Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, February 6, 2011

Latest, Latest Krisis Mesir!!! Hosni Letak Jawatan...!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menurut laporan, Presiden Hosni Mubaraq telah letak jawatan....sebagai ketua pemimpin parti dia. (Letak jawatan parti jer. Sori buat kome excited jap!)

Top Ruling Leadership also resigns en masse - laporan TV.

Beliau telah buat perjumpaan dengan kabinet dia bincang masalah ekonomi Mesir sejak berlaku krisis.


Sementara itu Makcik Clinton, berucap di Munich Security Conference, "Transition only works if it is deliberate, inclusive and transparent ".

Tambah dia lagi ,"ada risiko tika transisi ke arah demokrasi. Timur Tengah mesti 'reform' walaupun berisiko tinggi. (Err Hillary, miker dah reform ke suami miker tu, skirt-chasing Bill?).

"Early election is not a good idea," celah Merkel pulak. (Why is everyone giving silly comments? Concrete ideas people!).

Selain dari tu beribu-ribu protestor masih lepak di Tahrir Square. (Patut ler ramai, students di Mesir tengah cuti).

Hosni tetap ketegaq. (Lantok kome kesejukan kat padang tu, kata Horse-ni).

Pihak tentera menggesa protestor supaya bersurai dan balik rumoh.

Para Protestor kata,"No way Jose, not until the Old Horse goes!"

Ketua2 kumpulan dan wakil pembangkang akan buat pertemuan dengan PM Ahmad Shafiq, tapi tidak termasuk Muslim Brotherhood. (Awatnya Bro?)

Wartawan yang meninggal ari tu adalah kerana alami kecederaan tertembak.

(P.S Kome yang rasa tertipu baca tajuk entry teman jangan marah eh, teman guro-guro sikit. Kalau merajuk teman tak tau nak buat cam ner...)

Sumber dari TV France24 jam 12 tengah malam waktu Malaysia.



Nak mudahkan koje teman, citer kembara ditulis sekali dalam satu entry, he he!

Jumpa gak dengan rakan blogger TinaFarina kat dataran Yeni Camii. Alaa comey dan cute orangnya. Bersama dia suami dia, Fadhil. Kami pun jenjalan sekitar dataran, luar Grand Bazar (yang lebih meriah dan eksotik) dan teman perkenalkan makanan Turki yang femes - Iskender Kebab!

Gambor menunjukkan kami posing depan kedai jual peralatan barangan bertunang.



Ni di dataran depan Yeni Cammi dekat Grand Bazar, Eminonu. Tapi kami solat di camii yang lebih kecik kat luar Grand Bazar. Yeni Camii ramai sangat orang!



Selain kebab dan doner, teman ajak deme makan kebab yang dipanggang. Kami order Iskender Kebab dan yoghurt, chicken wing panggang dan lamahcun. Teman riso takut deme tak kenyang tapi deme kata kenyang.

Selamat bercuti lagi dan semoga jumpa di Malaysia atau di mana-mana ,Tina dan Fadhil. Diharap kome enjoyed pertemuan tadi. Selamat pulang ke Malaysia!

P.S Mohon kemaafan, Tina dan Fadhil, kalau ada kekurangan dari segi layanan tadi ya!

Saturday, February 5, 2011

Latest! Latest! Krisis Mesir - Horse-ni Keras Kepala!

Sumber dari TV France24 jam 2:00 pm waktu Malaysia.


Assalamualaikum dan Salam Ceria kome,

Bangun pepagi, situasi di Mesir tak banyak berubah. Memasing berkeras kepala. Nak tengok kepala sapa pecah dulu.

Ok, headlines dulu:

Obama kata pada Mubaraq, "Udah-udahlah tu Yob. Time for you to pass the baton." Tu teman rephrase apa dia cakap. Bukan dia panda cakap Melayu Perok yek!

Dia pun kata, "buat ler 'right decision' Mubaraq oi." (What do U mean by 'right decision', Barrack?).




Imej semalam di TV France 24. Relax jer askar ni.



Lawatan Menteri Pertahanan Tantawi di Tahrir Square.



