Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, April 28, 2010

Kembara Kimchi

Salam bahagia semua!




















Salam bahagia semua!
Teman posa ari ni so memang orang posa ni gemor fikir pasal makan atau makanan. Biasalah kan. Tapi nasib teman ni bukan kaki melantak tapi kaki makan. Ada bezanya tu. Kaki melantak dia kuat makan, kaki makan dia suka makan. Eh sama ker? Ape-ape jer ler, kaki melantak ke, kaki makan ke, yang sebenornya nak kisahkan tentang makan!
Pernah taman ngajor sorang eksekutif syarikat LG dari Korea. Dia dok KL kejap jer kot, beberapa bulan. Company dia pun bagi peruntukan utk belajor bahasa tempatan, Bahasa Melayu lah tuh. Teman pun dicontact oleh seseorang utk ngajor si Andrew ni, lupa lak nama keluarga dia. So pas contact dgn hp dan jumpa kat KLCC (nak tengok gak rupa si Andrew ni, kacak cam Rain ke, tapi masa tu Rain kecik lagi kot, baru sekolah Tadika) dan buat deal. Bincang punya bincang pasal tempat dan rate sejam, kami pun bersetuju ada kelas BM 2 kali seminggu dgn kadar RM50 sejam. Ajor basic jer, yalah dia tak tau apa, kena ajor "Bola - ball, kucing - cat, rumah - house...", gitu...cam ajar budak tadika. Pas satu jam setengah dapatlah teman RM75 pagi tu, balik boleh joli katak.
Nak pendekkan citer, dari si Andrew ni teman tau tentang kimchi. Ia merupakan menu utama selain nasi dalam masyarakat Korea. Pulak tu orang Korea ni cam orang Kedah nun! Pepagi buta dah pekena nasi depa ni. Bila teman sampai kat Kelab Korea nak ngajor Andrew ni, teman akan lalu kat dining hall deme pepagi dan nampaklah dua tiga geng-geng Korea ni bersarapan dengan nasi. Siap dengan lauk dan sup, dan adalah menu kimchi ni. Tiap kali teman datang, sarapan deme mesti nasi dan benda2 tu kecuali lauk berubah, mungkin ikan, kekadang daging.
Jadi baru-baru ni teman terbaca dalam satu sathabor tempatan yang siar rencana tentang betapa hebatnya kimchi ni. Orang Korea nak buat pasaran global ni nak jual kimchi(eleh deme tak tau belacan dah sampai outerspace!). Takpalah, ater lepas baca article tu teman pun terkenang akan si Andrew pekerja LG yang tiap pagi makan kimchi. Takde kimchi pada deme ni cam orang Melayu makan takde sambal belacan, tapi teruk lagi kot!
So teman pun cer try buat kimci tapi tak tau. Jadinya teman bukak Youtube tengok camner deme buat kimchi. Ada yang tunjuk orang Korea buat ada yang tunjuk omputeh buat. Tapi lepas dianalisa dengan halus dan tulus...tak susah nak buat menu ni. Bahan2 senang cari kat Giant, Tesco atau kat Mydin. Hari yang teman buat tu tak daklah pula sos ikan, teman bantai guna kicap cap kipas udang...lantakler asalkan ada rupa dan rasa kimchi. Hari tu teman guna timun, sebab itu jer pun yang ade dalam fridge. Ikut arahan dalam Youtube tadi, teman pun buat ler. Dah buat teman peram dalam mangkok besor dan tutup. Bubur nasi ada tengah merenih atas dapur. Teman gorenglah ikan bilis (lauk favourite ni), tumis ayam, dan siapkan kicap dan daun sup.
Dalam kul satu tu, agak-agak satu jam setengah lepas teman peram kimchi tu, teman pun bentanglah sathabor atas meja dan boh lauk-pauk yang teman masak tadi. Kaut satu mangkok besor bubur nasi dan teman pun jamulah selera!
Verdict? - Apa yang teman masak memang teman puji sedaaaap. Tapi camner rasa kimchi tu, tak boleh nak dikatakan sedap atau tak sedap sebab teman pun tak peroghnah rase! ''Isyyy hampeh miker nih," kata Frau Bada. Manalah teman tau, teman tak penah rasa, tengok dan bau jer masa kat Kelab Korea tu. Kalau nak rasa real gilah supermarket yang ada section makanan Jepun dan Korea gitu. Resepi? Alaa bukalah Youtube, takkan itupun teman nak ajor. Walau bagaimanapun adalah baik kita pelajari sesuatu yang baru tentang kimchi ni, tak rugi amik maklumat ni. Layarilah http://wwwtreelight.com/ . Pas baca site tu tentu kome rasa teruja nak buat dan try makanan Korea ni. Teman dah cuba, kome bila pulak?
P.S : Entry ni teman tulis khas untuk Frau Bada di Pokok Sena, sebab miker suka try menu-menu baru ni kan!

