Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, August 26, 2012

SAWAH BENDANG NAN HIJAU VS PADANG PASIOR KERING KONTANG!

Romah di sebuah kampong di Kampong Gajah, Perak...otw balik ke Shah Alam.
Kat Hi-way mana ada!


Assalamualaikum dan Salam Ceria Syawal,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat belake-lake!

Teman udoh balik ke Shah Alam semalam. Alhamdulillah jalan tak jam, sebab ikut jalan lama. Getik nar kalau ikut hi-way...jam dan boring tengok ladang getah dan kelapa sawit ja!
Ikut jalan lama dapat gak tengok kampong-kampong, singgah masjid/surau yg luas, singgah gerai-merai beli satnika jajan, lepak-lepak...


...sejuk mata memandang sawah bendang.
Dah lama teman tak nengok sawah nih.
Ni kat Kg Gajah jugak.



Ater bila nampak gerai-gerai tepi jalan, nyinggah ler.
Kat Kuala Selangor ke, Tanjung Karang ke mana, teman kata,
"Hah apa tu diorang jual, moh tengok!" teman kabor kat drebar teman...adik teman ler.



Ohhh ni ropanya mentarang-mentadu, masak lemak atau rebuih cicah kicap cili, bawang sedapppp!
Malamnya keme rebuih dan cicah kicap, weeyyy manisss rasa dia!
Sekilo RM9.00.
Muroh ke mahei ni?


Go obersee jap:

Dulu tempat ni padang jarak padang tekukur (ada ke tekukur kat padang pasior?), ni dah ada 'perkampongan' kecik milik syarikat yg bina penjana letrik utk bandar Basra.
Lokasi ni yg Mr T pilih buat plant penjana letrik.
Tengah panas terik nih!



Ni ler ropa kilang penjana letrik yg Mr T urus bermola bulan Ramadhan.



Dalam pejabat Mr T kena buat koje admin.
Sekali-sekala dia terbang balik Istanbul dan pecut ke Ankara bagi laporan progress pada tuanpunya projek yg berpusat di Ankara. Dalam 48 jam dia pecut balik ke Basra.
Teman dengor pun letih!



Kontena tempat staf dan pekerja tingge.
Kalau takde air-con, mau rentung deme dalam tuh!



Waktu subuh ke ni, Yob?


Ni bukan Mr T yek!

Ahhh udoh tak berbaju!
Ni bulan Julai atau tengah Ramadhan, tengah summer.
Sekarang mungkin dah sejuk sikit.



Ahhh ni subuh ni sebab Mr T dah mola nak buat koje.
Mana gambor canteen/cafe Yob?
Isyyy teman nak nengok apa kome makan.
Tapi lazimnya deme ada Chef Turki masak utk deme.
Makan memang menu Turki dan mestilah best!
(Yob, nanti balik Istanbul tinggekan duit poket teman dalam lemari baju tau! Tiket bas ke Akcakoca belikan teruih).


Back to Malaya:

Raya kat romah mak.
Budak ni...budak nilah!



Cicit sulung mak, 3 tahun.
Dia hampir-hampir menenggelamkan anak kucing dalam aquarium! Teman memang seriau kalau ramai kekanak datang romah.
Ada jer projek deme buat!



Sedara-mara datang serbu romah nak jumpa Mak sebab Mak waris yg paling tua dalam keluarga kami.
Tulah seri orang tua dalam sesebuah keluarga.
Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia dan dimurohkan rezki pada Mak teman (82 tahun dah).
Aamiiinnn!



Mak buat 5 kilo Rendang Tok.
Teman bawak balik Shah Alam setengah kilo, setengah kilo rendang pedas, sebekas hati masak kicap dan sambal ikan bilis.
2-3 ari teman idak memasak ler!

Thursday, August 9, 2012

TEMAN UDAH MOLA HIDU GAM!, KARA ADAM TURKI DAN SELAMAT HARI RAYA KOME!!!


Apartment Mr T di Basaksehir, Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kan teman dah kabor aritu, posa-posa ni teman kureng blogging dan walking, maaf ler kalau teman jarang singgah blog kome.

Hari ni panah bebenor. Meh layan gambor yang sesejuk kan?
Satu hari dalam bulan Februari 2012, teman rasa bosan dok romah, ajak si Sumeyye buat Kara Adam.



Kami pilih port yg best depan blok kami.

"Kat sini!" teman kabor kat Sumeyye!

Kami pun mola longgok-longgok salji yg turun sejak 3-4 ari tak renti-renti.

