Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, October 31, 2010

Moh Tengok Jemaah Haji Dulu-Dulu



Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua,

Sempena musim haji ni, moh kita mengimbau suasana musim haji zaman dulu-dulu. Sebelum National Geographic saman teman, bior teman bagi kredit kat majalah persatuan ni! Semua gambor-gambor ni kepunyaan NatGeo!




Teman belum nunaikan haji ni, mohon didoakan dapat melakukan in the near future, InsyaAllah. Teman ada baca beberapa buah buku pengembaraan tentang menunaikan haji ni dan favourite teman ialah Pilgrimage to Mecca oleh Michael Wolf. Mr Wolf ialah sorang warga USA dan telah memulakan pengembaraan dia dari Maghribi kalau tak silap teman.

Sekarang tanda amaran di atas tu ditulis dengan lebih canggih dan di atas papantanda yang lebih gah kot.





Ni zaman sebelum minyak ditemui di bumi Saudi. Kapal terbang pun main landing atas pasior jer. Tengok kenit jer kapal terobang tu. Beberapa dekad kendian bila Saudi dah kaya, gomen dia upgrade banyak kemudahan ke taraf antarabangsa!


Menurut buku Wolf, "...the new airport receives an aircraft every 5 minutes!" (tahun 1980an rasanyer atau awal 1990an).





Padang Arafah sebelum ditanam pokok semambu dan dipacak sprinkler! Bayangkan kalau musim haji jatuh pada musim panah (Ogos-Oktober) bila mana suhu buleh naik ke 45 darjah Celcius! Betapa tabah dan sabornyer jemaah haji zaman dulu-dulu...dulu lagi sebelum ada kapalterobang! Yang teman ada baca fasal pengembaraan Ibnu Battuta gi haji. Ikut karavan diiringi bukan sahaja para jemaah haji lain malah ditemani oleh beberapa orang pasukan bersenjata bagi melindungi karavan dari diganggu dan dirompak oleh penyamun padang pasir. Adeeeiii...kat padang pasir pun ada penyamun yang mengendap bakal haji!






Bakal haji yang nampak berumur. Mesti telah mengambil masa bertahun-tahun mengumpul duit untuk menunaikan ibadat fardhu ni. Wolf juga ada menulis pasa satu breed bakal haji - the walking haji - mereka yang gi haji berjalan kaki beribu-ribu batu dari negara memasing sebab miskin! Bila sampai sesatu tempat, bakal haji ni akan buat koje apa yang patut sambil mengumpul duit dan tenaga. Pastu sambung perjalanan deme. Tapi golongan begini dah takder lagi kot. Kalau ada pun yang naik SUV dari satu negara ke satu negara. Beliau kagum dengan golongan bakal haji pejalan kaki ni dan ingin berjumpa sekurang-kurangnyer seorang dari deme.





Agoknyer ni ropa datuk nenek dan moyang kite kat Arafah sebelum ada Tabung Haji. Tengok deme bawok periok belange. Kayu api kena carik. Susohnyer! Tapi perasan tak, tak nampok jemaah pompuan!





Ada gak produk Uncle SAM zaman tu!




Bercukur di luar khemah. Menurut apa yang ditulis oleh Wolf, bandar Arafah ni cam instant city. Di luar musim haji, ianya sebuah padang pasir yang berbatu dan ditumbuhi pokok-pokok renik dan rumput. Bila masuk musim haji, beribu-ribu askar Saudi dikerah untuk membina beratus ribu khemah dalam beberapa jam. Habis musim haji, askar ni datang semula dan mebuka khemah-khemah ni...hilang bandar khemah dalam beberapa jam!




Kalau sekarang ini gini ramanyer jemaah haji, alangkah senangnyer melontar!



Waktu memilih kambing qurban.




Sebelum kewujudan peti sejuk, menurut Michael Wolf, banyak daging qurban yang terbiar membazir begitu jer. Tetapi selepas ada kemudahan pembekuaan, banyak daging qurban dapat dibekukan dan diantor ke negara-negara miskin.




Begini ya ropa kaabah dan para jemaah tahun 50an ni. Nampak lapang dan aman deme solat.



Ropa kaabah sebelum petrodollar mengalir di bumi Saudi! Baru nampak jemaah pompuan, yang berjubah itam tu kot.




Business as usual. Menurut tradisinya, musim haji selain dari musim menunaikan fardhu haji, ia juga musim menjalankan perniagaan. Ramai jemaah yang mengambil peluang berniaga dan bertukar barang ketika berada di Makkah, dari pedagang kecik sampai yang saudagor besor.




Eh rama jugo jemaah masa tu sebab ni melimpah sampai keluor masjid! Mungkin yang sekarang dah diperbesarkan dan bahagian ni termasuk dalam kompleks Masjidil Haram masa kini. Semoga teman dan miker semua, yang belum sampai ke sana, akan berpeluang menjadi tetamuNya nanti, InsyaAllah!

Saturday, October 30, 2010

TEKA-TIKAM #1...'TING!' Tamat dah!



Assalamualaikum Kome,

Hmmm tak sempat teman nak gi berpoya-poya, terpaksa tutup pintu pagor.

Ya, jawaban yang betoi dah sampai untuk soalan ' Sapa Perdana Menteri Kurdistan Semasa ni'. Dua orang pembaca/Follower Mohkembara telah menjawab dengan betoi tetapi sorang lebih tepat dengan memberi nama penuh iaitu Barham Ahmad Salih.

Dengan itu diumumkan Yong Rita Nalza sebagai pemenang Ketama Teka-Tikam! Diminta Yong Rita beri nama betoi dan alamat penuh kat hellibra2@hotmail.com. Tapi sebab Yong ni puasa ari ni dan dalam generous mood, nak jugak bagi cenderahati kat Yong AzatieSayang. Moh bagi nama betoi dan alamat ye Yong Azatie. Ni kira saguati ler!