"Saya dibelasah dan diblindfold selama 36 jam!" dakwa salah sorang wartawan France24 yang baru sampai di airport di Paris. Dia pun tunjuk baju dia yang berdarah, baju dari beg dialah.



Salah sorang wartawan Arab yang sedang berkoje buat lintas-langsung. Semoga dia tak kena missiles yang berterbangan!



Lagi sorang Fance24 yang diwawancara, Adel Gastel. Beliau pun ditahan oleh penyokong pro-Mubaraq.



Imej Gastel sedang bertugas. Sesapa yang berangan nak jadi Foreign Correspondent tu, pikior2 dulu yek. Sorang wartawan Mesir mati selepas menanggung kecederaan beberapa hari.

PM Greek kata dia akan ke Kahirah Ahad ni untuk bertemu Mubaraq dan nak berbisik sesuatu. ('Moh pindah ke salah satu pulau keme Horse-ni, U are welcome there...pst, pst..')



Sekian hapdet dari teman pagi ni. Ni breakfast.

Karipap lagi, kata kome. Apa salahnya makan karipap. Nasi pun kome makan tiap hari, 3 kali sehari pulak tu.

"Mat Sembab garu kurap,
Kurap tumbuh timbul-timbul,
Karipap bukan sebarang karipap,
Karipap inti buatan Istanbul!"



Kul 8:30 pagi ni teman nak nyongket ke Istanbul nak jumpa rakan blogger, student Malaysia dan suami yang belajor di Mesir. Deme bercuti-cuti Turki kome, nasib baik deme dah keluor Mesir sebelum krisis serius bergolak. Kami nak berjumpa di dataran atas ni depan Yeni Cammi. Jadi teman tak dapat hapdet krisis Mesir 5-6 jam ya kome!

Latest Krisis di Mesir - Horse-ni Masih Bertahan!


"We don't want him to leave tomorrow. We want him to leave now..Now!" kata sorang protestor di Iskandariah. Pandai speaking dia!




"We want Mubaraq to go...leave! We will be here forever until he go!" kata sorang lagi. Teman percaya deme akan terus berdemo sampai Horse-ni turun! (Kamu tak ada koje ker Mat, asyik berdemo jer!).


Laporan berita dari TV France24 jam 4:50 pagi waktu Malaysia

Waktu perintah berkurung dikurangkan dari 5pm kepada 7pm hingga 6 am tapi warga Mesir masih berkeliaran!

Berpuluh ribu warga Mesir anti-Mubaraq berkumpul di Iskandariah.

Protestor tidak akan dipaksa bersurai, kata PM Mesir.

Pendakwa menghalang bekas Menteri Perdagangan dari meninggalkan Mesir. (Jangan bagi mana-mana menteri lepas, bawak lari gula-gula!).

Para wartawan dakwa mereka ditarget oleh perusuh pro-Mubaraq.

Berdozen wartawan asing ditahan dan diserang oleh penyokong Mubaraq.

Perkembangan di Tunisia dan Mesir menandakan "Kebangkitan Islam" kata Khamenie.

Obama kecam Iran atas reaksi Iran ke atas situasi di Mesir. (Abis, kau jer buleh bercakap?)

EU menyeru kepada 'reform not repression' di Mesir.

Aspirasi rakyat Mesir mesti dihormati, kata Sarkozy.

Ketua Liga Arab Amr Mussa dilihat sebagai lagi sorang berpotensi jadi calon pemimpin baru Mesir. ( Hah meriah sikit! Harap dia hensom sikit dari ElBaradei atau VP Suleiman).

Amr Mussa melawat tempat demo di Tahrir Square.

Latest - Sorang wartawan Mesir terbunuh, yang pertama dalam krisis ini!

Ok, time untuk teman tido pulak. Selamat malam Malaysia! Iyi aksam lar!

P.S Yob The Sniper tolong tinggalkan link yang teman buleh klik utk balas ziarah. Tima kasih!

