
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
2 malam lepas teman dok sorang lagi sekali. Hik, hik, hikkksss! Kakak dan suami dia gi dinner kat universiti sempena hari konvo. Malam memang segan nak makan nasi, jadi selongkar freezer cari Mr Dang yang dah membeku dekat seminggu. Moh kite makan ala-ala Mediterranean lagi. Nama menu 'Garnele schlaeft auf dem Salad'. Maksud dia 'Udang bengkok berdengkor ataih salad'.
Bahan-bahan dia:
Udang besor tapok tangan
kentang sebiji potong panjang
2 biji tomato potong dadu
bawang besor hiris
ulaman petik kat belakang rumah
garam, lada itam, kunyit idup, limo kecik dan minyak zeytin.

Bukak jeket udang tu dan buang kepala dia. Potong belakang dia, buang benda yang itam tu. Pas bersihkan lumor dengan kunyit idup yg dihiris, garam dan lada itam. Sikit jer kome...

Ulam tu petik-petik, jangan hiris. Nampak tak? Ada ulam raja, selom dan daun selasih. Masukkan dalam mangkok dan campor dengan bawang hiris dan tomato. Boh sikit garam, perahan limau dan 2-3 sudu minyak zeytin. Gaul dengan tangan, jangan ramas. Biorkan.

Ni minyak zeytin teman guna. Extra virgin. Sedap gak. Takde minyak zeytin pun takpe de.
Dalam kuali lepior, boh sikit minyak zeytin. Api kecik jer sebab takmau minyak hangit. Letak Mr Dang dengan lembut, susun kacang ijo sebelah dia sebagai teman. Bior deme seehhhh 2 minit.
Balikkan sebelah pulak, 1-2 minit jer. Kalau Mr Dang tu tebal cam teman punya ni, tegakkan di belah belakang dia kalau kome nak semua bahagian masak. Kalau kome tak kisah makan udang 3/4 masak, takyah dudukkan dia. Udang jangan masak lama, jadi liat nanti. Kalau merah tu, dah masaklah tu Yob!

Amik pinggan lepior, susun mende-mende tu. Eh lupa kabor. Kentang tu gorenglah cam biasa kome goreng fries. Haa... boh salad comey-comey, baringkan Mr Dang ataihnyer, susun kacang ijo dan kentang goreng dekat-dekat dia. Mr Dang tak gemor tido sorang.
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hiris molek-molek dengan piso. Makan pelan-pelan. Boleh tengok wrestling masa tu tapi jangan excited sangat, nanti tercucuk garfu! (Masa tu memang teman tengah nengok wrestling bodoh).

Beberapa round kendian. Hmm...amat kenyal dan fresh rasenyer udang dari Tuaran ni. Takde bau udang. Sesuai bebenor makan dengan salad ulam kampong ni...

Beberapa round kendian. Hmm...amat kenyal dan fresh rasenyer udang dari Tuaran ni. Takde bau udang. Sesuai bebenor makan dengan salad ulam kampong ni...
Alahai...all good things must come to an end! Sayu rasanya dah abis. Kalau dapat 2-3 ekor kan nikmat. Sayang nak buang kuah salad tu. Penuh khasiat! Iruppp...jangan membazior!
Alhamdulillah...!
Terima kasih sebab menemankan teman makan malam. Bosan gak makan sesorang ni. Lain kali buleh temankan teman lagi yek?
P.S Entry ni ditujukan pada Frau Bada di Pokok Sena dengan ucapan, 'Ich liebe dich und danke!'



