Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Cola. Show all posts
Showing posts with label Cola. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Kuang Hajorrr...Kome Masih Nak Togok Gak?



Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Mubaraq.

Semoga mengkome semua sihat dan ceria hendaknya.

Tak taulah kome penah tengok iklan ni ke tak. Mungkin gambor ni dah basi. Teman dapat dari e-mail yang suami antor 2-3 tahun lepas. Lupa pulak insiden ngape ada beberapa makhluk laknat buat iklan camni tapi dari peristiwa ni mendorong beberapa individu dan syarikat milik Muslimin mengambil tindakan memboikot jenama minuman ringan dari US ni.


Teman memang dah lama tak minum minuman jenih ni. Bukan sebab boikot tapi tak suka rasa dia dan tidak menyokong syarikat Amerika kerana sebab-sebab politik. Pas beberapa insiden lain, lagi ler teman tak berkenan jenama ni. Di Turki ada syarikat yang mencipta satu jenama minuman baru iaitu Turka Cola bagi memberi alternatif pada para pengguna mengganti cola dari US tu rentetan dari beberapa tindakan kuang ajar seperti di atas.


Banyak yang tak elok minuman botoi ni pun, takde khasiat pulak. Minum jer ler ayor kosong yang tak bergas dan bergula. Lagipun buat apa sokong jenama yang kuang hajar ni walaupun yang buat iklan ni mungkin pihak lain. Pikior dulu sebelum minum atau makan. Jangan bagi duit kite kat deme.


Kita ada alternatif lain.