Kembara Tanjung



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teman ni gemor makan...gemor yek, bukan kuat makan, gemor jer. Mungkin terikut dengan hobi arwah bapak yang suka makan. Teringat dia bila keme berkereta dia suka singgah kat gerai-gerai atau restoran. Dia ajak turun kalau dia nampak deretan gerai kat tempat-tempat yang keme drive tadi. Keme memang tau perangai dia yang suka makan-makan ni, ikut jer ler. Mak keme kekadang merungut gak, ''buat apa singgah-singgah'', ''dah petang,"', atau "' dah lewat,"' atau "'dah dekat magrib''...Isyyy, mak ni potong steamlah, orang pun nak makan-makan gak!

Bukan apa pun yang dia order, makanan biasa jer, mee rebus, mee sup, meehoon sup...gitu. Tapi arwah bapak ni dia suka nar masakan berkuah dan bersup, terliur jer dia bila dia nampak menu cam ni. Mee maggie bodoh pun dia nak rasa sikit kalau dia nampak keme masak kat dapur. Jadi selalunya dia akan order meehon sup atau mee sup, anything yang bersup atau berkuah. Itu ler makanan kegemarannya. Semoga Allah merahmati roh arwah...aaamiin.

Ni teman bukan nak citer pasal arwah bapak, tapi pasal makanan yang teman sampel kat tempat-tempat teman pernah pegi. Untuk entry pertama Moh Kembara ni teman nak citer sikit makanan kat Pulau Pinang, ataupun sebenornya nak mengumpat. Teman tak puas ati baru-baru ni, adalah kira-kira 2 bulan lepas, teman pegi Teluk Kumbaq cari mee udang yang sedap teman rasa (15 tahun dululah), dah tak sesedap cam dulu. Ni sapa punya kojer jadi tak sedap nih? Ni salah Mamat bin Ajis, anak sedara teman yang tak banyak cakap, tapi elok gak dia tak banyak cakap, kalau dia cakap pun teman tak bape faham apa dia cakap!

Dia port motor dia kat restoran itu jugaklah, tapi nampak restoran ni dah besaq sikit dan nampak lebih tegap. Dulu-dulu dia cam gerai, gerai ni cam nak tumbang! Dia terletak kat gigi laut, ada bahagian restoran ni dibina memang atas ayaq (perasan cek lah, dah malam tak bape nampak). Kerusi meja pun dah bertambah; dapuq dia pun besaq, tapi dari segi decor tak yah komenlah, memang minimal. Yang penting menunya, Mee Udang dot dot dot. Tak leh sebut nama restoran ni, nanti dia saman cek, susah cek.

Anyway, lepas teman dan Mamat bin Ajis order mee udang yang famous ni, (''Yang RM5 ya, encik") kami pun dok perati keliling. Ada segerombolan lelaki-lelaki Melayu tempatan berborak kah.. kah.. kah, sambil minum teh tarik; ada satu geng pemuda India menikmati mee deme; dan 2 ekoq kucing sedang bersantai. Angin laut pus-pus bahasa...nyaman...

Bila order kami mai,...aik...cam pucat jer! 15 tahun dulu nampak kuah dia pekat dan gelap, dan lebih ceria. Tapi malam tu nampak pucat sikit, namun isinya dan saiz udang masih maintain. Ah Oklah, zaman ekonomi susut ni tak leh teman kritik banyak. Restoran Mee Udang dot dot dot ni, famous dengan kuah dia yang jadi copyright dia. Pernah teman nampak dia cedok kuah pekat dia dari dalam periuk besaq. Ohhh, itukah yang buat mee udang pakcik ni lain dari yang lain! Harga sepinggan pun berbeza-beza; ikut saiz udang yang kita order. Kalau sebut RM5, dapat saiz sekian-sekian, adalah dalam 4-5 ekoq; kalau sebut RM10 dapat saiz sekian-sekian; kalau mintak RM20 dapatlah standard tu maa. Tapi kalau hangpa datang naik Merc ka atau kereta yang sewaktu dengannya, pakcik tokeh ni tak tanya dah, dia terus masak, pastu bayaqlah berpuluh-puluh ringgit sepinggan ya! Gituler citernyer yang teman dengor.

Apa rasa mee udang ni 2 bulan lepas? Ni yang teman kurang puas ati. Kureng rasa kuah copyright dia, cam sikiiiit jer dia boh! Apa pakcik downsizing ker? Isyyy...niaga makanan ni tak buleh downsize rasa dia, kurangkan portion takpa naa, tapi rasa kena maintain. Kan teman dah rasa potong steam! Jumlah udang masih 4-5 ekoq yang agak besaq gak tapi...rasa dia tuh dah tak sesedap dulu. Oh Mee Udang dot dot dot, awat hang wat lagu nih? Kecewa cek nak makan sedap-sedap mai Tanjung ni.