Hadiah untuk Yong Rita, nuuu gambor kat ataih tu. Gelang rantai tangan batu Tigers Eye dan batu kristal pink dari Burma berikat stainless steel. Platinum belum tempah lagi...lain dekad ler kot. Sila-sila antor nama penuh dan alamat penuh Yong Rita dan Yong AzatieSayang.

Tahniah!!!!

Mana Freelance ni, tak buat pengumuman...nak kena dia ni!

TEKA-TIKAM #1



Assalamualaikum Kome!

Nama kucing ni Freelance, dok di Kg Deridebi. Dia nak buat pengumuman!

Blog Mohkembara akan mengadakan aktiviti baru iaitu.... Teka-Tikam! Peraduan spontan dan mengejut oleh tuan punya blog yang sesuka ati dia buat peraduan bila mood dia baik.

Sempena entry yang bebaru ni, 'Marooned in Kurdistan', Freelance nak buat soalan.

Teka-Tikam #1 :

Siapakah Perdana Menteri Kurdistan semasa ni?

Beri nama penuh dia dengan ejaan betoi.


Sesapa yang jawab dalam entry ni yang pertama betoi, dialah pemenang Teka-Tikam pertama ni. Tarikh tutup dan waktu setakat jawaban yang pertama sampai dan betoi...'Ting!' abis waktu menjawab. Sapa cepat dia menang! Errr jawaban takde dalam entry tu, kome kena buat research sendiri yek. Kena koje sikiiiit...

Freelance akan check ruang comment ni dari masa ke semasa nak tengok sapa jawab yang memula betoi! Bila ada yang betoi, 'Ting!' abis waktu Teka-Tikam!

Hadiah? Nanti sat nak selongkar bawah katei ni.

Ok...jawab sekarang! Cube jangan tak cube! La laa laa laaa....


NOTIS:

Jangan lupe ada 4 ari lagi untuk menjawab Peraduan #2 ye, hari Selasa tamat!

My 3 Stepsons



Assalamualaikum dan Salam Ceria Hujung Minggu,

Ni mesti rama dari kome tak buleh hadam entry kali ni. Sebab rama dari mengkome takder anok tiri.

Teman ada 3 - ti-ai-gi-eh - TIGA.

"Tak lah rama..." kata kome. Tiga pun cukuplah.

Yang sulung Tahsin, engineer di syarikat kilang besi gomen terletak di Eregli, Laut Hitam. Dah berkeluarga, sepasang anok. Isteri dia orang kampong dok berjiran dekat rumah deme. Dia ni taat dengan Baba dia. Bila Baba dia kata kau nak kawin dengan si-polan tu?

"Sapa Baba cadang saya terima"

Nampok bahagia perkahwinan dia. Nak ikutkan Tahsin ni hensom dan gagah orangnyer. Boleh kawin dengan pompuan lebih cantik, educated dan urban. Tapi dia bersikap sederhana dan agak konservatif. Nampok cam mild tapi tak leh perdajal dengan dia. Tinggi gak pangkat dia masa dalam latihan tentera dulu. Pernah jalani operasi memburu gerila PKK kat sempadan.

Dengan dia kerap gak teman minta top-up handphone teman. Baba dia suruh teman minta kat Tahsin. 2-3 minit kendian, kredit teman naik. Tapi bila teman dekat bandar idak ler teman minta kat dia, cuma bila teman tersadai kat Kg Deridebi yang takde kedai telco.
Tahsin panggil teman Mummy.

Gambor di atas menunjukkan Asim anak kedua dengan Alphan, Tahsin, dan Alper Talib anak bongsu suami.

Anok tengah Asim, System Analyst di syarikat gomen yang sama tapi berpengkalan di Gebze. Ni lagi nampok mild orangnya tapi tegas. Masa teman memula jumpa dia dalam tahun 2003, dia masih bujang. Mak dan Baba dia sibuk carikan jodoh. Bincang belakang dia. Teman pun diajak berbincang. Segan teman sebab baru kenal keluarga ni dan tak tau bab cari jodoh orang, apalagi bab cari jodoh orang asing! 2 tahun kendian dia dapat jodoh dengan gadis Akcakoca, Laut Hitam. Teman tak dapat tengok perkahwinan dia sebab koje di Shah Alam. Tak seperti Tahsin, Asim jalani latihan tentera sebelum dia kahwin dan hanya 6 bulan jer sebab kepakaran dia diperlukan di syarikat dia. Lazimnyer sesapa yang buat latihan tentera di Turki memakan masa lebih 12 bulan.

Anok yang bongsu Alper Talib, berkoje dengan syarikat pembinaan di Akcakoca, anok dah 2. Kalau Baba dia ada projek di Turki, dia koje dengan Baba dia. Alper masih belum menjalani latihan tentera. Asyik bertangguh sebab nak sambung belajor dan tunggu anok dia besor sikit.

Asim dan Alper manggil teman Mother. Ketiga-tiga deme berkomunikasi dengan teman dalam Bahasa Inggeris walaupun tak selancor Baba deme.

Sebagai adat deme, bila bertemu teman, deme akan salam tangan dan cium tangan dan dibawa ke dahi tanda hormat. Tapi sekarang keme main laga pipi jer kiri-kanan bila jumpa.







Gambor menunjukkan Asim, Pak Sedara, Baba deme, Tahsin dan Alper; di depan anak Tahsin Ertugrul dan Sule semasa hari perkahwinan sorang sepupu deme tahun lepas.

