Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, September 19, 2010

Satu Hari Dlm Kehidupan Orang Kampong di Turki

Assalamaualaikum dan Salam Syawal,

Selamat behari raya masih!
Pas meronda Sabah, Shah Alam dan Perak tengah, moh ziarah semula kampong teman kat Turki. Masa ni deme tengah musim luruh (autumn, September-November), teman pun terkenang aktiviti dan suasana di Kampong Deridebi, Laut Hitam. Apa Mak Mertua tengah buat; apa Kak Emina tengah masak; kat mana adik ipor si Nevin... kat kampong ke, kat Akcakoca ke...
Atas umah Mak Mertua yang dok dengan Niven, sorang balu dan ibu tunggal sejak kematian suami dia sejurus dia melahirkan anak dia beberapa bulan. Ni anak dia pun dah besor, dah kawin dan dah punya anak sendiri baru-baru ni. Suami teman bina rumah ni sekitar 1990an untuk mak dia, adik ipor dia dan anak sedara tunggal. Bangsa Turki tak akan bior kaum kerabat perempuan deme hidup merempat terutama yang hilang tempat bergantung!



Celik mata jer, teman tolong intong api (hidupkan api, kalau teman tidor kat umah mak mertualah). Boh air dalam teko besor tu untuk pelbagai guna dan teko kecik tu untuk buat ayor teh.
Selalunya teman bangun bila dengor azan dari masjid kampong. Loud-speaker dia kuat weh! Kalau musim dingin, kul 6 pagi dah azan dah. Masalahnya kalau malam tadi tak diang boiler dalam bilik ayor, alamat esoknya amik wudhu dengan air ais...yowww!
Nilah ropanya dapur tradisional cum radiator yang biasa digunakan di kampong-kampong di Turki. Sini juga ruang dapor yang ada 2-3 sofa panjang dan meja rendah utk makan. Sofa tu boleh dibuka jadi katil segera kalau perlu. Hanya keluarga kaum Hawa dan yang rapat jer lepak di ruang ni. Kalau tetamu lelaki yang bukan keluarga rapat, deme duduk di salon atau ruang tamu.



Tak mandi atau minum/makan, si Niven gi kandang lembu tak jauh dari umah keme, dan mula perah tetek lembu. Lazimnya keme bela tak lebih dari 2 ibu lembu untuk dapatkan susu. Satu pagi boleh dapat dekat 2 kg susu fresh. Petang Kak Emina pulak perah, bergilior. Susu digunakan buat yoghurt (sebut yo'urt, yoghurt ialah bahasa Turki) dan kekadang buat keju kampong; sekali dua kala buat butter menggunakan mesin churning.




Tahun pas salah sekor lembu keme Kara Kiz beranak. Keme akan bela anak lembu tu untuk beberapa bulan pastu jual atau pawah kat salah sorang sedara sekampong yang rajin menjaga lembu. Lazimnya koje melayan lembu ni tugas orang pompuan. Deme dibagi makan rumput kering, gandum dan sisa makanan organik dari dapur deme (untuk lembu, bukan untuk Niven...he he).



Pas perah susu, bawak gi dapur dimasak sampai susu tu meruap sekali, bior sejuk dan dibiorkan masam 1-2 malam. Taraaaa...jadilah yoghurt! Deme makan yoghurt ni cam makan bubur...semangkok gelok sorang. Teman makan 2-3 sudu jer.
Kendian tu baru deme sarapan. Sementara si Nevin perah susu dan layan lembu, mertua teman buat sarapan. Takder apa pun dia buat, bancuh teh pekat, perangatkan apa-apa yang patut.
Gambor di atas ialah makan tengah hari sebenornya. Nampak roti yang deme sendiri buat, sup bonyeh daun panjar; stuffed cabbage dan labu rebus. Gambor sarapan kome boleh check entry awal ataupun teman boleh upload kendian, yek?
Peratikan takder lauk ikan atau dagingkan? Deme ni makan stail Kara Kiz dan Fistig jugak!


