
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Mai dah si Freelance ni!
Nama teman Freelance. Teman asal dari Kg. Deridebi, bagi kome yang baru kenal. Dah lama blog ni tak buat peraduan. Kali ni nak buat teka tikam lagi. Di bawoh ni soalan-soalannya, diikuti dengan syarat-syarat dan last sekali hadiah-hadiah yang Tuan punya blog nok bagi pada para pemenang.
Gambor camii (masjid) dekat apartment Mr T di Basaksehir.1. Ni bukan teka, tapi kome kena buat satu syair empat baris (syair ya...jangan bagi pantun pulok) berdasarkan imej di atas. Kome kenalah ikut hukum-hakam syair - bape perkataan, bape sukukata...

2. Untuk jawab soalan ni kome kena baca entry dulu-dulu yek. Yong Mohkembara penah gi buat koje sukarela di sebuah khemah pelarian di satu negara beberapa tahun dulu. Bagi nama tempat atau nama khemah perlarian tu dan nama negara tu. Ada 2 jawaban kome kena bagi tau.

3. Ni Yong Mohkembara tengah mendongak tengok satu patung. Apakah nama Mamat patung ni dan kat negara mana gamoknya Yong ni usya patung Mamat ni? Ada 2 jawaban kome kena bagi kat sini jugak tau.
Syarat-syarat penyertaan:
a) Sesapa pun buleh tapi jawab sekali jer tau. So take your time, jangan terburu-buru.
b) Bagi jawaban kat entry ni jer. Jangan bagi jawaban kat entry lain, jenuh Yong nok cari kang.
c) Jawab dalam BM, BI atau Bahasa Melayu Perok.
d) Mulai sekarang dan tutup hari Jumaat ni 17hb. Disember 2010 kul 10 malam.
e) 2 (dua) orang pemenang akan dipilih berdasarkan sapa yang betoi semua jawab soalan 2 dan 3. Kalau ada rama yang betoi, Yong Mohkembara akan pilih 2 orang yang syair dia paling syahdu meruntun lbu! Kalau pemenang tingga di luor Malaysia, Singapura atau Brunei, tolong bagi alamat kerabat kat Malaysia ni. Tak daya Yong nok pos jauh-jauh yek...maaf.
f) Hadiah-hadiah akan dipos dihujung bulan Mac atau awal April 2011 InsyaAllah...sebabnya Yong belum gi Istanbul lagi. Minggu depan baru gi, InsyaAllah!
g) Keputusan adalah muktamad.
HADIAH-HADIAHNYER....!

Setiap pemenang ni dapat sepasang stokin bulu yang dikait oleh orang kampong di Kg. Deridebi, Duzce, Laut Hitam, Turkiye. Nok tengok orang yang mengaitnya, gi ke entry 'Moh Bertandang Rumoh Kampong di Turki'; ni contoh jer...

Setiap sorang dapat sekotak lokum atau Turkish delight. Lokum ni berbagai rupa dan kaler, ni contoh jer. Femes manisan ni seantero dunia!

Setiap sorang dapat sepasang gelas cay (teh) Turki. Ni gambor contoh.
Setiap sorang dapat anggaran 300 gram kacang hazel dari kampong suami Yong di Laut Hitam.Ok dak hadiah-hadiah ni kome? Tuan blog rasa pilihan hadiah sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau mood dia baik, ntah-ntah banyok lagi dia bagi. Bukan buleh kira dia tu!
Bersedialah kome mencari jawaban kat entry-entry lama. Selamat mencube!!!