salami berempah) dan jam buah tin dari kampong dan jam buah berry liar dari kampong jugak.



Nok tangkap gambor anok deme Alphan cukup susoh. Dia kalih ke lain. Dah boring orang amik gambor dia kot.



Bila mok dia suruh bersiap dia tak mau. Mungkin dia tau kat luor sejuk bebenor. Bila nok kuor kena pakai banyok lapis tu yang dia maleh nak kuor. Ntah apa mok dia pujuk- atau ugut baru dia mau paka baju, blazer, dan satnika yang patut dipakai. Tu pun dia nok hangkut barang mainan dia sekali.



Lagi 30 minit bas nok bertolak, Busra drive teman ke terminal Gebze. Pagi tak cerah, agak muram berkabus.



Seperti lazimnyer bila teman nok ke Laut Hitam, suami atau anok tiri akan belikan tiket dari syarikat bas Ulusoy. Syarikat bas ni penah menang anugerah syarikat bas ekpress yang terbaik kat Turki.



Driver
yang akan bawa kami ke Akcakoca, Laut Hitam dalam 2 jam 30 minit. Ari ni bas terlewat 15 minit. Selalu tak lewat cam ni.



Ada screen kat belakang seat, cam dalam kapalterobang. Ada beberapa saluran TV tapi teman tak layan sangat sebab nok tengok pemandangan kat luor.


Dok sebelah teman sorang ibu muda dengan anok dia, umor setahun setengah. Agak baik dia ni, tak meragam. Cuma kekadang dia main tenyeh-tenyeh touch screen TV tu jadi saluran selalu beruboh.




Bas ekspres kat Turki lazimnyer ada attendant lelaki. Dalam perjalanan 2 jam lebih, dia round 2 kali offer minuman panas dan ringan. Dan minuman kosong 2-3 kali round dan apabila kita mintak. Selain minuman ada biskut atau kek.




Troli yang diusung oleh attendant tu. Tugas dia jugak termasuk menanya para penumpang nok turun kat mana. Dia tanya teman, "Where are you from?" Salah satu frasa yang pelajar Turki hafal dan ingat sampai deme abis sekolah.

Lagi sejam nok sampai destinasi, bas singgah di R&R Parkshop. Teman rasa ni R&R yang agak baru. Sama dengan MR T belum penah kami singgah sini. Penah nampok masa trip tahun lepas tapi kami tak singgah.



Agok besor dan tersusun R&R ni. Kedai-kedai dalamnya kebanyakan kedai makan dan yang jual cenderahati, kedai kek dan biskut, kekacang dan kudapan dan outlet jual pakaian dan kasut.



Kemudahan lain termasuk tempat tukor lampin bayi, mescit lelaki dan wanita, bilik VIP, dan WC. Revir tu teman tak tau amende. Nanti check kamus.


Penumpang yang tak mau masuk sebab nok merokok atau nok berjemur, buleh duduk di luor. Teman tak makan ape sebab rehat 20 minit jer, lagi pun tak lapor dan dahaga. Nanti ada second round minum kat atas bas.



Alhamdulillah, akhirnya sampai di Akcakoca kul 2:15 petang. Anok tiri yang bongsu, Alper Talip dah sedia nunggu dengan kawan dia. Dia tanya nok balik Kg Deridebi dulu ka nak ke mana. Teman kata nok dok rumoh dia dululah dan rumoh Ilker (anok sedara Mr T) yang dekat dengan blok deme nih.

Alper phone isteri dia Fatma, kabor Helime Mother dah sampa.



Dalam 5 minit, sampai ler teman kat apartment deme. Isteri Alper, Fatma dah siap nunggu. Deme pun sibuk plan nok makan apa malam ni. Teman dengor 'balik,...balik.'

Makan ikan lagilah teman malam ni.