Walaupun musim kutip kacang hazel dah abis, dan dah nak masuk musim sejuk, koje kampong masih tak abis. Pas sarapan, Nevin gi kuorkan Kara Kiz dan Fistig dari kandang. Deme ni kena dibawa ke tepi sungai Deridebi (1000 meter dari rumah) yang ada padang rumput untuk deme makan rumput dan bersosial. Nanti tengah hari lembu ni pandai balik sendiri.


Sekali dua kala, keme pun bersosial. Orang kampong Turki ni suka bertandang ke rumah jiran atau rumah sedara-mara yang berdekatan. Ni rumah salah sorang pak sedara suami. Kami bertandang dah dekat kul 12, deme baru nak sarapan. Orang Turki ni selagi dia tak sarapan, selagi tu dia tak makan makanan tengah hari. Meal pertama mesti sarapan, iaitu roti, keju, madu dan teh o walaupun masa tu dah pukul 12 tengah hari! Teman pun dijemput sarapan kali kedua. Nampak tak pokok yang dah botak tu? Mungkin pokok epal atau pear.


Sebelum balik, sepupu suami bekalkan buah epal kampong pada Nevin. Cam kita gak bagi mutan, doyan atau langsat bila kita nak balik rumah. Kat umah keme pun ada pokok epal tapi jenis yang ijau.




Kul 10 pagi, Niven ajak teman dan sorang anak sedara suami gi ladang sayur atas bukit. Dengan naik traktor yang Niven pandu, kami bertiga naik ke atas bukit yang juga terdapat ladang hazelnut keme yang berhektar-hektar jugak. Best naik traktor lalu kampong dan celah-celah lereng bukit. Angin sejuk menampor pipi.
Antara sayur yang ditanam di kebun bukit (bila pokok hazelnut tidor 3 bulan) ialah sayur panjar yang pahit macam sayur kailan dan lettuce. Orang Turki ni tak kreatif dalam memasak sayur deme. Sayor panjar tu deme hiris halus-halus pastu rebus agak lama dengan isi jagung. Boh bawang sikit dan garam. Siap! Itulah menu yang deme tau buat, lain takder.



Niven dan Fatma cuba mencari cendawan liar. Dapatlah beberapa kuntum! Nanti masak campak dalam sup sayur panjar!



Nilah ropa daun salad lettuce yang Niven tanam tu (yang werne ijau tu, bukan yang pakai spec tu) . Tabur benih dan biarkan beberapa minggu; dah agak matang deme datang cabut. Sebenornya plot sayur pun ada kat tepi rumah kampong keme, Niven dan Kak Emine tanam sayur yang sama. Tomato, cabai, kekacang, terung lazimnya ditanam pada musim bunga dan musim panas.


Kami dapat kutip beberapa biji labu, sayur panjar, lettuce dan batang celery. Rumput kering untuk Kara Kiz dan Fistig pun ada. Semua disusun atas kenderaan yang disambung pada belakang traktor. Fatma dok jaga hasil takut jatuh bila kami menuruni bukit nanti!


Kat umah, Mak Mertua mula mengojerkan buah labu. Lagi satu menu deme yang tak kreatif - labu rebus dengan gula sampai lembut. Bila diboh dalam pinggan ditabur kacang kisar hazelnut. Selain dari tu deme tak tau nak masak cam ner. Kalau ada nyor, teman dah buat penganan atau bingka bakor!




Sehabis musim hazelnut, baru deme kutip buah berangan dan kacang pecan. Memang banyak pokok berangan dan pecan nut yang terdapat di hutan keliling kampong dan celah-celah ladang hazelnut. Teman suka kutip buah berangan. Ada sepokok yang tumbuh belakang rumah mertua. Tiap pagi, tengah hari dan petang teman gi kutip. Buah berangan seakan buah mutan tapi rambut dia keras berduri!
Petang-petang atau malam si Niven akan belah sikit buah berangan ni dan di panggang dalam dapur atau atas dapur. Kekadang rebus. Memalam makan dengan hirup teh panas sambil deme bersembang.



Seperti yang teman kata tadi, ruang dapur adalah tempat lepak ahli keluarga. Situlah tempat masak, makan, bersembang, nonton TV, tidor dan sembahyang pun boleh. Ruang ni paling digemari kerana panas dan ada teh panas!
Orang rumah teman menziarahi mak dia dan diperhatikan oleh cucu yang paling tua, Ertugrul.