Tiap kali teman ziarah ke Turki, teman bahagikan masa di Istanbul, Deridebi, Gebze, Akcakoca dan Eregli. Lazimnyer hujung minggu Tahsin dan Alper akan balik ke kampong berlonggok di rumah Mak deme terutama di musim panas. Asim yang duduk di Gebze, 2 jam dari Laut Hitam, kekadang jer balik.

Bila di kampong, teman akan bebagi masa di antara rumah Kak Emine dengan rumah Mak Mentua di depan rumah keme. Kekadang berebut deme suruh teman dok rumah deme. Kalau teman nak balik ke salah satu rumah, yang sorang akan tanya, " Kenapa awak nak balik? Dok sini lagi".

Teman jadi serba-salah. Anok tiri pun sound, "Mummy stay here, this is our house. "

Walaupun teman ni Mak Tiri, anok-anok tiri tak penah buat tunjuk tak baik pada teman. Deme cukup hormat. Isteri-isteri deme pun amat hormat kat teman. Seperti lazimnyer Mak Mertua bangsa Turki, teman pun memang tak buat koje apa kalau ziarah rumah deme. Teman jadi kekok kalau tak tolong ape. Tapi dah gitu adat deme, walaupun teman ni sekadar Mak Mertua Tiri (eh ada ke istilah ni?) deme anggap teman cam Mak Mertua gak. Kerabat extra pulak!


Bebaru ni, universiti gomen kat KK ni lambat bagi cheque bulan Ogos teman. Teman kabor kat suami masa chatting, duit dah nak abis tapi cheque tak dapat lagi. Suami yang masa tu pun tengah chatting dengan Asim kata nanti dia bagitau Asim gi masukkan duit via Western Union. Tengah hari esoknyer Asim sms kata duit dah transfer. Legaaa...

Itulah kisah sedikit sebanyak tentang hubungan teman dengan anok-anok tiri teman. Allah memberi teman 3 orang lelaki asing yang baik dan hormat dengan teman walaupun teman sekadar Mak Tiri. Ada masanyer pulak, anok-anok mengingatkan Baba deme:

"Baba, we must take care Helime Mother well. She is a trust from Allah upon us." Terharu...

Suami teman kata, " You are a very lucky woman, my sons accept and love you like their own Mother."

Teman sekadar balas, "Alhamdulillah, I'm thankful to Him!"


NOTIS:

Haa kome ada 4 ari lagi untuk amik bahagian dalam Peraduan #2. Setakat ni teman perati jawaban yang sampai amat memberangsangkan dan kreatif. Kemungkinan besor ada hadiah sampingan sebab teman amat pemuroh minggu ni! Lekah, lekah...!

Friday, October 29, 2010

' Marooned in Kurdistan' Part 1


Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat Yang Mubaraq!

Semalam antor sms kat orang rumah tanya nama satu jenis kekacang dalam Bahasa Turki, tapi dia salah faham pertanyaan teman dan dia jawab, "Takde kacang tu di sini " (maksudnya di Iraq). Adeeei...ni masalahnyer bila kita cuba berkomunikasi dengan orang yang berbeza budaya dan bahasa dengan kite. Lain kita tanya, lain dia jawab.

Pastu dia kata, dia mungkin tak buleh berhenti tugas dia dalam bulan Disember ni. Projek tak berapa jalan dengan lancor. Cadang dia nak berhenti (mula koje bulan Februari tahun ni) sebab dia tak bape gemor koje dengan orang. Nak jadi bos sendiri. Memang pun dia bos sendiri, kami ada syarikat kejuruteraan dan consultation sendiri di Istanbul. Tapi bila keadaan ekonomi tak bape stabil di Istanbul, dia terima tawaran koje dari kawan baik dia. Bekerja di Kurdistan, wilayah autonomi di utara Iraq.






Sejak Arwah Presiden Saddam digulingkan, senario politik Iraq dah banyak berubah. Pengikut Syiah dan rakyat berketurunan Kurdish rasa 'Merdeka'! Memasing rasa lebih bebas bergerak dan bersuara walaupun berada dibawah cengkaman dan pengawasan Uncle Sam laknatullah!
Orang Kurdish yang ramai di Iraq ni menuntut kebebasan bersuara sama seperti rakyat Arab Iraq. Deme berjaya mendapat satu wilayah bersempadan dengan Turki sebagai wilayah autonomi deme. Ada perdana menteri sendiri, polis sendiri dll.

Daerah tempat suami teman koje ni terletak di Erbil. Bila teman google, bandar Erbil ni ropanya membangun gak tapi penuh dengan American GI. Bila dah ada GI tu, ade ler tempat-tempat maksiat seperti bar dan kelab malam. Setan!

Kali pertama suami koje di Erbil, 2 tahun lepas. Ditugaskan oleh sorang ahli perniagaan Kurdish membaikpulih paip LPG. Entah sapa punya koje pasang paip tak bape betoi, dia diupah repair natang tu. Koje 2 bulan jer tapi dibayor lumayan gak. Dia kabor nak masuk site kena tempuh checkpoint tentera US. Ni maknanyer ada ler pelabur US dalam projek ni. Masa tu dia buat koje dalam bulan Ramadhan. Kena pulak tahun tu bulan Ramadhan jatuh dalam musim panah! Suami kata bila berbuka, " Water tastes soooo sweet!" Kontrak dia siap hanya beberapa hari sebelum Bayram (Hari Raya). Sempat sampai kampong sehari sebelum raya. Tengok kulit dia dah berjelaga, kata orang Perak, dan badan susut 2-3 Kg. Raya tahun tu dia jadi Santa Clause;sapa yang bersalam dengan dia dapat Dollar.