Pastu ada anak-anak jiran datang tengok.
Kami pun ajak sekali join!



Pastu datang lagi 2-3 orang.
Kalau main memang suke ler deme.
Senang sikit koje teman nak buat Kara Adam yg tinggi macam Mr T!



"Apa yang penting, kejasama...apa yang penting kejasama!"
Dah ada kepala untuk Kara Adam teman.



Dalam 25 minit, siap Kara Adam teman, dengan bantuan Sumeyye dan anak-anak jiran!
Tak bape ensomlah Kara Adam ni, tak cukup aksesori!



Cakap pasa aksesori...dan menghidu gam...
Ater memang teman dah ketagih hidu gam ni!
Sejak minggu lepas teman kalut mereka-cipta cekak-cekik.
Memola saja buat main suka-suka, bila teman upload dalam FB, ramai pulak order.
Tu yang teman asyik hidu gam UHU, kasi lekat-lekit sama itu bunga-bunga.
Dah naik khayal dah nih!



Order
yg paling banyak ditempah oleh blogger Yong Salina Abdul Kadir, dari Kota Baharu.
Sapalah dia nak bagi, takkan dia ada anak lapan orang!
Ni untuk bagi kat pelajar-pelajar tahfiz kot.
Yong Salina ni menguruskan sekolah tahfiz.
Semoga Allah memberkati usaha murni beliau!


Gambar raya tahun lepaih...

Ahhh..hari Sabtu atau Ahad ni teman mola berangkat balik kampong nak beraya ya, InsyaAllah.
Kepada semua teman blogger, sahabat follower dan pembaca dan penyinggah, teman ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin!". Sila jemput ke romah emak teman di Kg Tengah, Parit, Perak.
Tanya romah Hajjah Wi di Jalan Tambang naa.



Meh usyar sandwich daging cured dari Istanbul, teman masak masa di Istanbul.
Blog akan berehat 2 minggu yaa.

Thursday, August 2, 2012

SELEPAS SUBUH DI KAMPONG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI.

Sesudah subuh...


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Alhamdulillah pagi ni ujan sikit kat Shah Alam, idak panah bebenor nanti.
Kang nak nyongket PKNS, Alam Sentral dan SACC.
Soping rayalah!
Teman jarang hapdet dan blogwalk dalam bulan posa ni, sebab mata cepat letih. Maaf pd rakan-rakan kalau teman tak sempat ziarah blog kome ya.

Satu subuh jenguk-jenguk kat luar tingkap rumoh Kak Emine.
Matahari main intai-intai celah bukit.
Ada refleksi kat tingkap rumoh Mr T ni.



Teman nampak si Karabas kat luor gate rumoh mertua. Teman pangge:
"Karabas...Karabas!!!"

Amboi pantang dipangge, teruih datang terkinja-kinja.
Tapi bila teman datang dekat amik gambor dia, dia malu, buat-buat pandang ke lain.
"Apa nak malu dengan Makcik ni Karabas. Bukan orang lain!"



Teman naik tangga nak ke dapur, amik ration untuk dia.
Bila jauh sikit baru dia berani tengok direct.
Tapi telinga dia jatuh...segan kot.
Ohhh masih ada nama Yong Asma, Ipoh mali, kat ataih salji tuh!



Teman pun campak seketui roti pada Karabas.
Teruih pongap, tak Bismillah...haisyyyy kamu ni!
Ohhh nama Yong Ummi Ross pun ada kat situ.
Selamat kembali dari umrah, Yong!



Matahari naik sikit.
Naik sikit jer kat ufuk dalam musim sejuk ni.
Nampak cerah.
Salji dah tak turun 3-4 ari dah.
Salji yg 4 ari lepas dekat takat lutut, dah mula cayor.



Ngapa serombong rumoh mertua tak berasap?
Deme belum bangun ke?



Van ekmek (roti) dari bandar Akcakoca datang jual roti.
Mak sedara Mr T beli 2-3 buku.
Van roti ni satu-satunya kenderaan yg tak kena ligan dengan si Karabas. Kenderaan lain sebesor lori pun dia gemor ngejor!
Tunjuk macho tak bertempat!



Lepas meroh susu Kara Kiz dan Sari Kiz, Kak Emine siapkan kahvalti (sarapan).
Ni bulan Februarilah...mana ada posa!



Ni lunch teman bila di Istanbul.
Jangan harap nak makan steak-metik kat Kg Deredebi.
Meh kome!
Ehhh...posalah pulak!