Moh Kite Follow Sesame...

Monday, December 26, 2011

MAKKAH: CLEANING CREW OF MASJIDDILHARAM


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Meh usyar para petugas yg membersihkan persekitaran Masjiddilharam. Sepanjang musim haji, lebih kurang dlm tempoh sebulan tu, deme kena koje 12 jam sehari, 2 shift.
Mana teman tau?
Teman interview 2 orang crew dari Indonesia.
Kepoh kan teman!
Kebanyakan petugas 'cleaning crew' ni berbangsa India, Pakistan, Bangladesh dan ada jugak dari Indonesia.



Tempat pili ayor zam-zam ni kena selalu dibersihkan sebab kalau ayor tak dilap, nanti licin, jemaah buleh jatuh.
Plastic cup
kena kutip dan buang kekerap. Nanti ada keta mini datang hangkut.
Tak taulah bape ratus ribu cup jemaah guna sehari. Ater deme minum ayor zam-zam tak renti-renti.
Yang hangkut bawok balik hotel/port ntah bape liter!



Jemaah jantan selalu monopoli pili ayor zam-zam ni.
Kalau dah rama, jemaah pompuan payah nak mencelah. Teman pun lagut memerhati sikap kapitalis deme ni.
Nanti ada Yob petugas yg simpati, ehem...ehem... tolong refill kan botoi teman.
Syukran Yob!



Sewaktu nak mencuci lantai masjid, deme akan rentang tali meroh dan jerit "cuci, cuci...haji, cuci, cuci!" kalau deme kenei jemaah tu dari kelompok Melayulah.
Panda deme speaking Melayu tau.
Jemaah yg tengah lepak atau baring kelang-kelibut bangun!
Ni geng siram ayor sabun. Yang berjubah tu bangsa Arab, mandur kot.



Lepas geng simbah sabun, geng mopper datang lalu deme tolak-tolak ayor sabun tu.



Masa tengah hari sebelum zohor, senang sikit deme koje sebab jemaah tak rama lepak.
Ni level 2.



Petugas keturunan India/Pakistan sedang menolak ayor sabun. Masa musim haji, pendapatan deme meningkat sikit sebab selalu dapat sedeqah dari para jemaah terutama masa jemaah tunggu waktu solat. Masa deme gi kutip cup ayor zam-zam celah-celah jemaah, ada jemaah yang hulur Riyal 1- Riyal 5 gitu.



Tak penah teman nampak deme ni bersungut dengan kerenah para jemaah. Koje deme kutip cup, lap, mop dan buang sampah. Jemaah buat kotor atau buat sepah, deme tak penah maroh.
Yang suka bisin-bisin ialah petugas bangsa Saudi seperti supervisor deme, askar, polis, rekrut dan gerombolan yg sejenis dengannyer.



Yang mesin keta mini ni seropa mop jugak tapi nak bagi berkilat lantai tu.



Drebar keta ni seakan bangsa Indonesia. Megah dia teman amik gambor dia.



Bagi ruang yg panjang, deme guna banyak keta, beriringan.
"Haji...cuci, cuci!"



Entry kali ni takde imej makan-makan.
Tapi kome jamu mata dekat Dukati polis Saudi ni ya.
InsyaAllah esok nak balik kampong lagi.
Emak teman demam dah 2-3 ari, jadi nak gi ziarah dan kalau tak kebah, kena jagalah.
Doakan dia cepat sembuh ya kome.

Saturday, December 24, 2011

MAKKAH: MOH IKUT TEMAN NGELEWOR DALAM MASJIDDILHARAM

Masjiddilharam, groundfloor.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak broadband teman slow sebab kouta dah abis, maleh rasanya nak hapdet entry. Tapi kan, nanti bila nak abih citer Makkah teman. Jadi sambung ler kisah di Tanah Suci yek.
Lazimnya orang suka amik gambor kat Kaabah dan kawasan sewaktu dengannya. Koleksi teman merata-merata sebab pada teman semua menarik.

