Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 14, 2010

Pemanis Labu dan Hazelnut

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat Al-Mubaraq!
Kata orang ''Jauh berjalan luas pandangan.'' Teman pun setuju dengan kata-kata orang tua-tua ni, bijak deme mengungkap dan memilih kata-kata ni. Teman rasa bangsa Melayu antara bangsa yang pandai menggunakan bahasa yang halus dan dalam makna dan falsafahnya...tabik!
Dari kata-kata tu, teman nak kaitkan dengan pengalaman teman jauh berjalan ni. Dalam banyak-banyak berjalan kita mesti alami aktiviti makanan. Cakap pasal makan, ni satu isu yang ghairah dibincang oleh rakyat Malaysia. Bila sebut nak ke luar negara, deme mula tanya, "Sana nak makan apa? Apa boleh dimakan? Mahal ke? Halal tak..." dan pelbagai persoalan yang relevan dan juga yang remeh-temeh deme kemukakan.
Fasal maha ke, halal ke, tu panjang isu dia, boleh buat artikel dan buku. Lain kali kita bincang fasal tu di waktu yang lain yer? Jadinyer, teman hanya nak berkongsi satu kisah biasa tentang makanan yang biasa kita makan di Malaysia dan di beberapa negara lain iaitu labu.
Di kampong mak mertua teman di daerah Laut Hitam nun, subur kawasan dia. Banyak hasil tanaman yang deme tanam antaranya buah-buahan, hazelnut, teh, dll. Tapi yang tu kena entry lain, panjang gak kisahnyer. Je teman nak citer pasal labu ni. Ada satu resepi biasa deme buat, bila musim labulah, iaitu labu rebus ditabur kacang hazelnut tumbuk. Simple jer deme buat. Pas potong-potong, deme rebus guna ayor sikit jer, tutup periok, rebus lama sampai lembut. Labu deme semua pun lembut-lembut dan warna oren. Deme boh banyak gak gula, sebab direbus lama, ayor gula tu meresap dalam labu tu.
Bila dah lembut, masuk dalam bekas, pinggan ke, talam ke, besen ke, ikut jumlah labu tu, deme pun tabur dengan hazelnut yang dah ditumbuk atau blender. Tulah antara resepi pemanis bangsa deme ni. Suka bebenor deme ni makan pemanis yang kuat manisnyer. Tapi tak boleh lawan lagi satu pemanis deme - Baklava! Sapa yang kencing manis, tengok jer ye, tak boleh makan, boleh penin!
Sekian resepi kali ni, labu ditabur kacang hazelnut. Kalau nak sedap, kita boleh guna gula kabong dan daun pandan bagi wangi. Yesss...inovasi kome, inovasi! Selamat mencuba!!!

3 comments:

  1. kak, kat trengganu 0r kelantan...ni dinamakan sira labu...cuma x taruk hazelnut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong, jauhnya gostan dia komen. Tulah kita boh ayor gula meroh kan. Tp kalau kita tabur hazelnut atau walnut mesti sedap, kaaan!

      Delete
  2. teringat plak sengkuang yang boh otak udang boh kacang tu..tapi tak manis le..:)

    kalau nak tenangkan hati makan labu-ustaz kazim..
    masa nabi nuh dimuntahkan dr perut ikan nun dia susah hati..lalu allah tumbuhkan pohon labu..bila nabi nuh makan tenanglah hati dia..:)

    ReplyDelete