Orang kita tak bape suka bertandang di sebelah malam tapi bangsa Turki ni suka gi umah orang memalam. Bila datang tu deme dok sembang sampai 3 jam! Teman yang tak bape faham apa deme bualkan, tanggung derita jer ler! Kalau tandang tu dijangka, tuan rumah akan siapkan juadah ringan umpamanya popcorn dan teh panas dan buah-buahan. Kalau dijemput oleh tuan rumah, akan dihidangkan juadah yang lebih berat. Ni jamuan untuk anak saudara Kak Emina yang rumah dia sebelah jer rumah mertua.


Rumah kampong suami dan keluarga. Di sini teman lepak bila balik kampong terutama pada musim bunga dan musim panas. Lazimnya teman dok di Istanbul.



Inilah Kampong Deridebi yang dilihat dari bukit yang ada ladang hazelnut. Di balik bukit tu terletaknya bandar Akcakoca dan Laut Hitam. Semua bebudak bersekolah di Akcakoca (12 km dari kampong). Jadi ramai penduduk kampong yang ada rumah kedua di Akcakoca untuk anak-anak bersekolah sebab bila musim sejuk dan salji turun dengan lebat, hubungan kampong dengan kawasan luar boleh terputus selama 2-3 hari sehingga trak gomen datang untuk clear salji. Bila tiba musim bunga dan panas baru deme balik ke Kg Deredebi unutk musim memetik kacang hazel!

























Friday, September 17, 2010

Satu Hari Di Hari Raya - Kat Peraklah Pulak!



Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua pembaca dan pelawat blog teman ni,
Pe kabor dan macam mana sambutan Eidulfitri mengkome? Pasti sonok dan meriah. Tak pun hening dan syahdu. Apa-apa pun teman menghulurkan 2 tangan memohon ampun dan maaf kalau ada entry teman yang laser dan tak beradat...Maaf Zahir dan Bathin, Yong dan Yob semua di seluruh negeri di Malaysia dan di luar Malaysia!
Ni gambor rumah mak teman di Jalan Tambang, Kg Tengah, lebih kurang 1.8 km dari pekan Parit. Tu rumah asal dan yang ditambah kendiannya, dibina dalam tahun 1950an. Tak tau bape lama mak dan bapak keme dok sini. Deme pindah ke Singapura awal 50an. Ikut congak deme berhijrah awal dari 1952 sebab abang sulong kami Cikgu Baharuddin dilahirkan kat S'pura tahun '52. Keme balik pindah ke Malaysia bila arwah bapak bersara dari perkhidmatan penjara kat Changi pada 1968.
Rumahnya panjang ke belakang, suka bebudak kecik berlari ke depan ke belakang bila masuk rumah keme ni. Dulu asalnya cat gelap. Warna kuning bomoh ni baru 2 tahun kot. Tak tau sapa punya idea cat kuning ni. Tak takut ke si Atan ni (adik bongsu keme) dengan Sultan Perak, memandai cat rumah warna kuning!
Juadah utama rumah keluarga Hajjah Zawiah bt Haji Nur Rashid Al-Banjari ialah ketupat nasi. Kami kurang makan lemang pasa kat S'pura keme masak ketupat sebagai juadah utama. Kalau ada lemang pun sebab mak tempah 2-3 batang atau sepupu bagi. Pas masak 3-4 jam, teman basuh ketupat dengan air lalu dan gantung bagi sejuk. Belakang rumah tu mak keme tanam pokok limau kasturi dan pokok mengkudu. Belakang lagi, tapi tak nampak, ada tanah wakaf. Dalaaaam lagi, banyak babi utan, monyet dan biawak. Kalau kome teringin nak tengok wildlife, tak yah pegi Zoo Tepen, buang duit jer. Moh datang rumah keme, free jer. Arnab ada sekor bawah rumah. Ni si Atan punya koje gak ni.


