Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, March 22, 2011

Putin: 'Perang Salib' di Libya...dan Perang Dingin di Deredebi!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perdana Menteri Rusia, Yang Amat Berhormat Putin menyelar aksi serangan udara gelombang kedua oleh sebahagian negara-negara Barat ke atas Libya yang direstui oleh resolusi PBB, menyerupai satu seruan "Perang Salib" zaman pertengahan Eropah!

Resolusi PBB tu 'pincang dan banyak kelemahan' kata YAB Putin. Namun walaupun Rusia ada kuasa veto, idok pulak dia gunakan kuasa tu untuk menentang resolusi tersebut. Ater...?

Beijing turut menentang keras serangan udara ni dan menuduh negara-negara yang menyokong tindakan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan mewujudkan suasana kacau-bilau yang baru di Timur Tengah. China jugak tidak menggunakan kuasa veto dia menentang resolusi ni. Ater...?

Ater...ada kuasa tak nak guna, pastu bisin-bisin menyalak cam Karabas! Rekod Rusia dan China pun bukan suci, murni, dan putih bersih cam susu Fistig. Memasing Kaki Buli kat wilayah dekat-dekat deme. Lahanat Kafirun you all!

Sumber dari Today's Zaman



Bila teman kena 'buang daerah' kat Kg Deredebi dekat sebulan oleh Kolonel T, hampir teman tak tau apa yang berlaku di Libya, Jepun dan 1Malaysia. Bila deme bukak berita TV kul 7 malam, baru nampak imej-imej yang mengerikan dan menyedihkan di merata dunia.

Selain dari tu, teman hanya nampak salji memutih keliling kampong yang agak di pendalaman di bukit wilayah Laut Hitam ni.

Gambor diamik pada hari keempat lepas salji turun. Semalamnya trakya Majlis Perbandaran Duzce ada datang menyondol salji kat atas jalan. Senang banyak orang kampong dan orang luor nak kuar masuk Kg Deredebi.



Ni rumoh Esra yang comey tu. Rumoh dia terletak di bawah sikit dari level rumoh mertua. Bapak Esra ialah sepupu Mr T. Tengah hari tu, Nevin ajok teman ziarah rumoh deme...sesaja dok lepak sembang-sembang dengan mak Esra.

Pas 30 minit kami nyembang, datang Beyza, anak sedara Kak Emine. Melalui tingkap kaca dia bercakap sesuatu pada Esra. Esra pun bersiap pakai kot dan but. Nak kemana anak-anak dara ni dalam coca sejuk ni!



Hmm...ropa-ropanya deme nak main 'snowball fight'! Deme dan juga termasuk kakak Esra, si Fatma, mula berebut mengepal salji dan mengisytiharkan 'Perang Dingin 2011'!


Fatma, 17 tahun yang dah tak bersekolah, mengumpul bebola salji. Tapi si Beyza dah bersedia...



Baru buat resolusi nak berperang, tak sempat nak siapkan peluru berpandu, Beyza dah lepaskan tembakan sulung! Kelang-kelibut Esra mencari kubu perlindungan...



Esra kena sebiji walaupun sempat tunduk. Canggih peluru buatan Beyza Hanim nih! Dalam kekalutan tu, Fatma Hanim menangguk di ayor yang keruh untuk meningkatkan arsenal yang lebih sofistikated.



Nah amik kau sebiji Beyza....Kaki Buli di Kg Deredebi. Tembakan Fatma tersasar 3 meter! Senjata yang canggih tanpa latihan yang mencukupi pun tak guna Fatma.




Beyza memang cekap. 2 lawan 1! Zup...zup...zuppp dia baling kat dua beradik tu. Esra asyik mengelak jer, defensif memanjang...bila nak menang!


Nah sedas lagi Esra...lembab bebenor miker ni! Camni, kalah kuarga Mr T pada kuarga Kak Emine!



Tu dia, Beyza dah terus mencereboh ruang udara Esra! Bom-bom digugurkan tanpa rasa belas kesian! Tak dapat tidak, Esra terpaksa serender dan akur dengan tuntutan supaya meletak senjata. Dia jerit, "Genjatan bersenjata...genjatan bersenjata!"

Esra ni memang lembut sikit orangnya. Nak main ganas-ganas tak de gaya langsung!



