Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, July 24, 2010

' I'll Be Watching You '



Every breath You take Every move You make Every bond You break Every step You take I'll be watching You Every single day Every word You say Every game You play Every night You stay I'll be watching You O can' t You see You belong to me How my poor heart aches with every step You take Every move You make Every vow You break Every smile You fake Every claim You Stake I' ll be watching You... Lagu oleh Sting and The Police

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Apa rasanya kalau kome selalu dihendap atau diekori setiap kali kome menjejak kaki ke luar rumah atau kediaman kome? Tak ponah rasa? Teman pun tak ponah rasa gak. Kena hendap dan diekori ni lazimnya dialami oleh film star atau pop star Hollywood atau di barat sana. Orang-orang belah sini jarang kita dengor kena stalked ni... eh ada, ada...baru teman ingat. Tu deme-deme yang minjam duit dari Ah Long dan Mak Long! Kalau bintang di Hollywood dapat surat cinta atau hadiah/cenderahati dari peminat taksub deme, orang yang kena hendap kat Malaysia ni 'peminat' deme antor cat merah yang disimbah depan rumah sebagai mesej rindu yang mem-
buak-buak supaya memulangkan apa-apa yang tuan rumah pinjam dari 'sedara-mara' deme ni dulu!
Walaupun glasnost dan perestroika telah diperkenalkan oleh Gorbachev pertengahan 1980an, dengan kesungguhan yang menarik perhatian dunia luar - polisi-polisi yang menganjurkan keterbukaan dan penyusunan semula sistem politik dan ekonomi Rusia ini - ia tidak memberi kesan yang banyak kepada pihak lain yang masih mencemburui sistem sosialis tertutup republik ini. Salah satu pihak yang masa ditapuk lama ialah badan perisik KGB atau Komitet gosurdastvennoy bezopasnosti. Pada deme ni, 'Ada aku kisah dengan glasnost masnot ni?' Deme ni masih suka kepoh dan spy menyepai unsur-unsur asing atau orang asing yang lepak di negara deme ni. Bukan nak salahkan deme ni, era Cold War belum berakhir dan sesuatu yang asing semua suspect!
Teman kena gak tempias kecemburuan KGB ni, nak kata perasan bukan, kebetulan pun bukan, tapi orang-orang yang teman syak sebagai perisik ni ada jer muncul bila teman tengah syok berinteraksi dengan rakyat 'biasa'...bila dikenangkan tak pasti pulak deme ni rakyat 'biasa'!
Senario #1 - setelah agak satu jam menganga pameran bekas Czar dan Czarina di istana deme dulu, sekarang muzium, (mak oi gaun deme mengerlip lip-lap dengan batu permata, kalau duduk mesti tercucuk bontot deme!), teman pun rasa mual gak. Punyalah mewah dan membazirnya raja dan kerabat Rusia ni jadi teman pun faham ngapa rakyat deme memberontak dan melancarkan revolusi. Puas berjalan dan berdiri, teman lari jap dari kumpulan pelawat teman dan menuju ke satu sudut. Adalah sorang makcik yang duduk di atas kerusi, teman jangka dia ni pekerja muzium sebab dia tak nampak macam pelawat. Sebagai sorang yang peramah teman pun senyum, dia pun senyum. Tau yang sorang ayam dan sorang itik teman pun tunjuk poskad yang memang dibawa dari Malaysia. Teman tunjuk poskad gambor buah-buahan dan pantai di Malaysia. Makcik ni, 'ohhh...ahhhh!' masa tatap poskad tu. Apa yang dia cakap taklah teman tau tapi macam kata, "cantiknyerrr..!' Tengah keme bermain-main tangan dan cakap macam katak, tetiba datang sorang Mamat bersuit gelap, MiB versi USSR! Sambil merenung pada teman dia pun menunjuk ke arah kumpulan pelawat saing teman tadi. Hisssyyy...potong stimlah Mamat ni. Orang baru nak sembang dengan rakyat local! Mata Mamat ni masih merenung teman, tajam gak menusuk kalbu. Teman pun beredarlah join group keme dengan berat hati. Makcik tu duduk tegak macam takde apa-apa yang berlaku.
Senario #2 - Selepas teman baca intipati kertas teman (tak boleh bentang sebab ramai yang tunggu giliran nak baca deme punya paper) dan serah paper teman pada sekretariat, teman pun cabut dari bilik mesyuarat. Dekat 3 jam dok dengor perdebatan, bukannya pembentangan, dari wakil-wakil India yang bertelagah sesama sendiri. Delegasi ni ada yang pro sosialis, jadi lantak kome ler! Teman keluar dan melilau di ruang legar hotel. Sambil melawat satu kiosk ke satu kiosk (ramai wakil buka kiosk dan meja mempamerkan flier, leaflet, katalog, buku, cenderahati dsb), teman berhenti di sebuah kiosk yang dijaga oleh dua lelaki Rusia. Ia mempamerkan buahan kering Rusia. Deme angguk-angguk kepala, teman senyum. Lalu teman pun tunjuk poskad buah-buahan dan pantai di Malaysia (eloknya teman jual poskad!). Deme berdua "ooohhh!" dan "ahhhh!" sambil menggelengkan kepala. Baru nampak orang Rusia tersenyum, sebelum ni tak nampak deme senyum. Sedang leka 'bersembang' tu, aleh-aleh muncul sorang Uncle di sisi teman.
"Hotel? Hotel?' dia tanya. Teman agak dia tanya hotel mana teman nginap.
"Salyut..." teman jawab. Dia pun bagi isyarat ikut dia ke luar hotel persidangan. Dia bawa teman ke tempat beberapa buah bas persidangan sedang tersadai. Sampai pada salah satu bas dia sebut, "Salyut." Pahamlah teman dia suruh naik dan dok tunggu dalam bas. Hampeh!
Sebenarnya ada lagi beberapa senario teman rasa diekori oleh lelaki dan pompuan durjana ni, tapi teman catat dua peristiwa dulu. Bila teman dengor lagu Sting ni, teringat teman kena pantau dan diekori ketika di Moscow walaupun teman bukan Britney Spears atau Julia Robert. Sigh...!