Kali ni projek yang dia buat pun mengenai pembinaan kilang LPG yang diusahakan oleh sorang kawan bangsa Kurdish warga negara Iraq. Ni projek yang bermula dari scratch! Bayaran yang diterima tidak selumayan dari projek sebelumnyer tapi amik gak sebab dok Istanbul pun projek slow. Lagipun bagus untuk ditambah dalam resume dia. Tambahan pulak masa dia dapat tawaran tu, visa teman pun dah nak tamat, kena balik KL. Dari dia dok sorang kat Istanbul, baik dia cabut ke Kurdistan!

Dari chatting dan e-mail dia, hari koje bermula dari 7 pagi hingga 5 ptg. Jadi bangun awal untuk apa yang patut dan sarapan di cafeteria. Dia kabor tukang masak di cafeteria bangsa Turki, jadi berseleralah deme (pekerja bangsa Turki dan yang seangkatan) makan kat kem. Ya, deme dok dalam kem yang tak jauh dari site, nun di tengah padang pasior. Sebagai Project Manager, dia ade cabin dia sendiri siap dengan air-con, shower dan pejabat. (Pakcik, mana gambor-gambor cabin ni? Lama orang tunggu!). Kul 7 tepat start koje yang mungkin bermula dengan meeting. Meeting melibatkan berbagai bangsa dan warga negara. Bahasa Inggeris yang digunakan pun berbagai loghat, dia pun kekadang tak faham. Pastu mungkin dia ke pejabat atau ke site. Koje dia 7 hari seminggu takde cuti! Dalam berbulan-bulan tu, mungkin dapat cuti seminggu untuk Hari Raya Eidulfitri dan Hari Raya Qurban. Tapi semalam dia kata, tak buleh balik Raya Haji sebab banyak problem kat site. Adeeei!

Jadi teman tak mau complain kalau teman susah itu, ini. Ada orang yang koje tak renti-renti dalam panah dan sejuk, takde cuti berbulan-bulan! Bersyukur apa yang ade, Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan tugas dan urusan dia dan kite semua. Amin!

P.S Tajuk entry ni teman ciplak dari sebuah filem Iran bertajuk "Marooned in Iraq", mengenai 3 orang Kurdish anak beranak yang tersadai di Iraq ketika zaman Presiden Saddam Hussein.


NOTIS:

Haa kome ada 4 ari lagi untuk menjawab soalan dalam peraduan #2 tu. Banyak jawaban yang cam OK jer dan menarik. Mungkin teman bagi beberapa hadiah insentif, walaupun tak semua jawaban kome tu betoi! Kan teman ni pemuroh!

Tuesday, October 26, 2010

PEMBERITAHUAN #7 Peraduan lagiiiii!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mengkome,
Cik Kara Bayan mai dah, nak buat pengumuman Peraduan Kedua...sonoknyer!
Kali ni kena teka amende dan kat mane! Ada lima (5) soalan yang agak mudah tapi berbeza dengan dulu banyok gambor local, kali ni banyak global...hikkksss!
Syarat-syarat:
1. Sesapa pun buleh amik bahagian, tak payah jadi follower pun takper weh. Tapi kalau kome yang dok Iceland atau Timbuktu menang, bagi alamat Mak, Pak atau Mak Long kome di Malaysia. Teman tak buleh antor hadiah jejauh yek? Save cost!
Nanti kendian elok jadi Follower yek? Baru kenal tapi mesra!
2. Banyak kali jawab pun takper tapi dalam satu akaun jer. Nak jawab lain kena numpang akaun orang lain ler. Teman tak kisah, tak tanya pun. Buat bodo.
3. Jawab untuk peraduan kedua ni kat ruang comment entry ni jer tau. Jangan mengelewor gi jawab kat entry lain, penin teman carinyer kang!
4. Mulai hari ni dan tutup pada hari Selasa depan jam 12 malam 2hb November 2010 gitewww!
Hadiahnyer?
Ni kat bawah ni. Seekor gelang tangan lipan! Diperbuat dari mutiara ayor tawor werner cream, bertatahkan batu kristal dikiri-kanannya, diikat dengan stainless steel. Haa, apa? Platinum? Haa kalau nak platinum tunggu soalan yang teman yakin semua orang tak buleh jawab! Kalau orang Yob yang menang dia buleh pilih satu set butang baju Melayu mutiara weh, no hal!
Hanya satu (1) pemenang yang betoi sekurang-kurangnya empat (4) dari lima (5) soalan akan teman amik sebagai pemenang. Kalau rama yang betoi, teman pilih sapa yang dulu betoi.




Nilah hadiah yang kome buleh menangi kalau betoi jawab sekurang-kurangnyer 4 soalan!




1. Ringan-ringan dulu..., apakah yang sedang dibuat oleh Yong Ketam ni?
(Jawaban ikut common sense tapi jangan kata dia tengah kempen pilihanraya kecik di Galas!)


2. Pegi Parit beli tapa,
Tapa masam colek cili,
Kalau kome orang yang panda,
Buah apa yang berduri-duri ni?
Jawab kena berpantun gak yek, kalau tak berpantun, kalau betoi pun, potong markah!
(Klu - ni bukan buah strawberry)



3. Deme dok ngaji ni kat sekolah pondok. Agok-agok kat negara mana deme ni?
(Klu- gerenti bukan kat Norway!)





4. Isssyyy...jangan hiro muke Yong tu. Kat ladang ape agoknyer Yong ni berposing? Senang jer ni...kalau tak tau, memang bute mate mengkome tu!
(Klu- kome selalu makan kalau takde koje...)







5. Sebuah jam gergasi sedang dibina dan akan jadi jam besor terbesor di dunia, MasyaAllah! Siap dalam tahun 2012, InsyaAllah. Kat bandar mana tu kome?
(Klu- Bukan kat KL)
Haa apa lagi. Pikior-pikior ler dalam 7 ari ni!
Notis:
Di minta Yong Ella menghubungi teman via e-mail dan beri nama dan alamat penuh yek. Check e-mail teman dalam entry sebelumnyer.
Sekian selamat mencube!









