Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, April 29, 2012

AKTIVITI JEMAAH WANITA TURKI, LAUT HITAM.

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Semoga semua sihat dan selamat lepas balik jalan-jalan di KL semalam. Masa teman lepak kat rumoh anak tiri di Akcakoca, Laut Hitam, bini dia Fatma ajak gi pasar. Jalan kaki pulak...3 km! Tak ngape ler, buleh tengok laut! Mujor musim bunga, idok ler hangat!
 
Udoh penat berjalan 1.5 km, duduklah. Masa ni ayor Laut Hitam tu tenang bebenor! Tunggu bulan Jun sampa Ujung Ogos, penuh pelancong dan warga tempatan lepak kat sini, Yaz geldi! (Musim panah datang!)
Masjid tengah-tengah bandar Akcakoca. Salah satu masjid yg tak ikut senibina Uthmaniah. Bawah masjid ada premis supermarket dan kedei-kedei!
Sebelum sampa pasar, kami singgah satu 'funfair' kaum wanita berjue! Deme ni ahli jemaah, kata Fatma. Antara hasil kraftangan yg dijue - tola tangan dan tola besor sikit dr tola tangan dgn renda yg ahli jemaah kait kat romah. Background tu tudung renda, pun deme kait! Rega agak competative berbanding di kedei!
Fatma dan salah sorang ahli perkumpulan yg aktif dlm jemaah tu. Cer teka yg mana bukan pompuan Turki!
Ni stesyen yg jue makanan...nampak menarik jugak. Banyak kek dan pasta. Idok teman beli sebab kami nak ke pasar!
Typical Turkish housewife. Deme rajin memasak, mengemeh romah, buat kraftangan (menjahit) dan kalau dok di bandar, terlibat dlm aktiviti sosial/agama dll. "Yong nak bape Lira ni?" dia labun.
Antara menu yg deme jue! Kacang dhal ijo pun buleh buat salad taw! Pasta tu boring sebab deme gaul dgn yoghurt jer! Yukkk!
Sold! Teman beli 20 pasang stokin kait dan 5 lai tola tangan. Mak oiii cantik bangat! Tadi 2 kawan bloggers datang, teman tunjuk tola ni, sorang berkenan pulak. Jue ler kat dia, sayang tola ni tp dah dia berkenan. Bercucuran ayor mater teman masa berjue akad tadi! Citer pasa deme next entry, InsyaAllah!
Balik kampong di Parit, Perak ari tu sempat jumpa sorang kawan blogger Ina Hashim tuanpunya blog Ourdreamsoflife. Dia kata nak jumpa sebab dia tingge kat Seri Iskandar. Elok gak buleh berkenalan dan sampaikan stokin yg dia order. Sungguh manis Yong kite ni! Alhamdulillah dpt kawan baru. Ada lagi teman dpt kawan baru...
Dua orang pembaca blog teman kerabat tangga flat teman. 'Nak kahvalti!' deme sms dulu. Teman pun persiap kahvalti pepagi bute! Comey-comey deme nih!
Sedang menikmati coklat sudu dari Istanbul.Dua-dua masih solo,hmmmm...mana ke nombor handphone deme nih...  
Mini pizza yg teman buat utk Sdri Asiah dan Ina. Ada 2 jenih keju, tomato, shitake dan tomato. Meh rapat kome! P.S Tima kasih Asiah dan Ina sudi lepak di romah akak dan bawak akak ke program di perpustakaan negeri. Salam Ukhuwah!

Thursday, April 26, 2012

MOH SUSUP-SASAP ISTANBUL PEPAGI BUTE!


Mr T turunkan teman dedekat salah satu masjid yg dibina oleh salah sorang Valide Sultan (bonda Sultan). Dari sini (Aksaray) teman ngelewor sampa ke Beyazit, Sultanahmet dan terus ke Eminonu!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Isyyy idok teman tau cam ner nak guna setting yg baru ni...haruuu! Kehulu kehelior! Gambor pun tak ikut kronologi dah. Tak ngape nanti teman usaha perbetoikan. Untuk pengumuman, teman akan mula pos pada mengkome yg order ilif (penggosok badan) dulu. Kalau kome pun order stokin sekali, teman pos bersamalah. Tapi kalu yg order stokin jer, tunggu lepas teman pos ilif tu yek...sabor yek? Yang dpt sagujantung tu, last sekali teman pos kecuali yg order ilif dan stokin dpt sekali dgn sagujantung dia...he he heh!

Dalam susup-sasap tu selain jumpa bangunan zaman Roman dan Byzantium, nampak gak bangunan zaman Uthmaniyah.

Sebuah restoren yg baru nak bukak kedai, siap dgn menu kat luor! Ni menu lazim di restoren Turki
Tram dah sampa Beyazit...dah cerah sikit tapi masih baru kul 7:30 gitu!
Tram yg masih kosong...menuju ke arah Beyazit dan Sultanahmet.
Salah satu sokak atau lorong yg masih sunyi sebab baru kui 6:45 am. Teman idok masuk lorong ni, teman guna main road sebab seram...
Sorang Yob sedang menyiapkan station kahvalti dia - lazimnya keju, tomato, salam/salami dan sucuk yg disumbat dalam roti!
Antara peninggalan zaman Roman (Sebelum Masehi) ialah pillar yg berat bertan-tan ni. Pihak Dewan Bandaraya Istanbul biorkan bergelimpangan sebagai tarikan pelancong! Tulah kisahnya yg tak ujung pangkal entry kali ni kome. Jangan serik membaca dan ikut kembara teman yaa...