Takpalah lain kali cek tak mai dah. Cek gi restoran lain pulak. Hangpa tau dak, orang kat Malaysia ni kalau bab makan depa sanggup jalan, nek motor atau drive berpuluh kilometer malah beratus kilometer semata-mata nak makan sedap. Nak mentekedarah kata orang Perak. Jadi kalau hangpa nak niaga makan, rasa masakan tu biaq sedap dan maintain, tempat kureng cantik pun takpa; tapi biaq kebersihan jangan abai naa. Bila sedap, tak payah buat iklan, pelanggan yang ada akan promo dengan rela hati depa. Cam tu ramai yang mai! Depa sanggup redah ujan dan trafik jam kalau seru nak makan tu mai. Gerenti cek habaq! Tapi kalau rasa dia dah tak sedap atau dah kurang, hancussss! Customer dah tak mau mai. Kalau mai pun yang biasa-biasalah, bukan pelanggan baru atau repeat customer.

Itulah citernya kisah teman dan Mamat bin Ajis bermotor malam-malam cari mee udang Teluk Kumbaq. Walaupun dah kureng sedap mee udang ni, abis gak sepinggan.

"Awat tak habaq mee ni dah tak sedap Mat?" teman komplen kat anak sedara.
''Mana nak taw...'' jawab Mamat bin Ajis. Apa yang kau tau?
"Jom pekena teh tarik pulak."
Kami pun merempit cari kedai mamak cari teh tarik. Vrooom vroooom!!!

P.S : Entry ni teman dedicate untuk anak sedara teman Mamat bin Ajis, Teluk Kumbaq, dengan ucapan "Tahniah, dapat masuk matrix!" Lain kali kita merempit lagi naaa!

Monday, April 26, 2010

Ikon


Assalamualaikum,
Di antara perkara2 yang kita perhati bila pergi ke negara asing ialah simbol atau ikon yang merujuk kepada tandas awam. Lazimnya seperti di Malaysia ikonnya bentuk orang lelaki utk tandas lelaki dan bentuk orang perempuan utk pengguna perempuan. Cumanya bentuk orang ni ada yang bertopi utk tandas lelaki, atau menghisap paip begitu; dan untuk pengguna perempuan ikonnya bentuk wanita pakai skirt tetapi sekarang banyak yang ikonnya bentuk perempuan pakai skarf! Tau takpa, asalkan pengguna faham!
Tapi ada satu petunjuk tandas di sebuah restoran yang up-market sikit di Basaksehir, kira-kira 40 km dari Istanbul, yang menarik perhatian teman. Restoran ini mempunyai menu yang asalnya dari zaman Uthmaniah. Ia ada jeruk-jeruk sayur-sayuran yang disimpan dalam balang besar. Jeruk ini merupakan salah satu salad yang dihidang pada pengunjung. Teman tak mau citer pasal menu dalam entry ni, cuma nak citer pasal petunjuk pada tandasnya. Di luar pintu terhias ikon bentuk baju luar dan ditulis 'bayan' bermaksud wanita. Jika kome ingat baju tu macam jubah, memang ya pun zaman dulu-dulu lelaki pompuan pakai jubah. Tak perasan pulak teman macam mana rupa ikon diluar pintu tandas 'bey' pulak. Cuma apa teman nak tambah kat sini, kebanyakan tandas awam di Turki bersih, ada air pancur dari bahagian belakang mangkok tandas atau dari paip air sisi. Ada juga restoran yang menggunakan mesin alas plastik tempat duduk atau seat tandas tu. Kita press satu punat, mesin tu putar alas plastik lama, ganti dgn alas plastik baru, jadi rasa selamat dan bersih nak dok atas seat tandas tu.
Gitulah citer ikon atau petunjuk tandas di sebuah restoran di Basaksehir, tak berapa jauh dari apartment teman.

Salam Kembara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam blog ini teman ingin mengimbau, berkisah dan berkongsi tentang persinggahan dan pengembaraan yang teman pernah lalui sepanjang perjalanan hidup ini. Persinggahan ini ada yang pendek, ada yang agak panjang, namun setiapnya ada signifikasi dan kenangannya yang tersendiri yang juga memberi pengajaran dan sempadan kepada empunya diri, untuk meningkatkan jatidiri dan memperbaiki apa yang kurang dan lemah dalam diri ini. Teman tidak berniat untuk berkhutbah atau mengajar sesiapa, sekadar berkongsi cerita; kalau baik boleh direnungkan bersama, mana yang kurang menarik buat sebagai bahan tempelan saja. Sebarang feedback yang membina dan positif amat dialu-alukan.