Moh Kite Follow Sesame...

Friday, February 4, 2011

Latest on Revolusi Mesir, Ada Amik Upah Berdemo!


Latest at 3:50 am Malaysian Time from TV France24


Assalamualaikum dan Salam Bahagia di hari Jumaat Yang Mulia,

Klip menunjukkan protestor tidor (haa bukan pengsan atau cedera) atau berehat selepas bertempur atau berdemo di Tahrir Square.



Roti dibahagi-bahagi sesama para protestor. Takder kejadian berebut makanan di kalangan yang berdemo.


Penyampai berita di TV France24.



3 wartawan TV France24 telah dibebaskan oleh pihak tentera Mesir.

Menurut ABC, Mubaraq hendak turun dari jawatan tapi beliau bimbang akan berlaku rusuhan. (Duh? Hello, the country is already in deep chaos dude!)

Seorang lelaki mengaku beliau diupah 500 duit Mesir (teman lupa nama duit deme) untuk join kumpulan pro-Mubaraq dan melaung "Mubaraq! Mubaraq!". Beliau kata ada 30 orang yang diupah bersama beliau. (Sound familiar?)

Muslim Brotherhood menolak dialog dengan gomen Mesir.

Gomen Mesir menghalang perjalanan ke luar negara ke atas bekas-bekas menteri. (No escape for crooks!)

Bekas Setiausaha PBB Boutros-Boutros Gali menggesa Uncle SAM tidak ca
mpor tangan. (As if US has not done already, what talking u BB!)

Latest on Mesir! 2:30 pagi waktu Malaysia!

Berita dan laporan 'Live' dari TV France24


Terkini dari TV France24 Jam 2:40 pagi waktu Malaysia.



10 orang terbunuh dalam pertempuran di Kahirah.

VP kata seruan menyuruh Presiden turun kusi presiden merupakan satu 'konspirasi'. (Duh?)

"Rejim mesti ditukar!" kata ElBaradei.

Washinton meminta rakyat US yg masih di Kahirah supaya keluar dengan segera!

PM Mesir kata, "Saya tak cukup anggota polis". (Mua ha hah!)

VP Suleiman meminta Muslim Brotherhodd berunding.

Suleiman juga memberi amaran Mesir tidak akan benarkan campur tangan asing. (U are alone dude!)

Hypermarket dibakar di Kahirah.

Ramai lagi wartawan asing mendakwa mereka dikasari.

Esok (Jumaat) lebih ramai dijangka dan perhimpunan lebih besar selepas solat Jumaat.

"Moh Lawat Bandar Eregli, Laut Hitam".


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Untuk baca
entry terbaru 'Moh Lawat Bandar Eregli, Laut Hitam' sila scroll 4 entry ke bawah, lepas laporan-laporan Revolusi Mesir.
Harap Maklum.

Thursday, February 3, 2011

Sorang Rakyat Asing Mati Dipukul di Tahrir Square!

Latest dari TV France24 tentang Revolusi Mesir Jam 11:45 pm waktu Malaysia

Menurut medics seorang rakyat asing terbunuh dipukul dalam pertempuran di Tahrir Square.

National Coalition for Change menolak berbincang dengan gomen sehingga Pres Mubaraq turun.

VP Suleiman kata demo mesti ditamatkan sebelum dialog boleh dibuat.

PM Mesir pulak kata, "Saya tak cukup anggota polis." (Elok gak, kalau ramai kang, ramai yang pecah kepala) .

Pihak tentera buat beberapa penangkapan.

Pertempuran makin rancak...baling membaling, dan terdengor gak tembakan senjata.

Stay tuned...

Entry Kembara seperti biasa lepas kul 12 malam ni.

Live! Live! Live! Speech PM Mesir Now Jam 10pm Malaysia

Laporan dari TV France24 pada jam 9:40 malam.

Perdana Menteri Mesir sedang beri ucapan dan menjawab soalan dari wartawan (Live).

Antaranya dia kata semua pihak termasuk yang anti-Mubaraq/protestor di Tahrir Square dijemput dalam dialog dengan pihak gomen. Dia menegaskan Pres Mubaraq akan tetap tidak bertanding jawatan Presiden lagi. Beliau memohon maaf akan kejadian yang berlaku di Tahrir Square di mana 5 terkorban, dan penyiasatan akan dilakukan. Dia meminta semua protestor berhenti dan pulang ke rumah. Dia kata gomen akan memulihkan apa kesilapan yang berlaku. Dia minta semua bertenang dan ikut berita di TV. Dia kritik media asing yg menunjukkan pertempuran dan kejadian ganas di TV. Dia kata itu tak perlu ditunjuk di media Mesir (ha ha...nak
censor ke, cam biasa dengor jer).