Friday, April 20, 2012

SAMBUNG CITER KEMAL ATATURK DAN MOH CUCI MATER!

Tulih nama ataih saljuuuu...khas utk Hajjah Asma, Ipoh mali!
Semoga bahagia dgn kuarga tercenta...bila nak makan nasi beriani, Hajjah?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Pe kabor semua? Sihat belaka?
Alhamdulillah teman dah selamat landing kat Shah Alam, syukur dpt makan ikan goren!
Idok rasa jetleg pong.
Minggu ni sibuk nak kemas dan mop romah (eleh...ye ke, Yong!), dan balik kampong kat Parit ziarah Mak.
Ater teman ada kampong dan Mak lagi kaaannnn!



"Mana kome dengor citer Kemal Ataturk mati tak terima bumi ni? Pepanda jer mengkome nih!" labun Mr T sambe gelak-gelak!


Ukiran Ataturk teman rakam satu pagi gelap (2 ari sebelum balik Malaya) di satu taman, Istanbul.

Kata Mr T, antara tahun 1919-1924 gitu, sejarah Turki dlm gelap,
"Nobody knows what happened during this period."

Masa ni belum ada Republik Turki, yg ada empayar Uthmaniah yg dah retak sana-sinun. Padishah atau Sultan yg terakhir dok di Istanbul.
Sapa control Padishah?

British laknatlah!

Kemal dan tentera dia bermarkaz di Ankara. Sultan ikut arahan British yg berkuasa di Istanbul. Tentera Uthmaniah dah berterabur, tingge yg dinamakan batalion Erzurum (kalau teman tak silap dengor).

Orang-orang Kristian Armenia, Roman, Greek bermaharajalela di Istanbul. Wanita-wanita Turki dirogol. Mr T kata antara tahun-tahun tu, rama wanita Turki menggugurkan kandungan sebab deme tak tau janin-janin tu anak suami deme atau perogol Kristian tu.

"I'm not sure about the fact coz it was only talks, rumours. But I met a woman in 1978, at that time she was 78 (Mr T masa tu pelajar universiti kat Istanbul). She told me about the bad situation when Istanbul was controlled by the British. The Sultan was a slave to them! She cried and made dua (doa) that Mustapha Kemal came and rescued them!

So, tak betoilah yg ada mengatakan Mustapha Kemal halau Sultan keluar dari Istanbul?

"How could he? He was not in control of the empayar, he was based in Ankara, hundreds of kilometer away. It was the British that exiled the Sultan, to Italy!" citer Mr T.

What about the story that his body could not be buried when he died?

"Where did you hear this story?"

"Everywhere, since forever!" teman jawab.

"In Turkey nobody heard about this. I went to Afghanistan I heard this story, I met Pakistanis, Indians, Arab people they said the same story. Where did they read this story? Where did they get the source from? You must do research before you believe!" Mr T hingor.

Sebenornya teman dah tanya perkara yg sama pada Tahsin, anak tiri teman yg sulong. Dia pun heran, dia kata "Taklah!"
Kemal Ataturk mati macam biasa dan ditanam di makam, itu jer.


"These wild stories about Ataturk were all lies. Made up by the British who hated him coz he defeated them!, " sambung Mr T lagi.
Ehh biasa ler tu orang British, bukan kita tak kenei. Kat Malaya pong deme buat gitu...


Tapi pasa Kemal ni keturunan Yahudi dan ahli Freemason tu teman tak tanya Mr T lagi. Tapi dulu penah Mr T cemuh kata dia ni Yahudi, ejen Crusaders bla bla bla...

Errrr sambung lain entry pulak ya kome.
Penat arrr....


Moh cuci mater!

Ringkas-ringkas...letih tak hilang lagi ni. Bunga tulip werner...dark pink ke, atau...?
Issyyy tak tau teman!



Haa ni purple dan putih, di luor sebuah muzium. Istanbul ada banyak muzium, tak larat nak layan!


Kunin ler...memang cantik kunin ni, kat luor muzium gak.



Light pink
dalam taman, Istanbul...
Sepi jer taman ni sebab belum kul 8 pagi lagi!



Werne akan-akan oren sepanjang jalan di Eminonu, diselang-seli dgn bunga putih kekenit!

Ni yg dihias kat taman tak jauh dari apartment kami di Basaksehir. Belakang tu masjid besor taman kami.


Cuci perut.

Nasi Melayu asli.
3 bulan teman tak makan nasi sebab takde gulai, ikan goren, ulam dan sambe belacan di Istanbul.
Tengah ari tadi nilah menu teman, moh kite...!