Moh Bertandang Rumoh Jiran Minum Kopi Turki!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Moh ikut teman bertandang rumoh jiran anak tiri teman di Akcakoca masa teman dok lepak apartment deme 2 minggu lepas. Jiran tu dok setingkat di bawoh. Dia jumpa teman masa dia datang rumoh Fatma (menantu tiri teman ) jadi dia pun plan nak ajak teman minum kopi.

Bila kami sampai rumoh dia malamnya, dia bagi house-slipper. Teman penah nampak sandals ni kat kedai, bermanik-manik. Teman ingat kasut hiasan cam kasut Baba Nyonya kat Malaysia. Ropanya kasut paka dalam rumoh. Nasib baik stokin teman tak clash werne dia dengan sandals tu. Cute gak kan? Sandals tu pun cute...



Deme di Akcakoca guna soba dalam apartment sebab mudah dapat bahanapi seperti kayu api atau beli arang batu. Ni antara ropa soba tradisional. Dia berfungsi sebagai radiator cum dapor, dibubuh mana yang patut. Kat rumoh jiran ni deme boh kat corridor dan bahang dia sampai ke bilik tidor, salon dan dapur, asalkan pintu-pintu bilik tu dibuka.



Selain stove kat dapur, deme guna gak soba ni untuk masak atau memanaskan ayor atau sup bila ada api. Tapi sepanjang musim dingin ni, soba sentiasa ada apinya.



Fatma tolong brew kopi Turki.



Sementara tunggu refreshment, teman beramah-mesra dengan 2 anak tuan rumoh. Dalam entry lawatan ke sekolah Zeynep, ada citer pasal budak pompuan peluk cikgu. Nilah budaknya, yang berseluor putih dan adik lelaki dia. Deme dan Zeynep berkawan baik sebab umur pun dekat-dekat.



Kebetulan suami tuan rumoh ni , sorang guru sekolah, berkoje di wilayah Kurdish, di belah timur Turki; memang sonok ler lepak. Sebab kebiasaannya pompuan Turki bertandang rumoh kawan masa suami deme tak der di rumoh. Suami pompuan ni balik masa cuti panjang.

Seperti yang dibuat oleh cucu tiri teman Ertugrul di bandar Eregli, kopi Turki dibawa dalam dulang bersama ayor sejuk.



Cawan kopi memang comey, dari porselin. Kopi jiran ni pekat. Panda si Fatma buat. Teman pun washdown dengan ayor sejuk. Yang Ertugrul buat cayor sikit.



Lepas 30 minit, teman tertanya bila nak balik. Tapi tuan rumoh cam sibuk ke dapur semacam. Ada bau masakan pulak.

Eh, ada jamuan ke?

Pastu dia bawok kuor meja bulat tu. Hmm...ada makan-makan. Ingatkan kata minum kopi, minum jer.

Dia bentang saprah atas carpet. Haa saprah untuk carpet bukan alas meja. Untuk tadah cebisan makanan dari jatuh atas carpet yang benornya !

Antara menu yang tuan rumoh hidang ialah baked patlican. Terunglah. Ada rasa spicy sikit dan dibakor dalam oven. Sedap kome...



Ni sejenis bijiran, bulgur gamoknya, teman tak pasti. Kecik lagi dari beras. Lupa camner rasa dia. Tapi yang ni ditabur kacang.



Ni yang bau wangi tadi, bau sampai ke salon. Borek berlapis keju putih ditabur bijan itam. Jangan mintak kari ya kome. Tapi kalau makan dengan kari ayam/daging memang ngam ler.



Hidangan selepas minum kopi Turki. Memang mengenyangkan. Sambil makan deme pot-pet, pot-pet...kegemaran surirumoh Turki. Teman tak faham tak per!



Gambor diamik oleh anak pompuan tuan rumoh. Tergigil-gigil. Gambor pun blur. Elok pun, supaya gambor tuan rumoh dan sorang lag
i kawan deme macam dicensor!

Cara makan deme (kalau makan di bawoh ler), kome boh saprah tu atas riba kome supaya kalau ada cebisan makanan terjatuh, dia jatuh atas saprah tu.

Meh makan kome!


P.S Untuk blogger The Sniper, tolong tinggalkan link kat sini, buleh teman balas ziarah. Teman tak buleh link kat nama blog miker tu.

