Itam itu menawannnn!Assalamaumalaikum dan Salam Ceria,
Mesti kome ceria sebab nampak pompuan cantikkkkk!
Rasanya belum terlewat ucapkan tahniah kepada Miss Angola Leila Lopes kerana baru jer dinobatkan sebagai Miss Universe 2011.
Tepuk! Tepuk! Tepuk!
Dedulu kalau sebut Angola teman ingat pasa konflik kat negara tu. Tak bape ingat sejarah deme, ater sejarah Tanah Melayu pun teman dah celaru ni, tapi yg teman ingat berlaku perebutan kuasa antara beberapa kumpulan lepas penjajah Portugis meninggalkan negara tu, macam berlaku kat Timur-Timor tu.
Lahanat Portugis ni. Dah buat kotor tak tau nak kemas!
Miss Periuk ApiNi Miss Landmine, satu pertandingan ratu cantik di Angola, yang dianjurkan oleh sebuah NGO Norway bagi menarik perhatian dunia mengenai musibah penggunaan periuk api dalam konflik dan peperangan. Teman tabik dengan sense of humor dan ketabahan mangsa periuk api di Angola ni. Takde self-pity!
Respek Yong!
Sumber dari Yahoo.com dan Times
Anggur liar merayap dicelah pokok hazelnut.Meh sambung Nyongket Kg Deredebi Part III.
Nilah ropa buah anggor yang biasa tumbuh liar kat Kg Deredebi. Ni kira dah masak. Rasa dia memang manis dan isi dia lembut, tak keras yg macam jenih berjue kat supermarket kita. Bila dah masuk musim luruh dan warna dia dekat warna itam, orang kampong kutip berkilo-kilo, masak dalam periuk besor direbus tanpa ayor dan gula sampai pekat. Gunanya dijadikan sirap untuk dimakan dengan roti. Nanti deme simpan dalam botoi-botoi, dimakan waktu sarapan. Tahan berbulan-bulan.
Sepasang suami-isteri sedang bersantai.Selain dari pokok anggur, banyak burung yang sebesor burung pipit menghuni di pokok hazelnut. Memang sonok ler deme sebab takde sapa kaco...kecuali si Freelance dan sekutu kalau deme rajin mengendap!
Dalam setiap 10 perdu pokok, ada satu sarang.

Lazimnya anak burung ni menetas di musim panas. Kalau menetas di musim sejuk, mau keras bebudak ni!

Rasa teman rumoh kerabat Kak Emine.
Piring satelit tu buleh tangkap saluran dari seluruh Eropah, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian Asia. TV 3/4 dan RTM tak dapat, walhal yg dari Indonesia, Vietnam, Thailand dapat pulak.
Namun gitu, bangsa Turki ni, dik sebab skema, deme tak gemor bukak saluran asing, walaupun percuma.
Asyik-asyik tengok rancangan Turki.
Tapi deme banyak saluran Yob, kat bandar besor deme ada saluran sendiri! Umpamanya TV Ipoh, TV Alor Staq, TV Shah Alam, TV Ghombau City...gitu!

Lagi sebuah rumoh jiran. Teman ingat-ingat lupa rumoh ni kat belah mana.

Ni salah sebuah rumoh yang agak terpencil on the way ke Sungai Deredebi.

Dalam musim bunga dan musim panah, ayor Sg Deredebi agak meningkat sebab ujan banyak turun berbanding di musim sejuk.
Takde sapa mandi kat sunga ni...sejuk!

Ropa utan kat bukit Kg Deredebi. Pokok deme tak bape besor.
Tapi setahu teman utan deme ni takde hewan liar...eh ada kot. Sebab teman penah nampak sorang anak sedara Mr T bawok senapang pegi memburu. Mungkin nak buru beruang atau musang/rubah.

Dari atas bukit kome buleh nampak sebahagian besor Kg Deredebi. Nampak tak rumoh Mr T?
Tu...tu...yg belah kiri sekali, cat putih, bumbung putih. Sebenornya takde atap genting rumoh Mr T, dia flat jer...buleh buat tempat jemuran!

Cuci mate lagi. Gambor teman amik dari koleksi Abdul Hamit Saglam, orang kampong Mr T yg jugak kawan dalam FB teman.
Ntah tak tau dia mana satu. Baru lepas graduate dari universiti dia.
Pilih Yong, pilih!

Sempena musim raya ni, moh jamah sikit bislut raya dari negara Arab! Ahlan wahsahlaaaan!