
Kendian...sudahlah Mirza! Lain kali tak yah beli baju Melayu. Pas satu jam, baju tah kemana, sampin kemana, tingge pampers jer.
Selamat jalan Sha'aban!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Yah tu dia! Mamat ni sebab nak berjimat, takler dia ngupah Kate Moss atau Naomi Campbell untuk memperaga tudung jualan dia. Dia upah diri sendiri jadi model. Siap dengan ulasan secara langsung:
"Apa ke hehnye budok montel ni paka tudung oghang tine?"' kata Wan yang kecik molek tu. Wan tu sure tak minat tudung Mat Montel tu sebab tudung pink tu pendek nar.
Mat Montel ni bagi posing yang menggoda pada teman. Beberapa hari kendian teman dapat tahu kat pekan sari di tempat lain, dia pakai tudung yang sama buat promosi! Basuh ke dak tudung tu, Yob?
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,




Peserta pertama, Miss Glamorous! Ya kome, ni hidupan laut yang paling glamer di kalangan seafood. Dikatakan glamer kononnya sebab dia mahal dan sedap. Sedap ke? Tak tau apa yang mahal (gi try kat hotel-hotel besor berbintang) dan sedap. Bila dimasak, rasa dia rangup cam timun dan tak rasa apa-apa. Tu agaknya deme makan mentah. Isyyy teman tak lalu makan natang mentah. Pass!
Antara hidupan laut yang ponah emak teman masak (selain ikan). Di Singapura keme pangge siput gonggong, tapi tak tau kome pangge apa kat sini. Masa kekecik dulu mak bapak keme jarang beli seafood yang pelik camni sebab isi tak banyak, jadi kami membesor dengan ikan jer. Itu pun gonggong ni arwah bapak kami amik kat laut Changi, ikut kawan kot. Bila tengok gonggong kat pasar KK ni, teringat gonggong yang mak keme masak. Yang teman ingat rasa daging dia kenyal-kenyal. Tu, RM6 sekilo!
Kepelbagaian ikan! Bermacam saiz dan kaler! Ada yang teman tak ponah tengok dan makan! Banyak ikan tuna yang besor-besor, ada yang sebesor kakak teman! Yang baguih kat pasar KK ni, bukan jer ikan besor deme tolong persiang, ikan-ikan kecik yang bodoh-bodoh cam ikan kembong pun deme tolong siang! Manja betoi pengguna kat Sabah ni! Eh bukan manja, ngada! Next...!
Ni bulan posa, kita disarankan mengejor sebanyak aktiviti ibadat yang boleh. Ganjarannya berlipat ganda. Kalau kita leka rugilah kan. Selain dari itu, antara aktiviti utama di bulan posa ialah yang berkaitan dengan makanan! Laa bila bukan bulan posa pun isu makan dan makanan jadi agenda utama, inikan pulak di bulan posa. Teman nak citer sesikit jer bab makan dan makanan ni. Kome tengok gambor pun cukup, penerangan sikit-sikit. Perut lapor malas nak baca bebanyak. Teman faham.
Kat Turki makanan utama roti, dan makanan sampingan keju, madu, buah zaitun jeruk dan salad. Sup kekacang atau dal sebagai pembuka selera. Lazimnya tiap kali teman sampai kat Istanbul untuk lawatan tahunan teman (ikut visa 3 bulan), teman demand makan kat restoran. Ater letih dok 13 jam dlm kapaltorbang, takkan teman nak memasak. Makanan Turki yang teman order dulu ialah lamahcun atau pide dan kebab. Lamahcun dan pide ialah pizza Turki. Lebih sedap dari pizza yang dijual kat Pizza Hut tu. Dan kebab deme lagi sedap dari yang dijual kat pasar malam kita. Gambor atas orang rumah teman tengah ngadap lamahcun (yang besor pinggan tu) dan kebab. Pide takder dalam gambor tapi mak oiii...lezet (kata orang Turki) roti pizza ni. Pas merasa makan pide ni, teman tak jeling pizza kat restoran makanan segera lagi dah!
Sepanjang dok Turki, memang jarang makan nasi. Kalau ada nasi, nasi deme lekit cam pulut. Makan dengan sup, stew sayur dan salad tak bape ngam dengan selera Perak teman. Kekadang lebih 2 bulan teman tak makan nasi. Nasib baik teman ni boleh hidup tak makan nasi. Asal ada lauk, sayur/salad dan sebarang jenis karbo, teman OK dah! Tetapi...ada masanya teman terkenang makanan Melayu. Bila sebut makanan Melayu, teman tak boleh makan cincai-bocai! Makan nasi Melayu kena ada gulai, ikan/lauk goreng, ulaman dan sambal belacan. Kalau kurang salah satu, kira batal!