Masa Cease-fire tu, deme tek fai jap nak bergambor dengan perwakilan antarabangsa dari Malaya. Gambor pun dirakam. Sat lagi deme akan sain perjanjian damai, dan makan hazelnut dengan cay panas. Kejap jer Perang Dingin ni, ada ler 10 minit! Jerit jer lebih!



Teman masih mamai-mamai ari ni. Nak kata ngantuk bukan ngantuk...jetleg konon. Pagi tadi ajak kawan baik kahvalti kat rumoh. Semua menu lazim kahvalti tradisional ada kecuali madu, sirap/marmalade buah dan jeruk buah zaitun. Teman ada bawok balik madu tapi bukan tujuan untuk makan...teman nak buat ubat batuk dan selsema tu. Jeruk zaitun tak sempat beli.

Ada 2 jenis keju komersial, salami, telur goreng, butter dari susu Fistig, fries dan salad. As close as you can get. Sebagai buah tangan, kawan bawok balik hazelnut, walnut, herba oregano dan keju. Kawan baik nih.

Ujung minggu nak balik kampong ziarah mak. Jadi urusan pengeposan cenderahati dan cenderajantung untuk mengkome yang menang peraduan dan angkat tangan sesuka tu, tunggu teman balik dari Perok ye!

Monday, March 21, 2011

Wanita Bertudung Turki Tuntut Kerusi PRU...ABC Salji Kome!!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Sekumpulan wanita Turki termasuk para wartawan, wakil-wakil NGOs dan para aktivis telah melancarkan satu inisiatif mendesak pemilihan wanita-wanita bertudung sebagai calon wakil rakyat dalam PRU Turki dalam bulan Jun ini. Inisiatif ni menyeru kepada parti-parti politik untuk mencalonkan wanita-wanita bertudung dalam PRU atau deme tak akan dapat undi dari penyokong inisiatif ni!

Di Turki berpakaian busana Muslim dan bertudung tak boleh masuk universiti gomen dan masuk kemudahan tentera terutamanya. Dalam tahun 1999, sorang wanita bertudung Merve Kavakci dari parti Erbakan memenangi kerusi wakil rakyat. Bila dia masuk dewan parlimen beliau telah diboo dan dicemuh dan dibawa kuar dewan. Akhirnya kerakyatan dia dilucutkan dan diantor balik USA kerana dia ada 2 kerakyatan.


Dalam website kumpulan inisiatif ni, deme menyeru jika parti-parti politik tak calonkan wanita-wanita bertudung sebagai calon dalam PRU, jangan harap dapat undi deme. Kalau Parlimen mewakili aspirasi negara, dan 70% wanita-wanita di Turki adalah yang bertudung, ketiadaan wakil rakyat wanita yang bertudung di Parlimen adalah sesuatu yang sukar diterima. 12 tahun sudah kes Merve Kavakci berlalu, sudah tiba masanya Turki mengakhiri diskriminasi terhadap wanita-wanita bertudung menjadi wakil di Parlimen.

Itu namanya Suara Rakyat, Suara Keramat! Way to go Ladies!

Berita dan gambor dari Today's Zaman.



Baca satkhabor (bukan baca pun , tengok gambor), Libya terbakor. Terbakor jugak ati teman nengok sebuah lagi negara Islam terbakor dan dibakor oleh kuasa-kuasa lahanat kafirun. Mana OIC nih!?

Untuk menyejukkan ati yang mendidih ni, moh tengok gambor yang sejuk nyaman ni yang teman amik pada satu senja kat Kampong Deredebi.



Di sebelah pagi, nyaman jer nengok rumoh mertua. Ni hari keempat lepas salji turun. 3 ari turun tak renti-renti. Nampak aman damai.



Dan teman pun terpikior laksanakan satu projek mengarut yang dah lama tertangguh. Ada kawan-kawan tanya 'boleh buat tak...?' Jadi teman pun try ler. Projek apa?
Projek buat ABC atau Ayor Batu Campor atau Ais Kacang dengan gunakan salji.

Dik sebab ais yang halus bagai diparut banyok dikeliling rumoh, teman pun menggatalkan tangan gi amik semangkok. Kena amik yang bersih dan suci tanpa pencemaran sisa nuklear. Teman amik dari dalam treler kat atas nu. 3 kaki dari tanah, dan tak dikubang-silat oleh si Karabas atau dibuat tempat persidangan oleh Fistig dan Kara Kiz!