Hayun, jangan tak hayun Watie!
Ni pembantu rumah kakak keme. Khidmatnya diperlukan kat sini sebab keme masak Rendang Tok 5 kilo. Dah ler tahun ni deme sume gi beraya dulu rumah mentua-taya memasing. Tingge teman dan mak yang dah tak bape larat nak bergerak. Jadi Watie, dari Timur Timor dipinjamkan.
Watie penah citer di Timor masa raya deme masak ayam tapi bukan masak rendang. Konsep rendang-dendang bukan menu di Timor. Ayam masak kicap, makan dengan nasi. Tu pun setahun sekali makan ayam Watie kabor.


Banyaknyer koi... yang dibeli! Takder sape nak ngadap oven berjam-jam masak koi. Beli lagi senang. Ada satu jer yang keme buat sendiri - rempeyek yang digoreng oleh kakak keme. Mentang-mentang suami dia orang Jawa!


Pepagi hari raya pertama, antara tetamu yang datang awal (kul 10 am awal ke?) ialah dua anak teruna dari Bota Kiri, anak sedara keme. Sorang heavy biker, the other is a closet chef. Teka who is who!
Baju kaler ijau nak sedondon dengan rumput! Langsir keme tahun ni pun werner ijau! Nasib ler kome Adli dan Ayeh!


Kakak keme Sarah sedang berhimpit dengan sepupu yang keme jumpa sekali dalam 2-3 tahun. Yang lelaki tu iras-iras cam arwah bapak keme. Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Berahim. Dulu sepupu ni pakai pantaloon (ni bahasa Melayu Perak ya...orang putih yang pinjam bahasa keme ni), sekarang ni dah pakai jubah. Alhamdulillah...


Cikgu Bahar dok menyandor, dah kenyang makan ketupat 6 biji!
Masa gi solat, mak keme pakai baju kurung werner maroon. Sampai rumah dia tukor sebab dia gayatlah tu pakai baju werner terang! Sebab cucu dia hadiahkan baju tu, dia pakai ler gak, tapi sekejap jer. Tak sempat teman nak amik gambor dia dengan baju werner maroon tu!



Tu cucu-cucu Hajjah Zawiah ngekek sebab kenyang. Kalau lapor deme tak gelak, deme bising jer! Yang badan besor tu yang hadiah baju kurung maroon pada Tok Parit dia.


Haa kalau datang rumah keme, kalau nak best makan, gi ke dapor terus! Teman pepagi dah masak nasi, tumbuk sambal belimbing, petik ulam kemangi! Deme tengok hidangan kat dapur terus tak pandang koi kat depan. Ares terus buang baju dan sampin (nasib baik tak buang seluor) sebab nak pekena nasi dengan sambal belacan buah belimbing! Mak sedara dia dan sepupu dia dari Beruas pun berebut nak makan nasi! Deme ni tak makan ke kat rumah deme sebelum datang? Cam lapor jer...


Mirza. Cicit pertama mak. Cute dia dengan baju Melayu werner pink. Tapi naik atas rumah terus tanya 'Basika, basika!'
Dia pun rempit tengah rumah keme yang memang lapang macam litar F1.


Kendian, dia buang songkok. Jumpa sepupu bau bacang. Dipaksa bergambor. Yang baju merah tu nampak jer innocent tapi...




Kendian...sudahlah Mirza! Lain kali tak yah beli baju Melayu. Pas satu jam, baju tah kemana, sampin kemana, tingge pampers jer.


Petang raya adik dari Kole Kuro datang sekeluarga. Deme dok dekat sungai, selalu bebudak ni turun ke sungai ikut pak deme nangkui ketam dan tangkap ikan. Tapi kat kampong Tok Parit deme, teman kerah tenaga deme!
"Sapu sampah...bakor sampah! Kalau tak, tak bagi makan!"
Deme pun nyapu laman tok deme. Child Labour ni biasa ler keme praktikkan sebab tak payah bayor kat deme ni. Bagi makan nasi 3 kali sehari cukup ler.

Hajjah Zawiah ni umur dah 78 tahun lebih kurang. Sekarang selalu kata letih, nak rehat jer. Tapi bila anak cucu datang, cergas! Macam ni pun, dia boleh naik sika ke pekan Parit atau ke medresah Yong, jangan tak tau!


