Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Elok ceria hari ni sebab kita nok gi shopping ni. Kalau kome melancong ke Istanbul, selain kome ziarah Masjid Biru, Hagia Sophia, Topkapi Palace dll. tu, tempat yang tak patut kome lupa atau tak tau wujud ialah Grand Bazaar atau dalam Bahasa Turki Kapali Carsi.
Dibina dalam tahun 1461 tuh! Zaman dulu-dulu kan empayar Uthmaniah antara yang power. Rama para pedagang dari setiap pelusuk alam datang ke Istanbul berdagang kat sini. Semua deme ada berdagang kat sini dulu, termasuk orang. Ialah dulu-dulu buleh juah hamba sahaya. Sekarang kome jangan cuba nok cari hamba sahaya kat sini pulak.
Sebelum masuk kena jumpa Yob hensom kat pintu gerbang tu. 2 tahun lepas pun memang dah ada guard tapi deme dok merata kat dalam dan luor tapi sejak kebelakangan ni, deme dah boh sorang kat depan. Yob ni bawok peralatan scanner. Kome jangan gedik nok bawok M16 ya. Tapi nilah Yob beruniform pertama kat Turki yang teman perasan mau senyum. Selalunya Mamat-mamat beruniform kat Turki ni tak ponah senyum...takut nengok deme serius!
Dari udara ni ropa Grand Bazaar, yang beratap meroh tu. Luas kome. Dan banyok pintu, lorong dan kategori. Setiap lorong lazimnya menjalankan perniagaan yang sama. Yang juah karpet satu lorong, yang jual barang seramic satu tempat, yang jual pakaian dan tekstil satu kawasan dan seumpamanya. Selain dari barang dagangan, ada beberapa buah surau, restoran, gerai fast-food kebab, gerai cay (teh), bank, pengurup wang, dan satnika perniagaan. Lepas teman jatuh cinta dengan Kapali Carsi ni, teman dah tak heran Pasar Seni, Kuala Lumpur!
Antara sebuah lorong bahagian dalam. Grand Bazaar ni beroperasi Isnin-Sabtu bermula pukul 9am hingga larut malam kot. Hari Ahad tutup untuk kerja-kerja membersih dan mencuci.
Lagi satu kawasan yang ada 2 lorong berpecah. Teman selalu sesat masa memula datang sini. Pertama kali dengan suami. Kali kedua dan seterusnya beberapa tahun kendian, teman memberanikan diri jalan sorang. Kalau sesat teman bertanyalah. Sapa suruh diam? Malu bertanya sesat jalan! Jangan riso, rama dari peniaga kat sini buleh speaking Bahasa Melayu. Antara frasa popular:
"Dari Malaysia?", "Apa khabar?", "Sila masuk", "Tengok percuma", "Sangat murah".
Issyyy, memula dengor teman kata, panda deme ni kenen dengan pelancong Malaysia tanya ayat-ayat menggoda!
Kalau kome rasa nak tukor kerjaya jadi penari gelek, pakaian dan aksesori aktiviti ni siap ada terjuah. Pilih jer warna apa kome nak. Kekadang terpikior teman nak beli sepasang - untuk hiasan jer.
Perniagaan emas pound pun ada. Di Turki ada yang maka emas 17k dan 18k tapi bila untuk bertunang dan berkawin, panda pulok orang pompuan deme minta yang 24k!
Benda biru ni hanya terdapat di Turki. Nama dia dalam BI Evil Eyes. Teman rasa ini kepecayaan pagan bangsa Turki zaman dulu menggunakan benda ni digantung kat memana bagian rumoh konon untuk menghalau unsur jahat. Dia dibuat dari kaca atau seramik dan dibentuk dalam berbagai rekaan seperti manik rantai, keychain, manik gelang, dan seumpama. Deme idok ler percaya kuasa benda ni lagi tapi dah jadi kebisaan deme beli buat hiasan. Muroh jer. Banyok pelancong beli sebagai souvenir.
