Moh Kite Follow Sesame...

Friday, July 9, 2010

Dhamondi Road FC, Dhaka.








Assalamualaikum dan Salam Hormat semua,


Bersempena dengan musim Piala Dunia FIFA 2010 ni, teman pun teringat satu peristiwa di mana teman menjadi 'pemain import' untuk sebuah geng bolasepak di Dhaka sekitar tahun 1994 gitu. Teman tak terfikir pun nak jadi pemain import ni tapi bila peluang terbuka, tanpa menjalani latihan intensif, terus teman diterima tanpa banyak soal.

Masa tu lebih kurang pukul 6:30 pagi tapi nampak dah cerah, namun tak ramai orang bangun atau melakukan aktiviti harian. Volunteer di rumah pejabat Service Civil International ni masih tidur, cuaca pulak sejuk nyaman. Teman lepas solat tak boleh tidor sebab dah tak ngantuk dan juga pasal terdengar suara-suara dan sorakan riang di luar tingkap. Bila teman pegi ke tepi tingkap ternampak 2 pasukan bolasepak sedang bermain dengan rancaknya di sebuah padang yang jarak 50 meter dari rumah pertubuhan kami. Teman pun berjalan keluar dari dorm yang menempatkan 6 orang sukarelawan wanita; buka pintu dan keluar berjalan ke arah padang permainan yang berpagar. Tak nampak insan lain pada waktu ni kecuali remaja-remaja yang sedang berentap main bolasepak ni dan sekumpulan kecil yang tak berapa jauh sedang bermain kriket.

Sampai di tepi padang dekat kedua-dua team ni, teman perhatikan remaja-remaja Bangla ni terdiri dari remaja berusia antara 10-17 tahun, ada yang pakai seluar pendek/panjang tapi kebanyakannya pakai lungi! Isyyy terernya deme menendang dan mengejor bola dengan berlungi jer! Maradona pun mesti tak boleh main pakai lungi. Apa natang lungi ni? Alaa kome ni, kain pelikatlah. Deme tarik kain tu yang depannya ke belakang lalu bawah kangkang deme, tarik ketat-ketat ke atas pastu bucu tu deme selitkan di pinggang belah belakang. Kalau deme tak ikat lungi tu macam tu, hee bahaya kalau jatuh tergolek! Seronok tengok deme gelecek, tackle, passing, sepak, tendang, sambil mengarah, menjerit, memaki lawan deme. Meriah gak dengor deme berkomunikasi dalam Bahasa Bengali ni.

Tetiba bola tu tersasar dan menuju ke arah tempat teman berdiri, 1 kaki jer dari teman, nyaris tak kena batang hidung! Teman sempat tampan dengan kaki kiri. Wah! tak sangka teman boleh tampan bola, tapi sebenornya teman dah biasa tendang-tendang bola ni dengan adik-beradik kat kampong dulu. Nasib baik teman pakai kasut Reebok, kalau tak mau bengkak kaki teman yang halus ni. Deme yang tak perasaan teman tadi bersorak dan bertepuk tangan.

"Kick, kick here...!" deme cakap orang putih kat teman. Nasib baik deme tau teman bukan pompuan Bangla. Teman pun bagi satu tendangan ala-ala Lampard, dooosyyy! Nak kata jauh tak jugak, nak kata dekat bolehlah. Deme pun berebut bola tu. Pastu ada yang pass bola tu kat teman pulak. Eh nak ajak aku main ke ni? Teman pun geleceklah. Bawak macam Mario Kempes (errr kome ingat ke lagi si Mario ni? Kalau tak ingat cuba cari dalam Youtube ke, kot ada). Sukanya deme tengok teman dribble! Teman pakai sepak jer, tak tau mana Argentina, yang mana Korea, lantak kome ler! Waah deme berebut bola yang teman tendang tadi. Ada yang angkat ibu jari kat teman! 'Macam bagus jer aku main,' teman fikir dengan perasannya. Oleh kerana deme bawak bola tu jauh ke tengah, idok ler teman nak kejor, masa tu semangat 'Kejor Yob Kejor!' belum meresap kat jiwa teman lagi.

Agak 20 minit, bila matahari dah mula memancar, remaja-remaja tadi mula berhenti main. Deme berlonggok dan berbual-bual. Teman dah mula duduk atas rumput sambil menyeranggung. Pastu 3-4 orang remaja ni berjalan ke arah teman, pastu disusuli semua remaja yang lainnya. Bila dekat dan tak berlari, nampat clear sikit rupa deme ni. Rupa deme ni sama jer macam Mat-Mat Bangla yang datang Malaysia (masa ni pekerja asing dari Bangladesh memang dah ramai datang mencari rezki di Malaysia). Kebanyakannya gelap tapi ada yang cerah-cerah kulit deme. Ada yang ala-ala Shah Rukh Khan!

"Where are you from?" sorang yang agak senior tanya teman. Teman jawab dari Malaysia. Oh Malaysia, my cousin is in Malaysia! My friend in Malaysia! My neighbour in Malaysia! Amboi semua nak bersogheh dengan teman pasal sedara-mara deme kat Malaysia!
"You like Bangladesh? Bangladesh beautiful?" sorang lagi tanya. Sepanjang teman ada kat Dhaka ni, teman perasan orang Bangladesh amat bangga dengan negara deme walaupun negara ni jauh dari segi taraf hidup berbanding dengan Malaysia. Jadi teman kata negara deme cantiklah tapi tak banyak tempat yang teman dapat ziarah sebab datang nak hadiri bengkel jer. Setakat hari tu, dah tengok bandaraya Dhaka sikit-sikit, wowww!

Oleh sebab tak mau miss breakfast di rumah SCI, teman minta deme posing untuk diambil gambar. Pasal bergambar memang deme suka. Teman perhati tak sorang pun pakai kasut bola atau kasut biasa. Ada yang berselipar atau berkaki ayam jer. Itulah dia semangat bolasepak di Dhaka, takde kasut dan hanya berkain pelikat pun boleh main dengan penuh semangat! Kalau team Malaysia main macam ni kan best!

No comments:

Post a Comment