Orang Kole Kuro dah nak balik. Datang 2 malam jer. Nampak bersih tak laman tu? Boleh lah, bersih gak. Lain kali nak kerah anak-anak dia motong rumput dan kupas nyor sebelum balik. Nanti teman gi Kole Kuro nak ikut dia ke sungai lagi...tangkap udang ka, nangkui ketam ka.
Selamat jalan Sha'aban!
























Wednesday, September 15, 2010

Satu Pagi di Pekan Sari, Parit, Perak Tengah.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Empat hari sebelum Raya Eidulfitri baru-baru ni, teman dengan mak teman dan kakak teman pegi membeli-belah bahan dapur dan deko sempena hari raya. Kat pekan keme Parit, pekan seharinya ialah pada setiap hari isnin dari 7 pagi hingga 12 tengahari. Ianya tak ler seglamer pekan Ahad Shah Alam kat stadium bolasepak kat Seksyen 13 tu, tapi cukup ler untuk menarik pembeli dan penyebok dari kawasan sekitar berdekatan di sebelah sini dan sebelah sana Sungai Perak. Kalau kome takut orang ramai dan panas, datang ler awe sikit, kul 8 pagi ke. Tapi kalau kena dekat nak raya, mak oi...kalah kesibukan Jalan TAR, Kuala Lumpur!


Apa lagi, benda utama yang menjadi tarikan utama semasa nak sambut Hari Raya ialah tudung. Tudung panjang, tudung rencong, tudung bawal, tudung tenggiri, semua ada; memacam warna, memacam design dan rega. Sekarang ni yang popular ialah tudung dari Indonesia. Glamer sugguh tudung deme ni sebab tak payah ikat-ikat dan sangkut sana-sinun, sarung jer.


Yah tu dia! Mamat ni sebab nak berjimat, takler dia ngupah Kate Moss atau Naomi Campbell untuk memperaga tudung jualan dia. Dia upah diri sendiri jadi model. Siap dengan ulasan secara langsung:
"Moh beli tudung...beli, beli...murah, murah!" dia merayu dan menggoda para pengunjung.



"Apa ke hehnye budok montel ni paka tudung oghang tine?"' kata Wan yang kecik molek tu. Wan tu sure tak minat tudung Mat Montel tu sebab tudung pink tu pendek nar.
(Tine tu maksudnya Betina, slang orang Perak untuk Perempuan, tapi perkataan ni tak bermaksud menghina kaum Hawa, dah memang gitu loghatnyer sejak azali!).



Mat Montel ni bagi posing yang menggoda pada teman. Beberapa hari kendian teman dapat tahu kat pekan sari di tempat lain, dia pakai tudung yang sama buat promosi! Basuh ke dak tudung tu, Yob?



Asal nak raya jer, mesti nak beli alas meja baru. Alas meja tahun pas mana peginya, Yong? Ni rasanya alas meja Made in China. Berebut deme milih alas meja dari China ni!


Beli apa tu weh? Minyak wangi tipuan. Tu kakak teman tengah menerai test minyak wangi. Teman tak minat minyak wangi, jadi lepas amik gambor dia, teman mengelewor ke gerai lain. Tak tau dia beli ke dak.


Mak teman Hajjah Zawiah, antara warga emas yang agak glamer kat sekitar 3 kilometer persegi di pekan Parit. Bila berjalan ke pekan sari, ada jer orang menegur dan bersogheh dengan dia. Ada yang teman kene, ada yang teman syak kene. Jenuh gak teman amik gambor dia dengan sedara-mara dan suku-sakat kaki sukat yang bertembung dengan dia pagi tu.


Orang dari seberang Sungai Perak (Belanja Kiri, Layang-Layang Kiri, Sungai Korok dan kawasan yang sewaktu dengannya) pun berduyun-duyun nyeberang jambatan yang dibina khas untuk pejalan kaki dan motor serta basikal. Jambatan baru jer siap diguna setahun lebih. Mak oi sonok deme orang seberang dapat nyeberang ke pekan Parit tak payah ke hulu guna Jambatan Nordin. Tu nampak cam kumpulan 'Anarchist' atau 'Death Metal' Sungai Korok tengah berbincang nak pakai baju Melayu warna apa nanti. Warna itam kot Mat?