Dia tegas tak patut kita paksa Presiden Mubaraq turun dari kerusi presiden. Kita perlu ikut peraturan dan
procedure. Umpamakan presiden tu bapak kita, kalau kita tak suka pun kita kena hormat dia. (Waah teman translate dari Arab ke Inggeris ke Melayu!).

Kita tetap akan adakan
reform dan dengar apa yang dibangkitkan oleh protestor!

Kami akan ikut peraturan, dia tambah. Dia tak fikir pihak polis telah melakukan keganasan. Dia tak fikir ada rakyat Mesir lari dengan bawa banyak duit.Dia berjanji sebagai ketua negara akan
review banyak perkara dan kami akan lakukan dan kami tak akan berjanji apa yang kami tak boleh lakukan.

Pihak gomen berjanji akan melindungi pihak demonstrator tapi dia kritik jugak pihak demonstrator yang melakukan kerosakan. Dia kata lagi undang2 akan dipelihara. Dia kata sedang
review berapa pampasan yang akan dibayar kepada yang menghadapi kehilangan atau kerugian dalam rusuhan ni. Jika Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab dalam kejadian keganasan, beliau akan disiasat dan dihukum (hah dengor tu KDN!) Dia ngaku dia tak tau semua yang berlaku tapi dia akan amik perhatian dalam semua yang berlaku dan mau semua rakyat dilindungi.

OK setakat ini teman
translate. Yang lebih-lebih tu janji gomen dia. Maaf teman type ni sambil dengor 'Live' dari TV Perancis berbahasa Inggeris. Kejap direct speech kejap reported speech.

Btw, yang pecah keluar dari penjara termasuk ahli-ahli Hizbullah!

Laporan Revolusi Mesir 2!

Ni headlines dari TV France24 at 6:15 pm waktu Malaysia.

(Entry Kembara ada seperti biasa, scroll sikit ke bawoh yek kome, pasal jeruk Turki!)

ElBaradei bertegas tidak akan duduk berbincang hingga Mubaraq turun kerusi Presiden.

Kumpulan Pro-Mubarak bawak pisau dan menuju ke Tahrir Square.

Kawasan
'No Man's Land'/buffer zone tentera diceroboh oleh protester.

Protestor guna batu, kayu,
molotov cocktail.

Beberapa ketua negara Eropah gesa transisi dalam gomen Mesir.

Muslim Brotherhood menggesa rejim Mubaraq dijatuhkan.

EU minta gomen Mesir bawa mereka yg menimbulkan keganasan ke muka pengadilan.

Beberapa wartawan asing ditahan oleh Security Service.

Gomen buat siasatan atas kematian dalam pertempuran di Tahrir Square.

Senator John MacCain kata sudah masanya Mubaraq 'turun' dari kerusi presiden.

PM Mesir kata dialog akan diadakan juga dengan protestor!

More coming kome...

Revolusi Mesir!

Laporan dari Mesir at 4pm waktu Malaysia

(Entry Kembara ada kat bawoh kome, pasal jeruk Turki!)

5 terbunuh dan lebih 800 cedera di Tahrir Square.

Mubaraq masil degil dan enggan turun.

Pertempuran baru antara Pro dan anti-Mubaraq masih bertempur di Tahrir Square!

Makcik Hillary kutuk serangan ganas ke atas protestors!

Makcik Hillary minta VP Suleiman siasat kejadian keganasan ke atas protestor!

US Army Chief kata dia ada kepercayaan pada tentera Mesir. Hmmm...warning tu dr USA!

Protestor cungkil cobblestone di jalanraya buat missiles! Go on Bro and Sis!

Tentera Mesir menangkap beberapa orang dalam keganasan di Tahrir Square.

Ada rakyat Mesir yang naik unta memukul-mukul protestor supaya bersurai/berhenti dari berdemo. Mereka ni mungkin pro-Mubaraq!

Protestor masih berkampong dan tak berganjak di Tahrir Square!

ATM takder duit. Tapi market masih ada bekalan tapi ramai rakyat takder duit. Pelancongan teruk terjejas!