Friday, February 4, 2011

Krisis Mesir dan Karipap! Latest!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masa teman update ni, Hosni masih berkeras tak mau turun. Makin ramai rakyat Mesir kuor ke jalanraya di Tahrir Square dan juga di Iskandariah.

Walaupun nampak chaotic, tapi sebenornya protestor ni teratur jugak. Deme ada makeshift security dan sesapa yg nak masuk ke TS, mereka kena lalui pemeriksaan badan. Mereka nak tau sapa kawan dan sapa lawan. Satu imej menunjukkan berlaku kekecohan sebab deme dapat tangkap sorang yang bekerja dengan satu jabatan keselamatn gomen. Dia menyamar sebagai ahli pro-Mubaraq. Deme lanyak dia sekejap tapi idok ler sampai lembik. Nama dan pangkat dia diconteng kat perut penyamar ni.



Kumpulan anti-Mubaraq ni rampas handphone dia dan salah sorang dial nombor yang terakhir penyamar tu call.



"Hello, hello...sapa di sana?"

Bila yang menjawab dengor suara yang dia tak kenal, dia off telefon tu. Kagum ler dengan protestor ni, walau pun ramai beratus ribu, nampak deme ni organised dan ada perasaan kemanusiaan gak. Kalau kat setengah negara Afrika, dah terburai perut penyamar tu.



Ni penyampai berita petang ni.

Had ni jer laporan pasa Mesir untuk hari ni kome. Yang terkini esok-esok ler.



Ni bukan imej kat Mesir tapi kat Ankara. Kat Turki pun selalu ada demo. Hampir tiap ari. Tak tau deme ni berdemo pasal pe tapi ganas gak pertempurannya. Polis baling tear gas dan sembur ujan asid kat protestor.



Polis berlonggok cam biasa tapi bila protestor jadi lebih ganas deme pun ligan dengan tear gas.



Protestor balas balik. Deme baling canister ke arah polis. Walaupun polis elok paka topeng, ntah camner terhidu gak gas tu. Sorang tu sesak nafas. Haa amik kau! Cam tulah rakyat rasa mende tu bila kome baling natang tu kat deme!



Apa kena mengena krisis di Mesir dengan karipap? Adalah. Kedua-duanya panas! Masa teman tengok berita TV dari Paris ni teman kunyah 3 biji karipap. Ya, karipap teman buat minggu lepas ada lagi. Sedap makan panas-panas. Meh makan kome!

Entry kembara akan dipost lepas pukul 12 malam, ca
m biasa.

Sumber berita tentang Mesir dari TV France24 jam 10:30 pm waktu Malaysia.

Solat Jumaat 'Live' Ratusan Ribu dari Tahrir Square!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dimaklumkan Menteri Pertahanan melawat Tahrir Square untuk memeriksa situasi. (He should be the good guy but...).



Jemaah bertakbir, bersorak dan menyanyi lagu kebangsaan lepas solat.

Horse-ni kata dia sebenornya dah 'fed-up' jadi Presiden tapi takut kalau dia letak jawatan akan berlaku rusuhan. (Bukan miker dah nak buat dinasti kan?)

Situasi di Mesir akan jadi agenda utama di EU Summit di Brussel.


Selepas jer abis solat Jumaat.

Serangan RPG ke atas Sequrity headquarters di El-Arish. Ni cam SB kita ler. (Sapa punya koje!)

Polis menahan 7 ketua pemimpin belia, menurut aduan kaum keluarga deme.



Ketika bersolat.




Ni bukan kat Masjidilharam. Ni kat Tahrir Square. Memang nampak aman ketika solat.




Sedang solat.





Menurut laporan TV ni, USA bagi gula-gula USD1.3 billion pada Mesir tiap tahun sebab deme berkawan baik! (Wooo hooo...tu beg Suzanne Mubaraq sampai beratus biji masa dia lari ke London, ada gula-gula!).


Para jemaah masa menunggu solat.


Imej dalam salah sebuah masjid ketika solat sunat.

Tapi menurut perlembagaan Mesir, VP tak boleh jadi Presiden kalau presiden turun kusi. Jadi situasi agak payah sikit.