Turki terkenal dengan hasil kraftangan dari seramik. Semua dilukis tangan. Tapi kalau beli dalam Grand Bazaar ni deme letak harga pelancong. Memang mahal. Cari ler kat sebelah luor bazaar ni. Tapi memang cantik arr lukisan deme buat.
Lagi satu kraft Turki ialah permaidani. Deme guna carpet ni cam kita guna tikor getah kat Malaysia. Dari dalam bilik tidor, salon, koridor sampa ke dapur deme boh carpet. Kalau tak guna carpet, deme bentang kilim.
Ni bahagian luor Grand Bazaar. Pun ada beribu-ribu buah kedai dan butik menjual satnika benda. Gambor ni teman rasa diamik pada waktu pagi benor, sebab orang tak rama lagi. Teman selalu datang pepagi kul 8 sebab nak pusing-pusing lama sikit. Kalau dah cerah sikit dan dalam musim bunga atau musim panah, nak berjalan pun susoh, punyalah rama orang! Dalam berlaga-laga tu, saku blazer teman kena pick-pocket. Nasib baik purse yang ada duit jer, purse yang ada IC dalam beg!
Antara yang kome buleh jumpa dan elok beli bawok balik ialah gelas teh. Yang ni mahal sikit sebab ada gold ring kat tepi dia. Gelas teh ada dijual sebiji-sebiji, ada yang dijual set.
Gelas teh dalam berbagai warna dan cawan kopi. Jarang orang guna gelas berwarni-warni ni kat rumoh. Keme guna yang standard jer.
Salah sebuah kedai yang menarik. Nak beli pistol dan senapang senang jer kat Turki ni. Bayor jer. Deme guna senjata ni cam kita guna parang dan golok. Seeloknya memang kena ada lesen tapi kat Kampong Deridebi teman nengok bebudok remaja guna senapang gi buru babi utan atau beruang. Masa majlis kawin kat kampong-kampong yang ulu sikit, deme bagi budok kecik 7-9 tahun tembak-tembak kat udara, sonok sangat. Orang lain yang kawin, deme yang sonok lebih!
"Aiiiihhh...mana kamu dapat pistol ni? Gi simpan, Baba punya!" kata Fatma, menantu teman. Menantu tirilah.
"Amik dari almari!" kata anok bongsu dia, Bahrican.
Memula teman ingat dia main pistol mainan. Bila mok dia rampas pistol tu dan simpan, baru teman tau dia real. Baru teman nok rasa takut dan nak nyorok bawoh meja makan. Tapi pistol dah kena amik. Teman pegang, memang berat. Sib baik tak mandang peluru! Deme boh pistol merata tempat, bebudok buleh amik. Kalau loaded tadi? Entah dah jadi arwah keme. Suami teman pun kekadang bawok Zig Zauer dia tapi selalu dia tak bagi tau, sebab teman tak suka.
"Kenapa awak bawak pistol ni?" ponah teman tanya.
"Mana tau, ada terrorist ke..." sardin dia jawab.
Ehhh off topic plak, sambung balik bab shopping. Gambor atas, antara yang comey buleh dibawok balik. Ehh, bukan Yong tu tapi barang-barang kaca tu. Saja teman bergambor dekat mende-mende tu supaya kome buleh agok saiz deme tu.
Teman fokus dekat-dekat sikit yek. Salah satu mende ni dah teman antor pada Yob D08 Shahril tapi bukan yang ada toncit ni, yang kat bawoh sikit tu.
Banyok gak barang import kat sini. Ni datang dari negara-negara belah timur jauh. Istanbul ni pusat borong jadi walaupun deme juah barang import, harga mende-mende ni lebih muroh kat sini dari kat Malaysia walhal kita lagi dekat kan? Teman dah test harga barang dagangan ni.
Ni antara barang yang agok muroh. Anting-anting dari logam ringan. Harga lebih kurang RM5-RM7 sepasang. Dilukis tangan dan motif tradisional.
