Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label herba oregano. Show all posts
Showing posts with label herba oregano. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Duta Yahudi Kena Warning!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menteri Luor Turki Ahmet Davutoglu (Ahmet anak si Daud, kalau dalam Bahasa Melayu tau) telah memangge Duta Yahudi ke Turki Encik Gaby Levy dan telah bagi dia ni beberapa 'warnings'!

Semalam negara Yahudi tu meraikan ulang tahun ke 63 kewujudannya dan telah tersipu-sipu malu dlm senario diplomatik sebab negara tuan rumoh Turki idok menghantor wakil ke majlis meraikan ulangtahun negara Yahudi tu di Kedutaan Yahudi di Ankara. Gitu ler nyampahnyer Turki dengan negara Zionis tu sejak setahun dua nih!

Berbalik pd warnings tu, idok pulok disebut apa yg diwarningkan kat Duta Levy oleh Kementerian Luor tu tapi ia ada kena mengena dengan rancangan flotilla II ke Gaza yg akan dilancorkan oleh pertubuhan iHH melalui penyertaan kapa deme Mavi Marmara.

Pihak Yahudi telah cuba melobi negara-negara Barat supaya menggesa aktivis dan kapa-kapa deme jangan menyertai flotilla II ni. Tel Aviv pun telah cuba minta Ankara pujuk tuan punya Mavi Marmara jangan gi belayor.

Tapi gomen Erdogan kabor, "No can do!"

"Itu usaha pihak awam dan penyokong keamanan. Kami tak masuk campor!" kata gomen Erdogan.

Yahudi panas ati, sakit ati dan makan ati!

Kita tunggu drama antara pihak Yahudi dan para aktivis keamanan pada bulan Jun ni kome.



Untuk mengingatkan balik lawatan teman ke kapa Mavi Marmara tu, ni ropa cop pertubuhan yang miliki Mavi Marmara tu - iHH.



Salah sorang staf iHH yang bertempat di Istanbul. Lupa nama dia. Kome gi check entry teman 1hb Januari 2011, ada teman tulih nama dia. Dia ni dulu ngaji kat UIA, Gombak, sebab masa dia blajor, student tine yang paka tudung tak buleh masuk kampus.
Jadi bermusafir ler dia ke Malaya. Dia siap speaking BM bila dia dengor teman datang dari Tanah Melayu!



Antara staf iHH yang teman jumpa masa pamiran lukisan kekanak Palestin. Lawor-lawor deme ni kaaannn!
Yang pompuan tak bagi pun nombor handphone deme, jadi kome yang teringin nak berkenalan tak yah email teman tanya cam ner nak contact deme ya...



Teman letih nak buat entry yg 'berat', ceeewah...bila masa teman buat entry berat?
Ari ni nak main dengan kekanak lagi. Ringan sikit otak.

Ingat budak mata biru beberapa entry lepas? Bukan nak citer pasa dia, just nak recall. Selain dari dia, ada kekanak lain yg bila datang ke apartment Tahsin (anak tiri teman yg sulung), deme suka jadi 'Cikgu-cikgu'.



Ni gelagat si Mata Biru bila berangan jadi Cikgu (selain dari memporakperandakan bilik tidor Tahsin). Baca kisah dia di entry 2 hb April 2011.



Ni lagi satu anak kawan si Zuleyha (isteri Tahsin). Nama baby ni Zeynep. Kuarga dia dok tingkat atas. Setahun lebih sebelum tu, teman datang Eregli, mak dia baru melahirkan dia kat hospital. Zuleyha tolong kemas rumoh dia dan jaga mak dia kat hospital. Kebetulan teman ada kat Eregli, teman tolong jaga anak-anak Tahsin yg dah sekolah.



Mak Zeynep ni dulu pensyarah Fizik kat universiti.



Mak dia tak panda speaking tapi masih buleh berkomunikasi dengan teman sesikit. Teman anggorkan vocab BI dia ada lebih korang 30 perkataan jer kot!



Tengok tu, berkat minum susu ibu, tembam jer pipi Zeynep nih!
Teman tanya ngape tak koje lagi?
Mak Zeynep jawab, "Sebab saya paka tudung!"

Tu dia aih...sebab selai kain menutup kepala, sorang Muslimah tak buleh koje kat sesetengah tempat di Turki. Namun, walaupun dia buleh koje sekarang pun, sapa nak jaga 2 orang anak-anak dia dan urus rumoh dia? Kat Turki tak de orang koje jadi bibik kome.



Comey baby nih. Tapi dia tak seganas si Mata Biru!


Meh pekena brunch teman di Basaksehir.
Roti berlapiskan keju dan jem buah dari Kg Deredebi, fries dan sucuk (salami). Telur ditabur herba oregano. Nanti nak antor sikit oregano tu kat Cikgu Humairi dan Yong Tie...tunggu ya!



Lagi satu lunch teman.
Masa ni dok sorang atau makan sorang sebab Mr T sama ada dok kat ofis atau koje kat Iraq. Kalau dia ada, kena makan berhidang.
Meh kome makan international (kalau teman sorang memang selalu makan international ler!).