
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Dalam misi Search n Rescue 2 orang tentera udaranya yang jatuh dari pesawat di Libya, tentera AS telah menggagalkan misi tersebut kerana koje bodo dan gaya ala-ala koboinya.
Menurut laporan dari penduduk kampong di mana salah sorang tentera tu jatuh tergolek, helikopter penyelamat AS telah menembak membuta-babi ke arah orang-orang kampong yang gi menyiasat dan cuba membantu tentera tu. Deme mendakwa beberapa orang penduduk tercedera dan ada yang terpaksa dibawa ke hospital.
Walaupun pihak tentera AS enggan mengakui atau menafikan misi ala-koboi tu, para penduduk menceritakan kejadian tu kepada para wartawan yang membuat liputan.
Cam penyangak jer ceroboh negara orang, bangkai kapalterbang betui!
Sumber dari Hurriyet Daily News

Citer sejuk pulak. Pada ari ketiga salji turun tak soyat-soyat, teman dah bosan memerap dalam romah. Kaki dan tangan dah gatei nak buat sesuatu yang kreatif. Tak kira...nak turun gak!
Bila teman turun di laman mertua, Karabas dah dok menunggu dan nak manja-manja. Bulu dia penuh salji, sardin jer dia! Ni jarak yang paling berani teman dekat dengan dia, takut dia lompat nak senda-guro. Tu teman dah kata kat dia, "No...no..go away!" Cam dia panda bahasa omputeh! Tengok telinga dia turun ke bawah. Gitu selalu telinga dia kalau dia dekat teman atau bila berdepan dengan teman.

Tu dia aih...tebalnyer, buleh berenang nih! Ni salji yang terkumpui dalam treler. Salji kat sini teman amik semangkok buat ABC aritu!

Start projek - mengumpui dan mengaut salji dan longgokkan. Kena buat satu base. Ya, ni projek buat orang salji tapi bukan snowman...., snow woman atau Kara Bayan, cam tahun lepas.
Dah kumpui tu, kena tepek-tepek, mampat-mampat dan tepuk-tepuk bagi kukuh dan teguh. Nak buat base ni pun mau 30 minit! Karabas sibuk pusing keliling nak tolong. Teman shoo dia kata, "Tak payah..., gi main jauh-jauh!"

Tengah leka membina tu, tetiba dengor bunyi mesin 'rrrroaaarrrrr' dari arah sana. Karabas bergegas meluru ke arah gate, check bunyi apa tu.
Ohhh sebuah mesin digger ntah dari mana datang menolak dan menyondoi salji atas jalan. Karabas jadi excited yang extreme, menyalak cam anjin! Mesti dia pikior ni sebiji Transformer nak serang wilayah puan-puan dia!
FACE-OFF!"Gong..gong..gooonggg!" jerit Karabas.
Transformer buat tak dulik. Terus dikaut dan disondoi salji dan tolak ke tepi.

Dengan riak, Transformer terus menghumban salji ke tepi. Karabas tak puas ati, terus menyalak! Anjin katakan...good dog, Karabas!

Tetiba Transformer masuk ke laman! Yikes, teman ada projek ni! Tapi operator tak perasan projek mega teman. Dia terus pandu mende tu dan....

Nevin dan mertua kat tingkap bagi arahan tolak salji sampai ke ujung dekat pokok tin. Masa menolak tu mesin tu tersendeng sikit kena asas Kara Bayan teman. Adoiii...abis usaha 30 minit teman! Senget jadinya base dia.

Operator terus menolak salji sampai dekat bawah pokok tin. Adeiii...terpaksa nilai semula projek dan pindah tapak!

Teman bina base baru. Sabor jer. Sib baik salji berlambak dan coca sejuk. Kalau coca panas, gerenti ati teman jadi panas!
Pas 45 minit, ada ler ropa orang-orang...yang gemuk dan cacat. Pastu teman tek fai, naik rumoh untuk rehat dan memanaskan badan. Salji masih merebas, baju dan skarf teman penuh salji.

Petang sikit teman turun dan sambung projek. Abis mampatkan bentuk tu, gi petik dedaun kat gate dan susun kat base buat cam skirt. Cari 2 biji hazelnuts dan tenyeh buat mata, cucuk kayu buat idung, kening dan mulut. Bagi paka muffler teman buat skarf dia. Bila jiran dan sedara nama Emine datang singgah, teman pangge suruh berdiri dekat, bergambor. Issyyy...mau sajer dia ni bergambor!

Kendian teman bagi Kara Bayan ni pegang kayu. Jaga rumoh tau. Kalau Karabas datang nak kencin kat skirt miker, besit dia! Tapi teman tau Karabas tak kan kencin kat Kara Bayan ni sebab dia tau ni reta teman. Cerodik Karabas ni kome!

Untuk dinner, Kak Emine jamu teman ati ayam ditumis dan kentang dan cendawan goreng. Dia tau teman suka makan daging, semedang jer dia masak daging...sayangnyer dia kat adik dari Malaya nih!