Moh mengelewor dengan teman dalam Masjiddilharam!


Tawaf di luor lengkaran Kaabah, groundfloor.

Kalau nak solat teman lebih suka tingkat paling atas atau kekadang level dua. Groundfloor ni teman jarang turun kecuali untuk tawaf atau usyar jemaah buat tawaf bila teman rasa dah masa nak balik hotel. Sonok tengok gelagat para jemaah tua, muda dari pelbagai bangsa.



Kat groundfloor ni teman ternampok sebuah pejabat. Idok teman tau pejabat apa. Sebelum Yob tu nampok, cecepat teman klik handphone teman. Kome jangan sesebarang amik gambor dlm masjid kalau petugas deme ada. Bangsa Arab Saudi ni tak suka imej deme dirakam.



Kalau tak solat, kita buleh ngaji. Pinjam kitab Al-Quran yg banyak disediakan di setiap sudut dan rak buku. Kat tiang pun ada built-in shelf.



Ni lagi.


Pas ngelewor groundfloor, teman ternampok tangga. Macam tangga dalam citer hindustan. Jarang jemaah guna tangga ni nak naik ke level atas. Deme suka guna eskalator.
Sunyi jer...



Sampai satu landing, ropa-ropanya ada gak jemaah lepak kat sini dan bebaring. Best gak beritikaf kat sini, sunyi dan takde gangguan orang lalu-lalang.



Kat level dua antara ruang open-air dan ruang sa'i dah agak lengang sebab masa ni dah pukui 8 pagi, rama jemaah dah balik hotel atau port memasing. Kat ruang open-air di belah kanan pun buleh buat tawaf.



Naik lagi satu level, jumpa Yob ni di corridor, sambung tido.



Ni siling dome level 3. Ada masa terutama tika solat zuhur, teman gi sini. Ukiran dome simple tapi menarik.



Ni dome yg dekat ujung laluan sa'i. Havoc sini sebab sinilah jemaah nak solat, sini jugaklah tempat jemaah buat pusingan sa'i. Ia pun amat dekat dengan pintu. Yang teman ingat teman ada sekali jer solat kat sini.



Lagi satu hiasan siling. Sebab Masjiddilharam ni kira binaan baru, ukiran dia nampak moden jika dibandingkan dengan ukiran di kebanyakan masjid di Turki dan lain-lain negara Timur Tengah.



Selain makhluk manusia,ada burung berlegor dan buat sarang dekat dome masjid. Dan sekali-sekala kucin pun ada nyongket. Kucin ni ada masalah kesihatan - perut dia boyot, mungkin ada ketumbuhan. Sian dia. Ada jemaah halau dia "Syooo..syooo!"
Hey, ntah-ntah kucin ni kucin menyamar dari syurga tau!

Begitulah kisah mengelewor dalam Masjiddilharam ya kome. Lain kali kita ngelewor Masjid Nabawi pulak, InsyaAllah.


Tony Bodin, my hero!

Kome tau kan teman ni foodie. Bukan pro lah, tapi yang bersemangat jugak. Kalau tengok program ASTRO (tapi teman tak langgan ASTRO), channel yg teman gemor selain NatGeo, ialah AFC. Antara program yg teman kenan benor ialah Anthony Bourdain: No Reservation.
Masak pandei, cakap melepas, sangat witty tapi berisi.
Hensom gak dia ni. Teman dengor istilah 'Food Porn' dari salah satu program dia nih.

Anthony Bourdain: I think for the greatest, most exciting and diverse mix all in one place, I'd have to go for Sinapore or Malaysia because of the mixed cultures of Chinese, Indian and Malay, a vibrant street food culture and a fiercely, fiercely foody population. They like their food and take it very seriously. You can always find a good argument on where to get the best food in Sinapore and Malaysia and those kinds of strong opinions are always a good sign. Where people are opinionated about food, they tend to cook well.

Ajernyer ya Yob Tony!




Austin, Texas: What do you say to someone who does not enjoy food?