Dah perabih alaun bulanan yang diantor anak, Wan ni pun hangkut barang belian dia nak balik ker Bota kot. Apa agaknya yang dia plan nak masak. Lemang dah gerenti, rendang dah tentu wajib. Apa-apa pun Wan, bebaik jalan tu, keta dengan motor banyak, langgornyer kang tak beraya Wan.
Masjid kat background tu masjid keme ler, terkenal di Parit sebab itu sesatu masjid yang besor di tengah pekan Parit!
P.S Entry ni teman dedikasikan khas kepada ex-schoolmates dan classmates dan kampung mates di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, (ISS) (1970-1975).
P.S.S Kalau keme tak glamerkan kampong kite, sapa lagi, ya dak?










Satu Minggu Berhari Raya!

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,

Dekat seminggu teman tak dapat guna internet kat rumah kampong. Ater broadband Maxis (ada yang gelor berukband) tak elok connection dia. Hangkut sana, tala ke sini, tetap dia kata "not found". So seminggulah takder entry baru.
Tapi hari ni keme bertolak ke Shah Alam, base utama teman di Malaysia ni. Ni singgah jap kat R &R Ulu Bernam nak meregut ayam goreng dan meehoon keme bawak dari rumah. Maleh kami nak beli makanan kat R&R ni sebab kome tau kan rega dia dah ler mahe, tak bape menyelerakan
mende2 yang deme jue. Baik bawak makanan dari rumah, ye dak?
Teman takde nak buat entry baru sebenornya Yob, Yong...cuma nak tanye kabor jer. Pe kabor pembaca-pembaca teman semua? Camner sambutan raya tahun ni? Teman punya Alhamdulillah. Malam nanti InsyaAllah teman tulis bebetul apa yang teman lalui sepanjang lebih kurang 10 hari kat Perak. Sementara tu nikmatilah juadah ketupat nasi yang dah siap bergantung kat rumah emak teman di Kg Tengah, Parit. Sarong ketupat main beli jer, Yong, 10 biji RM7.00. Memang cekik darah tapi dah teman tak tau anyam, main beli jer. Koje banyak takde masa nak anyam, mak teman yang tau buat pun maleh teman nak mintak dia anyam, baik bior dia relax.
Ok see U all tonite, InsyaAllah!

Saturday, September 4, 2010

Suasana Beli-Belah Di Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Setibanya teman kat lapangan terbang LCCT, teman terus amik teksi balik ke Shah Alam. Tak kuasa nak usung 2 biji beg (walaupun tak berat) nunggug bas atau naik LRT. Biar kopak RM64 tapi teman tak serabut. Sesampai flat teman, terus mop rumah yang sekangkang monyet; cuci bilik air dan bungkuih gelang mutiara untuk kawan kat Parker, Terengganu. Siap semua tu amik teksi ke pusat bandar Shah Alam.

Teman dah dok Shah Alam lebih kurang 7 tahun jadi dah rasa macam hometown sendiri. Sebenornya bergegas keluor ni nak merasa suasana membeli-belah Hari Raya. Pas je pos bungkusan ke Paka, teman mula nyusur PKNS, kompleks beli-belah favourite untuk beli baju raya. Tapi teman perati macam tak banyak fesyen baru, cam biasa jer teman nengok. Hiasan Hari Raya pun macam nak tak nak. Kompleks PKNS merupakan pusat beli-belah yang terawal di Shah Alam. Idok ler besor pun tapi suasana Ramadhan dan Hari raya dia meriah - siap ada orang berjual rendang tok, ketupat dan lemang Yong! Tapi gambor atas tu gerbang pintu masuk Alam Sentral yek.


Haa kome dah bayor zakat fitrah? Teman udoh bayor pun kat SACC ni. Kat suami pun teman suruh bayor, kat sini pun teman bayor. Semoga zakat dan sedeqah teman diterimaNya.


Ni hiasan gantungan kat Alam Sentral. Mungkin untuk berjimat dan tak mau membazir, pihak pengurusan buat deko yang simple dan ala kadar jer. Bulan sabit bertompok?