Amik semangkok, bawok naik ke rumoh.



Ni bahan-bahan yang memang ada kat rumoh mertua masa tu (2 minggu lepas). Antaranya: madu asli, sirap anggur, marmalade epal, sutlac (puding nasi dimasak dengan susu), walnut. Semua bahan-bahan ni, kecuali madu, dibuat dengan bahan dari keliling rumoh deme nih. Dan salji pun free!



Kepal sikit salji tadi. Sepatutnya jangan kepal, jadi keras. Bior gebu gitu. Tuang sirap anggur, ikut suka kome banyak mana nak boh.



Kendian tuang madu asli...pun ikut suka kome ler. Madu asli ni deme beli dari orang kampong ni gak.



Pastu boh marmalade epal tu. Citer marmalade epal buleh baca 2-3 entry lepas kalau kome yang tertinggal nak tau. Nak cantik lagi, boh 2-3 potong epal yang ada dalam marmalade tu.



Sebab tak de susu pekat dan susu cayor, kebetulan mertua buat sutlac malamnyer, teman pun boh sutlac sebagai ganti susu pekat. Susu dari tetek Fistig!



Last
sekali hiasi dengan kacang walnut. Sebab kacang ni memang banyok kat rumoh deme masa tu, teman pun main boh jer! Mentang-mentang barang free!



Taraaaa....siap dah!



Teman pun rasa...2-3 sudu. Boleh tahan. Tapi tak dapat nak makan banyak lagi sebab mertua dan Nevin maroh....nanti sakit deme kata.
"Ok, Ok...nak rasa sikit jer!" teman melawan. Deme merungut sebab tak penah buat dik orang (orang di Turki ler), makan ais salji!




Gambor ABC Kg Deredebi sideway. Ada ropa dak? Penat-penat teman berusaha mereka cipta tapi dapat rasa 2-3 sudu jer. Kalau buat kat rumoh Istanbul, mesti Mr T tak kisah! Sebab dia penah tengok teman makan ABC nih kat Shah Alam!

Wednesday, March 16, 2011

ENTRY LAST KAT TURKI...KOT.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Teman nak kabor, internet paket untuk bulan Mac dah abis 2 ari lepas...jadinya internet dah tak boleh bukak. Tu yang takder entry baru. Teman pun tak koser nak renew baru sebab nak balik Malaysia Ahad ni, InsyaAllah. Ni dok lepak kat CC. Ternampak masa dlm bas, sib baik tak jauh dari rumoh.

a) Dalam 2-3 ari ni ni nak shopping extreme kat Kapalı Carsı atau Grand Bazaar. Nak beli cenderahati dan cenderajantung sikit, ada yg kawin nak kena bagi hadiah.

b) Ada yang pesan beli apricot - maaf tak der yang fresh, yang kering takder biji pulak, yer Yob ISA. Belum musim dia. Yang untuk anak-anak, yg pompuan jer dapat.

c) Teman baca komen entry lepas, tapi tak boleh reply sekarang, ye mengkome semua!

d) Teman baca kat shout dan chatbox, pun tak sempat reply ni. Try esok atau lusa InsyaAllah.

e) Maaf tak boleh blogwalk jugak.

Semoga jumpa di lain entry. Ni Kak Emine tunggu kat apartment Istanbul, takut dia riso ingat teman hilang ke mana dari pagi tadi. Pepagi keluor bertiga sama Alper, anak bongsu. Alper ada urusan di pejabat perdagangan dgn mak dia. Teman shopping sorang.

Bye bye!

Friday, March 11, 2011

Apa Orang Kg Deredebi Buat Bila Salji Turun?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Semalam teman hangkut pakaian selai dua dan berhijrah rumoh mertua pulak. Depan rumoh Mr T jer. Kena take turn tido rumoh mertua dan Nevin, nanti kecik ati pulak. Hari kedua salji turun, belum bape tebal lagi. Saljinya tak renti-renti, leceh nak berkubang buat Kara Adam (snowman). Esok-esok ler.



Jalan depan rumoh kami. Masa ni belum dibersihkan oleh sebarang trakya (trak clear jalan). Ropanya ada trakya majlis perbandaran datang clear jalan kampong ni tapi ari kedua atau ketiga baru datang, tak urgent...