Sunday, July 18, 2010

Ragam Wanita-Wanita Malaysia Yang Sengal!

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Sepanjang persidangan Women For A Meaningful Summit tu, ada jugak beberapa side-show yang pihak penganjur buat sama ada di dewan besor, di luar dewan, kat lobi hotel, atau luar hotel, sebelum, sewaktu dan selepas persidangan, untuk diperaga atau dipamer pada para delegasi atau pemerhati conference tu. Delegasi yang datang dari seluruh dunia ni kabornya lebih 2 ribu orang! Teman pertama kali sampai dah macam blur dik ramainya manusia bergerak, mundar-mandir, mencari, berlonggok, bergaul, berinteraksi, ber...macam-macam lagi. Yang ramai ni tak termasuk pihak keselamatan beruniform, dan yang tak beruniform. Ejen-ejen KGB pun bersepah-sepah, kita boleh cam, (itu belum termasuk lagi Mat-Mat spy CIA, MOSSAD, PLO dan yang segerombolan dengannya). Senang jer nak detect deme ni, tengok pada body language deme, walaupun deme berusaha nak buat low profile. Tengok pada baju suit dan air muka deme dah kenal. Tapi itu yang kita boleh detect, yang kita tak boleh detect entah ramai lagi - yang mungkin dok intai balik dinding; tersepit balik pintu; mencangkung bawah kerusi; meniarap bawah carpet; mana tau...isssyy ni teman terlampau banyak baca novel Frederick Forsyth nih!
Takpe kita jangan fokus sangat fasal Mamat-Mamat KGB ni (bukan hensom sangat pun, kalau hensom nak gak teman minta nombor telefon, tapi deme tak faham pulak bahasa Inggeris, bila teman tanya, "Do you speak English?", tanpa kerdip mata atau senyum menawan, "Nyet!" dia jawab. Tak mesra pelanggan langsung deme nih!) Teman nak sembang sikit pasa beberapa orang delegasi orang kita ler, bukan ramai pun , adalah 6 orang termasuk hambamu ni. Nak tau, dari negara Asia Tenggara, hanya orang Malaysia, Thailand, Vietnam yang dijemput atau hantar wakil. Tak tau pulak teman kenapa Indonesia tak datang. Singapura gerenti tak sior nak pegi, sebab takde hubungan diplomatik kot masa tu (1986). Masa ni walaupun Malaysia dan USSR ada hubungan diplomatik, tak ramai rakyat Malaysia yang pegi Rusia ni, kecuali ada urusan rasmi. Melancong atau melencong tak buat dik orang. Keme yang dijemput khas ni pun, siap cop VIP pada bagasi keme ni, deme simpan paspot keme, hampeh! Kami berenam jer yang ada taraf VIP ni, tak tau kenapa. Delegasi dari Pakistan dan India (mak oi ramai deme ni) yang sekapalterbang dengan keme takde pulak dapat tag VIP. Spesel bebenor hubungan Malaysia-Rusia ni masa tu kome.
Melencong lagi teman ni. Maaf yer, teman kekadang terimbau akan kenangan semasa berhura-hara di Moscow ni. Banyak peristiwa manis teman lalui tapi dalam entry ni nak citer peristiwa yang kurang manis. Satu tengah hari masa keme tunggu beratur (beratur lagi...) nak masuk ke ruang pameran barang kemas dari amber, (ni salah satu side-show atau program untuk delegasi) kami geng dari Malaysia ni sembang pasal barang kemas. Taulah orang pompuan kalau dah berlonggok tau nak sembang jer - pasal keluargalah, rumahlah, tapi yang deme paling suka sembang ialah pasal barang kemas, baju, kasut, cadar, handbag dan yang seumpamanya. Jadinyer dari bab barang kemas, 3 orang wanita Malaysia ni (yang lagi sorang novelis terkenal entah sesat barat kat mane pun tak tau) borak pulak pasal kereta. Macam mana tersasul ke bab kereta teman kurang pasti.
