Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, November 30, 2011

Makkah The Beautiful ...Tika Waktu Subuh!

"Janganlah...ana pemalu!"


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hah sempat lagi posting satu entry sebelum ana balik rumoh Mak di Parit. Maaf ana masih belum sempat nak respon pd komen-komen dan blogwalk. InsyaAllah balik semula ke Shah Alam ana pulun nyongket merata blogs ya.
Hissyyy ana anta kunun!

Ni nak labun pasa aktiviti harian semasa di Makkah. Lazimnya kuar dari hotel, jalan 5 minit dah sampai ke pintu gerbang Masjiddilharam the Beautiful. On the way, lalu jalan berdebu dan kome buleh jumpa segerombolan peminta dari Afrika atau sorang dua individu yg bersedekah pada para jemaah yg nak ke masjid. Ni salah sorang Yob yg bersedekah buah tamar. Bila teman nak amik gambor dia, dia kata "La...la...".
Teman senyum dan acah-acah klik.
Dia senyum. Teman pun klik.


Sorang 'rock star' sedang mengaji sambil mengadap Kaabah.

Sebelum subuh, seawal kul 3 pagi masjid dah penuh. Teman suka gi level teratas sebab buleh nampak langit, bulan dan bintang dan berangin.



Lepas solat subuh, ada yg terus balik ke hotel atau port masing-masing (di dataran, bawoh jambatan, tepi corridor etc. etc.), ada yg lepak dlm masjid. Teman lazimnya akan lepak satu jam lebih, dan buat beberapa set solat sunat atau dok tepi balkon tu berzikir sambil tengok jemaah tawaf di groundfloor.
Pemandangan memang menakjubkan dan tak menjemukan, Subhanallah!



On the way down or out
, kome akan melintasi ramai jemaah yg exhausted (semalaman bertahajud, berzikir etc. etc.), tido di setiap ruang dan sudut dlm masjid.
Apa yg teman suka dgn Masjiddilharam ni, kita buleh tido dan lepak tapi tak kena ligan dengan petugas!



Pompuan pun ada yg baring-baring...asalkan jaga aurat. Ni mazhab apa tak tau, yg buleh tunjuk kaki.
Mazhab Mr T kot - mazhab Hanafi.



Walaupun dah masuk 'winter', Makkah masih belum sejuk sangat tapi malam dan subuh agak 'cool' sekitar 24-27 C. Nyaman baa tidur di bawah langit dan angin yg sepoi bahasa.



Antara port yg best dan ada privacy, di laluan dari eskalator ke level 1,2 dan 3.



Lazimnya orang akan tido mengerekot macam dia dalam perut ibu!



Sahabat baik...rasa teman jemaah dari Iran. Deme ni skema, bila bukak ihram lelaki Iran akan pakai seluar slacks dan baju kemeja. Deme tak akan pakai jubah Arab atau skaf ala-ala Arab.



Sweet dream my dear Egyptian Brother
!


Jam besor Makkah.

Kalau kome sesat, dongak ke atas cari jam besor ni, haa tu kira tak jauh dari Masjiddilharam.
Subuh dan solat subuh di Masjiddilharam antara waktu yg teman gemor sekali semasa di Makkah!



Antara menu yg teman dapat dari caterer kami - spegeti goreng ayam, nugget, telur rebus dan salad. Meh kome!

To be continued....

Tuesday, November 29, 2011

AWESOME MAKKAH, WONDERFUL MADINAH....SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Pemandangan terindah di dunia!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah teman bersyukur ke hadratNya, selamat sampai ke tanah ayor 2 malam lepas, selesai menjalani fardhu haji yg teman tak sangka dipilihNya tahun ni! Semoga teman perolehi haji yg mabrur.
Tima kasih sahabat-sahabat blogger dan para pembaca yg beri komen entry lepas, teman masih tak dapat respon, dan masih belum nak blogwalk. Nanti balik dari kampong teman nyongket blog kome ya, InsyaAllah.


Para jemaah sedang skodeng projek Bin Ladin.

Sebagai Kaki Kembara aka Kaki Nyongket teman suka amik gambor dan rakam peristiwa. Nanti teman balik Shah Alam dalam 4-5 ari teman labun ya. Kalau buleh, scene dan act yg 'diharamkan' teman nak rakam jugak...tapi takut kena ligan dik polis atau subjek, banyak gambor yg teman terpaksa rakam dari jauh atau secara 'curi'.
Kome faham kan mentaliti orang Wahabbi nih!


Tingkat paling atas Masjiddilharam, port feveret teman.

Dah masuk beberapa hari di Makkah, teman masih rasa tak caya dah jejak kaki di Masjidilharam! Macam blurrrr jer.
Syukur Alhamdulillah, teman buat solat syukur beberapa kali.


Here kitty, kitty!

Selain berjumpa dan berinteraksi dengan pelbagai bangsa dan ragam jemaah dari pelbagai corner dunia, teman jumpa gak makhluk lain...tapi bukan alienlah.
Tu kaki teman tuh!


Bahagian dalam kubah Masjid Nabawi.

Patutnya tak buleh bawok masuk handphone atau kamera.
Ada teman kisah?
Heh heh...polis wanita masjid memang tegas tapi they are very useful.
I like them!



Salah satu menu yg teman santap di Madinah...roti Perancis cicah kari dhal India.
Sedap makan kari kat taman dalam cuaca sejuk Madinah.

Till then kome....