Depan rumoh Mr T cam ada ayor sunga. Ayor dari bukit, lalu dalam ladang hazelnut Kak Emine dan turun tepi jalan kampong ni. Cam ropa ayor terjun pun ada.



Dari tingkap dapor rumoh mertua, nampak salji fluffy merebas. Ni dah lebih 24 jam sejak dari petang semalam.


Stor tempat simpan rumput kering atau hay dan jagung. Baru teman tau si Karabas lepak kat situ kalau dia tak koje. Ya...walaupun dia hewan anjin, ada koje dia buat tu!


Tu haa Karabas tengah guard rumoh mertua dari anasair-anasir yang tak diingini. Kalau ada anjin yang dia tak kenan, orang tak kenal atau keta asing, dia 'gong..gong...gong!' Siang malam dia berkoje.


Pompuan dari Malaya test suhu pagi. Belakang tu pokok buah berangan.


Walaupun kampong ni agak jauh ke dalam, orang gomen atau company tetap datang check kemudahan awam. Ni orang dari 'TNB' check sesuatu. Takder masalah nampaknyer...


Yob jual ekmek. Tiap ari dia lalu setiap kampong jual roti baru masak dari bakery. Semalam dia tak datang sebab jalan tak buleh lalu. Nevin yang dah kehabisan roti, petang tu masak 2 buku roti dulang. Tulah sebab ada kemahiran, idok ler keme kebulur tak dapat makan! Sabor jer Yob ekmek ni tunggu teman terhegeh-hegeh jalan dalam salji yang agak tebal. Teman pun takut tergelincir atau terperosok dalam lubang ke...


Salah sebuah keta jiran yang tersadai kat depan rumoh mertua sebab tak buleh redah salji malam tadi. Cuba banyak kali pun tak buleh, langsung tinggalkan keta kat situ dan sambung berjalan kaki ke rumoh dia. Nilah salah satu masalah kalau salji tebal kome!


Come rain or shine or snow...koje cam biasa. Nevin menjinjing satu bucket makanan untuk lembus dia. Karabas sebagai anjin yang setia ikut keluor. Tapi sampai kat gate dia dok tunggu, memerhatikan puan dia melayan lembus...


Petang tu Nevin lepaskan lembus termasuk lembus Kak Emine ke padang ragut dekat sunga. Gumbira lembus terlepas sebab lambat benor deme dilepaskan tadi.


Sabar menanti si Karabas. Dia asal nampak Nevin atau mertua kuar rumoh, dia akan ikut. Kalau Nevin bawok traktor, dia ikut berlari - 6 km ke ladang atas bukit!


Selain layan lembus, Nevin hangkut kayu api berkilo-kilo sebab banyak paka kayu api sekarang, cuaca sejuk bebenor. Pastu kena clearkan tangga. Salji yang kat tepi bumbung kena tolak-tolak, takut dia jatuh merebas atas kepala!


Kahvalti pagi tadi Nevin bawok kuar marmalade epal. Wah, tak penah rasa. Dibuat dari epal, boh gula banyak dan dimasak sampai pekat. Bagi wangi, dia boh 1/2 biji lemon.


Bakor ekmek. Ni ekmek yang Nevin masak semalam. Teman suka roti yang rangup. Agak garing, teman sapu dengan butter dari susu si-Fistig.



Pastu boh sirap marmalade epal tu dan hias dengan 2 potong epal marmalade tu. Hmm sedap mende-mende ni - ekmek, butter dan marmalade yang home-made!


Kahvalti yang dihidang oleh Nevin. Meh kome makan sama...


Wednesday, March 9, 2011

Punya Cun Pengerusi Kelab Bolasepak Ni...Yeahhh Winter Wonderland di Deredebi!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Teman cerialah ari ni sebab salji dah turun lebat! Tapi citer pasa pompuan manis jelita ni dulu. Nama dia Sevda Karaali Sireci, Pengerusi Kelab Bolasebak Majlis Perbandaran Cankiri sejak 2009. Menurut laporan Sports Toto yang dipetik oleh Hurriyet Daily News, kelab yang beliau bimbing ni berjaya menarik ramai penonton wanita dalam segi jumlah penonton wanita untuk divisyen dua dan tiga. Kebanyakan para pegawai dari Football Federation di Turki kagum dengan senario ini.