"I guna Merc pegi ofis...kalau nak balik kampong kami naik BMW," kata makcik dari parti India ni. Oh, abis kalau you gi your kawasan? Haa dia ni ADUN kat Pulau Pinang ropanya!
Italic
"Kalau lawat kawasan I bawak jeep!"
Pastu yang makcik dari parti Melayu ni pulak tak mau kalah:
"I bawak Honda bila gi pasar; kalau hubby I gi kawasan we all guna 4WD, masuk kampong kan... gi keja I pakai Merc; kalau balik kampong kami gunalah..." (actually teman pun tak ingat jenama kereta dia nih...).
"Oh you ada 4 kereta, I pun ada 4 biji, tapi ingat nak tukar jeep tu, old oredi!" tambah makcik yang memanjang pakai baju Bollywood dia.
Teman dan 2 rakan Malaysia ni dengor jer. Yang sorang tu gila amik gambor, klik sana, klik sini; yang lagi sorang mewakili Trade Union tak banyak cakap, mungkin sebab dia ada sebiji keta jer. Teman dengor jer, bukan sebab takde kereta, tapi heran dengor makcik-makcik ahli politik ni berlawan citer pasal kereta-kereta deme.
Gini, di Rusia setinggi manapun jawatan kome (kecuali yang ada jawatan sedap dalam KGB ka atau ada kedudukan dalam Politburo ka), tak merasalah kome nak pakai motosikal, apa lagi kereta Lada! Tak mampu Yob! Makcik KGB Dr Ludmilla penterjemah kami (saja teman gelor dia Mother KGB di belakang dia, percaya ke dia ni semata-mata profesor kat universiti?) tu pun dok flat kecik dan takde pun sebijik kereta. Kereta Lada pun tak mandang (itu yang dia kabor ler). Rupanya dia dengor semua perbualan makcik-makcik ahli politik kite ni.
"Ohh...sukar sekali saya mendengar! Mereka ada banyak mobil! Kenapa perlu ada hingga 4 buah mobil?" keluh Dr Ludmilla dalam loghat Indonesinya pada teman. Masa tu baru teman terperasan akan perbezaan taraf hidup di antara rakyat di negara komunis dan kita yang berada di negara kapitalis. Malu jugak teman dengan sikap gedik 2 orang rakan kami tu. Tak manis rasanya kita bercerita fasal barangan pengguna yang mewah di hadapan pengguna yang tiada kelebihan macam kita ni.
Teman nak kata apa? Dalam hati hanya boleh kata, "Sengal punya ahli politik!"
Nota kaki: Makcik Bollywood segera balik Malaysia tanpa peduli trip ke Leningrad sebab berebut nak bertanding jawatan tertinggi dalam parti dia. Namun, apakan daya beliau kalah! Tulah, jangan gedik sangat kat orang yang kurang berada!

Thursday, July 15, 2010

Moh Singgah Negara Sosialis Jap!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Satu hari teman dan seorang lagi wakil dari Malaysia nama Salmah berjalan balik ke penginapan kami, Hotel Salyut (nama hotel diambil sempena nama roket deme ler). Paginya kami hadiri perbincangan di commission yg keme pilih, teman pilih Alam Sekitar. Lepas makan tengah hari, bas persidangan bawa wakil-wakil ke hotel memasing (hotel ada 2-3 buah, dah perwakilan ramai, sampai dua ribu orang lebih!) Telinga teman dah berdengung dengar memacam presentation dan debat oleh wakil-wakil dari berbagai negara, ada yang dari negara komunis dan ada dari negara demokratik. Wakil yang paling bising ialah dari India dan Amerika sebab deme memang suka bercakap. Rasa nak balik hotel jugak...kalau tak balik kang, bila masa nak solatnya, mana nak rehatnya.