OKlah cukup
updating laporan Mesir. Ni citer kembara gak kome!

Sumber dari saluran TV France24!

Moh Lawat Bandar Eregli, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masa kat Eregli minggu lepas, teman meronda kat bandar industri tu beberapa jam walaupun cuaca ta bape menceriakan. Teman dah biasa gak dengan bandar ni. Tak macam bandar Akcakoca, Eregli walaupun tepi laut, dia takder pantai. Tapi tak macam kat setengah tempat kat Malaysia, bandar tepi laut kat Turki dilayan dan dijaga baik dan cantik. Dekat esplanade deme bina taman, tempat bersiar, kedai, restoran, mini stage dll.

2 patung pompuan ni nampak macam gambaran pompuan kampong tapi teman tak pasti deme tengah buat apa. Petik hazelnut ke?



Ni bust beberapa orang warga tempatan yang agak baru dibina. 2 tahun lepas tak der.



2 bust anak tempatan Eregli teman jangkakan. Salah sorang bekas Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Eregli dan sorang lagi tu bekas pendidik. Deme hargai warga tempatan yang berjasa.



Esplanade yang sepi sebab pagi dan sejuk. Kalau musim panas dan musim bunga petang-petang ramai warga Eregli bersiar-siar dan lepak.



Antara warga yang rajin lepak di bandar Eregli. Tapi ikut paspot dia, tak der cop Turki!



Ramai seagull bersantai di sini menikmati cahaya matahari yang jap ada, jap ilang. Masa 3 ari teman di Eregli, jarang tak renyai. Teman terpaksa bawak payung bila kuar.



Bunga ni bukan tumbuh dari kecik kat sini tapi diamik dari nursery dan pacak kat sini bagi menceriakan bandar yang murung sebab sejuk.



Masa nyusur main road teman terperasan tembok ni. Nampak lama dan susunan batu dia menunjukkan dia berusia baya nenek kebayan. Teman gi dekat dan baca, macam terer benor mace; ada ditulis 6 BC. Jadi ni memang tembok lama zaman Roman berusia seawal 6 Sebelum Masihi! Eregli memang dulu-dulu di bawah empayar Roman dan nama asal dia pun bukan Eregli tapi nama Roman.



Lagi teman jalan, nampak pula gambor-gambor sebesor keta kancil memaparkan imej Kemal. Ada 7-10 keping gambor pakcik ni dipasang di sepanjang tembok zaman dinosaur ni.



Lagi satu gambor yang menunjukkan Kemal memeriksa barisan kehormat tentera laut. Teman rasa gambor-gambor yang dipasang ni dirakam di bandar Eregli masa beliau melawat ke sini. Setiap wilayah di Turki ada satu hari cuti tahunan memperingati lawatan pakcik ni ke bandar deme.



Sebagai penutup, nikmati tavuk panggang di salah sebuah restoran di Eregli. Selamat menjamu mata!

Wednesday, February 2, 2011

Kecur Ayor Lior Kome!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Ahad lepas teman ronda-ronda pasar Ahad tak jauh dari taman keme. Teman suka usyar makanan dan mende-mende dari tekstil sebab nanti nak beli bawok balik. Kali ni teman nak citer, err...nak share gambor-gambor jeruk sayur.

Sebagaimana penduduk di negara 4 musim, pandai deme memeram-jerukkan sayur dan satnika buah untuk disimpan dan digunakan di musim sejuk. Selalunya orang kampong yang suka buat jeruk ni sebab deme ada surplus sayur/buah dan untuk jimat belanja di musim dingin bila sayur organik kurang dan rega sayur agak mahal dari selalu.

Teman selalu terlior nengok jeruk cili padi ni. Bila lalu, nak jer amik sebiji kunyah jap-jap tu!



Tak tau ler ni timun ke atau sejenis labu. Kecik jer, lebih kurang 6 inci tapi agok debab dari timun biasa.



Kita guna bunga kobis ni bila buat sayur campor atau tomyam. Sini deme buat jeruk. Kalau diperati, sayur yang keras-keras deme suka menjeruk, betoi dak?



Ni cili bulat. Warna asal memang kuning. Teman tak penah makan tapi ada makan yang lagi sejenis montok sikit dari cili padi biasa. Huh...podeh, kata orang Ghombau!!