Azan dari sebuah masjid tak jauh dari Tahrir Square.

Menurut laporan TV lagi, pihak Muslim Brotherhood bersedia berbincang tapi SELEPAS Horse-ni letak jawatan! (Way to go Bro!).

Internet service dah berfungsi semula di Mesir.

Sumber dan imej dari TV France24 jam 5:20 petang waktu Malaysia.

Protestor Nak Hangkut Mubaraq Kuor Kalau Degil!


Imej menunjukkan sorang ketua protestor menyeru lebih ramai datang untuk perarakan "Friday of Departure" lepas solat Jumaat.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Selepas malu-malu kucing beberapa ari menunjukkan pendirian, akhirnya Washington mengaku sedang berbincang dengan pihak Mesir mengenai strategi bagi menyusun transisi secara aman rejim Mubaraq. Ni selepas dijolok manja-manja oleh The New York Times.

Protestor anti-Mubaraq bertegas jika Mubaraq berdegil, deme akan hangkut dia kuor dari Istana. (Hangkut kome, jangan tak hangkut!).

Pihak EU turut menggesa transisi secara 'teratur'. (Camner tu Yob?)



Ni imej 'Live' dari Tahrir Square sebelum waktu solat. Setengah tempat berada dalam kawalan tentera dan agak aman.

Dalam ucapannya beberapa hari dulu, Mubaraq kata dia bimbang jika dia turun kusi presiden, pihak Muslim Brotherhood akan ambil alih kuasa. (What's wrong with that Goon?).

Tapi pihak Muslim Brotherhood pula beri kenyataan deme tak minat bertanding jawatan presiden. (Are U serious Bro?).

Beberapa Tour Agency Eropah kehilangan berjuta-juta dollar akibat revolusi di Mesir dan Tunisia. (Malaysia ada...)



Penyampai berita yang manis di TV France24, Paris. Heee tak payah teman gi Perancis nak dengor berita terkini. Terima kasih Hotbird (satelite Eropah).


Sumber dari TV France24 jam 4:40 waktu Malaysia.

P.S Bagi pengikut tetap entry kembara, scroll 7-8 entry ke bawoh ada "Moh Lawat Bandar Eregli". Entry kembara tetap ada, teman post setiap hari lepas 12 malam.


"Friday of Departure" utk Hosni!!! Latest dr Mesir!


Caption "Friday of Departure" untuk Hosni Mubaraq. Ingat slogan ni kome, mungkin ari ni dia turun kusi presiden! Doktor sedang merawat protestor yang cedera



Encik Obama selepas ucapannya mengenai revolusi di Mesir beberapa ari lalu.



Latest dari TV France24 pada jam 2 petang waktu Malaysia. Teman baru nak
breakfast. Orang Mesir tidor lagi kot!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Hari Jumaat Nan Mulia,

Protestor Anti-Mubaraq akan mengadakan perarakan besar lepas solat Jumaat hari ni dan menggelarnya "Friday of Departure". (Shall we say, "Bye, bye Horse-ni!?)

PM Mesir meminta Kementerian dalam Negeri tidak menghalang perarakan hari Jumaat ini. (Brace yourself folks!)

Pihak US dan Mesir sedang buat perbincangan di belakang tabir tentang proses peralihan regim dan pemergian Mubaraq secara aman. (See...Uncle Sam will not leave anyone alone, so concerned and caring deme ni!)

VP Biden of USA dah berjumpa rakan sejawat Mesir. (Bincang tempat percutian kot).

Makcik Clinton membantah layanan kasar ke atas para wartawan.

Penyokong Mubaraq menyerbu hotel-hotel yang didiami wartawan asing.

Wartawan asing yang berkampong di hotel berdekatan Tahrir Square dipindahkan oleh tentera.

Stay tuned folks, kalau teman tak nyongket ke mana-mana ler...

(Untuk entry kembara terkini "Moh Lawat Bandar Eregli" scroll 7-8 entry ke bawoh kome. Harap maaf, entry Mesir ni banyak setiap 2-3 jam, jadi entry kembara jatuh ke bawah!)