Keme berjalan kaki sikit sebelum sampai ke hotel. Agak tak jauh dari kawasan hotel, keme ternampak sekumpulan orang ramai sedang berlonggok dan beratur. Hmmm beratur lagi! Sejak keme sampai di bandar Moscow ni 2 hari sebelumnya, pemandangan sekumpulan penduduk beratur dah berlonggok jadi biasa. Mula-mula nampak, teman dan perwakilan lain tertanya-tanya apa yang deme buat Q tu. Macam ada benda yang menarik jer...



Ketika era Perang Dingin, negara-negara komunis waktu tu memang 'suci' ideologinya. Maksud teman, kalau dah komunis semua dilayan sama rata, sama rasa, takde miskin atau kaya, atau middle class macam sekarang. Kononnya fahaman sosialis ini mahu kesamarataan utk semua rakyatnya. Antara akibatnya dari kesamarataan ini, segala bentuk keperluan dan perkakasan utk pengguna (rakyat marhaen), dicatu. Semua orang atau hampir semua rakyat dapat apa yang dia nak cuma nak dapatkan keperluan ni susah dan terhad. Deme bukan boleh sesuka jual atau beli barang sebab memasing takde tanah atau bisnez sendiri. Semua dibuat secara berkelompok atau koperasi.

"Apa orang ramai tu buat beratur...?" teman tanya Ludmilla penterjemah utk delegasi Malaysia.

"Oh...mereka ingin membeli barang," jawab Ludmilla dalam Bahasa Indonesia yang fasih.

Barang apa ya. Teman dan Salmah menuju ke arah orang ramai ni yang terjengah-jengah nak lihat apa yang ada di barisan paling depan. Deme orang Rusia ni tenung keme yang berpakaian pelik. Keme berdua berbaju kurung tapi Salmah cam normal, teman ni yang tak normal pada deme sebab pakai kain tutup kepala. Yalah masa tu orang yang lazimnya pakai kain kat kepala ni rahib-rahib Kristian. Pulak tu deme ni dah lama tak jumpa rahib, mandang langsung dah beberapa tahun! (Mandang= takde, cakap orang Perak).

Dengan kepohnya keme berjalan ke depan nak tengok apa buat deme beratur panjang tu. Bila sampai ke barisan depan, teman nampak seorang lelaki agak gempal tengah menimbang timun. Err...timun punya pasal 25 orang tua, muda dan kekanak beratur penuh setia dan sabor? Laa ingatkan nak beli daging ka, ayam ka, strawberry ka...ni timun! Teman rasa heran gak. Mesti ada sebab deme beratur dengan sabar hanya semata-mata untuk mendapatkan beberapa biji timun.

Kehairanan teman terjawab bila Ludmilla buat penjelasan lanjut.

"Di sini kalau kami nampak orang beratur atau berkumpul, kami terus ikut beratur tanpa banyak songeh, itu jer peluang yang kami ada untuk mendapatkan barang keperluan," cerita Ludmilla lagi.

Ludmilla ni pun bukan sebarangan orang. Dia ada PhD tapi teman lupa dalam bidang apa. Dia pun sama macam pengguna lain seperti pekerja pejabat, guru, pekerja kilang, posmen dsb. Sama-sama beratur dan berkumpul bila ada jualan di tepi jalan atau di kawasan lapang. Beratur dulu baru tanya apa yang dijual. Beli pun tak boleh banyak, hanya secukup untuk keluarga yang kecil. Keluarga Rusia masa tu memang kecik, 1-2 orang anak jer sebab rumah deme kecik dan gaji pun kecik.

Tu dia, dok negara komunis yang paling power dalam dunia, nak beli barangan keperluan, walaupun sejenis, kena beratur.

"Takde jual kat kedai ke?" teman tanya dengan sengalnya. Memang teman tau dok negara komunis barang tak mewah dan melimpah ruah, tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, macam jadi blur pulak. Kedai ada tapi supply terhad kata Dr Ludmilla. Hari ni timun ada, esok munkin kentang, lusa tak tentu lagi, tulat mau deme jual kobis pulak. Siap spare bakul jer lah pegi memana pun!

"Supermarket?"

"Supermarket ada tapi ramai tak mampu beli kat situ. Yang ramai pegi berbelanja di supermarket adalah orang asing," jelas Dr Ludmilla. Teman terpegun jugak dengar kesukaran pengguna di negara sosialis ni. Ni negara besar kome, USSR/CCCP, tapi rakyat dia tak mewah walaupun deme ni dah hantar banyak roket ke angkasa lepas! Yalah kan deme kata semua orang setaraf, takde miskin atau kaya, semua orang dapat makan. Memang ya pun semua orang takde yang lapar kot. Tengok pada pompuan Rusia, mana yang 35 tahun ke atas semua berat-berat belaka, makin berumur makin besar badan deme. Deme makan banyak benda-benda yang menggemukkan dan mengenyangkan jadi badan deme mengembanglah. Dr Ludmilla ni pun kalau masuk WWF Smackdown layak tu!