Yong dan Yob Kelate biasa ler dengan jeruk bawang putih ni. Teman penah try masa bercuti kat KB dengan kawan dari Jerman. Tengok sedap jer dia makan. Teman pun try. Tak sempat nak telan teman nak luah. Tapi tak elok buat cam tu, teman pun telan ler. Kalau bawang meroh jeruk teman penah dan suka makan!



Ni spesel sikit! Patlican diikat dengan capsicum meroh. Jahat bebenor kot terung ni sampai kena ikat!



Lagi yang berbungkuih - jeruk kobis. Macam gemuk jer. Mesti ada benda yang disorok dalam kobis tu. Nak tanya penjual, teman tak bape tau apa nak cakap. Deme anak-beranak usyar teman penuh sangsi.



Ni pun menarik, capsicum merah dipotong-potong kasor. Deme jeruk mudah jer. Boh ayor dan garam. Mungkin ada yang boh cuka teman tak tau ler. Teman nengok Mertua buat dulu kat Shah Alam, dia buat jeruk kobis. Direbus kobis tu. Angkat boh dalam bekas dan boh garam. Bila ayor rebusan tadi dah sejuk, haa jangan buang ayor tu; tuang dalam bekas balang kaca atau takor tanah. Buleh boh sebiji dua cili merah atau cili padi bagi rasa pedas sikit. Dalam 3-5 ari dah masam, buleh ler makan. Tapi kat negara sejuk lagi tahan lama kot, kecuali kome simpan dalam fridge selepas dia masam. Kat sini deme boh kat luor rumoh atau kat balkon jer.



Ni daun anggur yang direbus. Tak pasti cam ner deme jeruk. Daun ni diguna untuk buat dolma nasi. Kat kampong Mr T selalu deme masak dolma daun anggur ni. Kalau musim panas dapat daun fresh tapi sekarang guna daun yang dijeruk ni. Dalam entry lain nanti teman citer cam ner buat dolma daun ni.



Selain dari usyar jeruk dan beli cendawan, teman pun berjaya rembat sepasang stokin kait fesyen baru. Teman kata fesyen baru sebab tahun lepas teman tak nampak stokin cam ni. Dia dikait dari benang bulu kambing yang berbulu-bulu halus. Bulu ada bulu?

Teman tanya Mamat yang jual, "Guzel?" (Bagus?)
Tentu dia ngaku Guzel.
Teman tanya lagi, "Rahat?" (Comfortable?)
Of coz dia jawab Rahat.
Teman tanya rega. Lebih kurang RM8. Taman pegang-pegang, memang rasa lembut. Teman pun beli sepasang.

Sampai rumoh terus paka! Waaa memang empoyner. Rasa paka 2 lapih! Rasa lembut sebab bulu-bulu kecik tu. Kata loghat Perok 'empoyner' tu cam 'sedap dan selesa bebenor!' Betoi dak Yob Shahril dan Yob Samad Yong kata ni?



Ni Mamat yang jual stokin kait fesyen 2011 ni. Memula dia segan nak posing tapi sebab dia ingat teman pelancong, dia ikut permintaan teman. Sebab sedap dan selesa, teman nak beli lagi 2-3 pasang Ahad ni.
Empoyner kome!



Kalau takder gambor makanan tak sah. Ada sepasang suami isteri jual makanan seakan murtabak. Kulit dia dipanggil yufka. Saiz yufka sebesor dulang. Inti dia keju putih atau sayur spinach yang dah dimasak. Makan cam tu jer. Jangan kome tanya, "Kari takder ke?" Sekeping 1 Lira.

Tuesday, February 1, 2011

Moh Nyusur Lorong dan Sokak Uthmaniah!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Bangun pagi nampak benda-benda putih melayang. Laa salji turun. Nasib baik dah mop balkon semalam. Check suhu -2 Celcius. Rasanya tak lama salji ni. Turun pun tak bape lebat. Dalam kul 11 am dia berhenti, tapi masa tu teman dah sambung tido. Ari ni posa, malas nak layan TV.



Bila dengor azan tengah hari, nampak cuaca terang benderang. Mr T kata cuaca di musim sejuk buleh jadi 4 musim dalam satu ari. Hmm salji pagi tadi pun dah cayor. Check thermometer kat balkon 12 C.