Monday, April 16, 2012

KOME DEMO BERSIH DI KL, TEMAN DEMO DI ISTANBUL, BULEH?

Pegang sepanduk tapi sepatah haram tak faham apa yg ditulih!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Memola nak kabor pemenang teka nama TARUNA TURKI. Nama jejaka Turki tu Yunus!
Tiga orang pertama neka betoi, dgn pelbagai ejaan tak kisah ialah:

Yong Kakcik Seroja!!!!!!
diikuti Yong Nieza dari Finland!
dan Yong Melati Qistina!

Tahniah, tahniah kerana menembak dgn tepat!
Yong Kakcik dan Yong Nieza dah bagi alamat romah, minta Yong Melati antor nama betoi dan alamat romah ke hellibra2@hotmail.com.
Yang tak pandai nembak, lain kali buleh try lagi yek...banyak peraduan ngejut teman nak buat nanti.


Yob-Yob bukan dari TV3/4 atau bukan dr RTM datang buat rakaman.

Ahad baru ni Mr T ajak teman gi demo kat fasa tak jauh dr taman kami. Dia diminta berucap bagi pihak penduduk yg bantah binaan Mega Mall. Memola ada ler 50-70 org dewasa dan kekanak berdiri berlonggok pegang sepanduk nunggu...


Sementara nunggu VIP, deme bersorak dan chanting. Yob ni salah sorang tukang sorak!
Orang Turki kalau buat demo atau protes mesti ada lagu, irama dia sama jer!


Ehhh 'Khalid samad' pun ada!
Sorang ahli parlimen dari parti Saadet (parti arwah Erbakan) sampai...



Diikuti dgn gangster-gangster dr parti nasionalis MHP, parti Mr T.
Teman ingat yg paka shade tu bodyguard, ropanya dia MP!


Peserta Malaya menyelit!

Lepas beberapa minit VIP sampa, kami pun berarak ke arah square tempat berucap nanti, ada ler kira-kira 1/2 km berjalan.
Sambe tu deme bersorak dan bersiul. Penduduk kiri-kanan lereng bukit turut tengok dr apartment deme.


Taman ni ada sunga buatanlah...tapi idok ler dalam ayor dia.



Ada 3 ketul polis terhegeh-hegeh kuar dr keta peronda deme.
"Deme ni hari Ahad takmo rehat dok romah ke?" kata yg botak.
"Yor ler...Yob pun dok romah bukan buleh memantopkan ekonomi negara!" balas kawan dia.



Sampa kat medan depan restoran, deme berkumpui.
Mafia-mafia Parlimen dok depan sekali.
Parti Saadet dan MHP adalah parti pembangkang di Turki.
Yong Malaya buat tak malu ke depan amik gambor.
Tak sapa berani tegur. Mr T pun sibuk dgn pihak penganjur.


Memola berucap Mr T, dalam 10-12 minit.
Dia baru pagi tu tengok skrip tp ada ketika dia cakap tak guna skrip. Pasa ape deme pangge dia berucap teman tak tau, dia pun tak tau tapi ada orang kenei dia.



'Khalid Samad' pun nak labun jugak.
Pong-pang, pong-pang 3 minit.
Parti Saadet ni ada iras-iras cam parti PAS kita gitu.



Gangster dari parti MHP (Motherland Party) pun tambah garam belacan lebih korang 3 minit gak.
Memasing hingor gomen Erdogan galakkan pembangunan yg merosakkan persekitaran!



Oopsss silap, ni bukan dr Majlis tempatan tapi wakil parti CHP, parti pembangkang sosialis. Agak lama gak dia sembang, 5 minit lebih!


Best
jer ada bebudak. Polis pun buat relaks. Tak kose main siram-siram. Masa ni jumlah yg datang berlonggok dah cecah 300 orang lebih, semua penduduk taman berdekatan.


Dalam sejam abih ler sarkas.
Mafia jumpa Mr T ucap tima kasih dan tahniah.
Mr T kenei kot deme ni, satu gerombolan katakan!

Peminat ke ni, Yob?
Teman perati ada gak deme-deme yg tak kenei Mr T datang jumpa dgn dia nak kenei lebih dekat.
Mujur takde yg minta sain otograf!


"Bukan ke Yob dulu bertanding utk Datuk Bandar Eregli?" tanya gansgter.
"Ya ler tuh!" gamoknya labun Mr T.
Teman bukan faham apa deme labun.
Errr Mr T dulu penah masuk politik bertanding jawatan Datuk Bandar.
Tu lain story...


Sebelum balik, posing jap dgn cocuklar nih!
Tak dapat demo Bersih 3.0, teman demo kat Istanbul jer lah!
Program Turki mudah jer, pas berucap dan salam-salam, balikkk!
Tak yah nak makan-makan atau kompang-kompang!


Mr T glamer jap malam tu, kuar kat saloran Benguturk TV, saloran TV parti MHP, apalagi!

Issyyy gangster pun kuar TV gak!

Teman sembang kat Mr T, muka Mafia Parlimen dr MHP macam gangster.
Memang pun kami parti gangster, dia kabor!

Malam tu makan sandwich bakor...kita bakor, bakor!