Menurut Sireci, kehadiran beliau dan ramai penonton dan penyokong wanita berjaya menghapuskan laungan dan sorakan yang negatif dari tempat duduk penonton (lelaki).

"Penyokong wanita melahirkan reaksi yang berbeza. Tatkala penyokong wanita hadir, takder laungan dan maki-hamun di stadium kami. Kehadiran kami wewujudkan zon selamat di stadium kami" tambah Sireci.

Beliau berpendapat, lebih ramai wanita harus terlibat dalam pengurusan kelab bolasepak. "Mungkin ianya hanya satu sukan, tapi ianya satu seni, dan menguruskan pemain bolasepak memerlukan komunikasi," beliau menambah lagi.

"Kerana saya memandang sesuatu dengan perspektif wanita, masalah dapat di atasi dengan lebih mudah," katanya lagi.

Teman penah gi tengok perlawanan antara P.Pinang dan Sarawak tahun 1990an dulu. Memang ada penyokong yang suka maki-hamun dan mencarut, tapi penyokong yang dekat-dekat kami segan nak mencarut bila deme sedor kami ada kat situ. Ada yang tak tahan nak mencarut, tapi lepas mencarut tengok-tengok kat group kami...malu kot. Orang lain main bola, penyokong yang stressed, isyyy!


Ni gambor teman amik lepas maghrib semalam. Salji mula turun lebat kul 4:30 pm. Sebelum tu turun biji-biji halus, bukan fluffy. Kalau biji-biji ni tak best, dia tak buleh buat snowball atau snowman. Tapi menjelang malam, yang fluffy cam kapas tu mula merebas!



Pas solat subuh intai kat tingkap, hmm dah menebal.


Kul 7:30 am seperti biasa Kak Emine berbungkuih untuk bagi makan ayam dan lembus. Rain or shine or sleet...koje kena buat gak. Semalam dia dan Nevin bekoje kat ladang sampai maghrib. Masa tu salji dah lebat. Teman sian mikior deme bersejukan. Teman yang kat dapor buleh nampok traktor meroh yang Nevin bawok berulang-alik ke kilang ayam tu dan nampok bundle-bundle baja dicampok kat kebun. Deme berulang berkali-kali. Selagi koje tak abih...


Tu dia rumoh lembu. Masa ni salji tak berenti dari semalam, kejap alus kejap kasor.


Teman pun turun merajinkan diri bawok naik kayu api. Bukan takder lagi kayu api kat atas, tapi nak menambahkan lagi. Kena pasang api boiler lebih kerap sebab sejuk extreme. Sebenornyer Kak Emine suruh sambung tido, tapi teman segan nak melengkor kalau dia bersejuk kat luor. Tiap pagi dia suruh teman sambung tido kalau terjaga.


Kayu api yang halus bawoh balkon tak kena salji. Ni elok untuk boiler, untuk soba dapur elok paka yang lebih besor dan tebal kayunya yang disimpan bawoh rumoh belah kiri. Kayu api yang depan laman kena salji dah.


Pokok epal dan pear tepi balkon.



Ladang hazelnut memutih dan rumoh sepupu Mr T.


Yang cantik bergambor ialah si Karabas - itam lawan putih! Dia ikut Nevin yang mula berkoje.


Nevin bawok traktor nak ke mana pun tak tau. Lazimnya kalau salji turun cam ni, sekolah tutup sebab bas sekolah tak buleh masuk. Sini trakya Majlis Perbandaran Duzce tak masuk, kampong kecik, deme clear main road jer. Orang kampong ler kena clear salji deme sendiri.


Sempat Nevin dan Halah Saniah chatting.



Kahvalti tadi Kak Emine perkenalkan menu baru - yoghurt manis. Memola teman ingat aiskrim!

Yoghurt ni kental dari yoghurt selalu. Dia boh gula dan gaul rata. Yoghurt ni dihimpit tapi tak dihempap dengan benda berat, cuma ditoskan ayor jer. Kalau dihempap jadi keju pulak.


Sapu atas roti bakor, ekmek baru bakor aritu. Tuang sikit madu asli, ni madu beli kat jiran...memang dari Kg Deredebi nih!


Pastu teman tabur dengan ceviz. Hmmm lezet sungguh!



Selain dari tu ada telur goreng, honey dan keju. Minum dengan teh epal. Meh makan kome!