Anthony Bourdain: I'm guessing they're not too good in the sack either. What a terrible thing to contemplate.

(Wawancara dengan Washinton Post)

Tu Tony Bodin yang cakap, he he!

Apa-apa pun, teman dapat banyak inspirasi utk memasak kat dapur teman lepas menonton memacam program masakan kat AFC ni. Salah satunya yang dihos si anak Bodin ni.



Ni kebun sayur teman, dekat luar landing unit teman. Dalam bekas plastik 2' x 1' jer. Teman tanam bawang, dari bawang yg dah bercambah.



Dalam bekas yg sama, ada gak pokok selasih.
Teman buat ulam.



Ni peralatan Mee Jawa. Menu teman ari ni. Nasi tak makan.
Ada Yob tu kata teman gomok. Ada ke...?



Teman bukan kuat makan...tapi suka masak dan makan.
Makan pun ala-ala nak kenyang. Berenti sebelum kenyang.
Tak gitu Yob Ghombau?



Dah boh satnika gadjet, tuang ler kuah.
Sesejuk ni elok makan benda berkuah. Sat lagi bagi semangkok kat jiran sebelah rumoh. Nasiblah dia dapat jiran yg suka memasak.
Meh kome jamu mater!

Tuesday, December 20, 2011

'VAN HALEN...ARMAN KAKI LUDAH...RAIHAN...JUUUMMMPP!

Lee Roth dan Eddie Van Halen
Gambor google

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Hari santai sebab ujan...nyaman. Bape ari asyik ujan, dok rumoh jer badan jadi berat. Pasang You-tube cari lagu-lagu best nak buat exercise sebab badan teman dah naik jadi 57.5 kg!
Apa lagi cari lagu rock yg rancak, bagi semangat sikit.
Antara yg teman suka 'Jump' oleh Van Halen. Lagu dia ada konotasi seksual sikitlah...so whaaat...orang nak exersice nih!


David Lee Roth kasi 'jump'!
Gambor google

Teman pun jump ler.
"Might as well jump!
Go ahead and jummmppp!"

Apa kome tak caya Mak Hajjah ni buleh jump? Mak Hajjah ni tak main poco-poco der!
Nak turunkan berat badan kome yg montel-montel tu kena bergerak banyak sikit; banyakkan berjalan kaki; kurangkan makan nasi memalam dan pastu dengor lagu rock buat exercise 'jump'!
Lagi best kalau penyanyi dia cun...tapi cam gay pulak.
Ahhh bapok, bapoklah janji muzik best.

"Jump!
Go ahead and jump!"




Aiiieeee...asyik terkinja lompat-lompat sib baik kepala tak terbelah kena libas kipas siling rumoh.
Nauzubillah!
Anyway, harap-harap teman merajinkan diri utk 'jump, flip, rock and roll' utk beberapa ari lagi, semoga maintain kurus!


Rooodddd!
Gambor google

Aseinya pagi tadi kul 11 teman guna lagu 'Sailing' nyanyian Rod Stewart utk ngajor English kat anak jiran teman. 3 ari lepas mak dia minta ngajor anak dia.
"Dia lemah BI cikgu, minta cikgu ajar dia. Tahun depan nak SPM..." kata Pn Liza.
Teman suruh anok dara dia datang pagi kul 10. Lepas 2 ari, teman guna lirik lagu 'Sailing' utk si Shaza identify 'noun, verb, adverb and adjective'. Memang lagu ni ada unsur-unsur gospel sikit, hey, what the fish, teman nak ngajor linguistik ni, dammit!
Haah bagi si Shaza homework guna lirik lagu 'Sailing'. Bila dia balik kul 11:30 teman pun cari video clip Van Halen nak buat exercise.