Deko di SACC ni haru. Entah sapa punya kain batik deme gantung kat tengah-tengah ruang legor. Kendian tu ada ketupat dari reben bergantungan. Apa maksud dan motif kain batik bergantungan ni dengan sambutan Hari Raya? Teman kurang arif tang hiasan dalaman ni!



Tapi ada yang baguihnya kat SACC ni, deme ada program tazkirah masa makan tengah hari. Pihak pengurusan bina pondok ala-ala rumah nelayan (tapi kenapa bina rumah nelayan macam nak runtuh, ingat takde nelayan dok rumah batu atau banglo ke?). Masa kaum lelaki Muslim gi solat Jumaat, ada ruang untuk Muslimat mendengor ceramah agama dari ustazah ni. Teman dapat dengor separoh jer sebab sebelum tu di kompleks PKNS. Ustazah jemputan ni mengingatkan kita untuk terus berusaha mengejar keberkatan Ramadhan dan jangan slack. Beliau kata kalau kita nak berjalan jauh kita tak lupa bawak bekal. Ni kita kat dunia ni pun satu perjalanan dan bekalan kita untuk ke destinasi kekal di sana nanti ialah amal ibadat kita. Dah cukup ke bekalan kita tu? Terima kasih Ustazah yang mengingatkan keme yang kekadang alpa. Semoga Allah memberkati ilmu Puan dan memberi manfaat pada keme ni! Amin!


Lagi satu hiasan stereotaip Hari Raya, yang ni di Pusat Beli-Belah Ole-Ole di Seksyen 18. Sapa punya idea gantung-gantung replika ketupat setiap kali nak sambut raya!


Sampai ke Alam Sentral teman cari baju raya tapi satu pun tak berkenan! Teman memang cepat rambang mata, tapi satu menda pun teman tak beli. Penat berjalan jer, dah ler puasa, abis gitu tenaga!

Tengok pada model free ni cam cantik, tapi jarang kainnyer Yong, tak kuasa. Kain jenis campuran ni teman kurang gemor. Harga pun kena tengok. Turun eskalator naik eskalator, tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati!


Seperti biasa saban tahun, koi berratus-ratus jenis deme jual! Nampak sepesen jer, rasa pun sepesen tentunyer. Last-last teman tak beli sepasang pun baju raya. Sebaliknya beli makanan dari Pasar Ramadhan kat luor PKNS. Mee Rebus dan Nasi Ayam goreng. Sebungkus pati ayor tebu. OKlah tu buat buka puasa dan bersahur pertama kali di Shah Alam tahun ni.
Rasa teman, nak kena coye baju raya di Ipoh ni. Eh sesapa dok Ipoh boleh kita shopping sama...moh kite Yong, Yob!









Wednesday, September 1, 2010

Agar Kita Tak Rugi...


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Pe kabor semua? Teman ucapkan selamat datang kepada semua pembaca dan sahabat yang baru mengikuti blog teman ni. Ni blog santai dan naratif jer. Tak dok citer politik yang penuh dramatik dan provokatif sejak akhir-akhir ini. Maleh teman nak sentuh atau komen hal politik secara langsung, buat serabut kepala. Baik teman citer hal-hal yang teman lebih arif dan lebih neutral.
Entry ni teman nak petik tulisan sudut dari Harakah (17-19 Ramadhan 1431/27-29 Ogos 2010) hasil tulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk renungan bersama.
"Keghairahan di awal Ramadhan amat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih. Hal ini perlu dikekalkan. Namun yang biasa kita lihat semakin hujung Ramadhan, semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadhan dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalan bagaiman untuk istiqamah. Maka 4 jalan disarankan:
* Lakukan amal ibadat secara sederhana, ringan tetapi berterusan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan;
* Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadat dan bertaubat dari dosa tersebut;
* Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir; dan
* Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya."

Ringkas tapi padat pesanan ini dari penulisnya. Diharap kita dapat menmanfaatkannya dan tidak menjadi orang-orang yang rugi!

Amin.

P.S Gambor bunga tanah tinggi yang teman amik di perkarangan rumah kenalan di Kundasang.