
Ladies and Gentlemen...anouncing the arrival of His Excellency Colonel Muammer Qaddafi of the Republic of Libyaaaa and his gang of....Qaddafi's Angelssssss!!!!!
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Berita terkini menyebut Muammer Qaddafi mengugut akan menyerang setiap "rumah, pejabat, keluarga" di Eropah kalau tentera NATO tak berentikan serangan ke atas regim beliau di Libya.
Beliau menyampaikan mesejnya melalui mesej audio yg dimainkan di hadapan beribu penyokongnya di sebuah dataran di Tripoli.
Ni meropakan salah satu himpunan yg terbesar di Tripoli dalam beberapa minggu ni, memberi petanda yg beliau masih mampu menarik ramai penyokongnya. Tapi kat mana kedudukan beliau, hanya Allah yg tau...selain dari bodyguard-bodyguard dia!
Bercakap pasa bodyguard, Qaddafi ni amat unik dan eccentric. Dia tak main Men-in-Black with shade punya Mamat!
Mengkome...presenting...Qaddafi and His Angels!!!
Selepas jer dia berjaya menggulingkan raja Libya, Qaddafi memulakan revolusi dia dalam berbagai bidang. Antaranya menggalakkan wanita dalam berbagai sektor termasuk ketenteraan.

Gi memana, Qaddafi dikepit kiri-kanan oleh sekumpulan komando dari kaum Hawa.
Qaddafi: Hah...kat donia lagi aku dah dikelilingi oleh bidadari yang jelita! Kome apa ada?

Don't paly-play with this one ya...koje dia bukak pintu keta!
Lawor gak Yong nih.

Hah yang ni lagi cute!
Rambut panjang mengurai cam rambut Yob Gedek.
(Err...Yob Ustaz Terbarai, yang ni OK tak, buat koleksi?)

Laa...sejak bila Oprah Winfrey koje part-time dengan Qaddafi ni?
Teman tabik dengan Qaddafi ni sejak dulu lagi. Bukan jer dia ni eccentric dan maverick, tapi unik...whatever that means...ha ha!

Soklan teka-tikam: Kenapa PM Italy Silvio Berlusconi mata keranjang tu nampak ceria?
Jawaban: Dia ingat nak himpit bidadari belakang Qaddafi tu malam ni!
Eerr...tak payah tunggu malam kalau dengan playboy ni. Masa Qaddafi gi toilet dia akan ayat angel ni "Je'taime...je'taime, ma petit!"
(Pastu kalau kome dengor suara mengerang-ngerang tu...err itu suara PM Berlusconi kesakitan, anu dia kena penendang bidadari tu...patah dua!)

Teman rasa projek yang kat atas tak berjaya. Lawatan selanjutnya, Qaddafi bawak yang lebih cengih. Sikit punya jeling angel ni kat PM Italy yang femes kerana tak reti katup seluor dia ni.
Gambor-gambor dari Google.

Errr...tak elok teman selalu buat entry yang agok x-rated ni.
Moh nyongket dengan teman di kejiranan teman di Basaksehir masa musim dingin awal tahun ni. Ater sekarang panah bebenor kat Malaysia ni. Punyalah panah mata berpinor-pinor...tengok sana Kunin, tengok sini meroh. Entah bila nak kena BERSIH!
Hah ni blok apartment Mr T...yang kaler biru tu. Masa ni blok kami tengah ditambahpulih untuk buat insulation yang lebih baik.

Ni ropa laman kami masa teman intai dari balkon satu pagi. Semalaman salji turun tak renti-renti, abis parking lot dilitupi salji halus. Salji halus cam debu cam ni tak guna. Tak buleh buat snowman.

Hari berikutnya dan sampai ke malam, turun pulak salji yang berbintang. Agak lebat. Salji flake ni baru best buat snowman atau bebola!
Esoknya, Ertugrul, cucu sulung Mr T tolong membersihkan keta atok dia. Mr T tak ke ofis 4-5 ari sebab jalan licin dan ofis dia sejuk. Dia buat koje online jer.

Hari ketiga salji turun dan berhenti. Kebetulan cuti sekolah 15 ari. Apa lagi kekanak di taman kami berendam dan berguling sehari suntuk! Mak-mak deme pun tumpang bergumbira. Teman main gelonsor memalam sebab segan kunun...
Ertugrul main gelonsor guna papan kayu. Kebetulan kat blok ni, jalan dia mencuram...memang sesuai bebenor main gelonsor.
Anak-anak jiran berlonggok dok atas salji. Yang teman nampak bebudak bawah 12 tahun jer. Yang remaja tak tau deme buat apa masa ni. Mungkin deme tak heran. Sekali sekali teman nampak yang remaja main perang-perang bola salji tapi lazimnya deme main tempat lapang.

Kawasan taman tak jauh dari masjid baru kami. Agak payah nak bergerak masa salji dijalan belum ditolak oleh trak majlis perbandaran. Kalau teman bosan, teman tetap keluor gi kedai atau supermarket sebab nak exercise.
Mr T lebih suka dok rumoh kalau sejuk-sejuk begini. Kalau teman kata nak "jalan-jalan" ke kedai berdekatan, memang dia galakkan tapi nak gi nyongket Istanbul dia tak bagi sebab sejuk sangat.
Dok rumoh buat apa?
Makan dan tengok TV. Nasib baik deme ada 500 channel percuma dari seluruh donia! Sekali dua kala teman klik-klik gak TV Libya. Memang meriah rakyat deme nyambut Qaddafi ni. Eh..eh tak abih ke lagi citer Qaddafi ni? Sori eh...

Nampak keta-keta yang tersadai tak bergerak. Mungkin deme cuti masa ni atau tunggu trak clear jalan. Taman kami ni berbukit, kalau keta bergerak nanti menggelonsor...brake pun tak guna.

Masa musim sesejuk gini memang teman kreatif dalam bab-bab masak. Selalu ler teman masak daging atau ayam dengan satnika salad. Musim sejuk harga sayuran mahal sikit dari selalu tapi sebab teman selalu makan sorang, sayur yang sikit teman pelbagaikan jadi buleh digunakan berhari-hari. Kena panda mengadun ler kome.
Menu teman satu tengah hari masa Mr T kat ofis : Seketoi ayam, salad timun dan marun, kentang dan bawang goreng, dan tomato ditempek mayonis biji sawi.
Meh kome merasa sorang sikit...