Jadi teman pun berasa insaflah dan lebih bersyukur dengan kemewahan yang kita ada kat negara demokratik kita nih - nak cabai, kicap, budu, belacan, tempoyak, cincalok, lengkuas, tempeh - semua ada dan boleh dibeli bila-bila masa tanpa had dan curfew, janji ada pitih!

Friday, July 9, 2010

Dhamondi Road FC, Dhaka.








Assalamualaikum dan Salam Hormat semua,


Bersempena dengan musim Piala Dunia FIFA 2010 ni, teman pun teringat satu peristiwa di mana teman menjadi 'pemain import' untuk sebuah geng bolasepak di Dhaka sekitar tahun 1994 gitu. Teman tak terfikir pun nak jadi pemain import ni tapi bila peluang terbuka, tanpa menjalani latihan intensif, terus teman diterima tanpa banyak soal.

Masa tu lebih kurang pukul 6:30 pagi tapi nampak dah cerah, namun tak ramai orang bangun atau melakukan aktiviti harian. Volunteer di rumah pejabat Service Civil International ni masih tidur, cuaca pulak sejuk nyaman. Teman lepas solat tak boleh tidor sebab dah tak ngantuk dan juga pasal terdengar suara-suara dan sorakan riang di luar tingkap. Bila teman pegi ke tepi tingkap ternampak 2 pasukan bolasepak sedang bermain dengan rancaknya di sebuah padang yang jarak 50 meter dari rumah pertubuhan kami. Teman pun berjalan keluar dari dorm yang menempatkan 6 orang sukarelawan wanita; buka pintu dan keluar berjalan ke arah padang permainan yang berpagar. Tak nampak insan lain pada waktu ni kecuali remaja-remaja yang sedang berentap main bolasepak ni dan sekumpulan kecil yang tak berapa jauh sedang bermain kriket.

Sampai di tepi padang dekat kedua-dua team ni, teman perhatikan remaja-remaja Bangla ni terdiri dari remaja berusia antara 10-17 tahun, ada yang pakai seluar pendek/panjang tapi kebanyakannya pakai lungi! Isyyy terernya deme menendang dan mengejor bola dengan berlungi jer! Maradona pun mesti tak boleh main pakai lungi. Apa natang lungi ni? Alaa kome ni, kain pelikatlah. Deme tarik kain tu yang depannya ke belakang lalu bawah kangkang deme, tarik ketat-ketat ke atas pastu bucu tu deme selitkan di pinggang belah belakang. Kalau deme tak ikat lungi tu macam tu, hee bahaya kalau jatuh tergolek! Seronok tengok deme gelecek, tackle, passing, sepak, tendang, sambil mengarah, menjerit, memaki lawan deme. Meriah gak dengor deme berkomunikasi dalam Bahasa Bengali ni.

Tetiba bola tu tersasar dan menuju ke arah tempat teman berdiri, 1 kaki jer dari teman, nyaris tak kena batang hidung! Teman sempat tampan dengan kaki kiri. Wah! tak sangka teman boleh tampan bola, tapi sebenornya teman dah biasa tendang-tendang bola ni dengan adik-beradik kat kampong dulu. Nasib baik teman pakai kasut Reebok, kalau tak mau bengkak kaki teman yang halus ni. Deme yang tak perasaan teman tadi bersorak dan bertepuk tangan.

"Kick, kick here...!" deme cakap orang putih kat teman. Nasib baik deme tau teman bukan pompuan Bangla. Teman pun bagi satu tendangan ala-ala Lampard, dooosyyy! Nak kata jauh tak jugak, nak kata dekat bolehlah. Deme pun berebut bola tu. Pastu ada yang pass bola tu kat teman pulak. Eh nak ajak aku main ke ni? Teman pun geleceklah. Bawak macam Mario Kempes (errr kome ingat ke lagi si Mario ni? Kalau tak ingat cuba cari dalam Youtube ke, kot ada). Sukanya deme tengok teman dribble! Teman pakai sepak jer, tak tau mana Argentina, yang mana Korea, lantak kome ler! Waah deme berebut bola yang teman tendang tadi. Ada yang angkat ibu jari kat teman! 'Macam bagus jer aku main,' teman fikir dengan perasannya. Oleh kerana deme bawak bola tu jauh ke tengah, idok ler teman nak kejor, masa tu semangat 'Kejor Yob Kejor!' belum meresap kat jiwa teman lagi.