Gambor google

Apa kena dengan Mamat Kaki Ludah ni?
Perasan comey dia ni.
Sejak sehari dua ni video geli Mamat ni tersebor luah merata alam maya - kat blogs, FB, Myspace (?!) etc. etc. etc. Tak pasa, pasa dia melalak. Sah-sah PRU dah dekat! Tapi bengong sikitlah.
Dik kerana nak kipas Boss, dia menyebabkan beratus ribu golongan mahasiswa meluat dgn gomen (read UMNO). Rama bakal pengundi tu Yob!
Kan dah backfired!
Teman dah ada terhidu angin perubahan...yaa 'wind of change' gitu, kata omputeh!


Yeaaahhh The Kala Jengkings!
Gambor google

Teman pun klik ler clip Scorpion 'Wind of Change' sambil dengor sora Klaus yg sengor tuh;

Writer: KLAUS MEINE

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change...

....and so on and so forth,
kome cari sendirilah!

Lagu ni teman ingat ditulis lepas Berlin Wall rontoh.
Woahhh susah nak caya bila tembok tu hancur, sapa nak sangka Jerman Timur dan Jerman Barat buleh bersatu balik dlm tahun 1989 tuh.
Harap-harap 2 Korea tu pun buleh bersatu nanti.
Tapi 'wind of change' kat Malaysia, InsyaAllah...


Europe
Gambor google

Tapi angin-angin perubahan ni teman memola detect tahun 1986 masa teman di USSR.
Sesapa tak tau apa USSR tu, gi main jejauh.
Masa delegasi kami melawat tapak pameran Sains dan Teknologi di Moskva tu, teman dengor deme mainkan lagu Europe 'The Final Countdown' ni. Heran teman masa tu sebab sebagai negara komunis kita tau USSR amat anti-Barat dan budaya Barat. Tapi tu dia aihhh, deme mainkan lagu rock dari Sweden ni (err...ke Denmark) dlm pameran anjuran regim. Ni yang dikatakan Glasnot dan Perestroika yang dicanang-canangkan pemimpin deme masa tu, Yob Gorbachev.
Malam pengiraan undi PRU 13 nanti, kome pasang ler lagu Europe ni kekuat.


Bapok lagi...
Gambor google

InsyaAllah kalau ada pertukoran gomen masa PRU 13 , A.B.U, meh nyanyi lagu Queen 'We're the Champion'.
Gay pun gaylah si Freddy ni, lagu dan muzik dia ni relevan nanti tuh.


Gambor google

Ape-pe hal pun pujian-pujian untuk Dia.
Jangan lupa tuh. Bila teman klik clip Raihan ni, teman dah berpeluh merecor-recor. Sok sambung exercise.
Bukan senang nak berpeluh dalam cuaca sejuk-sejuk ni.
Semoga 'wind of change' akan terus melanda kat bumi Malaysia tercinta ni.
Amiin!



Tetiba...teman terbau sesuatu yg hangit.
Waaahhhh sup teman perangat tadi dah kerin!
Woaahh...takde rejeki nak hirup sup ari ni!!!
Tingge lemak selapis dan tulang jer.
Tulah terkinja-kinja sampai lupa poyok ataih dapur. Sib baik tak terbakor flat teman!

"Might as well jummmpppp!!!"

Monday, December 19, 2011

MAKKAH: KERANAMU YA ALLAH, HAMBAMU BERKORBAN APA SAJA

Dataran masjid jam 7 pagi


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sambung semula citer dan pengalaman teman di Makkah baru-baru ni. Kalau kome nak baca tentang unsur-unsur kerohanian, blog teman tak banyak isinya; ada sesikit jer. Teman banyak nak labun kisah insan dan peristiwa semasa di sana yek.
Preaching teman tak panda.


Ni pemandangan dataran selepas solat isyak.

Kat situ rama jemaah bersolat dan pastu jadi tempat deme lepak - berjumpa sesama jemaah, bermuzakarah, berkenal mesra, solat, ngaji, makan dan tido!



Agok pas subuh sekitar 8 am, dataran ni clear sikit sebab rama jemaah gi berburu cari breakfast.
Selain manusia, burung pun suka lepak kat sini. Ada jer hamba Allah yg tabur bijiran bagi deme makan. Bertuah hewan-hewan kat Tanah Haram - makan free dan tak kena ligan!



