Moh Kite Follow Sesame...

Friday, June 25, 2010

Kampong Deridebi, Duzce, Karadeniz (Laut Hitam)


Assalamualaikum semua,
Selamat bertemu lagi. Entry kali ni nik citer pasa rupa kampong Turki di daerah Laut Hitam.
Oleh kerana negara Turki ni besar juga saiznya, di setiap wilayah ada perbezaan sikit dalam bentuk topografi, geografi, tumbuhan, senibina, budaya dll. Namun satu keistimewaan Turki ni, ada banyak perkara yang mereka kongsi persamaan, tak berubah walaupun kedudukan geografinya jauh berbeza contohnya dari segi pemakanan. Tapi itu teman citer lain entry ya.
Ni nak citer pasa kampong suami teman. Nama kampong dia Deridebi, tak tau pula apa maksudnya tapi deri dalam bahasa Turki maksudnya sungai, jadinya maksudnya kampong Sungai Debi. Kampong ni terletak di kawasan berbukit bukau dan kebanyakan rumah ni dibina di kawasan yang landai atau di lereng bukit. Dulunya semasa suami kecik-kecik, kampong ni penuh pokok hutan, tetapi banyak pokok-pokok dah ditebang untuk buka ladang hazelnut terutamanya. Tapi hutan disana tak macam hutan kita yang tebal bangat, jumlah spesis pokok pun tak semeriah hutan tropika kita. Namun deme suami, isteri dan anak-anak menebang dan menebas pokok-pokok hutan utk membuka ladang. Kalau kome masuk kampong ni, memang nampak hijau dan nyaman, hampir semua tanah kosong ditanam pokok kacang hazel dan sayuran. Pokok buah-buahan seperti epal, anggur, tin, pear, plum, berangan, pecan nut dll. memang ada yang tumbuh liar atau yang ditanam sendiri.
Boleh dikatakan hampir 90% rumah-rumah di kampong ni agak baru, dibina sekitar 15-20 tahun dulu. Rumah dibuat dengan batu dan layout rumah di sini lebih kurang sama jer - ada 2 ruang tamu, satu besar untuk tetamu lelaki yang bukan saudara rapat; satu kecik sikit untuk tetamu wanita; satu dapur, beberapa bilik tidor, sekurang-kurangnya 2 bilik air. Deme juga ada bahagian di atas iaitu loteng atau bilik seperti stor utk simpan peralatan tani atau benih/baja/hasil tanaman seperti hazelnut atau jagung. Tetapi tempat yg jadi port sesebuah keluarga ialah bahagian dapur. Kat sini ada 2 sofa panjang utk duduk-duduk dan sembang; sebuah dapur kayu tradisional yg ada serombong asap; sebuah dapur gas, sinki, dan kabinet dapur moden. Lantai dihiasi permaidani Turki. Takde meja cuma meja rendah macam meja Jepun digunakan masa makan. Meja ni berbentuk bulat, bila habis makan, diguling ketepi. Dapur Turki sentiasa panas kerana dapur kayu ni berfungsi sebagai heater gak, jadi ni port yang digemari semua ahli keluarga. Bila waktu malam, dapur boleh jadi tempat tidor! Ya, sofa panjang tu boleh dibuka jadi katil dan tidor ler kome kat situ, heater dah ada. Tetapi ia jadi tempat tidor bila tuanrumah nak jimatkan tenaga bakar terutama masa musim sejuk, kalau tak kena diang api dalam bilik tidor sendiri. Jangan risau, dapur di Turki tak berbau macam dapur kita - yang ada bau budu, belacan, cincalok bla bla bla... yg menusuk hidung. Semut, cicak dan lipas pun takde!
Di luar rumah ada kawasan kosong utk jemuran, bukan jemuran kain tapi jemuran kacang hazel atau jagung. Setiap musim panas, kawasan lapang rumah di sini dibentangi dengan kacang hazel. Kegiatan jemuran ni berjalan lebih kurang 3-4 bagi setiap kali jemuran dan bergantung pada berapa banyak hasil kacang yg sesebuah keluarga ada, mungkin sebulan gak kerja-kerja menjemur ni. Seelok habis musim panas (awal september), sibuk pula deme menjemur buah-buahan yg berlebihan seperti buah plum, tin, anggur atau peach. Ni utk kegunaan sendiri. Ada gak buah-buahan ni direbus atau dimasak utk buat jeruk, jam atau sirap. Kalau jeruk selalunya deme guna lada, kobis, kekacang, timun dll. Benda-benda ni akan disimpan dalam botol tanpa pengawet tiruan kecuali gula buah itu sendiri atau gula biasa, dan garam. Ni kerja orang pompuan lazimnya yang sibuk bekerja sepanjang musim luruh. Ini perlu dilakukan sebab bila masuk musim sejuk (November-Februari), harga sayuran dan buah-buahan lebih mahal, lagipun orang Turki tak suka membazir buah-buahan dan sayuran yang berlebihan.
Binatang ternakan yang lazim deme bela ialah lembu bagi dapatkan susu untuk buat yoghurt, keju kampong dan butter. Tiap-tiap hari deme ni makan benda-benda tu, makan yoghurt macam makan aiskrim! Patutlah deme ni tinggi, tulang keras macam besi dan kulit lemuih-lemuih kata orghang utaghar. Ayam deme ada bela sikit-sikit, dan kucing ada gak tapi yang teman tak tahan ni deme pun ada bela anjin! Nasib baik anjin tak bawak masuk rumah, dok luar jer menyalak kong! kong! kong!, kalau ada orang tak dikenali lalu. Deme mazhab Hanafi boleh pegang anjing weh!

No comments:

Post a Comment