Agak 20 minit, bila matahari dah mula memancar, remaja-remaja tadi mula berhenti main. Deme berlonggok dan berbual-bual. Teman dah mula duduk atas rumput sambil menyeranggung. Pastu 3-4 orang remaja ni berjalan ke arah teman, pastu disusuli semua remaja yang lainnya. Bila dekat dan tak berlari, nampat clear sikit rupa deme ni. Rupa deme ni sama jer macam Mat-Mat Bangla yang datang Malaysia (masa ni pekerja asing dari Bangladesh memang dah ramai datang mencari rezki di Malaysia). Kebanyakannya gelap tapi ada yang cerah-cerah kulit deme. Ada yang ala-ala Shah Rukh Khan!

"Where are you from?" sorang yang agak senior tanya teman. Teman jawab dari Malaysia. Oh Malaysia, my cousin is in Malaysia! My friend in Malaysia! My neighbour in Malaysia! Amboi semua nak bersogheh dengan teman pasal sedara-mara deme kat Malaysia!
"You like Bangladesh? Bangladesh beautiful?" sorang lagi tanya. Sepanjang teman ada kat Dhaka ni, teman perasan orang Bangladesh amat bangga dengan negara deme walaupun negara ni jauh dari segi taraf hidup berbanding dengan Malaysia. Jadi teman kata negara deme cantiklah tapi tak banyak tempat yang teman dapat ziarah sebab datang nak hadiri bengkel jer. Setakat hari tu, dah tengok bandaraya Dhaka sikit-sikit, wowww!

Oleh sebab tak mau miss breakfast di rumah SCI, teman minta deme posing untuk diambil gambar. Pasal bergambar memang deme suka. Teman perhati tak sorang pun pakai kasut bola atau kasut biasa. Ada yang berselipar atau berkaki ayam jer. Itulah dia semangat bolasepak di Dhaka, takde kasut dan hanya berkain pelikat pun boleh main dengan penuh semangat! Kalau team Malaysia main macam ni kan best!

Monday, July 5, 2010

Corat-coret Puttalam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry kali ni teman nak catat cerita-cerita ringkas yang teman alami sepanjang bertugas di Kem Puttalam.


Kisah #1 - Sewaktu teman dan Sophie (dari Belgium) naik dari mandi sungai satu petang dan dalam perjalanan menuju ke rumah volunteer lebih kurang 200 meter, kami bertembung dengan Uncle Pratap dari Kathmandu, Nepal. Kami gelar dia uncle sebab dia volunteer yang paling senior berusia lebih kurang 48 gitu. Bila berselisih teman menegurnya,

"Uncle dah mandi? Uncle mandi kat mana...tak pernah nampak kat sungai."

Uncle Pratap sekadar mencemekkan muka dan menggelengkan kepala.

"Saya tak mandi..." dia jawab.

"Habis Uncle mandi kat mana?" Sophie tanya. Sophie ni kepoh banyak orangnya.

"Saya tak pernah mandi kat sini" jawab Uncle, rendah jer suara dia. Sophie pandang teman, teman pandang Sophie. Si Kepoh soal lagi,

"Why...?"

"Err, masa kita naik bas ke sini hari tu, kita lalu hulu sungai ni kan...saya nampak orang mandikan 5-6 ekor gajah dalam sungai," cerita Uncle.

"So...?" balas Sophie lagi.

"So, saya gelilah nak mandi sungai yang ada kotoran dan daki gajah-gajah tu!" kuat sikit suara Uncle pada kami. Bodoh ke perempuan berdua ni, mungkin itu fikirnya.

Mulut Sophie ternganga, nak tanya lagi atau tercengang teman kurang pasti. Uncle renung kami, nak cabar kami tanya lagi kot. Nak debat tak boleh, dia lebih tua dari kami.

"Ok, see you later..." kami kata akhirnya. Kami terfikir gak apa yang dia cakap tadi. Kemudian Sophie mengangkat lengannya dan menghidu-hidu.
"Do I smell like an elephant?" soalan lawak dari Sophie.
"Ada sikit-sikit...'' jawab teman. Keh..keh..keh!

