Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, January 26, 2013

ISTANBUL TEMAN DATANG....LAGIIIIII!!!

Assalamualaikum, err...teman dah balik Stambul semula, Sabtu lepas...tu yg blog tak hapdet dan komen tak berbalas! Trip ni reman ajak sorang kawan baik ke sini, dalam perjalanan dia ke England...
Sekarang tengah musim sejuk, jadi cuaca kekadang gelap dan ujan, tp ada masa sunny! Ni waktu senja kat blok apartment kami! By the way, masa teman balik ni, Mr T takde...dia masih kat fadang fasir!
Dah bawak kawan tu, kena ler bawak dia nyongket ke Grand Bazar. Kawan teman tu beli sepasang kasut kulit...comey gak kasut dia tuh! Pekedai pun peramah!
Lazim kami kuar pepagi nak berebut bas, sbb naik bas dr Basaksehir mau makan 45-60 minit sebab jem! Bila sampai pusat bandar, kami dah lapor ler, mentekedarah kat memana restoren atau kiosk yg bersepah kat Stambul ni.
Ada masanya kami pelanggan yg terawal, siap dapat diskaun! Teman perkenalkan 'kahvalti' pd kawan teman tu! Sapa yg baru follow blog teman, 'kahvalti' tu sarapan!
Selain makan-makan, kami beli-belah kat Grand Bazar dan kawasan sekitar. Teman lebih banyak layan FB teman sbb ramai kenkawan FB teman order barang...antaranya kasut kulit Turki!
Kawan teman, Yasleh, rembat sepasang kasut kulit...lawor bebenor! 
Kalau mengkome nak merasa pakai beg tangan cam Kak Rosmah, adaaaaa...ni 'Hermes' seropa dgn Kak Mah punya, kulit lembu ori, tapi harga jauuuuh lebih muroh dari Birkin Kak Mah!  
Selain dari tu, teman jual gak tudung Turki berkait renda...eksklusif nih! 
Kome ni bila dengor nama Istanbul atau tengok gambor bandar Istanbul, kome mesti sebut 'Istanbul Aku Datang', pasai pe ehh? Semalam bawak kawan naik feri cruise! Bayor Lira 12 jer (tahun lepas Lira 10!), tapi kalau kome ikut pakej, kena semelih US$60!


Friday, January 4, 2013

MOH IKUT TEMAN SUSUP-SASAP LORONG ISTANBUL!

Assalamualaikum dan Salam Ceria di hari Jumaat yg berkat! Apa aktiviti lazim bila teman lepak di Istanbul? Salah satunya ialah ukur jalan. Dalam trip lepas teman lebih aktif berniaga, kena rajin ler nyongket cari barang, beli barang dan pos barang! Gambor ataih masjid Valide Sultan dan laluan trem di Aksaray.
Apartment Mr T terletak di Basaksehir, naik keta lebih korang 25 minit ke Fatih (kawasan pelancongan di pusat bandar), kalau naik bas antara 50-70 minit, tengok keadaan trafik. Teman ada 2 cara naik transport bas ni, naik bas 146B ke Eminonu atau naik bas 78B, turun separa jalan pastu kerabat trem ni.
Ni muzium pejabat pos, sebelah jer pejabat pos dalam bangunan zaman Roman ni. Pos Turki dah lebih 100 tahun umur dia. Tapi teman selalu tak sempat nyinggah...nak cepat mengepos!
Abis urusan mengepos barang, teman nyinggah salah satu restoren feveret teman, nama restoren kalau ditercumah "Restoren Kita"! Ikut ropa restoren, deko dan bangunan antik dia, kos tak mahal. Menu ropa ni lebih korang RM10-RM15 utk kahvalti sebegini. Lazimnya teman tambah lagi segelas cay, tambah lagi 1 Lira! (1 Lira= RM1.70).
Yang teman berkenan berkahvalti kat restoren ni lebih 3 kali dah ialah keramahan staf dia, deme rajin layan dan sentiasa tersenyum. Tengok ukiran kat tangga tu, kan teman kata antik!
Bahagian ataih restoren pun ada hiasan antik kat balkon dan tiang. Hiasan dalaman ni moden cuma stail antik tapi sebenornya restoren ni terletak di dalam bangunan lama zaman Uthmaniah jugak!
Kalau mengkome suka suasana luor atau nak merokok, boleh bersantap kat sini, tapi idok ler teman nak makan kat sini masa tu sebab cuaca dah sejuk.
Antara natang yg teman suka amik gambor ialah kedi ni. Deme ni bersepah-sepah di setiap lorong Istanbul tapi tak penah teman jumpa yg kurus, berpenyakit atau menagih dadah. Semua sihat dan gebu-gebu belaka!
Kalau teman naik bas 146B, lazimnya teman ke Grand Bazar ikut laluan lorong kecik. Pepagi orang tak berapa ramai jadi teman sempat memerhati suasana pekedai buka kedai dan mulakan biznes. Hok ni cara deme jue bawang putih. Seikat tu dekat sekilo - lebih korang RM17 sekilo. Mahei ke muroh kome weh?
Lorong-lorong menuju ke Grand Bazar ada beribu-ribu kedai, gamoknya. Ni lorong yg jue barangan permainan, stationary dan gula-gula serta coklat! Dalam kui 8 pagi pelancong tak ramai lagi! Tunggu lagi sejam yek!
Ada lorong yg banyak kedai jual trinkets - tasbih, gelang, rantai dan berbagai aksesori. Rambang mata nak pilih hok mana nak bagi anak-anak sedara! Ahhh lain hari boleh beli!
Sampai kat Misir Bazar atau Spice Market dlm bahasa Jawa, mesti ternampak bukit-bukit cili paste dan serbuk cili. Ada berbagai gred. Jeruk-meruk dan bahan-bahan kering pun banyak kat sini. Pekerja kedai melaung, "Esma, Esma!" Apa, ropa teman ni ada macam Mak Arab ke kome? Esma tu nama panggilan utk pelancong pompuan Arab ler!
Kalau kome peminat keju, kat Spice Bazar ni pun banyak, berbagai ropa dan gaya. Kome nak makan free, lalu depan gerai-gerai tu, tunjuk muka pelancongan kome tu, nanti deme offer ler sepotong. Kalau  lalu 10 buah gerai, kome boleh kenyang dah!
Jenuh tawaf beberapa lorong di luor bazar, pas solat zohor, teman pun nuju ke terminal bas. Tapi idok ler solat kat masjid Yeni Cami ni, sebab ramai bebenor pelawatnya. Tiap ari ntah berapa ribu kuar masuk, kuar masuk nak nganga tengok seni dan deko masjid. Teman solat kat salah sebuah masjid kecik kat luor bazar. 
Masjid kurun ke 15 ni (kalau tak silap) selalu jadi destinasi bergambor, filem ('Skyfall' yg terkini. 'Istanbul Aku Datang' ada ke shooting kat sini?), dan iklan. Ni sorang artis Turki sedang shooting utk sebuah iklan, kot!
Salah sorang peniaga tetap kat dataran masjid ni ialah pakcik penjual bendera - bendera Ataturk, Kelab bolasepak Galatasaray, Fenerbahce, Besiktas dan Harimau Malaya.......not!
"Aye makan anggur. Kome ada?"- si Yusuf.