Pas solat subuh rama jemaah yg ngantuk keletihan beribadah separuh malam atau mungkin sepanjang malam, sambung tido - take 5 kot. Beralaskan plastik dan kain jer.


Tu dia tengah-tengah dataran.

Selain berkorban pitih, masa dan tenaga, rama deme ni berkorban keselesaan semasa melakukan ibadah haji. Sian pun ada, kagum pun ada teman nengok deme ni. Teman balik hotel ada katil dan air-con, deme terdedah pd elemen-elemen alam. Hari panaih kang deme masuk masjid.



Gambor teman rakan dr level 2 jam 11 pagi.
Deme yg takde port private, lepak dan tido di bawoh langit jer.



Bawoh bayangan masjid banyak beri keberkatan dgn suasana redup dan terhindor dr terik mentari...ewaahh bersastera pulak!



Sebelah malam pas solat isyak jemaah yg sebangsa atau senegara akan berlonggok sesama di port memasing. Yang ni bawoh tangga yg menghubung level 2.



Ada yg bawok anak bini dok nginap bawoh tangga. Tak tau ngape deme nginap sini, mungkin lewat datang dan takde lagi hotel atau deme berjimat. Amik gambor curi ni, tu yang blur sikit!


Ni dah pukui 8 pagi gitu.

Matahari dah naik tp angin masih agok sejuk. Mula sorang-sorang ngeliat bangkit...


Lantok kome...teman nak sambung tido lagi!


Sedap jer tido beralaskan selimut nipih dan beg sebagai banta.

Ntah sesapa deme ni. Mungkin ada yg berlatorbelakang yg amat elok dr segi ekonomi dan pendidikan. Tapi kerana Dia, deme tak kisah bergelandangan. Sungguh menginsafkan!
Ada teman jumpa segelintir jemaah Malaysia yg tak tahan dugaan cam ni. But that's another story...



Bila dah bangun, cam mamai jer Yob ni.
"Nak bekfas pe Yob?"
"Kebab ler!"



Kat sini deme sangkut satnika beg dan reta benda deme. Sian sungguh teman nengok. Tabah sungguh deme ni dgn kepayahan ni.
Sabor jer...



Ni mungkin isteri-isteri jemaah lelaki yg jugak tido di dataran. Bape banyak pengorbanan deme lalui banding dengan kebanyakan jemaah lain!


Ada yg dapat port bawoh bangunan, sekurang-kurangnya bukan laluan jemaah dan teduh dari matahari pagi.


Ni kawasan campers.
Lazimnya campers berlonggok dengan campers.



Rama gak jemaah yg bawok camp ni.



Tapi yg paling teman kagum...Yob ni yg tido betoi-betoi di tengah jalan besor, bawoh jejantas, kiri-kanan orang dan kenderaan lalu-lalang simpang-siur.
Apoh pun dia tak dulik hiruk-pikuk dan debu abuk.
Leeenaaaa!
Respekkkk!



Selain dari tido tak tentu port, nak makan pun tak tentu port.
The best seat in the house...atas kerbside!



Kat tepi jalan depan kedai/gerai makan rama para jemaah menjamu selera tak kira bekfast, lunch atau dinner.
Alhamdulillah satu set makanan Arab ni buleh makan 1-3 orang (kalau orang Asialah cam kita geng Melayu). Tapi satu set tu utk org Arab, Afrika dan Eropah tu utk sorang jer.



Begitu ler kisahnya pengorbanan sebahagian jemaah lakukan. Teman tak jumpa lagi muka-muka Melayu yg tido bersepah cam tu.
Err...kome ada yg posa ari ni?
Teman plan nak makan 1/4 pie yg teman buat semalam, ada lagi teman simpan dlm peti ais...



...dan semangkok sup tulang. Sesapa yg posa, buleh berbuka dengan teman, meh!
Untuk sahabat baik teman Yasleh di England, selamat menjamu mata!