Salah satu kedai yang teman pegi beberapa kali sebab berkenan dengan design dia yang unik. Tapi ni bukan perak, cuma celup perak.
Selain dari rantai, deme ada gak juah cincin yang chungky. Sesuai untuk pompuan yang trendy, mau deme berkenan dengan design ni kot. Pembantu kedai ni perempuan Mongolia, tapi bukan sedara Altantuya Shariibu ya. Altantuya fasih bahasa Rusia, dia ni fasih bahasa Turki! Elok dia jadi pembantu kedai dari jadi Juru Bahasa, kot kena C4 pulok! Atau dari jadi GRO atau pekerja seks. Kat Istanbul pompuan asing yang lawor-lawor yang takde koje, jadi wanita penghibur ler, terutama yang datang dari Ukraine, Georgia dan negara-negara Eropah bekas Soviet.
Sorang kakitangan kedai aksesori wanita yang lebih canggih dari kedai pembantu Mongolia. Dia ada katalog dan website lagi. Design aksesori dia lebih eksklusif. Banyak pelancong Eropah mengelewor dalam kedai dia sebab tertarik dengan design kat sini. Teman pun ada beli 2-3 urat gelang.
Kalau shopping kat sini, teman mesti beli beberapa pasang stokin bulu untuk bawok balik Malaysia. Rama kengkawan pompuan yang order nak paka, terutama yang baru lepas beranok.
Trip yang lepas teman terjumpa satu set tea-towel yang cantik. Ada enam helai dengan warna yang lembut. Tunjuk kat kawan dia nok pulok. Terpaksa jual kat dia. Itu jer satu set bunga ros yang ada. Lain kali tak mau tunjuk kat kawan kalau ada satu jer.
Set alas meja memang banyok dan cantik yaaa amat! Yang set ni ada 16 helai alas meja panjang, meja 4 kerusi, meja bulat, dan alas apa ntah lagi. Teman belanja untuk diri sendiri. Asyik beli untuk orang jer.
Teman regekkan kat meja teh kat apartment Istanbul. Bulehlah... Kalau nok beli kat Malaysia, mesti harga dia RM300-RM500 satu set. Tak merasa ler teman nok meregekkan rumoh teman.
Yang besor teman alas kat meja kaca dan kerusi kat flat Shah Alam. Wah rumoh teman yang kecik ni nampok comey lagiiii! Sebenornya tak paka pun. Kalau paka nanti berabuk. Sekali-sekala jer teman regek kat perabut.
Bila dah penat menapak tu, 2-3 jam kome, pusing kat luor jer selalunya. Tapi tak abis semua lorong dan ceruk. Bila lapor teman makan kebab. Atau buleh gak beli roti simit ni. Roti ni keras liat dan ditabor biji bijan. Harga RM1.00. Dimakan sebagai snack untuk alas perut.
Kalau nak solat banyok surau di dalam dan di luor. Tapi ada sebuah masjid lama yang agok besor dekat Eminonu tak jauh dari salah satu gerbang bazaar. Depan masjid banyok burung merpati. Kome buleh duduk-duduk dibangku depan masjid tengok orang lalu-lalang dan gelagat para pelancong sambil makan kebab atau simit.
Tak pun makan jagung bakor atau jagung rebus. Harga setongkol RM2.50. Eminonu mengadap laut. Sambil kokak jagung kome buleh duduk kat bangku kat situ tengok kapal dan feri.
Bila nak balik naik bas, teman lalu dekat lorong pejalan kaki bawoh jalan besor. Sini pun ada kedai dan peniaga free enterprise. Naik ke atas nampak dataran yang menempatkan terminal bas. Kat tepi esplanade ada bot-bot dan feri bawa penumpang ke seberang. Ada gak bot-bot restoran yang menjual sandwich ikan. Harga RM12. Buleh duduk kat situ atau tapau. Deme guna ikan palamuk atau ikan temenung, digrill dan boh salad. Kome boh sendiri cuka dan garam. Lezet!