Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, June 22, 2013

SUMMER 2012 DI LADANG HAZELNUT, KG DEREDEBI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semoga semua sihat menghadapi jerubu, dan sihat dan sejahtera di KL sempena 505.Ni nak recap trip summer 2012. Si Mursel sedang menggolek botoi!
Zeynep anak pada anak tiri yg bongsu, sedang mendukung adik sepupu dia. Lazim summer holiday semua yg dok bandar balik Kg Deredebi sebab nolong petik dan kutip hazelnut!
Pokok hazelnut ada yg ditanam sekitar kampong, ada banyak lagi kat bukit. Hak ni dipetik sebelum gi bukit. Lepas mesin kena jemur kacang tu 3-4 ari, jangan kena ujan!

Pas 2 malam kat kampong, teman ikut cucu sulung si Ertugrul dan sorang sedara si Salih, gi Farmhouse atas bukit. Sini ladang Mr T lebih luas, kena duduk kutip dekat sebulan!
Farmhouse ada 2 bilik tido, 2 bath, dapor cum sitting-room. Teman pun menyerah diri kat sini selama 3 minggu. Kuarga anak tiri sulung dok sini sejak cuti summer. Bawak anak bini semua. "Kamu jangan ponggah beg Helime Baba Anne Yusuf, berterabur satnika mende kang!"
Ada masa Mursel datang lepak. Bila jumpa dua pupu dia, deme bergomoi ler...
Katil dah jadi berkubang cam kandang kamben....
Ada masa Nevin bawak cucu dia ni susup-sasap gi kutip sayur, tomato, cabai segala!
Banyak round kacang hazel ni dimesin, dijemur dan dimasuk dalam guni. Ada 4-5 round kot dalam sebulan tu. Berat kojenya. Ni anak tiri hok sulung, si Tahsin. Lazimnya dia amik cuti 2 minggu nak uruskan koje dan pekerja kami.
Saban tahun orang Kurdish akan berbondong-bondong datang ke wilayah Laut Hitam amik upah koje di berbagai ladang. Selalu kami amik 15-20 orang pekerja ni. Ni salah sorang pekerja dan Nevin, lepas waktu koje.
Mertua teman yg kat tengah tengah discuss dgn ketua pekerja. Lazimnya deme-deme ni dari satu kampong dan bersedara-mara. Senang nak urus. Yang bawah kanvas tu kacang yg dah kering, nunggu nak dimasukkan dalam guni jer.
Bulan September sekolah dah bukak, Tahsin dan kuarga dia balik bandar, tingge teman, mertua, Nevin dan Salih kat Farmhouse tu. Pekerja Kurdish dok dalam khemah deme sendiri di tepi Farmhouse. Ni lada ijau yg Nevin tanam, ditumis dgn minyak dan bawang. Simple jer deme masak!
Kahvalti. Kekadang Nevin buat, kekadang mertua, kekadang Salih. Teman nolong siap dan basuh pinggan. Jom!