Moh Kite Follow Sesame...

Monday, May 19, 2014

YONG KUALE KUGHO NYONGKET KE KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Assalamualaikum, trip balik kampong Turki teman yg baru lepas ialah winter 2013- awal Spring 2014. Trip hok tu teman hangkut adik teman si Fatimah. Dia duduk di Kg Raja Bashah di Kuale Kugho. Satu pagi teman tanya, "Kau nak gi Istanbul?". "Naaak!" Tak kan tak nak, kaann? Ni wajah rumoh kampong Mr T yg dicat werne pink pucat. Idea sape ler tak taw! Gambor teman rakam dr rumoh mak Mr T. Depan gambor ni winter vege mertua.
Pepagi pas tido satu malam, teman ajak Timah turun. Masa tu beberapa ekor kucin jiran berkeliaran, lapor ler tu. Musim  luar dr musim panas, ramai jiran Mr T duduk bandor Akcakoca. Deme tinggalkan kucin-kucin deme. Ntah ngape deme suka mintak makan kat rumoh Mr T atau rumor mertua teman seberang jalan. Kak Emine sekali-sekala layan bagi makan. Walaupun tak bertuan berbulan-bulan, body deme tetap gebu-gebas!
Ni ladang jiran masa musim dingin bulan Februari. Tapi ada pokok yg tak dan-dan nak berbunga!
Biras teman si Nevin tengah petik herba nama maidonas utk buat tabur atas salad. Ni salah satu aktiviti lazim musim dingin - layan kebun sayur winter. Aktiviti berat takde, jadi kalau cuaca mengizinkan orang kampong usik kebun sesikit. Tu yg deme naik badan sebab keja berat takde utk 3 bulan! Kat bawoh tu rumoh amca (pakcik) Mr T.
Pagi pertama si Timah merasa kahvalti (sarapan) kampong yg disediakan oleh Kak Emine. Ada koy ekmek (roti kampong), roti simit yg dibeli. Kentang goreng, kofte daging, sirap buah anggur, jem buah tin, madu dan keju kampong. Si Timah telan mana yg mampu. Tapi kofte daging dan kentang tu memang kena selera kita ler kaann!
Lepas ziarah mertua (citer lain kali ya), teman heret si Timah lalu jalan menuju ke Sungai Deredebi. Nak sampai ke sungai tengok ladang hazelnut jiran, bergambor ler buat kenangan si Timah. Ladang nampak coklat kelabu sebab tu warna dahan dan ranting, daun ijau tak mandang. Deme tido 3 bulan ler!
Si Timah excited ler tengok anak sungai. Cantik ler sebab takde pembanguanan atau binaan di situ. Dia pun purak-purak memancing. Maklumlah dia nelayan Kuale Kugho, macam ketagih jer nak nangkap ikan.
Kami tido 2 malam jer di Kg Deredebi. Kami datang naik bas turun di bandar Akcakoca, menginap di rumoh anak tiri satu malam, baru ler ke kampong. Hari kedua Mr T datang dr Istanbul, jemput balik. Masa si Timah sampai kampong, salji dah cayor. Mujur ada salji kat beberapa buah kampong lain sepanjang hi-way. Mintak Mr T berhenti kereta, nak bagi si Timah pegang salji dan bergambor. Ada ler jugak kenangan dia bermain salji kaannn!
Antara menu Turki yang teman perkenal kat si Timah, pide atau pizza Turki....nyummm hok ada keju kasyar nih!