Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa lazimnya volunteer buat kat kem atau pusat sukarelawan? Buat keja sukarelalah. Ok mungkin kome nak tahu aktiviti harian. Ginilah koje keme di salah sebuah kem yang teman pernah gi jadi sukarelawan khususnya di Puttalam Refugees Camp, Sri Lanka.
6 pagi: Teman bangun. Alamak dah cerah! Ada ke waktu subuh ni? Azan tak dengor. Pusat keja kami terletak di tengah-tengah wilayah separa gurun (semi arid) di utara Sri Lanka. Yang ada pasir dan pokok-pokok renik sekeliling.
Berjalan ke sungai 200 meter dari rumah volunteer. Kena redah rumput dan pokok-pokok renik dan najis lembu nak sampai ke tebing. Tengok kiri-kanan ada tak orang. OK takde, orang masih tidor. Di sebalik pokok yang tak berapa rendang, salin kain, masuk sungai utk mandi. Air warna kekuningan, tapi nampak bersih, tak berapa dalam, setakat dada. Lepas mandi amik wudhu, berjalan semula ke rumah.
Volunteers lain masih berdengkor. Rumah kayu beratap zink ni simple je, ada satu ruang besar utk perjumpaan/perbincangan; 2 bilik sederhana besar - satu dijadikan bilik tidur wanita dan satu lagi utk lelaki.(Terdapat 12 orang volunteer dari Sri Lanka, India, Bangladesh dan Nepal dalam siri yang teman hadiri ni. Tetapi jumlah volunteer boleh berubah, beberapa orang volunteer dari Eropah datang keluar masuk join kem tak kira hari). Sebuah bilik dapur kecik, dan tandas curah di luar bahagian belakang rumah. Bekalan letrik dan air paip takde.
7 pagi: Sukarelawan yang lain sorang-sorang bangun. Ada yang ke tandas; ada yang menung, atau berbual, ada yang ke sungai. Ada yang ke dapur masak air dan membuat roti seperti roti canai. Air minum dari sungai ke? Tak. Ada sebuah telaga yang besar dan agak dalam terletak di luar rumah. Teman yang tak pernah guna air telaga dan minum air telaga kat Malaysia, merasalah tarik air dari telaga dan minum air telaga! Rasa dia payau sebab Puttalam terletak tak berapa jauh dari kawasan pantai. Bila bancuh ayor kopi/teh, ada rasa-rasa masin sikit. Sabor jer lah...
8:30 pagi: Lepas makan semua volunteer berkumpul di bilik besar, dok atas tikar dan berbincang tentang sejarah dan masalah konflik etnik di Sri Lanka. Konflik ni di antara Tamil Tigers (LTTE) dan pihak berkuasa Sri Lanka yang dah berlarutan bertahun-tahun terutama di Jaffna. Sebagai sukarelawan keamanan kami didedahkan dengan punca masalah dan akibat konflik ini kepada rakyat dan negara Sri Lanka. NGO keamanan tidak berminat terlibat dengan permasalahan politik tempatan ni, kami hanya datang utk membantu lebih 36,000 ribu mangsa konflik, sebahagian besarnya Tamil Muslim yang menjadi pelarian di negara sendiri.
10-1 tengahari: Para sukarelawan berjalan atau berbasikal menuju ke khemah pelarian Puttalam yang terletak lebih kurang 3 km dari rumah volunteer. Beribu-ribu pondok yang dibina dari kajan atau atap yang dibuat dari daun kelapa memenuhi satu kawasan separa gurun ini, luas sayup mata memandang. Takde bangunan kecuali beribu-ribu rumah pondok. Setiap pondok utk satu keluarga besarnya lebih kurang 10 kaki x 8 kaki. Dalam tulah ibubapa dan anak-anak tinggal dan membesar bertahun-tahun sejak konflik etnik Tamil dan kerajaan yang didukungi majoritinya etnik Singhala.
Tugas kami untuk siri kem ini ialah membaikpulih pondok-pondok untuk beberapa orang balu. Itu aktiviti kami untuk beberapa hari - mengangkut kajan dari pusat kumpulan; memasang kajan-kajan ni di bahagian atap dan dinding. Keseluruhan 'rumah' pelarian ni diperbuat dari daun kelapa. Kalaulah berlaku kebakaran, tak boleh teman bayangkan...total inferno! Itu sebab ada wanita pelarian yang memasak di luar pondok deme walaupun deme ada ruang dapur dalam pondok.
3-5 petang: Lepas makan menu vegetarian di rumah volunteer dan berehat, ada perjumpaan dan review tugasan harian. Sukarelawan akan memberi feedback kemajuan aktiviti membaikpulih pondok balu-balu siang tadi dan utarakan sebarang masalah atau pengalaman baru samada yang positif atau negatif.

6-7 ptg. : Waktu rehat, mandi atau beriadah. Ada yang memasak untuk makan malam, vegeterian lagi. Oleh kerana tiada bekalan letrik, aktiviti mandi, membasuh dan memasak di dapur harus dilakukan sebelum hari gelap. Untuk menerangi waktu malam, kami gunakan lampu gasolin pam dan pelita.
Malam: Dalam sejam ada perjumpaan atau perbincangan mengenai isu-isu konflik dan resolusi dan bagaimana menghadapinya. Perbincangan berdasarkan pengalaman peribadi dan apa yang berlaku di negara masing-masing. Boleh dikatakan semua sukarelawan ada pengalaman konflik atau perang di negara masing-masing. Jadi teman rasa agak segan di Malaysia (awal 90an) masa tu amat aman damai, takde cerita konflik dan perang nak dikongsi. Lepas perjumpaan sularelawan suka duduk berlonggok bercerita atau bergurau. Teman gemor memerhati jer sebab deme ramai lelaki dan suka mengusik. Siri kem ni tak ramai perempuan, ada sorang dua jer volunteer Eropah. Jadi teman pun berlonggoklah dengan Sophie dari Belgium dan Janet dari Ireland.
Semua sukarelawan tidur atas lantai berlapik tikar. Memasing ada sleeping bag atau selimut bawak sendiri. Walaupun siangnya panas kering tapi di waktu malam dingin di Puttalam. Yang lelaki semua tidur luar di beranda. Teman dan 2 orang gadis Mat Salleh tu tidur dalam bilik. Orang letih nak tidur tapi deme ni nak bersembang. Macam-macam deme tanya. Esok-esok jer lah Sophie kalau nak sembang pun.
"Good night"
"Selamat Malam!"