
Semoga bahagia dgn kuarga tercenta...bila nak makan nasi beriani, Hajjah?
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Pe kabor semua? Sihat belaka?
Alhamdulillah teman dah selamat landing kat Shah Alam, syukur dpt makan ikan goren!
Idok rasa jetleg pong.
Minggu ni sibuk nak kemas dan mop romah (eleh...ye ke, Yong!), dan balik kampong kat Parit ziarah Mak.
Ater teman ada kampong dan Mak lagi kaaannnn!

"Mana kome dengor citer Kemal Ataturk mati tak terima bumi ni? Pepanda jer mengkome nih!" labun Mr T sambe gelak-gelak!

Kata Mr T, antara tahun 1919-1924 gitu, sejarah Turki dlm gelap,
"Nobody knows what happened during this period."
Masa ni belum ada Republik Turki, yg ada empayar Uthmaniah yg dah retak sana-sinun. Padishah atau Sultan yg terakhir dok di Istanbul.
Sapa control Padishah?
British laknatlah!
Kemal dan tentera dia bermarkaz di Ankara. Sultan ikut arahan British yg berkuasa di Istanbul. Tentera Uthmaniah dah berterabur, tingge yg dinamakan batalion Erzurum (kalau teman tak silap dengor).
Orang-orang Kristian Armenia, Roman, Greek bermaharajalela di Istanbul. Wanita-wanita Turki dirogol. Mr T kata antara tahun-tahun tu, rama wanita Turki menggugurkan kandungan sebab deme tak tau janin-janin tu anak suami deme atau perogol Kristian tu.
"I'm not sure about the fact coz it was only talks, rumours. But I met a woman in 1978, at that time she was 78 (Mr T masa tu pelajar universiti kat Istanbul). She told me about the bad situation when Istanbul was controlled by the British. The Sultan was a slave to them! She cried and made dua (doa) that Mustapha Kemal came and rescued them!
So, tak betoilah yg ada mengatakan Mustapha Kemal halau Sultan keluar dari Istanbul?
"How could he? He was not in control of the empayar, he was based in Ankara, hundreds of kilometer away. It was the British that exiled the Sultan, to Italy!" citer Mr T.
What about the story that his body could not be buried when he died?
"Where did you hear this story?"
"Everywhere, since forever!" teman jawab.
"In Turkey nobody heard about this. I went to Afghanistan I heard this story, I met Pakistanis, Indians, Arab people they said the same story. Where did they read this story? Where did they get the source from? You must do research before you believe!" Mr T hingor.
Sebenornya teman dah tanya perkara yg sama pada Tahsin, anak tiri teman yg sulong. Dia pun heran, dia kata "Taklah!"
Kemal Ataturk mati macam biasa dan ditanam di makam, itu jer.
"These wild stories about Ataturk were all lies. Made up by the British who hated him coz he defeated them!, " sambung Mr T lagi.
Ehh biasa ler tu orang British, bukan kita tak kenei. Kat Malaya pong deme buat gitu...
Tapi pasa Kemal ni keturunan Yahudi dan ahli Freemason tu teman tak tanya Mr T lagi. Tapi dulu penah Mr T cemuh kata dia ni Yahudi, ejen Crusaders bla bla bla...
Errrr sambung lain entry pulak ya kome.
Penat arrr....

Ringkas-ringkas...letih tak hilang lagi ni. Bunga tulip werner...dark pink ke, atau...?
Issyyy tak tau teman!

Haa ni purple dan putih, di luor sebuah muzium. Istanbul ada banyak muzium, tak larat nak layan!

Kunin ler...memang cantik kunin ni, kat luor muzium gak.

Light pink dalam taman, Istanbul...
Sepi jer taman ni sebab belum kul 8 pagi lagi!

Werne akan-akan oren sepanjang jalan di Eminonu, diselang-seli dgn bunga putih kekenit!

Ni yg dihias kat taman tak jauh dari apartment kami di Basaksehir. Belakang tu masjid besor taman kami.

Nasi Melayu asli.
3 bulan teman tak makan nasi sebab takde gulai, ikan goren, ulam dan sambe belacan di Istanbul.
Tengah ari tadi nilah menu teman, moh kite...!