Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label The Interior of the Blue Mosque. Show all posts
Showing posts with label The Interior of the Blue Mosque. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Blue Mosque, Istanbul







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di antara mercu tanda yang terkenal di kota Istanbul ialah Masjid Biru. Ia merupakan satu ikon Islamik yang banyak digunakan untuk poster, poskad, kad ucapan, buku-buku dll. Kalau dah sampai ke kota ini, kalau tak singgah masjid bersejarah ini seumpama pergi ke Arab Saudi tak buat Umrah/Haji. Bukan nak bandingkan 2 kota suci ini dengan masjid ni, umpama jer.
Dalam entry ni teman upload gambar di bahagian dalam jer sebab gambar di bahagian luar mungkin dah banyak kome nengok merata-rata.
Gambor paling atas: Ruang solat. Gambor diambil dekat-dekat waktu solat zohor. Pengunjung Muslim dan non-Muslim tak putus-putus ziarah. Setiap pengunjung dibekalkan sehelai plastik untuk menyimpan kasut dan kasut boleh diletakkan di tempat kasut atau dijinjing. Plastik ni akan dikembalikan dan diguna semula. Jubah disediakan untuk pengunjung wanita (pelancong Barat lazimnya) yang kurang berpakaian. Pengunjung Muslim ada yang menunaikan solat sunat, mengaji dan duduk-duduk sambil menunggu waktu solat. Tak kurang juga yang mengambil gambar atau merakam video. Ada pegawai masjid lelaki dan wanita memantau pergerakan para pengunjung/pelancong.
Gambor tengah: Bahagian siling kubah. Memang indah ukiran dan motifnya! Maaf kamera teman ni dari handphone jer, jadi gambor yang terhasil idak ler canggih dan cantik berbanding kalau guna kamera yang digunakan oleh jurukamera National Geography ke.
Gambar bawah: Motif geometrik dinding di bahagian solat wanita. Kreatif dan indah seni halus pengukir/artis zaman Uthmaniah ini.
Di luar ruang solat terdapat courtyard yang besar di mana teman tergambar zaman dulu-dulu para jemaah dengan para ilmuan dan ulama sedang berdiskusi dan menuntut pelbagai ilmu. Zaman laa ni ramai para pelancong berkumpul dan berposing untuk bergambar! Di luar kompleks, pun masih ramai para pengunjung berjalan masuk dan ramai yang berposing. Dari wajah ramai pengunjung dan pelancong terpancar wajah-wajah ceria dan kekaguman menatap sebuah binaan yang termasyhur lagi indah yang selama ini mereka sekadar dengar dan baca!
Jika kome nak tau lebih lanjut tentang sejarah Masjid Biru ni, carilah dalam website, teman tak upaya nak kaborkan dengan kata-kata.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubareq!