Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Demonstrasi di Turki. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi di Turki. Show all posts

Monday, April 16, 2012

KOME DEMO BERSIH DI KL, TEMAN DEMO DI ISTANBUL, BULEH?

Pegang sepanduk tapi sepatah haram tak faham apa yg ditulih!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Memola nak kabor pemenang teka nama TARUNA TURKI. Nama jejaka Turki tu Yunus!
Tiga orang pertama neka betoi, dgn pelbagai ejaan tak kisah ialah:

Yong Kakcik Seroja!!!!!!
diikuti Yong Nieza dari Finland!
dan Yong Melati Qistina!

Tahniah, tahniah kerana menembak dgn tepat!
Yong Kakcik dan Yong Nieza dah bagi alamat romah, minta Yong Melati antor nama betoi dan alamat romah ke hellibra2@hotmail.com.
Yang tak pandai nembak, lain kali buleh try lagi yek...banyak peraduan ngejut teman nak buat nanti.


Yob-Yob bukan dari TV3/4 atau bukan dr RTM datang buat rakaman.

Ahad baru ni Mr T ajak teman gi demo kat fasa tak jauh dr taman kami. Dia diminta berucap bagi pihak penduduk yg bantah binaan Mega Mall. Memola ada ler 50-70 org dewasa dan kekanak berdiri berlonggok pegang sepanduk nunggu...


Sementara nunggu VIP, deme bersorak dan chanting. Yob ni salah sorang tukang sorak!
Orang Turki kalau buat demo atau protes mesti ada lagu, irama dia sama jer!


Ehhh 'Khalid samad' pun ada!
Sorang ahli parlimen dari parti Saadet (parti arwah Erbakan) sampai...



Diikuti dgn gangster-gangster dr parti nasionalis MHP, parti Mr T.
Teman ingat yg paka shade tu bodyguard, ropanya dia MP!


Peserta Malaya menyelit!

Lepas beberapa minit VIP sampa, kami pun berarak ke arah square tempat berucap nanti, ada ler kira-kira 1/2 km berjalan.
Sambe tu deme bersorak dan bersiul. Penduduk kiri-kanan lereng bukit turut tengok dr apartment deme.


Taman ni ada sunga buatanlah...tapi idok ler dalam ayor dia.



Ada 3 ketul polis terhegeh-hegeh kuar dr keta peronda deme.
"Deme ni hari Ahad takmo rehat dok romah ke?" kata yg botak.
"Yor ler...Yob pun dok romah bukan buleh memantopkan ekonomi negara!" balas kawan dia.



Sampa kat medan depan restoran, deme berkumpui.
Mafia-mafia Parlimen dok depan sekali.
Parti Saadet dan MHP adalah parti pembangkang di Turki.
Yong Malaya buat tak malu ke depan amik gambor.
Tak sapa berani tegur. Mr T pun sibuk dgn pihak penganjur.


Memola berucap Mr T, dalam 10-12 minit.
Dia baru pagi tu tengok skrip tp ada ketika dia cakap tak guna skrip. Pasa ape deme pangge dia berucap teman tak tau, dia pun tak tau tapi ada orang kenei dia.



'Khalid Samad' pun nak labun jugak.
Pong-pang, pong-pang 3 minit.
Parti Saadet ni ada iras-iras cam parti PAS kita gitu.



Gangster dari parti MHP (Motherland Party) pun tambah garam belacan lebih korang 3 minit gak.
Memasing hingor gomen Erdogan galakkan pembangunan yg merosakkan persekitaran!



Oopsss silap, ni bukan dr Majlis tempatan tapi wakil parti CHP, parti pembangkang sosialis. Agak lama gak dia sembang, 5 minit lebih!


Best
jer ada bebudak. Polis pun buat relaks. Tak kose main siram-siram. Masa ni jumlah yg datang berlonggok dah cecah 300 orang lebih, semua penduduk taman berdekatan.


Dalam sejam abih ler sarkas.
Mafia jumpa Mr T ucap tima kasih dan tahniah.
Mr T kenei kot deme ni, satu gerombolan katakan!

Peminat ke ni, Yob?
Teman perati ada gak deme-deme yg tak kenei Mr T datang jumpa dgn dia nak kenei lebih dekat.
Mujur takde yg minta sain otograf!


"Bukan ke Yob dulu bertanding utk Datuk Bandar Eregli?" tanya gansgter.
"Ya ler tuh!" gamoknya labun Mr T.
Teman bukan faham apa deme labun.
Errr Mr T dulu penah masuk politik bertanding jawatan Datuk Bandar.
Tu lain story...


Sebelum balik, posing jap dgn cocuklar nih!
Tak dapat demo Bersih 3.0, teman demo kat Istanbul jer lah!
Program Turki mudah jer, pas berucap dan salam-salam, balikkk!
Tak yah nak makan-makan atau kompang-kompang!


Mr T glamer jap malam tu, kuar kat saloran Benguturk TV, saloran TV parti MHP, apalagi!

Issyyy gangster pun kuar TV gak!

Teman sembang kat Mr T, muka Mafia Parlimen dr MHP macam gangster.
Memang pun kami parti gangster, dia kabor!

Malam tu makan sandwich bakor...kita bakor, bakor!