Saturday, October 23, 2010

Moh Ke Ladang Hazelnut di Laut Hitam, Turki.



Assalamualaikum dan Salam Hormat Semua,

Moh ikut teman koje di ladang hazelnut keluarga keme di Kampong Deridebi, Duzce, Laut Hitam, Turkiye. Tanaman utama di wilayah Laut Hitam atau Karadeniz ni telah ditanam sejak beberape dekad dulu. Suami teman citer, dia, mak dia dan ahli keluarga lain meneroka tanah utan untuk tanam pokok kacang ni. Masa tu deme dan orang kampong lain memang miskin, takde apa yang dapat diusahakan melainkan koje kampong, bercucuk tanam dll. Bila deme tau kacang hazel buleh mendatangkan pendapatan yang tinggi deme mula membuka tanah di sekeliling rumah dan bukit tak berpenghuni. Tanah gomen tu.





Findik atau kacang hazel ni perlu hidup dalam iklim 4 musim kome, jadi tak bulehlah kome nak pesan suruh teman mawak benih, batang atau akor nak tanam belakang rumah kome tu yek. Lazimnyer musim dingin pokok ni tidor lena ler. Tu yang nampak botak-botak dekat kandang si Kara Kiz dan Fistig tu deme ler. Bukan deme jer tido, pokok epal, pear, anggur, tin dan seangkatan dengan deme pun tido lebih kurang 3-4 bulan.




Masuk musim bunga deme mula mengeluorkan pucuk baru dan dedaun ijo. Masa ni orang kampong rasa bersemangat. Spring dah mai! Mana yang dok bandor sekolahkan anok, balik ke kampong nengok tanah dan ladang. Nampak deme sonok dapat lebih lama dok luor rumah, tengok daun baru, banyak sinar surya...ewah. Kalau musim dingin terutama bila salji tebal, deme tak berapa aktif, asyik dok rumah. Kalau kuor pun sebab penting-penting jer. Bila musim bunga mula deme kuorkan satnika alat dan perkakas pertanian. Orang pompuan mula sibuk persiap tapak kebun sayor deme. Gemor bercucuk tanam deme ni!



Ni ropa kacang hazel masa pertengahan musim bunga. Nampak cam buah nyior. Gambor besor tapi deme kecik jer. Buah deme ni bergugus antara 2-7 biji satu gugus. Masa ni kome nak petik makan buleh jer. Kulit dia keras tapi taklah sampai patah gigi kome kalau ngokaknyer. Rasa kacang dia lemak-lemak, tak pahit, tak kelat.




Masuk musim panah, pertengahan Ogos gitu, buah dan kelopak dia bertukor werner keperangan. Kacang ni ada yang bentuk bujur dan ada seakan bulat. Mutu kacang ni ikut saiz. Kalau besor buah guli tu kira gred bagus ler. Kalau kecik kurang sikit gred dia.





Bila masuk musim panah, orang-orang Kurdish dari wilayah sempadan Turki-Iraq akan mula bersiap-siap dengan tilam bantal, periok belanga - berbondong-bondong naik van, bas mini, keretapi macam nak gi buat haji. Ada bawak keluarga dan kerabat dan jiran menuju ke wilayah Karadeniz untuk koje kontrak 4-5 minggu petik kacang ni. Dalam satu kumpulan buleh ada 15-25 orang, kecik besor, laki pompuan. Mandor deme akan cari tuan tanah dan buat perjanjian. Mana yang nasib baik dapat numpang rumah kosong atau bangsal besor. Kalau tak, deme bina khemah plastik dekat-dekat rumah tuan tanah. Kebanyakan para pekerja bermusim ni orang muda. Kalau ada wanita dewasa lazimnyer dia isteri mandor atau tukang masak. Kekanak dan bayi pun ada ngikut. Mengeronyot deme ni.
Nilah ropa keme kerabat bukit petik kacang yang dah dipetik atau digoncang dari dahan. Kerabat kome sebab ladang keme ni ditanam di lereng bukit - ada yang serong 45 darjah! Penah teman tergelincir, nasib baik sempat sambor pokok hazel tu. Pastu kumpui kacang dalam tin minyak tu, masukkan dalam karung guni putih. Sehari buleh dapat 30 guni.



Keluarga suami teman tiap musim perlukan antara 15-20 pekerja ni. Deme dan kami sekali kuor umah pukul 7 pagi tepat naik lori keme gi ladang atas bukit lebih kurang 5-6 km. Memula petik kacang di ladang yang dekat rumah, yang kat atas bukit beberapa hari kendian. Deme berhenti rehat kul 1 tengah hari. Deme cari port bawah pokok epal atau pokok pear dan buka bekal yang deme bawak dari rumah tumpangan. Pekerja kami nasib baik dapat guna rumah lama suami teman. Berama-rama deme duduk lelaki pompuan, tapi bilik asing-asing. Deme semua satu kampong lazimnyer. Sorang pompuan deme yang beranok kecik dibawa sebagai tukang masak. Deme lazimnyer makan roti cam roti nan tapi yang dimasak atas kuali lepior. Makan dengan keju kampong, kekacang dan yoghurt. Berselera jer teman nengok deme makan. Pas makan deme kerabat pokok epal atau pokok pear utan keme. Kalau ada anggur, anggurlah deme baham.
Kebanyakan pekerja Kurdish ni tak sekolah tinggi. Agak nak masuk sekolah menengah deme berenti sebab nak jadi pekerja bermusim. Deme buleh dikatakan rakyat yang miskin dan kurang berpelajaran. Walaupun deme rakyat Turki; bersekolah gomen berbahasa Turki; deme ni ada bahasa dan budaya sendiri. Rama yang kawin muda. Tapi deme sama dengan kita, bermazhab Shafie. Orang Turki lazimnyer bermazhab Hanafi.
Esok deme gi bahagian lain ladang, ntah ceruk mana dan cerun mana. Kekadang teman tak ikut sebab jauh sangat. Mak mertua pun kata, "Helime otur, otur!" Dia pulak suruh teman duduk berehat, orang nak tolong. Mungkin dia tengok teman terhegeh-hegeh narik tin minyak tu, berat gak kalau penuh. Lazimnyer lepas makan tengah hari dan zohor, teman escape. Teman dudok jer kat dalam rumah ladang kami. Ya, keme ada sebuah lagi rumah, rumah ladang atas bukit ni.