Kisah #2 - Teman baru jer abis mandi sungai sorang diri. Lazimnya teman mandi dulu supaya ada privacy, terpaksa cari spot yang ada pokok, terlindung sikit. Masa naik ke tebing, teman nampak ada 8-10 orang dari sebuah keluarga kot sedang berkelah tepi sungai ni. Teman terpaksa lalu dekat tikar deme tu. Terdapat beberapa orang wanita, lelaki dan kekanak. Deme pandang ke arah teman jadi teman pun senyumlah. Bila teman senyum, sorang perempuan bersari biru pun senyum ajak duduk. Teman berhenti kejap tengok apa yang deme makan - nasi dan lauk-pauk macam kita juga, tapi laksa, meehoon takde ler. Teman dengan muka tak malu pun duduk sama. Yang lelaki, mungkin suami atau bapak deme cuba buat modest, fokus ke nasi jer. Kekanak macam biasa dok perhati kita atas bawah. Siap bagi pinggan sebelum teman sempat kata, "Tak pe, terima kasih..." Teman pun tak tau deme ni faham tak BI, teman gerenti tak tau Bahasa Tamil. Tapi ada sorang lelaki muda tanya teman asal dari mana. Teman kata Malaysia. Dengar jer Malaysia, perempuan tadi kata, "Kami Melayu, makan..makan!'' Nasib baik teman tak tercekik nasi. Ada orang keturunan Melayu kat Puttalam ni? Sambil-sambil makan ikan dan sayur yang lazat deme bawak dari rumah (setelah berhari-hari makan vegetarian, oh ikan...ikan, my darling!), teman pun sogheh-sogheh dengan deme ni macam mana boleh tersadai kat Sri Lanka. Rupa-rupanya beberapa jenerasi dulu, datuk nenek deme pernah dibawa oleh penjajah Belanda ke Ceylon (nama lama Sri Lanka) sebagai orang buangan, kalau tak silap teman. Ni macam kes orang Melayu di Afrika Selatan. Tetapi deme kat Sri Lanka ni dah tak berapa praktikkan bahasa Melayu jadi BM deme ni macam cukup-cukup makan, itu pun dicamporaduk dengan bahasa deme ler. Alhamdulillah kenyang teman tengah hari tu dapat makan homecooked food yang lazat dan berjumpa dengan bangsa serumpun nun di kawasan tandus Puttalam.
(Nota: Keluarga ni bukan pelarian, deme tinggal di bandar Puttalam, datang ke sungai utk berkelah dan mandi-manda).

Kisah #3 - Satu pagi teman dan Sophie berjalan kaki menuju ke kem pelarian lebih kurang 3 km jauhnya. Sambil berjalan kami berborak dan bergurau. Dari arah depan kami lebih kurang 20 meter, 2 orang remaja pelarian lelaki sedang berjalan santai. Agak-agak 10 meter nak dekat kami, tetiba kedua-dua remaja ni macam tergamam, lepas tu deme tertunduk-tunduk dan kejap berbisik-bisik. Teman pun hairan kenapa. Kemudian deme buat U-turn tapi berhenti, berdiri tercegat tepi jalan. Teman toleh tengok Sophie, eh...takde makcik ni, mana dia? Teman toleh belakang rupanya dia tertinggal 2 meter di belakang teman. Dia sedang terkial-kial menarik kain sarong dia yang terlondeh paras kaki. Rupa-rupanya semasa berjalan tadi dia tak sedar kain dia terlucut ke bawah dan dia selamba berjalan dengan seluar dalam dia! Tu yang 2 remaja tadi ternampak dan tersipu-sipu malu. Selama duduk di sini ada volunteer Eropah berpakaian ala orang tempatan, termasuk Sophie yang pakai kain sarong. Entah macam mana dan dari siapa dia belajar ikat kain tu, boleh longgar dan terlondeh. Tapi minah ni selamba jer mengikat kain dia dengan lebih kuat, sambil tergelak-gelak dia sambung bersaing dengan teman. Remaja 2 orang tadi masih senyum tersipu-sipu tapi menundukkan pandangan deme. Teman tak kata apalah, nak buat macam manakan, dah nak accident!
Setelah berada di Kem Puttalam beberapa hari dan berjaya menyiapkan kerja-kerja baikpulih pondok-pondok untuk beberapa orang balu, semua volunteer antarabangsa dan tempatan balik semula ke tanah tinggi Kandy menyambung workcamp bertajuk Conflict Resolution untuk beberapa hari lagi. Selamat tinggal saudara-saudaraku di Kem Pelarian Puttalam semoga anda kini kembali ke kampong halaman masing-masing dengan selamat.