Kul 2 pm dah redup balik. Tapi 3-4 orang anak-anak jiran main jugak! Sekarang cuti sekolah 2 minggu untuk musim sejuk. Kalau nak panas bior betoi panas, buleh deme main bola. Atau kalau nak sejuk bebenor bior salji lebat mencurah-curah bior deme dapat main gelongsor atau buat snowman. Tapi bila salji lebat timbul masalah pada keta-keta yang tak buleh keluar masuk sebab trak salji lambat masuk sini sebab ni bukan main road.



Kalau kome adventurous moh ikut teman nyusur sokaklar (jalan dan lorong) menuju ke Grand Bazar kat Eminonu. Teman dah tau kat ner nak amik shortcut. Turun bas sebelum jambatan ke kawasan hardware. Kalau bas lalu kawasan ni, akan jam lama tapi kalau turun sebelum jambatan, jalan 300 meter dah sampai.



Teman nampak sekumpulan remaja turun kat sini dan ikut deme. Deme cuti sekolah musim sejuk, tentu nak nyongket! Pastu deme masuk lorong belakang, bukan main road. Teman pun ikut. Sokak kat sini dalam bentuk cobblestone. Nampak batu dia jenis kukuh dan lasak. Kat Malaysia pun ada jalan yang boh batu cam ni tapi teman perati cam tak kukuh, yang macam kat roundabout dekat seksyen 18 dan 24 Shah Alam. Mungkin ada batu-batu ni disusun sejak zaman Uthmaniah.



Tak ramai orang lalu-lalang kat sokak ni. Awal pagi lagi. Yang ada pekedai dan pekerja berdekatan. Tapi tak jumpa gak character yang mencurigakan cam Mat Gian atau Nyah. Salah satu bangunan yang ada unsur senibina lama di mana tingkap dia terkeluor dari dinding. Yang cat ijo tu dah dibaikpulih.



Lagi satu bangunan yang dibina zaman dulu-dulu, diperbuat dari kayu. Bila teman klik-klik handphone teman, 2-3 orang pakcik heran, pe hal makcik ni amik gambor rumoh nak runtuh? Mesti dia ingat teman ni sebangsa dengan deme. Teman duat bodo. Janji kome jangan kaco aku.



Jalan-jalan tu nampak peralatan shoe-shine tradisional. Mende ni masih ada di Turki terutama di bandar. Tak tau bape Lira kena untuk menggilap kasut kome. Tukang gilapnyer mana? Gi sarapan kot.



Sorang penjual simit menjunjung simit panas. Simit ni rega dia singgit dan meropakan snack yang agak mengenyangkan kalau kome dah agok lapor dan tak sempat nak beli makanan lain. Teman ada gak kokak roti yang ditabur biji bijan di luor ni, agak liat kulit dia tapi lembut di dalam. Buleh ler nak alas perut sementara nak makan yang lebih meriah!



Antara makhluk yang teman jumpa , sekor kucing sokak yang tengah usyar sesuatu. Kucing ni selalunya homeless tapi nampok sihat dan bersih. Ada jer rezki deme dapat dari insan-insan yang sian kat deme ni.



Ni mesti usia dia lebih 150 tahun! Banyak bangunan beratus tahun tak terlayan kat Istanbul ni. Kalau dia betul-betul kat kawasan modern, mesti ada yang dah baikpulih. Tapi ni kat kawasan bersejarah dan kawasan perniagaan tradisional. Drakula jer ada kat dalam.



Lagi bangunan yang agak lama tapi ni macam masih digunakan. Tengok pada binaan macam lewat kurun ke 19, masa puak-puak Barat cuba nak kuasai Istanbul.



200 meter berjalan nampak lebih ramai orang lalu-lalang. Ahh dah dekat Kapali Carsi. Shoppers masih tak ramai sini kecuali yang tahu cari barang yang specific. Di bazaar kat Eminonu ni, para peniaga lazimnyer berniaga ikut item. Kalau satu lorong tu jual tekstil, hampir semua jual benda yang sama. Kalau satu lorong jual hardware, mende tu aje kat situ dan seterusnyer!



Antara masjid yang bersepah kat Istanbul. Bila nampak masjid ni dah dekat bebenor dengan Kapali Carsi (Grand Bazar). Teman yang belum sarapan dah mula lapor. Ikut idung ada bau daging dibakor...
Mana? Mana...



Ni daging kebab yang paling besor teman nampak! Besor batang kelapa! Teman tunggu 10 minit baru dapat layanan sebab daging belum bape masak. Ater awal sangat teman datang, baru kul 10 pagi, biznes tak start lagi kat Istanbul!