Kul 5 petang deme abih tugas. Anak tiri teman (yang bert-shirt itam tu) akan drive deme balik ke kampong sementara keme, mungkin 2-3 orang iaitu teman, mak mertua dan adik ipor, dok tinggal bermalam di rumah atas bukit. Sejak kami bina rumah atas bukit (dulu ada dango jer), keluarga yang lain pun mula bina rumah atas bukit. Rumah ni ada 2 bilik tidor, 2 bilik ayor dan tandas, dapur dan living room, siap ada letrik dan air. Sepanjang musim petik kacang ni, situlah kami tinggal. Maknanyer kami tinggal dalam ladang yang sepi di kelilingi pokok kacang hazel dan pokok utan. Rumah yang dekat, 100 meter, ialah rumah ladang pak sedara suami. Tapi tak pulak kami takut binatang buas atau pontianak langsuyor! Kalau kat Malaysia mesti dah ade citer-citer puaka dan orang bunian! Tak pernah teman dengor orang Turki citer pasa hantu dan puaka bunian!
Lepas petik, kacang ni kena jemur dengan kelopak dia sampai kering. Bila dah kering dimesinkan untuk pisahkan kelopak. Pastu masuk dalam guni, simpan. Bila dah siap semua, kacang ni akan dijemur 2-3 ari, kena balik-balikkan supaya rata kena matahari. Panah weh walaupun tak seterik kat Malaysia. Berat koje ni. Ada masa kena gi duduk atas kacang tu kutip dan buang batu-batu. Bila dah kering betoi masukkan dalam guni jut, simpan dalam setor. Kalau ujan memang kelang-kelibut tutup kacang yang berjemur ni dengan plastik kanvas. Kena ayor buleh rosak. Jadi selalu ler kami dengor laporan cuaca dan tengok langit. Nasib baik musim panah ujan jarang turun.
Mesin kat atas tu sewa jiran punya. Tak tau bape ratus Turkish Lira sekali sewa. Kekadang tuan mesin bekerja sampai larut malam sebab nak kena perabihkan memesin sebab kacang kena jemur cepat. Masuk tengah bulan September, ari dah kurang panah dan ujan kerap turun.




Time menjemur ni yang agak berat kojenyer. Kena orang yang kuat membuatnyer. Lelaki pompuan buat keja ni. Tapi pompuan Malaysia memang out. Tolong meratakan buleh; tolong membalikkan buleh; tolong kutip batu buleh. Tang masukkan kacang dalam guni tak buleh. Penah tolong cedok kacang masuk dalam guni teman sakit tangan. Deme buat koje cepat, teman ni lemah-lembik. Ada orang pompuan deme buleh tanggung guni sebesor guni beras tu kome! Terkejut teman nengok kederat deme!
Nilah koje deme - menjemur, menyimpan, menjemur, menyimpan untuk 2-3 minggu lepas memetik. Bebudak suka main atas kacang ni. Kacang ni masih ada tempurungnyer, kome jangan riso nak makan nanti.
Tu cucu-cucu keme berenang atas kacang, yang baju ijo anak tukang masak Kurdish.





Bila semua dah siap jemur dan simpan, deme tak jual terus. Deme tunggu harga. Kacang ni buleh simpan 2 tahun. Ada yang keme jual ke koperasi di bandar. Deme tak bagi duit tapi bagi voucher untuk keme beli-belah di supermarket koperasi. Bila nak shopping, pegi pejabat koperasi amik voucher. Tapi voucher ni buleh gune di supermarket koperasi jer. Tapi supermarket ni well-stocked, semua benda ade. Ni cara deme nak bantu peladang kacang ni. Tapi ada juga yang keme simpan stok di rumah dan dijual pada peraih bila harga elok sikit. Ada masa harga dia RM8-RM10 sekilo. Tengok harga pasaran dunia. Dulu-dulu kata suami harga sampai RM22 sekilo. Yang dah dibuang tempurung di pasar/kedai ada yang capai RM40 sekilo. Lebih dari tu pun ada terutama yang gred bagus. Keluarga keme dapat antara 20-22 tan semusim. Tapi hasilnyer berselang-seli. Tahun ni dapat 20 tan, tahun depannyer 17-18 tan, ikut mood pokok tu.
Lazimnyer lepas musim hazelnut, rama orang buat kenduri kawin sebab duit tengah lebat. Orang pompuan banyak beli barang kemas. Orang lelaki nyimpan kot sebab rama dari deme takder koje lain selain dari jadi peladang kacang hazel. Anak tiri teman yang amik cuti 2 minggu, akan balik ke Eregli sambung koje jadi engineer. Pekerja Kurdish ada yang balik kampong deme (2-3 ari naik bas baru sampai kome) tapi rama yang pegi wilayah lain cari koje diladang bawang, ladang kentang dan yang paling kendian koje di ladang buah zaitun. Buah zaitun dipetik dalam musim luruh.