Friday, July 2, 2010

Insan dan Peristiwa Di Puttalam Camp

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Mungkin ada yg tertanya apasal teman rajin (sibuk-sibuk) sesangat pegi jauh nak tolong orang? Jawapannya: Sebab teman memang rajin!
Gini, sama jugak orang pegi melancong ke luar negara, dia berbelanja, menikmati suasana baru, berkenalan, belajar dari aktivitinya tu. Teman dan rakan-rakan seangkatan pun buat semua tu jugak tapi ditambah dgn kena buat keja sikit dan berbincang. Sama seperti dgn kerajaan kita menghulur bantuan kemanusiaan ke Indonesia, India, Bangladesh, Bosnia, Filipina ke bila deme ditimpa malapetaka atau bencana alam; kita di peringkat individu pun samalah cuma kita beri tenaga dan masa. Kalau ikut masa, ada aktiviti sukarela ni sekadar short-term 5-7 hari, atau sebulan dan ada juga yang lama 3-6 bulan atau 12 bulan. Bergantung kpd keperluan NGO yang meminta dan keupayaan dan kemampuan kome ler.
Berbalik dgn aktiviti harian di Puttalam, teman perhati pelarian ni tabah menghadapi musibah yg deme alami bertahun-tahun dah. Ada yg kata dah merempat di situ lebih 8 tahun. Menurut cerita deme, satu malam gerombolan Tamil Tigers masuk kampong deme dan beri katadua "Kami bagi awak masa...ok, sekarang juga keluar, kalau tidak, meninggal!" Err itu dialog teman jer, tapi kalau geng-geng macam Tamil Tigers ni, dialog dia mesti lebih agresif dan dramatik. Jadinyer berbondong-bondong orang kampong di utara Sri Lanka ni meninggalkan kampong halaman tanpa sempat membawa harta benda kecuali apa yg ada di badan. Bayangkan kita diperbuat cam tu tengah malam buta!
Walaupun kem ni sebuah kem pelarian, ada jugak deme bina sekolah dan surau dan terdapat juga kedai runcit. Tapi kalau deme nak guna fasiliti kerajaan ada terletak di bandar tapi jauh kena naik bas yang berhimpit-himpit. Di sini tak ada bekalan air dan letrik. Nak dapatkan air tunggulah lori tangki yang datang setiap dua tiga hari. Ada jugak pelarian wanita ni datang ke rumah/pusat sukarela kami ambil air telaga. Kesian, jauh juga deme ni berjalan bawak bekas air bubuh atas kepala.

Kaum lelaki di sini kebanyakan bekerja di bandar Puttalam naik bas atau basikal atau bekerja sendiri apa yang patut. Dari pendapatan yang deme dapat tu deme buat belanja utk ahli keluarga, terutamanya pakaian dan makanan. Walaupun dah bertahun dok di kem, takde sesiapa yang berikhtiar membuat rumah yang lebih tegap dan besar, mungkin deme tak jangka menjadi pelarian sebegitu lama. Kaum wanita mengurus pondok, mengasuh, memasak, mencari kayu api, angkut air dan satnika koje. Anak-anak lelaki deme hantar ke sekolah di bandar tapi teman diberitau ramai anak-anak perempuan tak pegi sekolah. Deme ni koservatif sikit, anak-anak perempuan tak boleh menyongket ke sana ke mari (macam teman kot). Agak-agak lepas baligh terus nikah. Yang pemuda pun kawin muda jugak, 20-24 tahun dah berumahtangga.
Kalau kanak-kanak, punyalah ramai, mengeronyot! Comel-comel jugak. Berkeliaran ke sana kemari tengah-tengah panas, badan berdebu deme ni tapi takde penyakit kulit. Tapi ramai yang berkutu, biasalah kekanak. Yang besor sikit jaga adik yang kecik, dukung ke sana kemari sementara mak deme sibuk buat koje. Kesian deme, celik-celik mata tengok rumah dalam kem. Rumah atau pondok deme ni berlantaikan tanah. Oleh sebab iklim di sini kering, tanah dia keras jadi taklah berselut atau bonyeh dalam pondok ni, dan bersih bersapu.
Bila teman jenguk dalam sebuah pondok, sorang anak gadis sekitar 12 tahun tarik tangan ajak masuk. Memula segan, takut mengganggu. Tapi bila emak dia yang kat dapur nampak terus dia ajak masuk, "Mari, masuk..masuk!" Kemudian si emak memanggil seseorang dan cakap sesuatu. Lepas tu sibuk dia membentang tikar mengkuang dan suruh teman duduk. Beberapa kekanak sibuk mengintai tersengih-sengih. Teman senyum, si emak senyum, memasing tak tau bahasa yg lain. Beberapa minit kemudian sorang budak lelaki datang bawa 2 botol minuman. Laa rupanya si emak suruh beli minuman botol di kedai. Tersentuh hati teman. Insan yang dihalau dari kampong halaman sehelai sepinggang, dan hidup sebagai pelarian, masih ada sifat-sifat mulia seorang Muslimin - merai dan menjamu tetamu. Rasa sebak dan insaf teman masa tu. "Minum..minum Kholima," pelawa si emak. Sebenarnya sejak hari pertama teman datang ke kem ni, nama teman dah glamer di kalangan kanak-kanak di sini. Habis dijaja nama tu satu kem. Teman pun hairan kenapa. Salah sorang volunteer Sri Lanka jelaskan, "Mereka tak pernah atau jarang dapat jumpa volunteer wanita Muslim. Volunteer Eropah selalu datang sini. Itu sebab mereka excited bila jumpa awak." Oh gitu citernya...