Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Kara Adam. Show all posts
Showing posts with label Kara Adam. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

TEMAN UDAH MOLA HIDU GAM!, KARA ADAM TURKI DAN SELAMAT HARI RAYA KOME!!!


Apartment Mr T di Basaksehir, Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kan teman dah kabor aritu, posa-posa ni teman kureng blogging dan walking, maaf ler kalau teman jarang singgah blog kome.

Hari ni panah bebenor. Meh layan gambor yang sesejuk kan?
Satu hari dalam bulan Februari 2012, teman rasa bosan dok romah, ajak si Sumeyye buat Kara Adam.



Kami pilih port yg best depan blok kami.

"Kat sini!" teman kabor kat Sumeyye!

Kami pun mola longgok-longgok salji yg turun sejak 3-4 ari tak renti-renti.

Pastu ada anak-anak jiran datang tengok.
Kami pun ajak sekali join!



Pastu datang lagi 2-3 orang.
Kalau main memang suke ler deme.
Senang sikit koje teman nak buat Kara Adam yg tinggi macam Mr T!



"Apa yang penting, kejasama...apa yang penting kejasama!"
Dah ada kepala untuk Kara Adam teman.



Dalam 25 minit, siap Kara Adam teman, dengan bantuan Sumeyye dan anak-anak jiran!
Tak bape ensomlah Kara Adam ni, tak cukup aksesori!



Cakap pasa aksesori...dan menghidu gam...
Ater memang teman dah ketagih hidu gam ni!
Sejak minggu lepas teman kalut mereka-cipta cekak-cekik.
Memola saja buat main suka-suka, bila teman upload dalam FB, ramai pulak order.
Tu yang teman asyik hidu gam UHU, kasi lekat-lekit sama itu bunga-bunga.
Dah naik khayal dah nih!



Order
yg paling banyak ditempah oleh blogger Yong Salina Abdul Kadir, dari Kota Baharu.
Sapalah dia nak bagi, takkan dia ada anak lapan orang!
Ni untuk bagi kat pelajar-pelajar tahfiz kot.
Yong Salina ni menguruskan sekolah tahfiz.
Semoga Allah memberkati usaha murni beliau!


Gambar raya tahun lepaih...

Ahhh..hari Sabtu atau Ahad ni teman mola berangkat balik kampong nak beraya ya, InsyaAllah.
Kepada semua teman blogger, sahabat follower dan pembaca dan penyinggah, teman ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin!". Sila jemput ke romah emak teman di Kg Tengah, Parit, Perak.
Tanya romah Hajjah Wi di Jalan Tambang naa.



Meh usyar sandwich daging cured dari Istanbul, teman masak masa di Istanbul.
Blog akan berehat 2 minggu yaa.

Sunday, January 29, 2012

KARA ADAM YANG BEGUK, SLİM, HUDUH DAN TERCOMEY!

Laman kami pagi tadi...
Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ari ketiga lepas salji turun, angin dah korang. Terdengor suara bebudak jerit-jerit main kat luor. Teman intai nampak ada yg main bebola salji, main sledging dgn kotak/plastik/ dulang pun ada.
Ehh tak buleh jadi...teman pun nak numpang sekaki!




On the way gi mini-market Uyum, teman usyar anak-anak jiran memain kat laman dan kawasan lapang. 2 orang budok pompuan dengan Kara Adam deme yg sakit beguk!
3 bujang dengan Kara Adam yang agak sihat.

Ni Kara Adam yg paling tinggi dan slim yg penah teman jumpa. Dibina oleh Yob sebuah kedai gunting ni.

Balik ke rumoh nampak Kara Adam yg paling huduh! Teman nampak dari tingkap dapur tadi ada 3-5 orang bebudak berusaha bina Kara Adam alien ni!

Pepaginya teman bukak pintu balkon nampak salji kat satu sudut dekat takat lutut. Enougn for one small Kara Hanim (Snow Woman)!

Lepas sarapan, teman main tempek-tempek salji kat atas balkon, buat base utk Kara Hanim. Sumeiyah tolong amik gambor.

Lepas 30 minit siaplah Kara Hanim yg sakit mata.
1Malaysia!

Agak elok cuaca ari ni. Sumeiyah gi ziarah sedara dia di İkitelli, Mr T kuor meeting dgn kawan. Tingge teman tengok TV dan perati Kara Hanim yg paling comey di Başakşehir!

Kahvaltı pagi tadi Sumeiyah yg buat. Roti simit dihiris kekecik dimakan dgn keju hiris.
Meh kome!