Ha nilah dia kacang hazel yang kome selalu makan dalam coklat dan kek tu. Tempurung tu kome kokak dengan gigi atau pecahkan dengan jari kalau kome terer. Tapi ada alat pemecah kulit kekacang banyak jual kat sana. Teman guna jer nut-cracker ni. Suami tak galakkan teman kokak, nanti rosak gigi katanyer. Pasa makan findik ni, Alhamdulillah teman dapat makan yang baru dan fresh. Tiap hari ler keme goreng tanpa minyak dan makan sambil minum teh dan tengok TV.
Teman harap entry ni dapat membantu mengkome memahami industri kacang hazel ni. Bila makan coklat ada kacang hazel, ingat-ingat entry teman ni yek?










Friday, October 22, 2010

Selamat Datang Ke Sabah Darul Imigran!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman suka negeri Sabah. Orang dia lemah-lembik, peramah, merendah diri, prihatin dan pemurah. Punya pemurah dia jadi tumpuan orang ramai - dari luor dan dalam...yang banyak dari luor, termasuk teman. Hiikksss...





Sini orang tempatan tak bape ramai dibanding orang luor. Koje punyalah banyak dan mudah didapati. Tengok reklam ni. Nak koje kat Sabah tak payah ada diploma, degree atau masters weh. Ase tau nulih cukup. Bereh!




Tu yang rama orang datang cari koje kat Sabah. Ada dari negara seberang laut. Ada yang memang mok pok dia dah dok lama di sini. Kewarganegaraan? Wallahualam! Tu yang rama Suratman, Sudirman, Suparman dan Superman bekerja mencari rejeki di Sabah.
Yong: "Bape secucuk ni...?"
Superman: "Singgit je Makcik."
Yong: "Err...amende ni?"
Superman: "Bontot..!"
Errrrkkk!




Deme ni rajin koje. Segala satnike mende deme jual. Antara yang populer ialah rokok. Teman tak tanya bape rega sekotak. Sebelum ni teman lebih curious pada bebudak bawah umor yang menjajanyer. Yang menjual ada yang kenit sampai yang tua bangka, laki pompuan. Ade satu kakak tu berjaja mawak cucu umor 15 bulan, dok dalam buai. Heee siannya nak cari nafkah!




Ni lah jenama rokok yang deme jual. Tak penah teman nengok! Deme ciplak nama company penyiaraan ke? Deme kata rokok ni datang dari Labuan. Sapalah punya koje yang mawak masuk mende ni dan agih-agihkan pada orang tua dan kekanak jaje benda tak gune ni! Maaf yer orang yang merokok,...jangan teraserrr!





Apa koje pun deme buleh buat. Menjahit dan alter satnika pakaian dan seluor. Alter suor RM5! Ni Kakak ni antara penjahit wanita yang dalam kategori minoriti. Selebihnya penjahit lelaki. Bila teman interview, memalu kakak ni. Dia cam riso ingat teman ni dari jabatan memana. Berpanas deme dok tepi laluan luor Pasar Phillipines. Kalau ujan deme bertempiaranlah kot.





Kome kalau teringin makan menu Jawa takyah ler kuor duit terbang ke Jakarta yek. Gi ngelewor kat KK ni, banyak restoran jual masakan Jowo. Sila mampir Buk...




Hah soto dan coto Makassar pun ada! Sila Buk...makan apa?
Teman makan di salah sebuah gerai di sini. Nampak masakan dia ala-ala Melayu semenanjung dan ada yang nampak cam masakan Padang. Tapi bila teman amik kari ayam dia, tak rasa kari. Nak kata rasa gulai lemak pun idok. Ropa jer kari. Ape-ape aje ler...
Tapi yang bagusnyer deme masih amalkan sedekah. Pisang free atas meja. Mungkin sebab ari ni hari Jemahat Al-Mubaraq!
Terima kasih Buk!















Thursday, October 21, 2010

PEMBERITAHUAN #6


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Tu dia mai dah Cik Kara Bayan kite!

Ni pengumuman akan pelari yang ke 3 berjaya melepasi lawatan ke 50 - Puan Kak Yong kite! Setelah penat menyulor dan merangkak, akhirnya berjaya juge dia sampai ke tangga 50 ni. Syabas dan tahniah kepada Kak Yong yang tak putus ase mengejor dengan penuh semangat Kejor Yob Kejor!
Oleh itu diminta Kak Yong mengantor nama penuh dan alamat surat menyurat pada teman di hellibra2@hotmail.com supaya buleh teman antor cenderahati kekenit!
Yang lelain tu, ada 2 lagi tempat untuk pengejor dan pelawat melewati paras 50 tu.
Caiyoook!

NOTIS!!! DAN KEPUTUSAN PERADUAN!!!

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua!

Setelah menunggu dengan keletihan dan ngantuk, tamat sudah Peraduan Meneka Peristiwa. Setelah dikira dan dicongak, hanya ada 6 orang pelawat dan pembaca jer yang berani menjawab soalan-soalan mudah tu! Kalau lagi susoh, rasenyer takder sape nak menjawab! Syabas mengkome yang pemberani ni!
Bila diteliti dan dianalisa (ewaaah) pada jawaban kome, semua orang berjaya meneka dengan betoi soalan...no. 3! Ya, mengkome memang rajin dan khusyuk tengok Majlis Tilawah ni, kalau tak, mungkin ada yang jawab tu konsert Adam Lambert! Tu pun ada yang gelabah kata, "eh ada alat percussion ataih pentas tu..."
Soalan kedua amat tricky! Ni semua sambai tempoyak punye pasa! Itu ler klu yang mengkome gune untuk bagi jawaban. Sebenornye bukan di Perok jer deme makan tempoyak. Orang Selangor, Melake, NS, Pahang dan Selangor pakat makan mende ni gak. Kornar punya kornar, sorang neke dengan betoi... Teman makan kenduri di Gombak, Selangor! Hairi@Ella neke betoi.
Untuk soalan yang paling fening, soalan nombor wahid ni. Amende yang dibuat dik Yob di atas bot tu? Banyak jawaban yang lawak sebab sah-sah ramai dari mengkome ni tak penah tengok camner nelayan buat koje atau tak penah dok lepak dengan deme ni. Teman biasa main dengan deme ni. Kalau mengkome penah baca dan ingat entry teman yang terdahulu, mungkin kome dapat jawabannyer! Teman ade nulis adik ipor teman sorang nelayan di Kole Kuro dan teman selalu ikut dia nangkui ketam! Yaaa... jawaban untuk soalan no. 3 ialah nangkui ketam. Yob Lokman jawab dengan betoi tang ni.
Tapi tak dok sorang pun berjaya menjawab ketiga-tiga soalan dengan betoi. Betoi no. 1 salah nombor 2, betoi nombor 2 salah no. 1! Dalam 6 penyertaan ni, 2 orang jer berjaya jawab 2 soalan dengan betoi. Jadi tak ade sesapa yang berjaya. Pulak tu ade yang jawab last minit. Pintu pagor nak tutup baru nak pos jawaban. Isy...isy...isy!
Jadi oleh itu, hadiah sebuah kereta Ferarri ni terpaksa disimpan untuk peraduan seterusnya. Namun sebab Yong ni nak juga magi hadiah kepada yang menjawab 2 dengan betoi, diminta Yob Lokman dan Yong Ella antor nama penuh dan alamat penuh ke hellibra2@hotmail.com Nanti teman antor Harley Davidson sorang sebiji yek. Eh, eh...guro jer pepagi ni, ngantuk ler...nunggu jawaban kome kul 12 malam tadi. Yob Lokman dan Yong Ella harap e-mail pada teman ya, jangan lama, nanti teman lupe.
P.S Ari ni tak buleh upload gambor, deme disable image upload, nak buat maintenance ler pulok! Tu yang Cik Kara Bayan cuti ni!

Wednesday, October 20, 2010

Moh 'Time Travel' Kome dan Pemberitahuan #6





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Pe kabor mengkome semua? Semoga ceria dan bahagia hendaknye. Teman rasa ok, ok jer. Cuaca jap ujan, jap panah... Alhamdulillah takde gempa bumi, banjir besor atau puting 'twister' beliung melanda!


Tadi tengah milih-milih gambor, nampok gambor antik dalam koleksi teman. Kat Shah Alam ari tu anto ke kedai gambor mintak baiki atau restore mana yang patut. Deme kata tak buleh buat. Dah teruk bebenor hancurnye. Teman pun scan ler, simpan. Memula ada tersimpan dalam album antik kat rumah Mak di kampong, tapi bukan deme jaga le elok. Bior gitu. Teman pun amik yang ni bawak ke Shah Alam kunun nak restore.


Selalu kite kembara keluor sana-sinun, kali ni kite kembara waktu ler yek. Ni gambor Mak keme masa anak dara lagi rasanya sebab tak dok abang keme dalam gambor tu. Yang ade gambor 3 orang Mak Sedara dan 5 orang sepupu. Yang 2 Mak Sedara tu dah meningga, dan yang sepupu tu pun 2 orang dah pergi, Innalillahiwainnaillahirojiuun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh deme dan diampuni segala salah silap deme...Amiin.

Tak tau kat mane deme amik gambor ni tapi besor kemungkinan di pekan Parit. Tapi tak pasti ler. Kisah awal Mak keme ni, dia tak rajin berciter. Kekadang jer dia citer. Yang teman tau keluarga Tok penah tingga di Tanjung Belanje. Tok keme dulu Penghulu jadi dia pindah randah jugak ler kot. Dia antara orang tua (masa dia masih hidup sekitar tahun 1970an, umo dia pun dah 70an) yang buleh speaking! Orang tua baye dia mace Utusan Melayu yang bertulis jawi tu, dia mace Straits Times! Garang gak Tok keme Penghulu Rashid ni. Orang Banjor kate kan.


Dalam gambor tu, Mak keme ler yang paling cun! Kecik molek jer badan dia. Alhamdulillah sekarang masih sihat, masih kat Parit. Ade ler sakit kencin manis tapi dia panda berjaga makan minum dia. Pas dia kawin dengan bapak keme, deme berhijrah ke Changi, Singapura. Mak keme sekolah gak sebelum Jepun datang. Bila Jepun datang, dia sekolah Jepun jap. Teman tak tau dia buleh speaking Jepun. Satu ari teman bawok balik kawan Jepun, Yuriko-san. Tengok-tengok dia nyembang dengan Yuriko dalam Nippon-go! Tercengang teman! Yer ler Mak keme ni bukan banyak citer hal diri dia masa memuda. Tu dah bape tahun dia tak cakap Jepun, dah lebih 4 dekad, tapi dia buleh ingat lagi. Siap dia nyanyi lagu Jepun! Penuh semangat Mak nyanyi. Yuriko senyum-senyum kambing dengor Mak nyanyi lagu Jepun.


Kendian Yuriko bisik kat teman,"That is a Japanese military song..." Errrrkkk...!



Pemberitahuan #6






Cik Kara Bayan dah mai dahhh...


Yaa mengkome ada beberapa jam jer lagi nak menjawab soalan dalam Peraduan Meneka Peristiwa. Sesapa yang baru tau, sila gi ke beberapa entry terdahulu yek. Soalannyer mudah jer, tapi tricky sikit. Sila amik bahagian, tak kena yuran pun. Salah tak ngape, kalau menang dapat kereta! Ehh...idok ler, guro jer. Ade ler hadiah kekenit dalam lemari teman ni.


Yob Shahril D08 jangan lupe amik bahagian. Lamenyer nak mikior tuh!